Kenapa Penting Bercakap Elok-Elok Kepada Anak ?


Ramai yang membaca penulisan saya sedar dan tahu, untuk bercakap dengan perkataan yang betul kepada anak, selalunya ia sedikit panjang, ‘proper’ dari segi susunan ayat dan perlu fikir dahulu baru ucapkan.

Anda ada rasa begitu?

Saya juga rasa begitu 😊.

Bercakap dengan Betul Ni Perlu Belajar Rupanya

Ia memang tidak mudah, perlu belajar, perlu dibaca berulang kali, perlu selalu dilihat sehingga kita imun dan mampu spontan ucapkannya dengan baik (plus dengan perasaan yang betul, bukan cuak-cuak atau tak konfiden 😁).

Sama sebagaimana perlu belajar keluarkan bunyi makhraj yang betul, kerana makna berbeza bila bunyi berbeza.

Komunikasi Teknik Nabi

Bermulanya saya belajar mengungkapkan perkataan demi perkataan yang lebih baik ialah bila saya mula mempelajari Teknik Komunikasi Nabi. Ya Nabi Muhammad s.a.w. kita.

Masa tu sekitar tahun 2012, tahun anak pertama saya lahir, Fateh (dia lahir Februari, saya mula menuntut ilmu Komunikasi Teknik Nabi dalam November 2012 dan seterusnya).

Kalau google search tu akan keluarlah Tim Pengkaji Hadith yang diketuai Pn Ainon Mohd, Pengarah PTS dan subtopik berkaitan dengannya.

Kesemua trainer Komunikasi Teknik Nabi sudah saya hadiri kursusnya:

Pn Khairulaniza Khairudin (beberapa kali pergi belajar termasuk saya penganjur juga), Pn Nurhidayah Jaafar dan akhir sekali Ustazah Siti Khadijah.

Alah Bisa Tegal Biasa

Benar, tidak mudah untuk sesuatu yang kita tak biasa. Yang bukan ‘nature’ atau ‘budaya’ kita dibesarkan di dalam persekitarannya.

Alah bisa tegal biasa orang kata. Memang perlu susun, tulis ayat siap-siap untuk nanti nak ucapkan πŸ˜„. Memang macam poyo. Tapi itulah hakikatnya cara budak baru belajar 😊.

Terbaik Ialah ‘Do It Right for the First Time’

Buat betul pada masa yang betul, dan sekali itu saja, kerana mungkin itulah satu-satunya peluang yang kita ada untuk memberi kesan mahupun impak kepada perkara yang menyebabkan kita mengucapkan ayat itu.

Mungkin juga, saya yakin, bila tersilap perkataan, itulah momennya yang telah meretakkan sebuah hati πŸ’”, membentuk dan menanam satu kepercayaan silap, dan kekal selamanya.

“Mak aku tak sayangkan aku”.
“Mak aku lebih sayangkan Kakak/Abang aku”.
“Ayah aku benci aku”.
“Aku tak pernah buat betul”.
“Aku memang bodoh asyik buat silap”.

“Dah, Mummy taknak cakap dengan Fateh lagi”.

Pernah saya ucapkan, beberapa kali bila emosi amarah melanda.

Apa berlaku ialah anak rasa konfius sebenarnya.

Juga rasa ‘rejected’.

Konfius sebab tak faham. Kenapa? Apa salah aku hingga mak aku taknak cakap dengan aku dah? Besar sangat ke kesalahan aku tu? Why Why Why???

Benar kata pepatah lama, terlajak perahu boleh diundur, terlajak kata, buruk padahnya.

“Berdiam adalah lebih baik bila kita rasa tidak enak”.
“When You Cannot Be Nice, Just Quiet”.

Apa Pra Syarat Untuk Hasilkan Komunikasi Positif?

Komunikasi positif? Mesti sewaktu emosi positif sahaja.

Maznah Ibrahim

Emosi negatif? Confirm komunikasi akan negatif.

Balik kepada pengurusan emosi semasa itu.

Kawalan dan pengurusan emosi.

Dalaman, bukan luaran, sebab HATI itu di dalam badan, bukan di luar macam tangan yang kita boleh tunjuk modelkan cara ia dikawal tenaganya untuk tak pukul adik atau tarik rambut kakak.

Perkataan Salah Umpama Tusukan Kuat Ke Jantung Bila Mendengarnya

Kelemahan saya ialah mulut. Tenaga saya banyak di mulut. Itulah cabaran terbesar saya.

Tangan kaki memang sangat jarang, boleh dikira berapa kali tangan menyentuh secara sentuhan tak selamat ke anak (syukur tapi sedikit itu pun saya rasa kesal dan tak wajar).

Kini dengan komunikasi Hypnoscript yang dihasilkan Ebooknya, saya ajar dan didik diri untuk ucap hanya yang BETUL dan BAIK sahaja (terngiang lagu Froze 2 ….and do the right thing… – punyalah nak baiki kesilapan orang lama tu, 3 generasi keturunan baru dapat diperbetulkan semula πŸ€¦β€β™‚οΈ kan?).

Anda Boleh Belajar Cara Komunikasi dan Baiki Diri

Dan tidak mustahil jika anda ada isu yang sama dengan saya (mulut negatif), anda boleh lakukan perubahan sebab saya juga boleh. Saya belajar berkomunikasi dengan betul dan saya boleh melakukannya 😍 Alhamdulillah.

