Salah Satu Ciri Anak Resilien Atau Berdaya Tahan Dalaman Yang Tinggi ialah,
Mampu untuk ‘bounce back’ atau kembali kepada keadaan sediakala (keadaan yang baik).
Ingat kisah getah yang ditarik yang saya cerita semalam? (Klik untuk post pertama). Getah itu perlu kembali ke keadaan asal dan tidak sampai tahap putus. *Kalau manusia diibarat getah, manusia tu ‘putus’ bermaksud dia ‘collapse’ dah tak boleh berfungsi dah.
Dari senario contoh di atas, dapat dilihat beberapa ciri penting (walau ia situasi ideal, kita dapatkan dulu gambaran respons yang ideal ya):
Anak ini dapat luah, ‘best’ sangat dapat beritahu apa dia rasa. Positif. Bayangkan saja jika anak ini tidak dapat luah, ke mana perginya emosi dia rasai? (Dengan andaian dia ada perasaan, iaitu no 1 di atas berlaku dan dia dapat luah kepada orang yang dia marah, iaitu si ibu).
Anak lega, bila dapat luah kepada tempat yang betul.
Bayangkan saja anak ini luah ke tempat yang tak betul, tetiba aja dia marah kawan baik dia ajak dia main, or guru dia panggil dia tetiba dia melenting, haa kan haru tu.
(boleh nampak ? , mengapa manusia mudah marah tak tentu hala, sebabnya dia ada isu (punca ‘iceberg’) lain, dipancarkan ke tempat tak betul, kira nasib la orang yang menegur ‘time mood’ dia tak baik tu, hehe.
Anak saya pernah carita kawan dia tetiba marah-marah dan anak saya tak faham, lepas saya borak dengan guru kebetulan isu ini terkeluar, saya fahami yang kawan dia itu ada isu lain rupanya, so memang wajarlah anak saya pelik dan keliru kenapa kawan dia tetiba marah-marah dia tanpa sebab yang relevan).
Apa ciri anak resilien dari senario di atas?
Okay, dapat belajar sesuatu?
‘Share’kan dengan rakan kenalan anda ya.
Oh ya, untuk usia bawah 5, masih belum cukup matang untuk regulasi emosinya sekaligus memahami penjelasan ibubapa/orang dewasa. So cara tanganinya saya sentuh di lain ‘post’ ok.
Refleksi dan perkongsian spontan dari saya,
Maznah Ibrahim
*memandangkan kesihatan mental kanak-kanak dan remaja di Negara kita semakin membimbangkan, perlunya kita ‘educate’ diri, pasangan, dan anak-anak mengenai topik kendali stres sejak anak kecil lagi, ok.
* Dari survei kesihatan mental kebangsaan NMHS 2017, bagi remaja usia 13-17 tahun, 1 dalam setiap 5 orang mengalami kemurungan (18.3 peratus), 2 dalam setiap 5 orang dilanda simptom keresahan atau ‘anxiety’ (39.7 peratus) dan 1 dalam setiap 10 orang mengalami stres (9.6 peratus). Maka di sini kita dapat katakan yang kelompok remaja berisiko tinggi untuk mengalami masalah kesihatan mental sekiranya rawatan awal dan pencegahan tidak dilakukan. Saya melihat perlunya skil keibubapaan yang spesifik dalam membantu stres anak kecil dimulakan sejak prasekolah lagi.
==>Seminar Menangani Tantrum Anak pertama kali untuk tahun ini, dapatkan tiket anda segera dengan whatsapp 019 4705 625
==> Dapatkan skrip hypnosis untuk situasi anak pelbagai, dari usia 0-18 tahun, di sini:-