Ujian atau Cabaran Setiap Anak Berbeza
Setiap anak ada cabarannya atau ujiannya, ia tak dinafikan. Mana mungkin kamu mengaku beriman jika tak diuji. (Mana mungkin kamu nak mengaku dah buat yang terbaik sebagai ibuayah jika kamu tidak diuji lagi, kan π ).
Ramai saya perasan, anak pertama ada saja kesilapan dilakukan, dan disusuli anak kedua, ketiga dan keempat kita semakin baik dalam cara pelaksanaan keibubapaan.
Juga tak kurangnya yang anak pertama mungkin sedikit mudah, namun lebih teruji dengan anak kedua (second child syndrome).
Bagi saya, ya anak pertama sayalah tempat saya eksperimen apa yang saya tahu (amat sedikit sebenarnya) semuanya, dan sangat diuji, sangat mencabar, dan semakin baik, mudah untuk anak kedua dan seterusnya ketiga (insyaAllah mudahan ada rezeki anak ke 4 & 5 : suami berniat nak kembar π₯° sebab setiap kali melihat anak membesar depan mata, dia kata “Lihat betapa comelnya anak-anak kita, dari no 1, 2, 3, semakin lama semakin comel bijak dan awesome π, MasyaAllah Tabarakallah, bayangkan anak ke 4, ke 5 nanti macam mana kecomelan dan kebijkannya lagi tak sangka”: amboi π).
Saya kongsikan kompilasi cabaran / ujian saya untuk ketiga-tiga anak ya (buat julung kalinya…π)
Cabaran Anak Pertama Saya
Muhammad Al Fateh, kini 8 tahun (2020) – 10 Februari 2012
- Muhammad Al Fateh, Yang Terpuji, Si Pembuka, Kemenangan. Ilmu Penyusuan susu ibu untuk ini pada saya sungguh banyak cabaran, sebab saya ingatkan mestilah semulajadi kan seorang ibu boleh menyusu anaknya dengan penuh 2 tahun, rupanya saya silap. Saya sendiri terpaksa mula memberi susu formula bermula usia 4 bulan (namun dia ada diberi masa di wad awal kelahiran dan masa pantang kakak saya berikan 1oz). Harus syukuri susu ibu berterusan sehingga usia 2 tahun 6 bulan (hypnoscript mula dilakukan sejak dia usia 2 tahun dan lain-lain cabaran tingkahlaku emosinya saya come out dengan teknik hypnoscript dan berjaya Alhamdulillah).
- Kesihatan: paling banyak kurang sihat dari awal bayi setelah lahir hingga usia dekat 2 tahun dan semakin baik sihat setelah besar, Alhamdulillah. Sebenarnya kerana ilmu penjagaan anak saya kurang.
- Cabaran kesihatan terbesar ialah Platlet dia berbacaan 3 pada usia warded 59 hari, yang mana kami hampir-hampir kehilangan dia π₯, namun Allah sayang dan masih hidup dengan baik, elok dan strong dia ni.
Warded pertama dia ialah setelah lahir perlu masuk ke NICU dan dicucuk antibiotik lagi sebab kepalanya dikatakan besar menambah 1 cm (dia ada cephalohematoma, pendarahan saluran darah di kepala dan pada saya bila kaji semula sebab saya tiada ilmu kelahiran yang baik, saya serah diri awal dan ketika itu baru 0 cm (walau sudah ada tanda darah lendir dan kontraksi, tak pandai nak nilai berapa selang masa konsisten dan semakin kuat ke tak sebab rasa dah kuat sangat dah π ). Saya sudah pergi kelas antenatal hospital (masa tu saya kerja di HKL), namun saya pandang enteng dan tidak praktis pernafasan semasa ‘surge’, hasilnya masa dia 9cm di pelvik dan nurse kata boleh teran, saya rasa ada selang masa agak lama sebab tiada kontraksi pula dan sebabkan cephalohematoma (orang ingatkan dia vacuum, tak, dia normal). ;
kali kedua warded usia 12 hari dengan kuning tinggi bacaan 343, doktor kata mesti prolong jaundice sebab kepala dia benjol besar dan ada banyak darah π, hakikatnya dia jaundice cuma 22 hari aja, ok sangat kanπ sebab ada orang 1 bulan lebih, saya kerapkan susu ibu saja dan
kali ketiga bila bintik merah banyak, doktor swasta kata ruam biasa, kemudian suami rasa lain macam sebab meningkat hingga kulit kepala dan tapak kaki dan kemudian kami ke kecemasan HKL, platlet dia 11 pada maghrib itu dan terus 3 pada malam sama. Syukur dia bukan leukimia, diagnos akhir dia oleh Pakar Onko Peads dia hanyalah Acute ITP sahaja (boleh search Acute ITP tu apa ya – sejenis autoimmune disease, sel dalam badan dia pening dan makan platlet dia sendiri, maka rawatan IVIG dilakukan dua kali sebab tertentu selain pemindahan platlet awalnya).
