Kekesalan ibu ayah yang saya kenal, apabila anak sudah menginjak ke remaja.
Saya kongsikan di sini:
- Ramai ibu ayah berasa kesal kerana tidak dapat meluangkan banyak masa berkualiti kepada anak-anak sewaktu kecil mereka, terutama sewaktu usia emas 0-7 tahun. Ini kerana mereka amat sibuk dengan urusan kerjaya di waktu muda serta menyambung pengajian ke peringkat lebih tinggi. Maka masa amat kurang kepada anak-anak yang sedang membesar dan perlukan perhatian ini. Kini apabila anak remaja ada cabaran/ memberi cabaran kepada ibu ayah, banyaklah lagi cerita panjangnya.
- Ramai ibu ayah anak remaja juga berasa kesal kerana banyak marah anak mereka sewaktu anak itu kecil dulu. Maka kini mendapat kesannya apabila anak ini sama ada pasif kurang bercakap atau ada agresif melontarkan kata-kata kurang enak dan mengungkit pula serta ada antara anak-anak ini mengalami isu kesihatan mental. Maka mereka kini sedang berada dalam fasa ‘repair’ hubungan dengan anak atau menghantar anak ke terapis kesihatan mental. Aduh sedih sekali.
- Ramai juga ibu ayah anak remaja ini berasa kesal kerana tidak membenarkan atau menggalakkan anak mereka terlibat dalam natural / free play. Kerana pada waktu itu ibu ayah bimbang faktor keselamatan mahupun kesihatan. Kini rata-rata kita tahu yang bermain fitrah ini amat penting kepada anak-anak dari pelbagai sudut.
- Kesalnya ibu ayah kepada perkara yang mereka tidak boleh kawal, iaitu tiada kursus keibubapaan seperti sekarang pada zaman mereka. Katanya jika tidak mungkin keadaan tidak sebegini. Kata saya memang zaman sudah berubah dan mana peluang yang ada kita perbuat saja.
- Ramai ibu ayah juga berasa kesal apabila tidak memprioritikan anak kecil mereka berbanding kerjaya, cita-cita diri sehingga ada antara mereka meletakkan anak ke pengasuh dengan sangat lama masa jam nya atau ke kampung dengan atuk neneknya maka hubungan atau bonding dengan anak sulong adalah kurang baik kini. Saya selalu berkata, pemilihan keputusan ketika itu adalah yang terbaik yang mereka ada, dan tidak perlu salahkan diri semata-mata. Kini fasa kita perbaiki mana yang boleh.
Mungkin ada ibu bapa yang perasan mengenai ini dan ada yang telah melakukan banyak tindakan atau tingkahlaku yang betul, lebih baik dan memberi rasa kepuasan dalam diri kita.
Saya mengajak sahabat untuk bersama saya dalam Webinar Remaja Storm & Stress untuk Ibu Bapa faham lebih lanjut berkenaan anak remaja & bakal remaja. Sebagai persiapan terutama untuk ibu bapa yang ada anak 7-14 tahun.
Semoga dengan persiapan awal ini, tiada lagi pernyesalan seperti yang kongsikan di atas.
Boleh dapatkan versi webinar rakaman di bawah.
<div id='ndrsl-61f524d7b99e7f0badc5215c' class='ndrsl-widget '></div>