Selamat Menjadi Objek Kasih Sayang dan Bermain dengan Anak Bayi Kita!
Untuk anak kita 0-12 bulan, bagi yang sudah ada anak beberapa orang, pastinya menyedari yang anak kita ada kebolehan untuk bercakap / berbual dengan kita.
Fasa awal 0-12 bulan ini amat crucial untuk memasukkan apa saja input, termasuk bahasa/ucapan/ perkataan kita.
Banyak gunakan diri kita sebagai objek untuk membantu perkembangan anak: dari sudut perkembangan sosio-emosinya, bahasanya, kognitif nya selain fizikal asasnya.
Bila kita menyusu, memakaikan pampers, baju, mandi, temani dia, borak, urut dia dan semuanya – pastinya kita boleh ambil kesempatan untuk berbual dengannya sambil memandang dia, kan, kalau kita fikir kita sibuk sangat. 2 in 1 aja. Ambil kesempatan ruang mana yg ada.
Berbuallah. Fasa menyerap, InsyaAllah perkataan pertama dia biarlah Allah, Muhammad (ibaratnya la ya) sebab kalimah tauhid ini ada makna pemberat besar dalam dirinya, untuk ke depan. (dengar, dan lihat diucapkan oleh ibu ayah, kalau KN dulu kalimah Allah dan Muhammad dia sebut plus baca perkataan tu di tempat mana jua berada macam alat gantung/simbol di kedai, masa dia usia 11 bulan, tapi bayi membaca lagi awal dari itu sebenarnya cuma belum becakap aja lagi….).
Tiga keyword: Love, Play, Work
———————————————–
Pastinya kita sayang, jatuh cinta sejak dalam kandungan dan pertama kali lihat gambar dia (scan baby kalau jenis suka scan, atau pertama kali lihat dalam labour room), kita juga ‘care’ dia maka kita penuhi keperluan asasi dia, kan (itulah yang membentuk ‘trust’, rasa ‘secure’ pada dirinya kepada kita bila dipenuhi keperluan fisiologi bagai segalanya, fasa TRUST, juga dia akan trust (yakin juga) kepada dirinya bila dia rasa cukup selamat dan percaya kepada penjaga utamanya).
Dalam usia anak kita 2 bulan sebenarnya mereka ada kemampuan untuk melihat lebih baik, dan merespon kepada ekspresi wajah dan bualan kita, kan? Ada bunyi dia seolah bercakap atau bersembang, maka manfaatkan fasa ini! Sembang aja lah macam orang besau.
(Ramai alami anak ‘speech delay’, antaranya saya lihat sebab kita terabaikan fasa awal 0-1 thn ini dan anggap dia bayi mana tahu apa, sebenarnya dia bayilah, dia serap semua tanpa tapisan !!!)
Dalam usia anak kita 7 bulan, apabila dia mengesot dan berusaha ambil barang objek, masa ini dia mampu nak bermain dengan objek, dan antara yang percuma namun bernilai tinggi objeknya ialah aksi ibu dan ayahnya: meraikan dia mengesot, bertepuk tangan, dan bermain baa baa cak, senyum dan hayun dia – semua tu ‘play’ (bila dia terokai sendiri, pada dia semuanya menarik untuk diterokai, dan ‘natural play’ berlaku) and ‘play work’ (ada libat kerja/aktiviti khas kita ‘induce’ seperti ba ba chak, dan kita beri dia bahan khas untuk hentak objek keluar bunyi dsb).
Pada saya ibu ayah adalah objek semulajadi untuk bukan saja ‘bonding’ (kerapatan) malahan objek untuk ‘play’ dengan anak, sampai mereka besar (main masak masak, main bola, main cikgu cikgu nanti usia 3 ke atas heheh).
Selamat berkasih sayang dan ‘play’ dengan anak!!!
*ter nampak input ini masa baca baca artikel semalam semalam. Gambar dan rajah mudah faham untuk saya.
Maznah Ibrahim