Kadang-kadang Kita Rasa Banyaknya Anak Meminta-minta

Isk, kalau anak tu belum bekerja, kecil lagi, kalau tak minta kat kita, nak minta pada siapa lagi? . Ini kisah Fateh tergendala kemahuannya nak payung kecil beberapa bulan lepas, baru kini mendapat. . Masa tu raya Aidilfitri. Kami singgah Cameron. Jenis suka travel kami ni. Raikan perjalanan jauh beraya ni dengan selitkan satu tempat sejuk yang kami suka. . Masa di Cameron tu hujan-hujan juga la. Jadinya tiap-tiap masa peluang yang ada dia sibuk menyampaikan hasratnya (perkataan hasrat ialah perkataan orang otak Intuiting). Katanya dia nak payung. Saya argue Logis la konon, tak pelah payung tu. . Kat sini nak kena proses sedikit cara kita zoom in berfikir dalam diri ya. . Refleksi Isu Diri Sendiri Jika Ter ‘Project’ ke Anak . Fobia payung ni kami. Bukan anak. Kami suami isteri jenis ‘banyak idea sangat’ maka selalulah payung cantik kami tertinggal di mana-mana. Payung besar besar yang Best dapat free dari ejen insurans la, dari penganjur ceramah la, banyak lagi. Semua hilang. Percaya tak??? memang ada orang macam ni. Jadi kami ni memang tak ada payung. Huhu. . Jadi bila anak minta payung tu memang menolak la keras-keras sebab asyik hilang kan, geram sendiri la tu. Haha. . Mujur cuaca hujan, jadinya si anak memberi alasan Logis, Fateh tak da payung. Kita tak da payung tengok ni hujan. Fateh kalau pergi sekolah pastu hujan, kalau ada payung senanglah nanti tak basah. . Ok, kami terima alasan baik itu. . Cuma nya dalam negosiasi ini, suami membuat keputusan beli payung besar bukan payung kanak-kanak. Part ni kami beri alasan logik kami pula, . Payung besar untuk kita semua 4 orang guna. Jika kecil, Fateh seorang guna. Kalau hujan, nak ke sekolah, tak apa ayah yang payungkan Fateh, bukan Fateh pegang sendiri. . Haaa.. Part ni memang Adult Centered. . Ok […]

api marah biru maznah ibrahim

Marah Anak Untuk Mendidik ?

Ada Marah Bermanfaat Tak? Comel sekali. Semalam Fateh sibuk nak tolong memasak. Fikirkan dia tengah semangat, baik beri aja kerja yang boleh diberi. Since saya dah siap semua, ada 1 benda belum siap dan sesuai diberi kerja itu kepadanya. Saya beri dia kerja mencabut daun dari batang daun kesum. Haha. Kami suka makan ikan masak tempoyak. Sah sah cari daun kesum sebab nak masak ni. Dengan durian suami sudah tempoyak kan dia. Dan daun kesum sudah ditanam, belum matang untuk dituai, kena beli. Banyak kali Fateh tanya, dah ke, cukup ke. Saya jawab tak lagi, habiskan semua daun tu. Semua. Lepas tu dia kata nak buat apa. Saya tengok dah selesai bersih batangnya. Saya katakan, boleh tolong basuhkan kat sinki. Dia basuhkan, dan tak bising pun walau saya nampak dia tak selesa. Rupanya sebab daun banyak melekat di tangannya. Haha. Otomatik dia jumpa solusi, rendam sekali tangan kat air dalam bekas basuhan daun kesum, maka menurut lah ia. (terfikir banyaknya hikmah beri peluang ke dapur ni, sentiasa ada prob solving) Selepas tu dia sibuk beritahu siap-siap, dia yang akan masukkan ke dalam periuk panas masakan. Saya kata boleh, tapi Last sekali ya. Dalam pada dia melihat periuk yang berapi itu, dia bertanya (ketinggian dia sama paras periuk itu jadi dia nampak api dapur itu). Kenapa api ada merah, ada biru? Saya jawab, api merah tu bila buka besar sangat, tapi tak elok apinya?. Untuk memasak, api biru pun dah mencukupi. Iaitu buka sikit atau sederhana sahaja. Tetiba saya dapat idea dan trigger dari metafora api memasak ini. ? Saya katakan, sama juga bila marah. Marah berlebihan dan melampaui tidak berkesan pun, lagi membakar. Marah sikit sikit dan berpada tu baik, elok. Ada kesan baik. Dalam refleksi saya, Benar, marah mendidik dan marah diselaputi amarah memang tak sama. Biarlah kita marah […]

Harapan dan Kuasa Sebuah Doa

ادْعُونِي أَسْتَجِبْ لَكُمْ “Berdoalah kamu kepadaKu nescaya Aku perkenankan doa permohonan kamu”. (40:60) Ayat ini untuk saya dan semua ibubapa. Jangan pernah berhenti berharap. BerHarap adalah satu doa. ————— Dalam hati, merasa sesuatu. Dalam fikiran, berfikir sesuatu. Dari mulut, berbicara sesuatu. Semua nya satu doa. Biarlah yang baik-baik dirasai, difikiri dan diucapkan. Sebaik baik perasaan ialah redha. Apa jua keputusan Allah, percaya dan yakin ujian ini dan solusi nya dari Allah. Saya baru melihat seorang bayi yang sama usia KN. Saya terasa sesuatu. Amat perit. Saya tidak di tempat ibu itu. Saya tidak boleh judge dia. Namun, saya katakan jika saya di tempat nya saya akan bersama si kecil sepanjang masa dan usap di badannya, ucapkan/bisikkan kata kata yang baik dan menyokong daya survivalnya secara nyata serta terus terusan solat berdoa secara fizikal. Sy bukan tak pernah lalui situasi kritikal itu. Fateh usia awal hidupnya ada fasa kritikal. Usia hari ke-3, Usia 12 hari, Usia 60 hari. 3 kali warded. Yang kali ketiga warded memang sampai orang kata tukarlah nama anak. Nama itu berat. Kenapa sampai masuk hospital warded banyak kali. Kami tersenyum sahaja. Yang warded kali ketiga amat kritikal. Platlet nya sampai 3. Jika platlet kosong, pendarahan dalam otak boleh berlaku dan tiada harapan selepas itu. Kami tega. Kami yakin hanya kepada Allah. Tiada lain.. ? Sebaik keyakinan itu penuh kepada Nya, sejak itu tak da dah warded. Cuma kerap sakit dan kami kerap ke emergency hospital. Faktor ini buat saya banyak ubah dari segi kehamilan dan kelahiran serta pemakanan KN. KN sampai kini belum pernah jumpa doktor. Sakit chick pox pun sebab jangkit dari Fateh. Kami manage sebaik mungkin seperti abangnya. Alhamdulillah dia memang kuat dan sihat. Kawan kawan, mari doakan untuk semua ibubapa yang diuji anaknya sakit, agar tidak pernah berhenti berharap kepada satu kuasa yang lebih […]