Tag stres kanak-kanak

ibubapa hebat maznah ibrahim

Mahu Anak Yang Kuat dan Kental Ketahanan Diri?

Salah Satu Ciri Anak Resilien Atau Berdaya Tahan Dalaman Yang Tinggi ialah, Mampu untuk ‘bounce back’ atau kembali kepada keadaan sediakala (keadaan yang baik). Ingat kisah getah yang ditarik yang saya cerita semalam? (Klik untuk post pertama). Getah itu perlu kembali ke keadaan asal dan tidak sampai tahap putus. *Kalau manusia diibarat getah, manusia tu ‘putus’ bermaksud dia ‘collapse’ dah tak boleh berfungsi dah. Katakan anak marah, sebab ibu ambil lambat sangat dari sekolah/taska transit dia (rasa marah spontan), Kemudian anak ini luahkan (dan didengari dengan baik si ibu), Kemudian anak ini lega (sebab dapat luah pada orang yang dia geram, dan didengari pula dengan baik si ibu), Dan anak ini mendengar, menerima penjelasan si ibu dengan hati terbuka. Kemudian anak ini jadi baik sediakala. Dari senario contoh di atas, dapat dilihat beberapa ciri penting (walau ia situasi ideal, kita dapatkan dulu gambaran respons yang ideal ya): Rasa marah spontan, menunjukkan anak ini normal, sebab dia ada perasaan. Rasa marah ini juga kerana ekspektasi dan harapan beliau mahu ibu ambil awal (samada ibu ada berjanji atau tidak, namun anak ini ada persepsi sendiri iaitu ibu akan ambil awal). Bayangkan saja anak ini tak marah, tidak menunjukkan apa-apa tanda perasaan (hatta ibu ambil lewat benar sampai maghrib tiada berita), hmm kan pelik tu.. So, beritahu diri, anak saya bila dia menunjukkan reaksi emosi, maknanya anak saya ni normal. Anak ini dapat luah, ‘best’ sangat dapat beritahu apa dia rasa. Positif. Bayangkan saja jika anak ini tidak dapat luah, ke mana perginya emosi dia rasai? (Dengan andaian dia ada perasaan, iaitu no 1 di atas berlaku dan dia dapat luah kepada orang yang dia marah, iaitu si ibu). Anak lega, bila dapat luah kepada tempat yang betul. Bayangkan saja anak ini luah ke tempat yang tak betul, tetiba aja dia marah kawan […]

Pentingnya Skil Urus Emosi Untuk Kita dan Anak Kita

Kepentingan SKIL URUS EMOSI Jika anda belum tahu, . Sebenarnya perlakuan abnormal banyak disebabkan oleh emosi terpendam dan emosi negatif, yang: . ☑ tidak disalurkan dengan baik atau ☑ tidak diselesaikan dengan aman. . . Sebagai contoh, Pendera / pelaku seksual kanak-kanak, ⏩ bukan semata sebab dia adalah mangsa seksual semasa kanak-kanak-kanak, atau dia ada nafsu terhadap kanak-kanak:- . tetapi kerana ☑ mereka ada emosi spesifik yang negatif, ☑ yang tidak dapat diselesaikan dengan cara sihat dan selamat. . Key nya: SIHAT dan SELAMAT. . DUA POINT PENTING: 1) Mangsa layak, boleh dan wajar rasa marah kepada pelaku, . cuma mangsa perlu salurkan rasa marah, dan (dalam lagi ialah dendam) secara sihat dan selamat. . perlunya dan pentingnya hadiri/diberi terapi secara psikologi untuk proses perkara itu sehingga ia lerai dan belajar cara handle emosi negatif dan trigger di kemudian hari mengikut cara dia yang sesuai. . Namun, cara mereka salur emosi marah, keliru dan dendam dalam diri, akan terkait (‘associate’) dengan perlakuan seksual kepada kanak-kanak juga, kerana ia kelihatan lebih dekat dengan daftar memori di otak, ‘stick’, fokus dan khusus ke arah itu kerana ia pengalaman yang dilalui. . Makna, ✅ amat perlu KEPELBAGAIAN aktiviti untuk merangsang dan membuka pelbagai saluran emosi secara SIHAT dan SELAMAT, seperti aktiviti fizikal, journaling refleksi, berbual dengan orang positif dll lagi. . 2) Pelaku seksual kanak-kanak sebenarnya adalah orang yang alami ‘mental illness’ iaitu tidak sihat mentalnya. . Kebanyakan mereka melunaskan emosi ‘marah’ dan ‘dendam’ kepada kanak-kanak, bukan kerana nafsu seks terhadap kanak-kanak, tetapi kerana emosi ‘marah’ dan ‘dendam’ kepada pelaku nya semasa dia zaman anak-anak. Mereka tiada pun rasa rangsangan / nikmat seks dari perlakuan salah mereka itu. . . . Kejadian baru baru ini, saya sifatkan ‘online game’ adalah ‘tool’ sahaja, dan pencetus serta ‘satu alternatif’ cara melunaskan emosi marah, tak puas […]