Masa kali ketiga warded ITP Platlet rendah tu, dua orang berkata kepada suami dan saya, yang mungkin nama Muhammad Al Fateh ni berat untuknya, dan perlulah tukar nama. Suami tidak setuju dan tidak percaya kepercayaan sebegini dan kami kekalkan namanya, dan sebaik keputusan berkenaan ini dibuat, memang dia takda masuk ward dah π.
Dan masa ni juga saya banyak berserah kepada Nya dan berkata kepada Allah, jika Engkau mahu ambil anak ini, sesungguhnya aku Redha dan sedia π, dalam keadaan tidak pernah tinggalkan dia kecuali waktu solat dan mandi sahaja, dan menyusu dia penuh, walau badan dia penug selirat wayar semua (IVIG tu cecair dimasukkan/dipindahkan selama 12jam dengan kita sentiasa di sisi dia) (bukan prosedur dalam icu ke apa, hanya di katil rawatan biasa dia aja).
- Cabaran kesihatan lain, kerap demam panas, yang tinggi suhu, hampir setiap bulan dan setiap 2 bulan dan setiap 2 minggu dan hanya semakin baik bila saya mula perkenalkan PEVOO pada usia 11 bulan (saya banyak membaca dah masa ni pasal pemakanan dan sedar ilmu penjagaan anak saya adalah lemah, contohnya kami terus ke kecemasan hospital (dari kecemasan HKL seterusnya ke Kecemasan HTF Perlis bila saya pindah masa usia dia 4 bulan) sebab trauma kes platlet dia rendah, maka dia terus diberi ubat cucuk punggung. Sebenarnya kita boleh aja pantau suhu dan jelum dengan tuala basah dan banyak natural remedies boleh usahakan di rumah π₯, punyalah tak pandai ilmu semua ni, mudah serah diri, suhu tinggi maka memanglah masuk ubat punggung. Juga semua virus pelik-pelik dia dah kena, berkaitan chic pox biasa, HFMD dan satu ni dalam mulut hingga 2 minggu tak gosok gigi dan berair liur sentiasa. Masuk usia 2 tahun dia semakin ok.
- Tiada ilmu pemakanan yang baik, dan saya masak aja pasta spageti processed food air kordial biasa dsb, dia suka makanan dan minum minuman manis (biasa bagi orang biasa, tetapi kemudiannya baru saya tahu gula putih is racun you know)…
- Tidak mudah perkenalkan makanan sihat pada usia dia 4 tahun bila adiknya ekzema namun semakin baik hingga usia 7 lebih bila saya tidak perlu beli milo lagi di rumah (syukur). Dia kini hanya minum susu kosong dan itulah minuman manis dia yang saya sediakan dan dia request di rumah π Alhamdulillah.
- Cabaran membaca, kesukaran dalam mengingati huruf, bunyi dan blend bunyi, dan semakin baik bila usia 7 akhir – late bloomer dan reading readiness dia lewat tetapi tidak signifikan untuk major learning disorder, Alhamdulillah.
