Ilmu Asas Untuk Bentuk Anak Resilien
3 TIPS ANAK SIHAT EMOSI DAN KURANG TANTRUM yang pernah saya post ini adalah ‘tapak’ kepada seorang anak yang sihat dan mahu dibentuk menjadi resilien (klik sini artikel pertama) (tapak ni bayangkan macam piramid, bawah sekali tu ialah paling asas, dan perlu kukuh). 1. Berikan mereka aktiviti luar banyak-banyak, kerana ia bantu melonggarkan otot fizikal mereka yang perlu dilepaskan energinya dengan cepat dan bebas. . Bila fizikal sihat, emosi juga akan stabil (kurangkan tantrum). Aktiviti fizikal di luar berbeza dengan dalam rumah/bangunan (‘outdoor’ vs ‘indoor’) kerana ada oksigen dan matahari, berbanding di dalam bangunan yang tiada dua unsur ini. Lebih lagi di rumah, sangat terhad ruangannya. ? Ini kerana hormon yang lepas bebas adalah hormon anti stres, iaitu endorphin, dopamine, serotonin, dan nophinephrine, dan semua hormon ini merupakan ‘neurotransmitter’ kepada mood (emosi baik atau tak baik). Jika selama ini tiada atau kurang peluang, adakan sekurang-kurangnya sekali seminggu, tapi dos masa yang lebih lama. Jika selama ini sudah buat 1 kali seminggu (1.5 jam), tingkatkan kepada 2 kali seminggu. Jika selama ini 2 kali seminggu, tingkatkan kepada 3 kali seminggu tapi dos masa lebih pendek i.e 20 minit. Saranan saya adalah 3-5 kali seminggu, 30 minit setiap kali.. 2. Pastikan makanan mereka terjaga. . TIGA (3) waktu makan utama (main meal) diberi ikut waktu, dan ia adalah makanan real food, elak atau minimakan processed food. Kalau boleh tiadakan terus. Ini kerana makanan jajan seumpama ini termasuk gula (putih) boleh mengganggu sistem di otak anak kita; otak jadi berlubang, dan nak ‘recover’ semula makan masa dalam 72 jam (fakta masa saya hadiri kursus OCOC Dr Rizal). Bila kenyang, anak takla bising nak makan benda merepek (jajan yang kurang khasiat). Makanan ringan ‘in between’ makanan utama ialah buah-buahan dan kekacang. Maka sediakan stok buah dah potong sentiasa di dalam petiais, dan tiadakan stok […]