Ilmu Asas Untuk Bentuk Anak Resilien

81   81Shares3 TIPS ANAK SIHAT EMOSI DAN KURANG TANTRUM yang pernah saya post ini adalah ‘tapak’ kepada seorang anak yang sihat dan mahu dibentuk menjadi resilien (klik sini artikel pertama) (tapak ni bayangkan macam piramid, bawah sekali tu ialah paling asas, dan perlu kukuh). 1. Berikan mereka aktiviti luar banyak-banyak, kerana ia bantu melonggarkan otot fizikal mereka yang perlu dilepaskan energinya dengan cepat dan bebas. . Bila fizikal sihat, emosi juga akan stabil (kurangkan tantrum). Aktiviti fizikal di luar berbeza dengan dalam rumah/bangunan (‘outdoor’ vs ‘indoor’) kerana ada oksigen dan matahari, berbanding di dalam bangunan yang tiada dua unsur ini. Lebih lagi di rumah, sangat terhad ruangannya. ? Ini kerana hormon yang lepas bebas adalah hormon anti stres, iaitu endorphin, dopamine, serotonin, dan nophinephrine, dan semua hormon ini merupakan ‘neurotransmitter’ kepada mood (emosi baik atau tak baik). Jika selama ini tiada atau kurang peluang, adakan sekurang-kurangnya sekali seminggu, tapi dos masa yang lebih lama. Jika selama ini sudah buat 1 kali seminggu (1.5 jam), tingkatkan kepada 2 kali seminggu. Jika selama ini 2 kali seminggu, tingkatkan kepada 3 kali seminggu tapi dos masa lebih pendek i.e 20 minit. Saranan saya adalah 3-5 kali seminggu, 30 minit setiap kali.. 2. Pastikan makanan mereka terjaga. . TIGA (3) waktu makan utama (main meal) diberi ikut waktu, dan ia adalah makanan real food, elak atau minimakan processed food. Kalau boleh tiadakan terus. Ini kerana makanan jajan seumpama ini termasuk gula (putih) boleh mengganggu sistem di otak anak kita; otak jadi berlubang, dan nak ‘recover’ semula makan masa dalam 72 jam (fakta masa saya hadiri kursus OCOC Dr Rizal). Bila kenyang, anak takla bising nak makan benda merepek (jajan yang kurang khasiat). Makanan ringan ‘in between’ makanan utama ialah buah-buahan dan kekacang. Maka sediakan stok buah dah potong sentiasa di dalam petiais, dan tiadakan stok […]

3 TIPS ANAK SIHAT EMOSI DAN KURANG TANTRUM yang pernah saya post ini adalah ‘tapak’ kepada seorang anak yang sihat dan mahu dibentuk menjadi resilien (klik sini artikel pertama) (tapak ni bayangkan macam piramid, bawah sekali tu ialah paling asas, dan perlu kukuh).



1. Berikan mereka aktiviti luar banyak-banyak, kerana ia bantu melonggarkan otot fizikal mereka yang perlu dilepaskan energinya dengan cepat dan bebas.
.

Bila fizikal sihat, emosi juga akan stabil (kurangkan tantrum).

Aktiviti fizikal di luar berbeza dengan dalam rumah/bangunan (‘outdoor’ vs ‘indoor’) kerana ada oksigen dan matahari, berbanding di dalam bangunan yang tiada dua unsur ini.

Lebih lagi di rumah, sangat terhad ruangannya. ?

Ini kerana hormon yang lepas bebas adalah hormon anti stres, iaitu endorphin, dopamine, serotonin, dan nophinephrine, dan semua hormon ini merupakan ‘neurotransmitter’ kepada mood (emosi baik atau tak baik).

Jika selama ini tiada atau kurang peluang, adakan sekurang-kurangnya sekali seminggu, tapi dos masa yang lebih lama.

Jika selama ini sudah buat 1 kali seminggu (1.5 jam), tingkatkan kepada 2 kali seminggu.

Jika selama ini 2 kali seminggu, tingkatkan kepada 3 kali seminggu tapi dos masa lebih pendek i.e 20 minit.

Saranan saya adalah 3-5 kali seminggu, 30 minit setiap kali.
.

2. Pastikan makanan mereka terjaga.
.

TIGA (3) waktu makan utama (main meal) diberi ikut waktu,

dan ia adalah makanan real food, elak atau minimakan processed food. Kalau boleh tiadakan terus. Ini kerana makanan jajan seumpama ini termasuk gula (putih) boleh mengganggu sistem di otak anak kita; otak jadi berlubang, dan nak ‘recover’ semula makan masa dalam 72 jam (fakta masa saya hadiri kursus OCOC Dr Rizal).

Bila kenyang, anak takla bising nak makan benda merepek (jajan yang kurang khasiat).

Makanan ringan ‘in between’ makanan utama ialah buah-buahan dan kekacang. Maka sediakan stok buah dah potong sentiasa di dalam petiais, dan tiadakan stok biskut dan makanan segera, maka anak akan terpaksa makan apa ada bila ‘lapo’ heheh (kami dah buat dan ia makan masa dalam setahun untuk latih dan hypnoscript anak besar macam Fateh masa tu 5 tahun).
.

3. Waktu tidur dijaga dengan baik.

Yumna tidur lena
Yumna tidur lena

Jumlah jam tidur malam+siang, saranan tidur nap tengahari ikut keperluan usia anak (guidelines di sini :-

https://www.babycenter.com/0_your-childs-sleep-and-nap-timeline_10357001.bc

Sebenarnya atas ni cuma panduan saja, namun jumlah jam tidur adalah mengikut aktiviti dan latihan ‘bodyclock’ anak sejak bayi.

Secara umum dan optimum, kira berapa jumlah jam anak telah tidur siang dan malam (mengikut garispanduan di atas tu).

Jika dia tidur malam 8 jam (anak usia 7 tahun), siang nya perlu tambahan 2-3 jam, atau jika dia tidak tidur siang, malamnya akan perlu tidur awal dan bangun mungkin lewat sedikit berbanding keadaan bila dia dapat tidur siang.

Maka rancanglah aktivitinya, tanyakan guru/pengasuh, jika dia ada nap tidur siang, berapa lama dan berapa kali.

Yang kita boleh atur ialah tidur malam jika kita bekerja.

dengan panduan babycenter ini kita akan fahami mengapa dia sukar tidur malam (samada dah nap lama siang atau dia craving for tangki emosi ‘masa special time‘ dengan ibu ayah) dan bangunnya lewat pagi keesokan harinya.
.

Lastly ===> perhatikan perbezaan mood dan tantrum anak setelah anda adjust 3 perkara di atas ini.
.

3 Atas ini saya kategorikan sebagai Keperluan Fisiologi, tapak asas manusia. ‘Tapak kukuh, individu stabil berdirinya’ – Maznah Ibrahim 🙂


InsyaAllah beza besar.

Cubalah, ia baik untuk anak dan untuk mak ayah sekali.
.

Refleksi,
Maznah Ibrahim.

Seminar EHSABAR untuk tahun ini, dapatkan tiket anda segera, di :

EHSABAR

Dapatkan skrip hypnosis untuk situasi anak pelbagai, dari usia 0-18 tahun, di sini:

Ebook Hypnoscript


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *