ANAK USIA 2 YANG ‘DISTRESS TANTRUM’ SEBENARNYA BELAJAR UNTUK URUS STRES DIA BILA DIA BESAR NANTI
Ini adalah satu fakta, dan hasil dari kajian mengenai neurosains otak kanak-kanak dan kesannya pabila dewasa kelak (kesihatan mental).
Pabila anak tantrum (mengamuk) kerana sebab yang layak (rasa amat sedih, kecewa dan marah), anak perlu ditenangkan dan di ‘channel’kan kepada tingkahlaku yang selamat sahaja.
Contoh anak mengamuk barangnya diambil oleh kawan cilik, pada dunianya, barang itu amat penting (miliknya), bukan dia sengaja tidak faham mengenai konsep berkongsi atau sebagainya (kedekut, keras kepala dsb). Tetapi dia sedang belajar melontarkan emosi marah dan kecewanya, dan layak untuk tantrum.
Pabila dia dibawa ke tempat lain, dialihkan perhatian, ditenangkan, dia belajar untuk menurunkan skala emosi marah dan kecewanya (akibat tidak faham, kerana usia masih 2 tahun), dan ini membantu untuk dia menangani situasi stres pabila dewasa kelak, iaitu lebih kool dan tidak meletus kemarahan secara agresif. Boleh ‘cool down’ dan stabil emosi walau dalam keadaan tekanan tinggi.
Sebaliknya anak usia 2 yang sama, jika tidak dibantu diuruskan emosinya dengan baik, rembesan hormon stresnya meledak tinggi dan berlebihan di otaknya (‘overloaded’),
pabila katakan dia dihukum kerana tidak boleh toleransi dengan suasana persekitaran: contohnya dipukul, ditolak kuat, ditarik ke kereta dengan kasar dan sebagainya (menjadikan sebab kepada tantrum berlamaan dan lebih kuat ialah sebab kedua (‘secondary reason’), iaitu ditangani dengan kasar oleh ibubapa).
Apa yang akan berlaku ialah rembesan hormon stres di otaknya bertambah banyak, dan lebih lama masanya. Pabila berulang, ia mudah ‘trigger’ dan boleh menjadi personaliti mereka di kemudian hari.
Jika anda perhatikan di restoren orang yang marah kerana menu makanan tidak sampai lagi, mengamuk dan merosakkan harta benda awam, ia petanda semasa kecilnya, sewaktu beliau sedang alami emosi marah dan kecewa, beliau tidak berjaya dibantu dengan positif dan sebaiknya oleh orang dewasa yang bertanggungjawab kepadanya. Keperluan emosi semasa kecilnya yang belum matang, tidak faham, dan tidak dimodelkan caranya, tidak dipenuhi sebaiknya.
Jadi ibubapa, bantu anak semasa tantrum dengan sebaiknya.
Ada 2 jenis tantrum umum dan beberapa jenis tantrum lain sebenarnya, nanti pelan-pelan saya kongsikan untuk pemahaman kita bersama ya.
Dan fikirkan yang kita nak latih anak kita boleh ‘bounce back’ jadi selesa, kool dan stabil, iaitu resilien, kita mulakan dengan uruskan emosi kita dulu ya.
Maznah Ibrahim.
Seminar Menangani Anak Tantrum separuh hari
pada 7 Disember 2019
Di Hotel Seri Malaysia, Sg Petani, Kedah
9.00 pagi hingga 1.00 tengahari.
Segera dapatkan tiket anda dengan menghubungi penganjur di Whatsapp: 019 4705 625