Gaya Parenting Yang Telah Sedia Ada Diketahui Umum
Gaya parenting biasa yang telah kita ketahui ialah sama ada jenis authoritarian, autoritative, permissive dan uninvolve. Umumnya semua orang tahu, yang terbaik ialah gaya autoritatif iaitu ibubapa mempunyai ‘demand’ atau ekspektasi kepada anak, namun serentak dengan itu tetap memberi sokongan kepada anak, terutama aspek sokongan emosi.
Ini akan menghasilkan anak yang bukan sahaja konfiden dengan dirinya dan pencapaiannya malahan juga resilien, berdaya tahan dan sihat mental emosinya.

Apa Maksud Sukses?
Sukses adalah ‘the accomplishment of an aim or purpose’ – iaitu pencapaian kepada sesuatu tujuan.
Pada saya, sukses diukur dari nilai bahagia dan tenang.
Nilai dalam dan luar.
Pendekatan Parenting #IbuBapaKini
Kunci kepada pendekatan sukses keibubapaan yang saya maksudkan di sini ialah, rasa bahagia, tenang dan win win untuk ibubapa-anak.
Tiada kemelut rasa, memberontak, jiwa kacau, tak sinergi, sebaliknya selesa aja, gembira, bahagia dan sama-sama setuju.
Konflik sikit-sikti tu biasa namun ada kejelekitan kemudiannya di situ apabila telah sama memahami.
Ia bukan diukur secara pencapaian fizikal semata (boleh dilihat/diukur seperti straight ‘A’s, naik pentas setiap tahun), malahan seimbang dan menyeluruh termasuk spek psikologikal: emosi, pemikiran, dan spiritualnya : jiwa, ruhani, serta tingkahlakunya: sahsiah/perilaku si anak,
Termasuk juga si ibu dan ayah.
Dalam keibubapaan Mithali yang saya dengarkan presentasinya oleh Prof Madya Dr Rabiatul Adawiyah baru-baru ini dalam mesyuarat yang dihoskan oleh JAKIM, ibubapa perlu jelas dengan matlamat kekeluargaan dan peranan masing-masing.
Ibubapa Mithali
Saya nampak jelas akan aksi kepemimpinan setiap ibu ayah sebagai rol model kepada anak-anak yang berbeza kemampuan dan pencapaian (sukses) unik tersendirinya.
Tidak kira anak menjadi doktor, mahupun kerani, atau peniaga, namun anak-anak ini merupakan seorang yang bertanggungjawab dan menyumbang kepada ibubapa, keluarganya dan masyarakat semula.
Ilmu Keibubapaan Sentiasa Berkembang
Kini dengan pelbagai ilmu spesifik lagi, saya amat teruja untuk turut sama membawakan perkongsian mengenai 5 pendekatan sukses ini untuk sahabat saya semua.
Buat pertama kali, hasrat saya untuk menjadi hos kepada program webinar sendiri tercapai, insyaAllah. Saya bawakan pengamal keibubapaan bagi ilmu spesifik ini untuk turut bersama saya dalam webinar dan berkongsi dengan kita semua.

Mereka tidak perlu orang yang terlalu glamour di persada langit nun, namun cukuplah mereka sebagai seorang hero/heroin ibubapa kepada anak-anak mereka sendiri.
Bahagia. Tenang.
Jumpa Jumaat ini, 9.30 malam dan insyaAllah anda akan dapat pencerahan kepada 5 pendekatan kejayaan (sukses) dalam ‘parenting’ kini.
Ia untuk kita sama-sama dapat idea, serta menjawab persoalan, dan meraih input kunci yang mungkin boleh kita terapkan dalam kepimpinan kita kepada anak-anak kita.
Tak semua anak adalah sesuai dengan pengarahan semata, dan tak semua anak sesuai dibiarkan mengalir / beraksi sendiri semata. Ada selok belok tersendiri di situ. Ada seninya di situ.
Saya percaya,
Dalam setandan pisang, tak semestinya satu akan rosak, atau tak menjadi.

Semua boleh menjadi, insyaAllah, asalkan kita cukup kenal diri, kenal anak dan laksanakan pendekatan yang bersesuaian.
Webinar Parenting Eksklusif (Tertutup):
Tajuk : 5 Pendekatan Sukses dalam ‘Parenting’ Kini
Tarikh : 9 Oktober 2020 (Jumaat)
Masa : 9.30 malam
Tempat : Di Lokasi Anda (perlu laptop/hp berinternet)
Hos : Pn Maznah Ibrahim
Co Host : Dr Nurul Sazmi Rosani, Pn Siti Mashitah Sarif, Pn Nur Sakinah Ibrahim, Pn Noorhasline Mohd Soleh


Link Daftar (segera dapatkan tempat anda ya, seats are limited, dan ianya PERCUMA) – Sila klik pada gambar di bawah:

* Link masuk webinar adalah berbeza setiap individu yang daftar, ia akan diberi terus kepada email anda