Webinar Keibubapaan: Buli Di Kalangan Adik Beradik – Luka Yang Tak Nampak

(52 customer reviews)

Original price was: RM147.00.Current price is: RM97.00.

  • Akses Webinar Buli Di Kalangan Adik Beradik selama 180 hari

 

Available

Webinar Keibubapaan Buli Di Kalangan Adik Beradik – Luka Yang Tak Nampak

Oleh Puan Maznah Ibrahim

Pengenalan

Konflik di kalangan adik-beradik adalah satu fenomena biasa dan hampir setiap adik-beradik akan mengalaminya.

Namun ada juga konflik berpanjangan sehingga ia amat melukakan dan menyebabkan yang dibuli sama ada menjauhkan diri, pendam (pasif) atau lebih agresif (percakapan, perbuatan keras/kasar) kepada satu pihak lagi.

Faham
Memahami psikologi yang membuli dan yang dibuli, secara kontekstual boleh membantu ibu bapa mengendalikan situasi ini dengan lebih baik.

Bila Berpanjangan
Ianya perlu bermula dari rumah demi mengelak ‘luka’ berpanjangan hingga mungkin akan menyukarkan kehidupan kita sebagai ibu bapa tua kelak apabila anak sudah dewasa.

Cegah Buli
Selain itu skil cegah dan hadapi buli boleh digunakan oleh anak sewaktu di taska/tadika/sekolah agar mereka juga mampu hadapi dengan asertif kepada pelaku.

Pengisian
Webinar sekitar 1 jam 30 minit ini akan memberikan merangkumi 2 perkara berikut:

Perkongsian Buku

  • Saya berkongsi buku kanak-kanak bertajuk ‘Bully’ bagi memberi kefahaman kepada ibubapa akan aspek psikologi di sebalik yang membuli dan dibuli.
  • Serta tindakan yang boleh dilakukan oleh anak yang dibuli

Solusi

  • Solusi untuk ibubapa lakukan atau latih anak.
    Ia meliputi sudut dua pihak iaitu pelaku dan diperlaku dari segi teknik komunikasi, tips, dan amalan berkaitan.

Hasil Yang Diharapkan:
Mudah-mudahan kefahaman, strategi dan teknik yang dikongsikan nanti boleh:

  • Meningkatkan kefahaman ibu bapa akan perspektif konflik dan buli adik beradik
  • Memberi idea kepada ibubapa dari segi ‘tools’ untuk pengendalian konflik anak-anak di rumah
  • Secara tidak langsung boleh membantu mencegah luka anak lebih mendalam, dan anak-anak kekal baik hingga dewasa walau kerap bergaduh sekarang
  • Anak-anak kita ada skil cegah buli, tahu nak buat apa ketika menghadapi situasi buli di luar lingkungan rumah kelak

Saya melihat perkara ini boleh diselesaikan dengan cara dan pendekatan yang lebih baik.

Dengan ilmu yang betul kita juga boleh menjadi ibu bapa yang lebih yakin dan tenang dengan memberikan didikan serta sokongan yang diperlukan oleh anak-anak.

Ayuh kita segerakan yang baik supaya keluarga kita menjadi lebih aman dan mengamankan, insyaallah

Ayuh

kita mulakan langkah ini

Break The Cycle

52 reviews for Webinar Keibubapaan: Buli Di Kalangan Adik Beradik – Luka Yang Tak Nampak

  1. Romlah

    Amazing session from an experienced practitioner.
    Relatable contents & easy to understand.
    Recommended for all parents.

  2. Hafizul Hakim

    Selaku abah kepada 4 orang anak kecil, slot “Webinar Parenting Luka Yang Tak Nampak – Buli Di Kalangan Adik Beradik” amat membantu saya dalam memahami dinamik perhubungan antara adik beradik. Terima kasih Pn Maznah Ibrahim atas perkongsian yang ringkas dan penuh informasi. Semoga bermanfaat untuk semua.

  3. Najua bt Mohamad Zaki

    Saya sangat berpuas hati mendengar penerangan tentang konsep buli, cara mengenalinya, mengangani masalah buli dan parenting skill yg diajar dlm webinar ini. Penerangan yang santai, menyentuh hari, terkesan di hati dan sangat banyak membantu saya menguruskan anak2 dan anak didik. Hebat dan mantap.

  4. Rohani Balil

    Sangat berpuas hati dgn topik yg bermanfaat pada harini. Didiklah & ajari anak dgn cara yg betul dan beri kasih sayang seadilnya dgn kesemua anak anda.

  5. Humairah J.

    Perkongsian yang bermakna serta membantu para ibubapa untuk memperbaiki diri dan lebih memahami perlakuan anak-anak berbanding hanya memarahi mereka.

