Definisi Menurut Terma Biasa
Anak keras kepala ni macam ala-ala anak โketegakโ la bak kata orang tua/utara.
Pada saya, degil, ‘ketegaq’, keras kepala (stubborn), melawan cakap, semuanya adalah satu tanda anak tidak bersetuju dengan kita, #ibubapakini ๐ฅ. Pentingnya nak ‘conect’ dengan mereka seawal boleh agar tak semakin ‘jauh’…dan ‘hilang’ jika terputus macam ‘layang-layang dan talinya’.
Normal Rupanya Untuk Fasa Tertentu
Namun tahukah kita, ego jenis macam ni normal aja untuk anak kecil mula usia 1 tahun lebih lagi bila dah masuk fasa autonomi.
- Nak masukkan sendiri serbuk susu dalam botol, taknak mak masukkan.
- Nak kacau sendiri air guna sudu, taknak mak kacaukan.
- Nak cuba gosok gigi sendiri, taknak mak gosokkan.
- Nak makan sendiri, suap sendiri, taknak mak ayah suapkan.
- Nak cuba pegang kuali, sudip, kacaukan, taknak kita pegangkan.
Nah, cuba buat sendiri, tak apa. Memang begitu caranya, iaitu bagi mereka peluang dan ruang cuba buat sendiri, (ibarat 5% dia cuba buat dan bakinya 95% kitalah yang murnikan ๐) nanti mereka akan belajar banyak sangat sebab peluang diberi pada masa yang tepat (on the right time when they are eager to do/learn it).
Tengok Video Yumna comel ini usia 1 tahun 3 bulan dan percakapan bunyinya seolah ‘penat ah’ – baru tahu ya (kikih)
*Semua anak saya, saya benarkan lakukan apa saja kerja rumah yang mereka minat nak cuba sejak usia 1 tahun lebih walau tumbuk alu lesung dan potong guna pisau sebenar, sebab saya tahu ini sajalah fasa mereka nak mencuba kerja renyah macam ni (walau lelaki), kelak mereka mungkin tidak berminat lagi. Maka pengalaman ini akan diingati oleh badan mereka : body do remember, agar tak kekok dan suka membantu pasangan dalam kerja rumah.
Fasa Egosentrik Kanak-Kanak
Usia macam ni, egosentrik paling peak masa usia 2-3 tahun.
Pelan-pelan, usia 4,5 macam tu baru mereka mula sedar: ya mak saya betulla๐.
Main dam ular, oh macam tu, mak betul, cikgu pun cakap macam tu.
Pegang pensel, kaler dalam garisan, owh betul mak cakap, pegang macam ni.
So relek aja para #ibubapakini.
Egosentrik Usia 2-7 Tahun Adalah Fasa Perkembangan Kognitif Menurut Jean Piaget. Bermakna ia satu peringkat perkembangan yang mesti dilalui semua kanak-kanak dan ia normal. Ia adalah satu pemikiran (aku betul, dunia berpusatkan apa aku fikir, rasa dan aku percaya ๐).
Egosentrik Warga Emas
Boleh bayang tak, egosentrik ni (ego dan kebenaran berpusatkan diri dia), adalah serupa sebijik untuk bapak mak atuk nenek kita yang dah warga emas tu. Sensitif, dan taknak dengar kata dan cara kita, dan paling penting, konfiden mereka tinggi!
Namun tak salahkan mereka, sebab mereka memang telah makan asam garam lebih dari kita. Cuma kanak-kanak ni konfiden dia tinggi (walau immature dan very least life experience) dan inilah fasa nak bentuk anak yakin diri tu ๐ (ramai tanya camana nak bagi anak yakin diri, inilah fasa kritikalnya).
Cuma, betullah orang kata, banyakkan bersabar dengan anak kecil, kasihani mereka, kelak bila kita tua, anak inilah yang akan sabar semula dengan kerenah egosentrik kita tu.
Bersabarlah Wahai Ibu Ayah
Jadi, bersabarlah, dan kuatkan kesabaran ya.
Sabar ni selalu saya sebut, tiada limit, teruskan perkuatkan kesabaran sahaja, satu masa ia akan berlalu pergi (cabaran-cabaran menguji kesabaran tu) dan pelangi akan tiba hanya setelah hujan dan panas berlaku.
Tukar mindset:
Anak degil –> Anak Strong Willed, High Sensitive Child
Anak keras kepala –> Anak tegas pendiriannya
Anak melawan kata –> Anak berani menyatakan apa isi hatinya (tak pendam, bagus tu ๐)
Anak ketegak –> tengok diri sendiri dulu, aku ketegak jugak tak (hahah, ye kot kan, mana tak tumpah kuah kalau tak ke nasi?) โ tak lah saya gurau aja, fasa ketegak kita dah berlalu kini kita menghadapi fasa sebagai coach emosi dan tingkahlaku anak dan bersabarlah membimbing mereka ok (HUGS anda semua โค)
Cara Atasi?
3 Strategi saya kongsikan dalam temubual saya bersama dengan Dr Amalina (Founder Toddible) ada dalam Parenting Summit nanti pada 23-27 Mac 2020 ini (insyaAllah moga dipanjangkan usia kita sama-sama belajar ya).
Daftar untuk limited access 5 hari 23-27 Mac itu secara percuma atau berbayar untuk akses 30 hari (premium package) atau peroleh lifelong time (exclusive package, yeay dapat pendrive) bagi kesemua input video peringkat Parenting Journey kita dari kehamilan, kelahiran, penjagaan bayi, parenting, dan pemakanan dari 27 orang Speaker yang insyaAllah ilmu yang benar dari orang yang ahlinya di sini (KLIK SINI atau DI GAMBAR POSTER).
Semoga kita semua sentiasa positif dan berupaya menyokong perkembangan anak-anak kita menurut keperluannya agar anak ini akan bersama-sama di barisan hadapan memimpin diri, keluarga dia, dan masyarakat kelak pada masa depan.
Care,
Maznah Ibrahim
InsyaAllah nanti saya akan kupas tajuk mengenai bagaimana nak kendali anak yang jenis pendam pula, pada Jumaat 20 November 2020, 9.30-10.30 malam. Boleh daftar di sini atau klik di gambar bawah.
