Kita tak perlu ikut orang sebab setiap orang tidak sama keperluan, kondisi, cabaran dan kemampuannya kan?
Saya ni paling tak berapa rajin dan boleh guna buku planner tahunan. Asbabnya sejenis Intuiting gitu… tapi belinya selalu sangatlah bagi sedap hati..ย ๐, Hujung tahun tengok tak guna pun ????ย ๐
Mudah untuk saya bila merenung dan menjawab beberapa soalan, tulis, dan sedar, dan kemudian niatkan aja dari kesedaran refleksi tahun 2021 ini; tahu apa yang saya kurang, apa yang telah saya capai, dan apa yang saya perlu baiki diri demi kebaikan diri dan keluarga akan datang.
Boleh cuba jawab dan catatkan soalan refleksi ini ya:
ย ๐ 5 perkara terbaik yang kita telah belajar pada tahun 2021 ini (cari kesyukuran dan hargainya)
ย ๐โโ๏ธ 3 perkara yang kita nak ucapkan selamat tinggal pada tahun 2021 ini (kekurangan kita untuk babai taknak buat dah tahun depan)
ย ๐ 1 pengalaman terbaru terbaik yang memberi kegembiraan kita pada tahun ini? (pencapaian utama yang nak dihargai)
ย ๐ง 1 perkataan untuk tahun 2022: word of the year,
(InsyaAllah inilah yang akan kita pegang/pasak/ dan laksanakan tindakannya tanpa sedar dalam setiap langkah kita nanti pada tahun 2022)
(Contoh, pilih 1 saja: Fokus, Konsisten, Sabar, Tenang, Sabar, ..)
(menulis, sudah membantu diri 40% capai apa yang dihasratkan/matalamatkan itu ya, silalah tulis),
.
Tahun 2021 merupakan satu tahun yang penuh dengan warna warni kehidupan yang tidak pernah kita terbayangkan atau impikan..
Namun berita baiknya kita telah ‘survive’ dengan sebaiknya, semampunya.. dan kita tidak ‘patah’, kita ‘tegak dan dikurniakan peluang kehidupan lagi’.
Tidak mengapa ikut acuan sendiri, namun perlu lebih baik dari diri kita yang lama itu aja okย ๐
.
.
Mudahnya hari ini lebih baik dari hari semalam,
Dan hari esok adalah perlu lebih baik dari hari ini (simpleย ๐คทโโ๏ธ)
Hari semalam kita telah lalui dan tidak mungkin dapat kita ubah (berangan lah guna mesin masa dan nak ubah sana siniย ๐ macam doraemon atau back to the future movie, kan, tak boleh yo)…
Maka HARI INI lah yang kita mampu pegang dan canai /perbuat sebaiknya bagi setiap momen yang kita ada
– ‘the power of NOW itu’, dan kerana Demi Masa itu (peringatan dari Allah, sumpahan demi masa, sesungguhnya manusia itu dalam kerugian itu…).
Semoga hari ini adalah hari lebih baik untuk kalian yang saya sayangi..
Careย ๐
,
Maznah Ibrahim
Telegram channel keibubapan positif dan psikologi anak di sini:
T.mazn.me/chan