- Sangat strong willed, maka ilmu keibubapaan mula saya gali sewaktu dia usia 1.8 tahun (dan berkongsi penulisannya setelah itu) sebab dia mudah naik tangan kepada orang walau saya tak pernah naik kepada dia, dan saya mula sedar ilmu semasa saya Diploma dan Degree dulu berguna (perkembangan kanak-kanak). Kemudiannya saya boleh kaitkan dengan ilmu STIFIn dia Thinking esktrovert darah O yang menakluki ibubapanya Intuiting, yang buatkan dia mudah konflik, juga keras/ tegas, push ibu ayah dia.
Namun saya juga merasakan ada kaitan dengan pengalaman awal kehidupan yang membuatkan dia alami banyak ancaman (susu ibu tak berapa cukup tapi mak dia ni nak juga susuibu, kena cucuk untuk ubat – yang dia warded tiga kali tu, paling tragis masa Platet rendah ITP tu sangat dahsyat kena ambil darah sehari beberapa kali untuk tengok bacaan platlet dia, hingga satu saat tak dapat ambil darah ni doktor nak ambil darah di saluran kepala yang kelihatan tegang muncul timbul berbanding tangan kaki dan tangan yang dah tak da tempat nak cucuk dah. Maka dia mudah terancam dan ‘react’ dengan sebarang ancaman *(trigger reptilian brain dia).
Cabaran Anak Kedua
Khairunnisa’, 5 tahun (tahun 2020): 9 Februari 2015 (hampir hampir mereka dua ni tarikh lahir sama heheheh, baik punya merancang)
- Kerana kes Fateh dan kelahirannya yang berbenjol (saluran darah pecah kerana lama di tulang pelvik), maka semasa usia kandungan 7 bulan, saya dan suami ke kelas Hypnobirthing. Kelas ini banyak mengajar saya dan suami untuk sangat faham kondisi badan, dan positif kepada surges/kontraksi dan kesakitan kelahiran. Tidak pernah disaran lahir di rumah sama sekali, ianya sememangnya ilmu yang amat-amat perlu diketahui semua bakal ibu ayah. Guru saya Pn Ayuni Zainudin π.
Kelahiran Khairunnisa’ adalah lebih baik kondisinya, hinggakan saya ke KL dari Perlis semasa dia 39 minggu 3 hari (dia lahir masa 39 minggu 4 hari) sejurus setelah event suami selesai malam itu. Kerana ada ilmu hypnobirthing, maka saya tahu bagaimana kondisi badan saya, dan surges itu dikendalikan dengan baik. Suami juga main peranan yang baik semasa di Labour Room, meminta midwives dan doktor pelatih untuk DIAM (tidak bising) dari meminta saya ‘teran/push’ kerana saya tahu bila saya nak ‘breath out the baby’ ππ. Jika Fateh saya duduk 3 hari di wad baru lahir, KN saya masuk HKL tunggu sekejap terus masuk labour room. - Penyusuan untuk KN (Khairunnisa’) adalah jauh lebih mudah dan berjaya berbanding abangnya Fateh. Cuma masa ini saya banyak hadapi susu beku saya cair sebab elektrik di rumah lama yang banyak gangguan ataupun si Fateh pusing / main-main suhu di petiaias.. Sabar amat. Usia dia 1 tahun saya campur susu fresh sebab saya tak mampu nak pam lagi, namun saya susu ibu dia hingga 2 tahun 8 bulan dan stop hasil hypnoscript juga.
- Anak perempuan yang sangat comel dan paling comel dalam dunia, bak kata ayahnya, bernama Khairunnisa, hanyalah ekzema pada awal bayinya. Kami tidak perasan dan tiada pengalaman, namun difikir semula dia ada cradle cap di kepala, dia juga ada ringworm masa saya cuti bersalin lagi (dalam 3 bulan pertama tu), dia ada garu garu hingga berdarah seingat saya masa dah mula makan solid food dan masa usia 8-9 bulan bawa jumpa derm, dia disahkan ekzema (rupanya).