  6. Ayeeda

    Salam..Alhamdulillah, pertama kali joint webinar parenting dan saya sangat terkesan dengan teknik 3R yang Pn. Maznah kongsikan selain info2 lain yang membuatkan saya merenung diri saya kembali.Banyak perkara yang saya telah terlepas bersama anak2 yang kini sudah remaja..sedih pulak. 😪Hrp dapat tackle hati anak2 semula walau sukar. Nak try praktik 3R utk 2 org anak 7-10 thn. tq

  7. izyan

    satu ilmu baru yang sangat praktikal buat saya. saya baru tahu mengejek itu adalah satu buli, ilmu ini sangat penting untuk saya heal diri sendiri dan mengelak anak di buli.

  8. Nurul Asma binti Effendi

    Alhamdulillah terima kasih Puan Maznah atas perkongsian input yang sangat bermanfaat. Semua nota telah saya catatkan untuk dipraktikkan dan tak sabar nak share input dengan orang disekeliling”.

  9. ilyana

    alhamdulillah, peluang untuk lihat rakaman selama 3 hari ni, saya manfaatkan. tak jemu untuk lihat, dengar berulang kali untuk mendapatkan kefahaman yang baik. terima kasih pn maznah atas ilmu bermanfaat. tak sabar nak apply dan kongsi bersama orang lain. nak galakkan orang untuk follow rapat puan maznah juga agar sama2 dapat buat yang terbaik untuk anak2. rugi tak belajar! 😉

  10. Altablig Ali

    Satu pengetahuan ilmu yang amat baik

  11. Jaafre Bin Abdul Rashid

    Banyak manfaat

  12. Maria

    Terima kasih Pn Maznah atas perkongsian bagus terutama skrip dan situasi dalam buli dan cara mengatasi. Tak dapat join online tapi alhamdulillah dapat tengok rakaman. Banyak ilmu yang saya dapat.

  13. Aida

    Alhamdulillah T.kasih pn.maz tntang prkongsian kali ni yg sgt sy prlukan utk diri sy dn sbg bekalan utk ank2 5&6thn yg bru mula tabika pd thn ni agar mereka x mengalami luka kesan dibuli sperti sy alami ketika usia 6-8 thn. Skrg sy nk ank2 lebih berani tegas &confident agar x mnjadi target si pembuli. InsyaAllah akn sy apply solusi 3R di rumah kpd ank nnti.👍🥰

  14. Rosnita ahmad

    Alhamdulillah perkongsian yang baik dan bermanfaat.sangat berguna.masih belum terlambat utk diaplikasikan bg membentuk modal insan yg cemerlang

  15. siti nur solehah bt saliman

    Terima kasih atas perkongsian. Banyak output yang dapat daripada perkongsian tersebut. 💕

  16. Riani

    Perkongsian terbaik dari Puan Maznah. Saya suka cara penyampaian yang digunakan agak mudah dan senang ibubapa nak faham. In Shaa Allah dengan ilmu² yang diberikan saya akan apply cara tersebut untuk memperbaiki kelemahan saya sebelum ini dalam merespon anak. Semoga Puan Maznah sekeluarga diberi rezeki yang melimpah ruah asbab berkongsi ilmu sebegini, aamiin..

  17. Juliana zahidi

    Sanggat permafaat dan membantu

  18. Arina binti Razani

    Alhamdulillah syukur pada Allah SWT kerana saya dpt info, ilmu yang bermanfaat untuk saya gunakan untuk keluarga,ank2 dan orang sekeliling saya.

  19. NOR FAZILAH AHMAD MAHIR

    Perkongsian yang sangat bermanfaat Dan membantu Saya dalam mendidik anak2 Dan Juga dapat memberi Saya Ilmu bagaimana untuk Saya Bantu anak2 yang dibuli..Terima kasih atas perkongsian yang sangat hebat ini

  20. Esteqqama Binti Nordin

    Menarik perkongsian/ kata2 dr puan Mazlina
    Seronok di aplikasikan dlm kehidupan sejarian
    Jadi ibu bapa di luar sana, wajib utk anda pelajari ilmu “parenting” utk kehidupan lebih baik

  21. Rosenah

    Sangat membantu dalam mendidik anak2 dan juga pelajar2 sekolah. Perbanyak lagi tajuk2 seumpama ni dengan contoh lakonan. Terima kasih atas perkongsian.

  22. Maimunah binti mat

    Sangat bermanfaat

  23. Nazirah

    Buli Di Dalam adik beradik mmg wujud…cuma Kita selalu merasakan hubungan diantara adik beradik pasti X Akan putus…tapi amarah dendam walau Sikit Tu Akan Terus ada kalau as parents X sedari Dari awal.

