
Cara Menangani Rasa Marah Pada Anak Kecil
Persoalan seorang rakan FB kepada saya: tentang cara terbaik untuk mengatasi rasa cepat nak marah pada anak-anak… 1. Teknik kawan saya: bila nak marah je ingat kalau la anak ni tak da esok camana hidup kita. Pernah orang kematian anak kecil kan, nauzubillahi min zalik. Ujian Allah kita tak tahu. Anak ni ahli syurga. Tak wajar dimarahi atas kesalahan kecil walau telah diingat berulang kali. Kata saya, apalah nak beza pengetahuan dan skill budak kecil 2-3 tahun dengan kita ni mak mak yang dah 20-30 tahun. Sangat besar jurangnya, sangat tak ‘matched’ / setanding! 2. Teknik Ibu Rose: sama, pandang wajah anak, ingat balik, nanti kita tua adakah kita nak dimarah oleh anak pula. Sekarang tangan kecil anak tidak kuat memegang gelas dan jatuh tumpah pecah, esok kita tua, tangan tua kita tak larat pegang dan cawan pecah. Nak ke anak pula balas macam apa kita buat kat dia masa kecil. Walau dia tak berniat balas, namun sub concious mind dia terikut apa kita treat dia masa kecil-kecil dulu. Dan terbaru Ibu Rose ada ajar untuk langkah ke belakang selangkah untuk ubah ‘state’ atau i keadaan semasa, agar energi tinggi membara itu mengurang berbanding bertambah bila menghampiri anak. 3. Teknik saya: saya tarik nafas, dan terus buat je apa yang saya perlu buat. Contoh lap lantai ke, angkat barang ke dapur ke dll, then come back kepada anak dan beritau apa yang kita nak dia buat dengan betul. Teknik nabi tunjukkan sahaja cara yang betul, (elak marah) kemudian anak akan cuba buat seperti apa yang kita tunjukkan, jadi lepas tu puji terus. Anak akan belajar lebih baik begitu untuk tidak silap. 4. Teknik saya terbaru: tarik nafas, berjalan ke arah anak, duduk dan tunduk pandang matanya (sama level mata anak), dan berkata atau bertanya sesuatu. Biasanya saya tanya: apa yang Fateh sedang buat ni? Menariknya […]