Saya mendapat banyak soalan dalam support group dan email mengenai anak yang dikatakan sebagai ‘degil’ atau tak dengar kata ini. Jika bayi toddler ok lagi, bila dah fasa usia 4 ke atas banyak ibu terlepas cara dengan hukum tak sesuai kepada anak jenis ini.
Betulkan Mindset Kita Dulu
Saya tekankan perkataan yang sesuai ialah ‘Tidak’ dan disusuli ‘Apa Yang Kita Mahu Anak Jadi’ (Hypnoscript) iaitu :
“Anak Saya Tidak Dengar Cakap Saya, Puan. Macam Mana Saya Nak Atasi atau Handle Anak Ini”.
Sebab kita berhasrat anak-anak ini akan jadi seorang anak yang mendengar kata kita (insyaAllah), maka anak ini BELUM dengar kata kita lagi, dan kini kita sedang mencari solusi atau alternatif pendekatan lebih baik kepadanya (INGAT: elak LABEL: ANAK DEGIL)
Pendekatan Sesuai Untuk Anak Ini
Saya percaya anak-anak ini, masih dalam peringkat dibentuk, belum jadi buluh keras lagi. Ikut usia perkembangan, ada fasa normal untuk anak sangat tak ikut apa kita kata, dan egosentrik (2-7 tahun). Namun pastinya ada cara yang lebih baik berbanding turut sama menjadi ego seperti si kecil ini (kecut membayangkan mak ayah 30 tahun pun jadi sama tantrum macam si anak 3-4 tahun).
Apa Sebenarnya Anak Degil dan Melawan Ni?
Berita baiknya anak ini sebenarnya anak yang tinggi karektor kepimpinan dan ketegasan dalam diri, iaitu anak ‘Strong Willed’, dan ‘High Sensitive Child’, apa saja yang kita cakap dan apa saja yang kita buat kepada dia mahupun kepada orang lain, dia amat sensitif dan terkesan (saya suspek ia anak jenis ekstrovert di otak menurut ilmu STIFIn).
Hinggakan apa kita cakap dan kita buat, sesaat masa itu saja dia sudah tiru, heheheheh. Hebat dahsyat anak ini (Semua anak kita hebat dengan cara tersendiri tau).
Ia tidak pelik, anak pertama saya hingga kini masih banyak cuba melakukan sebaliknya dari apa yang kami cakapkan.
Fateh, jum solat Jemaah. Kita nak masuk syurga sama-sama kan.
Waktu solat Jemaah Maghrib itulah lagi dia buat perkara lain; lambat-lambat, tekan-tekan piano lagi, main dengan Yumna lagi dan macam-macam lagi, kemudian baru join masuk saf sampai habis.
Memikirkan fasa ini masih fasa 2 dalam Prophet Parenting atau fasa 4 psikososial: Inisiatif vs Rendah Diri untuk didorong, dibimbing (7-12/14 tahun), maka kami masih positif dan tidak menghukum dia.
Si Yumna ni pula (anak ke-3 usia 1 tahun 9 bulan) memang sebiji abang dia masa kecil, tiru perkataan kita (baru tadi dia tiru perkataan abang dia “Ayah Menyorok” dan seperti biasa tarik rambut kawan cilik baru jumpa – aduuhai), very high sensitive child and strong willed child – SYUKURRR mak eh.
.
Apa Approach/Pendekatan Terbaik dan Paling Sesuai Untuk Anak Jenis Ini?
Ha saya dah kaji dan dah lakukan sejak anak saya ini usia 4 lagi. Jika perasan banyak penulisan saya juga mendekati ke arah pendekatan ini. Iaitu teknik negosiasi dan Time In, bukan berkeras sampai retak patah.
Ada 3 pendekatan yang boleh kita gunakan untuk anak jenis ini: iaitu i) Work With Them; ii) Negotiate, dan iii) Inspire Them.
Dan anda boleh tonton video penjelasan saya dengan Dr Amalina, Founder Toddible selama sejam lebih, dalam Toddible Baby Summit (TBS) 2020, pada satu masa yang ditetapkan (5 Hari pada 23-27 Mac 2020), dalam satu website Summit yang akan diberi link kepada yang daftar TBS 2020 ini.
Pada saya jika anak anda usia sekolah rendah dan menengah, semua ilmu ini tidak rugi, sebab ingat entropi:
sesuatu tak dibuat apa-apa akan menghala kepada ‘disorder’? Tiada istilah terlambat, sebab tugas dan tanggungjawab kita sebagai #IbuBapaKini adalah seumur hidup.
.
.
Antara TOPIK yang saya telah kupaskan ialah:
Macam mana nak atasi anak degil/ tak ikut arahan? (Puan Maznah Ibrahim):
- Kenapa anak degil?
- Macam mana nak atasi anak degil?
- Hukuman untuk anak yg tidak dengar kata?
- Cara mendidik anak mengikut usia masing2. Baby, toddler, preschool, school age, teenagers
- Macam mana nak ubah sikap anak yg degil?
- Contoh kes yg puan pernah dengar
- Pesanan terakhir pada mak mak.
.
CARE❤️,
Maznah Ibrahim
Boleh baca post seterusnya berkaitan di sini: https://maznahibrahim.com/anak-keras-kepala/