Hasilnya anak-anak memang mampu susun atur ayat dengan baik, lengkap dan perkataannya awesome 😍.

https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/228709218326039/

Anak-anak berdua ini come out dengan solusi, semasa Khairunnisa’ (5yo) menangis sedih sebab dimarah si Abang (8yo) di dalam kereta sebelum itu.

Biasanya saya biarkan mereka untuk mereka selesaikan sendiri selagi ia masih terkawal, ayat kami cuma “Fateh, cakap elok-elok aja, tak perlu marah-marah” (ada lah tu yang Fateh marahkan sangat adik dia yang tak ikut spec dia – Thinking spec dia tinggi).

Kenapa Penting Bercakap Yang Baik, Perlu dan Tepat Saja?

Balik pada persoalan asal post ini.

Sebab apa?

Sebab ianya kita akan warisi (tanpa kita sedar dan mahu) komunikasi negatif dan untuk baikinya perlu hingga 3 generasi (jangkaan saya – bermakna 100 tahun macam tu). Maka untuk #BreakTheCycle, perlulah ada pemulanya.

Manakala dalam entropi, sesuatu yang dibiarkan tanpa dilakukan apa-apa, akan pasti perkara yang tak baik (negatif) masuk. Sebab itu anak (atau kita pun) sangat mudah menyerap perkara yang tak elok, manakala untuk yang elok, kita perlu berusaha untuk memasukkannya. Ia tidak percuma. Namun ia pasti dikira pahalanya walau setiap sekecil zarah usaha kita oleh si Pencatat Amalan kita 😊.

YA, ANDALAH ORANGNYA YANG KENA MULAKAN PEMBETULAN PENTING INI.

Saya mewarisi ibu saya berkomunikasi negatif (bukan salah dia) yang mungkin sebanyak 50%, manakala anak-anak saya masih ada dalam 25-30% komunikasi negatif, dan cucu cucu saya kelak mungkin akan ada dalam 5-10%. Doanya jadi 1% kan lagi best? Atau generasi ke-4 nanti baru selesai. Positif sepositifnya… InsyaAllah.

Wujud Ke Orang Yang Cakap Baik-Baik Tu..?

Memang wujud keluarga yang cakapnya lemah lembut, baik-baik dan tiada berbentuk ancaman, ugutan, kecaman, melainkan yang positif saja. Jika marah pun tegur saja, bukan marah-marah yang dikuasai emosi amarah.

Ya wujud, kita sahaja tidak sedar atau tidak percaya sebab tidak berada di dalam dunia itu.

Seorang pembeli Ebook saya baru-baru ini berkongsi (dengan izin Puan ini), yang seorang anak kecil (usia 8) menegurnya yang telah marah-marah teruk anaknya usia sama (8),

dan bila puan ini bertanya kepada anak ini:

Mak awak tak pernah marah ke?

Anak kecil ini macam berfikir sekejap dan kemudian berkata:

“Mak saya tak marah la, dia ada la tegur.. tegur aja..”. (memang rasa nak tutup muka kat situ jugak).

Anak saya pula pernah tegur saya satu ketika ni,

Mummy, Mummy cakap la elok-elok, lembut-lembut macam Ibu Hajar.

Saya yakin dia belajar menilai bila saya ada tinggalkan dia di rumah kawan sebab saya berkursus/ada kerja dan suami juga ada kerja.

Okay masa tu saya tersentak.

Saya juga tersedar yang nada saya secara semulajadi bila marah adalah keras tegas manakala anak lebih suka nada yang lemah lembut, dan tegur dengan baik (sebab dia sendiri pun tahu yang dia salah).

Maka sejak itu saya berusaha untuk bercakap dengan nada lebih lunak 😊.

Sehingga satu saat anak saya ini boleh berkata kepada adiknya yang tiba-tiba berkata dengan keras kepada abangnya:

Kakak, Kakak cakapla elok-elok. Mummy takda pun cakap macam tu, Mummy cakap elok-elok aja.. (wah bangga dan terharu masa tu sebab anak boleh terlupa yang mak dia dulu tak macam tu… πŸ˜ͺ😭).

Jadi, mari kita berusaha cakap baik-baik, yang tepat dan perlu saja.

Mottonya:

Jika tak boleh baik/nice pada anak, just diam saja.

Diam adalah lebih baik, kata Nabi kan.

Sekian,

CARE β™₯,
Maznah Ibrahim

Saya kongsikan lagu kegemaran saya All Is Found, Mak Elsa dan Anna yang pengasih penyayang, kami pasang audio lagu ni sambil sentuh hidung si anak guna jari kelingking πŸ˜Œβ˜ΊπŸ˜† saja ambil feel)

https://www.youtube.com/watch?v=kFqIc8UObXo

All Is Found

Where the north wind meets the sea
There’s a river full of memory
Sleep, my darling, safe and sound
For in this river all is found

In her waters, deep and true
Lie the answers and a path for you
Dive down deep into her sound
But not too far, or you’ll be drowned

Yes, she will sing to those who hear
And in her song all magic flows
But can you brave what you most fear
Can you face what the river knows

Where the north wind meets the sea
There’s a mother full of memory
Come, my darling, homeward bound
When all is lost, then all is found

*Klik di SINI untuk dapatkan kompilasi skrip dan keyword penting baik-baik sewaktu situasi mencabar anak dari usia 0-18 tahun ya.

Klik di sini untuk kelas Webinar Live : Dengarlah Anakku pada 23 Oktober 2020 (Jumaat), 9.15 malam ya.

webinar dengarlah anak ku maznah ibrahim


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *