Webinar Keibubapaan (Versi Rakaman): Tegas Dalam Hikmah – Mengurus Tingkah Laku Anak Dengan Pendekatan Psikologi
Oleh Maznah Ibrahim.
Apa Anda Akan Pelajari
Webinar 3 jam ini akan memberikan kefahaman atau kesedaran, info dan skil pengurusan tingkahlaku anak berusia bawah 12 tahun (antara 1.5-12 tahun), yang merangkumi EMPAT (4) perkara berikut:
4 Aspek Punca Masalah Tingkahlaku Anak
- 3 Komponen Utama Pengurusan Tingkahlaku Anak 12 Tahun ke Bawah
- 8 Teknik Meningkatkan Tingkah Laku Diingini
- 2 Teknik Mengurangkan Tingkah Laku Tidak Diingini
- 6 Tips Halang Tingkahlaku Tidak Diingini Berlaku
- 5 Tips Apabila Tingkahlaku Tidak Diingini Berlaku
- 8 Teknik Pengurusan Kendiri Tingkah Laku Anak
Che Ku Norasikin –
Pertamanya bersyukur Allah berikan nikmat masa untuk saya berwebinar. Webinar ini sangat bermanfaat buat saya dan keluarga untuk belajar ilmu mengendalikan emosi dan tingkah laku parents dan anak anak kecik dan remaja dengan sangat berkesan. Banyak step by step yang boleh dibuat dari yang paling senang dan mudah sehinggalah pada yang paling susah. Cara penyampaian Puan Maznah yang mudah difahami dan santai menaikkan semangat kami bahawa tiada yang mustahil dalam menjadi ibu bapa terbaik untuk anak anak kita.
Kitalah harapan anak anak.
Nabilah –
Alhamdulillah… Sy rasa sgt bersyukur kerana berpeluang mengikuti webinar ini.. Byk ilmu yg sy perolehi dan sy amalkan sedikit demi sedikit kepada anak2 sertanampak hasilnya… Anak jd semakin positif, tenang, rajin membantu. Apa yg penting adalah ibu perlu kekal bertenang terlebih dahulu dlm menghadapi waktu sukar atau ‘puzzle’ anak2. Semoga Allah terus mengurniakan kekuatan, kesabaran dan dipermudahkan segala urusan dlm mendidik anak2 kita.. Anak2 adalah saham kita menuju ke syurga-Nya.. Aamiin
Sufiyah –
Saya rasa dapat banyak ilmu baru macam mana cara² nak handle anak saya sendiri bila anak buat hal. Terima kasih puan maznah..
Aneeza –
Alhamdulillah.. Sangat membantu saya dan suami.. Banyak masalah dan solution yang berkait dengan kami..InsyaAllah kami akan cuba yang terbaik
Izfahmi Farhan –
Alhamdulillah perkongsian yang sangat bermanfaat, ilmu yang di ajar untuk kita mengubah diri supaya menjadi lebih baik di dalam keluarga kecil kita
Neesa –
Rasa relieved sangat dapat join webinar ni & rasa diri tak sendirian alami masalah yang serupa dengan anak-anak. Banyak info,maklumat & tips baru yang belum pernah saya dpt walaupun pernah join webinar Pn Maznah yg lain sebelum ni. Rasa lebih positif untuk memperbaiki cara parenting saya utk anak-anak. Terima kasih banyak2 Pn Maznah.
Shida –
Alhamdulillah.. terima kasih puan maznah. Saya rasa banyak ilmu yg saya dapat malam ni. Banyak kesilapan saya dalam mendidik dan cara berkomunikasi dengan anak-anak. Saya akan ulang balik tengok video rakaman dan praktikkan ilmu puan yang sangat mahal ni.
Insha Allah.
Sab –
Rupanya banyak yg telah dilakukan tetapi tidak konsisten. Cth sebelum ni dah amalkan teknik konsekuen natural tapi tercampur dgn tidak logik. Selepas webinar boleh diperkemaskan lg.
Hamisah –
Terima kasih Puan untuk ilmu dalam webinar ini. Banyak benda yang saya belajar. Rasa bersalah pun ada. Insaf pun ada. Ada kesalahan dalam didik anak. Insyallah, saya akan baiki gaya parenting saya mendidik anak. Terima kasih puan. Saya hargai ilmu mahal yang puan kongsikan.
Juliyana –
Alhamdulillah dapat belajar ilmu parenting daripada Puan Maznah. Kaedah traffic light amat membantu masa sekarang dan yang akan datang. Moga lebih ramai ibu bapa hebat yang lain akan turut serta webinar sebegini.
Fadhilah Binti Che Hassan –
Alhamdulillah,syukur pada Allah kerana rezekikn saya utk mndaftar webinar ni di saat akhir..ptg tadi..saya terlihat iklan Puan di FB. Slps mnyertai prgrm ni, saya insafi Ilmu parenting ni sgt penting untuk kita mnjadi ibu bapa yg terbaik untuk anak2 kita dunia dan akhirat..ibu bapa perlu laburkn sedikit duit utk cari ilmu parenting spt ini..mmg x rugi..mg Allah berkati ilmu yg telah saya pelajari & beri kkuatan utk saya amalkn kpd 4 org cahayamata saya.jazaakillah puan Maznah ats ilmu yg diberikn..doakan saya juga ye
Wani –
Terima kasih atas perkongsian yang sangat baik.Ianya banyak membuka mata dan memberi ilmu baru untuk saya dalam cabaran mendidik anak-anak
faz –
terima kasih pn maznah atas segala ilmu. selama ini byk kesilapan saya dlm mengawal tingkah laku anak. byk tips dan info yg boleh membantu saya sentiasa berusaha dan belajar dlm mendidik anak2. terima kasih
Muna Zaen –
Alhamdulillah, banyak ilmu yang dipelajari melalui sesi webinar ini, sementelah saya “first-time mom”. Saya harap saya dapat mempraktikkan kaedah yang betul dalam menguruskan tingkah laku anak saya nanti. In shaa Allah.
Nazirah –
Alhamdulillah.. Banyak ilmu yang saya dapat dlm memperbaiki diri mendidik anak2.. Betul kata puan Maznah, kita ibu bapa ni pendosa.. Anak2 mengajar kita untuk menjadi ibu bapa yg terbaik.. Terima kasih puan ats perkongsian
Asma’ –
Alhamdulillah. Satu perkongsian yang sangat2 berbaloi dgn masa dan harga. Ilmu parenting mmg wajib di pelajari oleh setiap parents. Selama ni, ada ilmu yang sudah dipraktikkan. Tapi, bila dah belajar dari puan maznah dan tahu cara untuk menguruskan, rasa semakin bersemangat untuk jadi ibu yang lebih baik utk anak2. Terima kasih puan maznah atas ilmu yang diberikan.
Mida Mn –
Saya selalu merujuk kepada puan maznah utk ilmu parenting yg pelbagai. Tidak pernah rugi utk join, beli & follow semua webinar, ebook atau media sosial puan maznah utk rujukan, memang penuh ilmu.
Ros –
Rada dipimpin dalam usaha nak memahami anak dan menguruskan tingkah laku anak
insyaAllah ilmu yang sangat bermanfaat.
Muhammad Amiro Rasheeq Mohd Radzi –
Alhamdulillah. Program yg sangat bagus. Perlu diteruskan lagi ❤️