Sebagai individu biasa seperti mana-mana manusia, yang saya tahu saya adalah pemimpin.
Memimpin diri sendiri.
Kemudian apabila saya membentuk keluarga, suami merupakan pemimpin dan saya jadi pimpinannya. Atau saya Timbalan Pimpinan, membantu bersama-sama untuk memimpin (selalu saya metaforakan suami sebagai Perdana Menteri dan saya Timbalan Perdana Menteri keluarga kecil kami la, heheh).
Setelah menjadi ibubapa, saya menjadi pemimpin kepada anak-anak pula.
Untuk memimpin anak, secara logiknya saya berhak, iaitu boleh ‘arah’kan anak. Mengarahkan anak menuju halatuju tertentu yang saya nak bawa dia ke arah kebaikan. Ya lah, dia kan anak saya, kenapa saya tak boleh arah dia? Saya kan lebih dulu makan garam.
Setelah bertahun-tahun memipin anak, memiliki anak dua, tiga, baru saya tahu ada pasangan tertentu ibubapa-anak tidak semestinya sesuai ‘mengarah’kan anak. Lagi arah, lagi keras, lagi patah retak ibaratnya. Ada ‘feeling’ yang sama macam saya?
Rupanya ada 5 aksi sukses dalam parenting, yang mana saya tidak sesuai terus arahkan anak (maksud erti kata: saya spontan arah aja, otomatik anak terus ikut arahan: wah anak soleh kan?), kerana mengarahnya akan membuatkan saya banyak frust, geram, marah, dan seperti mencurah air di di keladi…. (sabar ajaaaa).
Dan ia tidak sama untuk keadaan spesifik saya dan ibubapa lain dengan anak mereka pula. Ada setengah ibubapa anak A ini dia arah, anak terus buat, ikut (sejuk perut ibu mengandung, kan?). Tetapi ibubapa sama ini anak B dia buat metod yang sama, anak ini tak dengar, atau anak ini melawan, memberontak di depan, ataupun anak ini “hmm ya ya” macam ikut di depan, tapi di belakang rupanya dia tak buat pun. Haaa… ada ‘feeling’ macam sama atau pengalaman yang hampir sama?
Semua kita nak anak yang soleh, solehah dan dengar kata kan? Ada ‘feeling’ yang sama ? (Dalam doa harian kita, kita letak skrip ini, kan).
Kat sini saya nak berkongsi dengan anda semua yang saya kasihi, akan 5 option yang ada, selain ‘mengarah’ anak, kita juga mungkin sesuai untuk guna ‘pendekatan’ atau aksi yang lain.
Dan kesesuaian saya dan anak-anak saya ini, ialah jenis ke-5. Haaa pendekatan ke-5 yang tak pernah terfikir pun ianya paling sesuai untuk saya. Ia meruntuhkan ego saya sebagai seorang ibubapa yang semangat belajar macam-macam untuk ajar anak.
Mahu tahu?
Nantikan pengumumannya, saya akan buka pendaftaran untuk webinar tertutup eksklusif saya dengan contoh ibubapa lain (sebab saya mempunyai limitasi dengan perkongsian saya dengan 3 anak ini), yang mungkin, atau saya yakin boleh membantu memberi pencerahan kepada anda semua akan aksi lain sebagai ibubapa agar sukses dalam memimpin anak ini dengan pendekatan lain pula.
Pendekatan lain sebagai ‘core method’ (kaedah utama sesuai pakai, boleh aja pakai pendekatan lain tapi ‘feeling’ nya suam suam aja, syok sendiri pun ada, geram pun ada lah banyak, hasilnya mungkin 20% aja – saya telah alaminya).
Minat nak tahu?
Just ikut aja, setkan ‘nak notification’ dan ‘set see first’, page saya ini dan terus masuk telegram channel saya ini agar tak ketinggalan semasa saya membuka pendaftarannya ya.
Saya ikhlas berkongsi dan menginisiatifkan webinar ini dengan menjemput sahabat-sahabat saya yang mempunyai anak 6 orang, 4 orang dan 3 orang macam saya untuk berkongsi 1 contoh pendekatan, iaitu pengalaman berharga mereka dalam menggunakan pendekatan berbeza ini di dalam webinar tertutup ini.
Ia amatlah mahal, tak semudah mana mereka nak kongsi secara terbuka (termasuk saya). Dan ia ilmu di zaman moden ini yang tiada pada zaman mak pak kita dulu, dan kita, tahun 2020 ini amat bertuah kerana berezeki, dan sudah ada kajian dan keberhasilannya di masa ini. Syukur Alhamdulillah.
Stay tune ya… Jangan lupa share dan ajak pasangan dan kenalan anda ya.
CARE ,
Maznah Ibrahim.
Ia telah dibuka, boleh klik di gambar ya.
Saya nak belajar cara mendidik dan menegur anak tanpa emosi amarah .
Juga nak mendalami cara bagaimana ibu bapa nk tegur anak dgn cara yg boleh membuatkan anak anak rasa hormat dan menjadi lebih bertanggungjawab.