Category Tingkahlaku Anak

Anak Kerap Bergaduh, Apa Nak Buat?

[Fasa PKP Ni Anak Kerap Bergaduh] – Cuba 3 Langkah Ini Kembalikan ketenangan dalam keluarga kita, langkah demi langkah, dengan ilmu parenting yang sesuai.Insyaallah kita akan lebih tenang dan yakin..p/s: Kongsikan cara,kisah atau pengalaman anda di bahagian komen, saya suka…

Nak Anak Sihat Emosi & Kurang Tantrum?

3 TIPS ANAK SIHAT EMOSI DAN KURANG TANTRUM . Ini adalah 3 strategi mudah sebenarnya namun paling sukar untuk dilaksanakan oleh kebanyakan ibubapa. Kita mungkin terlepas pandang kerana sibuk mencari bermacam-macam teknik lain yang mungkin kedengaran ‘canggih manggih’. Mudah-mudahan sebagai ibubapa yang cakna mengenai keperluan perkembangan emosi anak kita, kita dapat membantu mengurus emosi mereka dengan menyediakan ‘asas tapak yang baik’ untuk mereka. STRATEGI 1 Berikan mereka aktiviti luar banyak-banyak, kerana ia bantu melonggarkan otot fizikal mereka yang perlu dilepaskan energinya dengan cepat dan bebas. . ✔️ Bila fizikal sihat, emosi juga akan stabil (kurangkan tantrum). ✔️ Aktiviti fizikal di luar berbeza dengan dalam rumah/bangunan (outdoor ve indoor) kerana ada oksigen dan matahari, berbanding di dalam bangunan yang tiada dua unsur ini. Lebih lagi di rumah, sangat terhad ruangannya.⛔️??? ✔️ Ini kerana hormon yang lepas bebas adalah hormon anti stres, iaitu endorphin, dopamine, serotonin, dan nophinephrine, dan semua hormon ini merupakan ‘neurotransmitter’ kepada mood (emosi baik atau tak baik). ✔️ Jika selama ini tiada atau kurang peluang, adakan sekurang-kurangnya sekali seminggu, tapi dos masa yang lebih lama. ✔️ Jika selama ini sudah buat 1 kali seminggu (1.5 jam), tingkatkan kepada 2 kali seminggu. Jika selama ini 2 kali seminggu, tingkatkan kepada 3 kali seminggu tapi dos masa lebih pendek i.e 20 minit. Saranan saya adalah 3-5 kali seminggu, 30 minit setiap kali. . STRATEGI 2 Pastikan makanan mereka terjaga. . ✔️ TIGA (3) waktu makan utama (main meal) diberi ikut waktu, ✔️ dan ia adalah makanan real food, elak ❌ atau minimakan processed food. ✔️ bila kenyang, anak takla bising nak makan benda merepek (jajan yang kurang khasiat) ✔️ makanan ringan ‘in between’ makanan utama ialah buah buahan dan kekacang. Maka sediakan stok buah dah potong sentiasa di dalam petiais. . STRATEGI 3 Waktu tidur dijaga dengan baik. ✔️ jumlah […]

anak 7 tahun pertama adalah raja kecil

Anak 7 Tahun Ke Bawah Adalah Raja Kecil ?

Dalam pada anda pernah dan selalu rasa geram dan terlepas pandang fitrah anak usia bawah 7 yang BERMAIN ini,   Eloklah kita merefleksi akan keberadaan / kesediaan anak usia ini yang sebenarnya memang ‘adalah RAJA KECIL’.   FASA ANAK 0-7 TAHUN   Fasa STATUS perkembangan anak usia 7 tahun pertama ialah RAJA‘, manakala RUANG LINGKUP nya adalah BERMAIN.   Ia berdasarkan riwayat Rasulullah s.a.w dalam membahagi tahap kehidupan seseorang, “Dalam tujuh tahun pertama, anak adalah RAJA; tujuh tahun kedua, menjadi PEMBANTU (yang harus taat dalam menjalankan perintah); sedangkan tujuh tahun ketiga, menjadi WAZIR (menteri) yang bertanggungjawab terhadap tugas-tugasnya”.   Fasa ruang lingkup yang dijelaskan Rasulullah s.a.w adalah sebagai, “Biarkanlah anak-anak kalian bermain dalam tujuh tahun pertama, kemudian didik dan bimbinglah mereka dalam tujuh tahun kedua, sedangkan tujuh tahun berikutnya jadikan mereka bersama kalian dalam musyawarah dan menjalankan tugas“.   Untuk anda yang punyai anak berusia bawah 7 tahun, bagaimana kita menjaganya? Jika seorang RAJA, pastinya kita harus hormati dan melayani segala keperluannya, kan? Tidak mungkin kita akan boleh membentak, memerintah atau memukul RAJA ini, malahan RAJA ini ada hak, atau ruang lingkup sebebasnya sehingga boleh memecat atau menghukum kita!!!   Cumanya, anak fasa 1 ini adalah RAJA KECIL yang ruang lingkupnya bukanlah di singgahsana dan memerintah hal besar. Tetapi ruang lingkup RAJA KECIL di rumah kita ini adalah BERMAIN 😀   Sedutan diolah dari buku Orang Tuanya Manusia oleh Pak Munif Chatib.           Cumanya, saya melihat, anak kecil fasa pertama ini, memang perlu dihormati dan dipenuhi keperluannya, dan dikasihani, sama seperti doa anak untuk ibubapanya (kasihanilah ibubapaku sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu kecilku). Dari rasa kasihan inilah terbentuk atau terbinanya empati pada diri si anak kecil yang bersiap sedia untuk menjadi PEMBANTU kelak bagi fasa keduanya (7-14 tahun).   Contoh,   Kasihan, anak bayi tidak boleh bergerak […]