- Menolak untuk rajin mencatat apa dia makan, reaksi alahan dsb, saya benar-benar tiada ilmu untuk pemakanan dan penjagaan luaran kulit anak ekzema. Stail pemakanan masih biasa macam zaman Abangnya.
- Sehinggalah pada usia 1 tahun 9-10 bulan dia macam dah outbreak sangat lepas makan kek coklat, dan lepas pergi Genting Highlands (saya pergi kursus STIFIn WSL 1) dan kemudian ke Pekan Pahang (saya banyak kerja, kursus dan travel), dia mula terpaksa makan ubat alergi berwarna putih jernih tu (antihistamine) dan mulalah saya berkenalan dengan sarung tangan…. dan baju berlengan panjang. Ketika itu terdetik dalam hati saya yang dia ni Allah nak saya jaga, pelihara kehormatannya, sebagai ‘Sebaik-baik Wanita’ seperti sebaik namanya mungkin apabila saya belikan 3 blouse berlengan panjang dan dia pakai di KL masa tu.
- Saya mula membaca pasal ekzema, dan masih menolak untuk strict pemakanan, dan berjumpa pakar kulit di Alor Star dan berhabis beratus tiap kali susulan dalam 2 bulan sekali, dengan ubat makan alergy itu sebenarnya surpressed sahaja dan diubah dose tinggi bila dia gata balik walau makan ubat itu (terpaksa macam eksperimen la). Hinggalah saya masuk Perfect Eczema Plan (PEP) 3.0 pada usia dia 2 tahun 10 bulan (means dalam 1 tahun dia makan ubat antihistamine yang saya boleh katakan high dose mungkin) dan mula belajar sangat banyak pasal pemakanan alergy = pemakanan sihat seorang manusia π, masyaAllah Tabarakallah, maka seluruh seisi rumah mula makan apa dia makan, serta penjagaan kulit luaran semua kami jadi sedikti arif…
- Bertuahnya dia seorang yang tak pernah sakit selain demam kerana Chic Pox ketika usia 1 tahun genap (itupun masih di travelling ke KL macam biasa tapi tak beri jumpa sesiapa, terus ke Penang singgah kursus Parenting Dr Siti Early Edukids yang saya peserta), dan hingga kini dia memang tak pernah demam (dia sihat hanya ekzema sahaja).
- Bertuahnya juga dia seorang yang kuat ingatan, dan bercakap seawal usia 11 bulan dan membaca awal seawal usia 1 tahun 3 bulan output (Alquran dan English 1.7 tahun) dan 2 tahun (BM) dan tiada masalah dalam pembelajaran (kategori advance juga la).
- Cuma dia sangat sensitif bab emosi sedih, dan trauma dengan kesakitan kulit sebab masa saya mula stop ubat antihistamine tu agak mendadak dan semua keluar – biji nanah, kesakitan dan warded semua).
- Saya belajar memasak makanan baik, bahan baik, supplemen asing-asing semua, dan sapuan kulit semua. – Hikmah terbesar ialah pemakanan sekeluarga kami π
Cabaran Anak Ketiga
Yumna 1 tahun 10 bulan (2020) : 12 Mei 2018 (kali ni saya delay sedikit usaha untuk mengandung sebab nak settlekan ekzema Khairunnisa’)
- Yumna Az Zahra yang merupakan ‘Si Kanan Yang Bertuah, Cantik dan Cerdik’ so far tiada masalah apa-apa kerana ia pakej tingkahlaku bijak tricky, cepat naik tangan macam abang namun soft lembut manis si Kakak πππ
- Menariknya dia makan semua buah (part ni bila kakak ekzema kita mula stop jajan termasuk roti biskut maka Jajan kami hanyalah buah dan kekacang), dan sayur pun dia terror makan π tiada halangan.