fitrah anak baik maznah ibrahim

Fitrah Anak Adalah Baik

Sesekali bila rasa anak amat mencabar perasaan dan pemikiran kita,   Eloklah kita duduk dan renung semula.   Asal anak ini, dan asal fungsi diri kita sebagai ibubapa, tanggungjawab kita.   *ia adalah normal sangat sesekali kita rasa hampir burnout, muhasabah diri adalah kaedah paling baik untuk kita atasi gangguan emosi ini dan kembali ke ontrack #keibubapaanpositif kita ok. ……….. FITRAH ANAK ADALAH BAIK Olahan Buku Orang Tuanya Manusia Untuk Ramadhan ini, saya menyambung semula pembacaan saya kepada buku best ini, “Orang Tuanya Manusia” sebab saya nak membentuk diri menjadi ibubapa (orang tua kepada anak-anak) yang mana diri saya adalah ibubapa manusia, bukan hulk/ dinasour/ dll heheh. * Baca olahan pertama saya dari buku ini, berkenaan fitrah anak suka belajar di sini. Sesuai dengan dekat Syawal ini, kembali kepada fitrah, saya tulis / share dengan anda sedikit apa saya pegang setelah baca bab 1 buku ini, hingga kini menjelang 29 Ramadhan, akhir hari sebelum Syawal, (Aidilfitri = kembali ke fitrah). Sejak saya memegang prinsip ini, mood saya jauh lebih baik dan positif, dalam kendali kerenah anak. Anak pertama, Fateh penuh dengan demand nya sebagai orang Thinking ekstrovert (mudah terpengaruh persekitaran luar dan menakluki kami pula), manakala anak kedua kami Khairunnisa’ dengan detox eczema nya (agak teruk hingga kini dah sebulan), harapnya ini last (mula detox Oktober 2017 tahun lalu lepas stop ubat makan antihistamine, agak dahsyat saya belum menulis lagi mengenai ini- wrap, dia tak bergerak sendiri, emosi, saya pregnant early stage, kewangan dll), dan sembuhlah insyaAllah (detox kerana kami sudah stop hantar pengasuh dan makanan dia fully kita boleh pantau dan tahu apa dia makan, no cheating cheating lagi). Anak ketiga, si manis Yumna lahir 5 hari sebelum Ramadhan, dan saya berniat mahu berpuasa bila dia lahir awal dari jangkaan ni, Alhamdulillah semalam 28 Ramadhan saya dapat berpuasa (Yumna […]

keibubapaan parenting maznah ibrahim anak susah diajak mandi

Bila Anak Susah Nak Diajak Mandi

Bagaimana Nak Ajak Anak Mandi dengan Baik, Berkesan dan Berjaya? Zaman bayi, mudah. Mandikan aja. Mandi kan sebelum subuh dengan air suam pun jalan 🙂 (niat nak latih mandi pagi agar mudah ke sekolah esok-esok, kebetulan tempat kerja jauh jem kena siapkan awal, nak ada ‘bonding touch’ dengan si anak berbanding nursery /pengasuh dia masa tu). Zaman Fateh anak soleh kami menginjak ke usia 2, mula liat. Banyak helahnya. Ramai bertanya saya, dan saya dapati sama. Usia 2 ke atas. Saya katakan usia 2 ni autonomi tinggi. Taknak dah disuruh-suruh, mahu gaya sendiri namanya. Jadi ajak, bukan suruh. Main, tarik perhatian dsb. Kena kreatif. Fasa tu berjaya dengan helah awal si ayah, sebelum anak berhelah, iaitu larikan perhatian. “Eh eh ada apa kat bilik air? Katak? Wah best nya” “Fateh jum buat eksperimen belon air pancut kat bilik air” “Fateh naik kuda terbang ayah, kita terbang ke bilik air. Zooomm” 🙂 Zaman akhir 3 tahun dan kini 4 tahun genap. Masuk sekolah. Pengsan Mak ayah eh. 😀 Trick semua tak jalan. Dia pandai lagi dari trick kita. Negotiate macam-macam. Katanya: Lepas minum susu, Fateh mandi. Lepas tengok cerita Fateh, Fateh mandi. Itu taktik dan resolusi dia. Kami turuti. Means kami main dengan masa, untuk stail dia. Nasib baikla duk perlis dan siap-siap ambil shift 8.30 am sebab nak ajar AlQuran dia pagi-pagi. Jenis dia ni tangki emosi special time, words dan touch. Memang bermain dengan masa. Kalau duk KL ni tak kan sempat. Fuhh. Pernah dua tiga kali kekerasan dan paksaan dilakukan. Aduh. Boleh rasa ia tak enak. Tidak enak di hati Ibu. Dalam hati tertanya tanya, Pasti ada cara lebih baik, kan ? Allah As Sami’, Maha Mendengar niat dan hasrat baik saya. Kaedah SASU – Komunikasi dengan anak seawal usia menggunakan potongan ayat Al Quran sebagai kata-kata yang […]