* Kena chick pox jangki anak pengasuh pada usia dia 7 bulan
Supplemen juga dia sukan makan macam fish oil, vco, saya tak beli evoo lagi, dan menariknya vit c orang dewasa tu dia selamba makan tiada halangan. *Anyway ketiga anak suka makan fish oil berbentuk capsule tu cuma baru ni saja saya tukar ke fish oil minyak semata makan dengan sudu kecil (dia taknak pula). Kesihatan dia kategori tiptop kedua selepas kakak dia (sebab kakak lagi kuat sihat), semua ok alhamdulillah, memang cerdik Alhamdulillah. - Oh ya baru saya teringat, satu-satunya cabaran kami ialah bab gajet (hp).
Memandangkan kini penggunaan gajet amat berleluasa, hingga pengasuh pun sudah pandai guna hp dan internet, kan, suami perasan dia ni macam ada reaksi ketagihan ke? kepada hp, sebab masa dia bawah setahun lagi nampak dia resah bila nampak hp kami.
Hinggalah usia dia 1 lebih kami tanya pengasuh dan anak pengasuh dan pengasuh akui dia diberi hp π€¦ββοΈ. Kami secara tegasnya beritahu pengasuh No hp untuk dia, sebab kesan gajet pada otak amat besar bagi bayi bawah usia 2 (no screen at all untuk bawah usia 2) dan boleh ubah struktur otak. Kami juga kongsikan yang di rumah juga kami tetap tegas tak beri hp walau dia merajuk ke menangis ke, kami tak akan beri dia hp. Pengasuh mengangguk dan akan mencuba la katanya. Pemerhatian kami, dia semakin ok, boleh beri hp semula kepada kami (hasil hypnoscript suami kepadanya) cuma masih nampak beria-ia mencari dan puas benar bila dapat pegang hp π. Syukur speech development dia okay, fokus dan aktif dia juga ok, nampak tak terjejas, juga kemahuan dia untuk fizikal juga ok : indoor dan outdoor… (Hmm… macam tulah, zaman laa kan. Anak no 1, 2 takda isu ketagih hp macam ni.
Apakah Kursus Yang Sangat Penting Untuk (i) Pasangan Berkahwin Belum Ada Anak atau (ii) Individu Belum Berkahwin?
Berbual dengan guru kelas KN 5 tahun, Tc Dilla yang ternampak Toddible Baby Summit 2020 dan gambar saya, saya katakan, bagus sangat teacher nak pi summit ni sebab akan elak damage anak, macam kami yang dah beberapa orang anak ini. Anak no 1, 2 kita masih belajar, anak no 1 kita paling banyak belajar. Tupun saya gap anak 3 tahun sekali. Katakan anak setahun sekali, 3 anak 3 tahun, mungkin tidak sempat belajar dan berubah banyak… jadi ilmu dalam TBS ni memang amat penting untuk semua ibubapa belum ada anak sekali pun, terutama aspek kelahiran dan penyusuan…..
Berbual dengan suami bertahun lama dahulu tentang ‘Parenting’, suami selalu berkata alangkah baiknya modul keibubapaan yang mengandungi ilmu perkembangan manusia ini dipelajari sejak di universiti sebelum nak kahwin (bukan kursus kahwi wajib itu sahaja). Namun biasanya kita tak rasa urgent atau sangat perlu /penting sebab belum hadapi ‘masalah’.
Jadi, takkan nak tunggu anak dah 3 baru nak meraih ilmu betul ini?
Fikir-fikirkanlah.
Bantu saya sebarkan sebanyak mungkin kepada ramai kenalan anda agar tidak ketinggalan dapatkan seat mereka (duduk rumah aja π
) sebelum 22 hb Mac 2020 ini ya π (ada bonus istimewa dengarnya). KLIK SINI UNTUK DAFTAR.
Boleh pilih hadiri yang
i) percuma untuk 5 hari akses (23-27 Mac),
ii) manakala untuk 30 hari akses perlu invest sebanyak RM150 dan
iii) akses seumur hidup (sebab diberi pendrive special) perlu invest RM200
untuk kesemua 27 slot penting dari 27 orang speaker tersohor Malaysia π± (murahnya sebab biasa seminar 1 hari pun dah RM200 tau).