  24. Siti shazwani

    Alhamdulillah. Saya rasa pengisian yg amat bermakna. Sebab anak saya selalu menjadi mangsa buli di kalangan anak buah dan sepupu-sepupunya. Lepas ni saya dah faham dan tahu cara nak bagi self esteem anak saya naik semula. Saya bersyukur sangat menjadi ibubapa masa kini kerana banyak ilmu yg boleh saya dapati melalui webinar free dan juga video2 dari puan maznah.

  25. Noor Hayati

    Webinar ini bagus …kita boleh menyelami perasaan anak2 dengan lebih baik..

  26. NASIMAH BT ZAINAL ABIDIN

    Webinar sgt seronok dan mudah utk difahami. Penerangan yg diberi jelas dan menarik.tidak membosankan. Byk ilmu yg boleh diperolehi drpd webinar yg disampaikan.terima kasih sudi berkongsi ilmu Dan maklumat.

  27. Abrizah

    Saya dapat ilmu baru bagaimana menangani buli antara kakak dan adik. Saya juga baru mengetahui buli ini boleh berlaku kesan pendam perasaan yg lalu…Alhamdulillah, saya faham bagaimana nak handle selpas ini. Semoga selepas ni hubungan anak-anak akan semakin baik. Terima kasih Puan Maznah…semoga Allah sentiasa mengurniakan kesihatan yg baik utk puan terus menyampaikan.

  28. nadia

    sharing yg best dr pn.maznah, tips cegah n say no mmg kne ajar, n naikkn self esteem ank jgk perlu sbb anak sy pn mmg a bit pemalu..contoh mudah dlm daily life pn kne amek berat sbb semua ad kesan pada ank..tq ats ilmu ni n teruskn sharing utk kami topup lg parenting skill n break the cycle.

  29. Fatin Mahirah Fadzil

    Ilmu Puan Maznah ni bukan utk insan yg bernama ibu atau ayah.. Utk yg belum berkahwin pun sesuai tgk. Sbbnya kita boleh Kenai perangai budak budak keliling kita.. Bila Kenai bukan bererti kita nak judge budak.. Tp kita boleh Paham dan lagi Lembut hati dalam menyantuni kanak kanak disekeliling kita.. Buli ni tak payah tunggu nama budak ja jd pembuli.. Pembuli ni sebenaqnya Mai dr kita yg dewasa. 😔

  30. LIYANA

    Ilmu yang sangat menarik dan sangat relevan dengan anak zaman sekarang. Terima kasih Puan Maznah 🙂 atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat dan malah diberikan secara percuma lagi . Moga urusan puan Maznah dipermudahkan dan sentiasa dilindungi oleh ALLAH.

  31. Rashidah

    Assalammualaikum Pn.Maznah..Pertama sekali saya nak ucapkan terima kasih kerana menjemput saya untuk mendengar & menonton video berkaitan buli dikal.adik beradik..Banyak ilmu yang sy dapat. Insya Allah sy akan mempratikkan ilmu yg sy pelajari. Semoga anak² terhindari dari menjadi mangsa buli & menjadi pembuli.. Semoga sy dpt menyertai video yg akan datang.Insya Allah & Terima Kasih

  32. Farhana IHA

    Assalamualaikum… Saya belum berkahwin dan belum beranak. saya tertarik dengan tajuk ni. harap dapat membantu dalam menyelesaikan masalah adik2 . Nota dan pengenalan padat dan contoh diberikan banyak membantu. Saya suka bila Puan berikan bagaimana teknik2 Rasullullah SAW menangani masalah2 tingkah laku ni dan harap Puan dapat kongsikan dengan lebih banyak lagi

  33. pn siti

    sangat bermanfaat.. segala skill dan teknik berguna dikongsi.. saya rasa sangat berterima kasih.

  34. Syahirah Nabilah binti Muhammad Sabri

    Alhamdulillah puan Maznah. Banyak saya dapat hari ini even tak sempat bersama live. Rakaman banyak bantu saya dapat ilmu even saya masih lagi pelajar. Banyak muhasabah diri dan perhatikan adik beradik sendiri. Bahkan banyak refreshbilmu kaunseling yang saya belajar selama ini. Pun begitu, boleh puan kongsikan 7 TIPS ADIK BERADIK NGAM tak? Sbb saya x dpt tengok komen di bawah melainkan slideshow.tq

  35. Fauziah Bibi

    Sangat bermanfaat dan saya pasti akan sertai lagi jika berkesempatan. InshaAllah

  36. Suraiya

    Terima kasih Puan diatas perkongsian.Topik yang menarik dan penting,sebenarnya berlaku tanpa disedari,itu ialah Buli

  37. Eleeffa

    Terima kaaih puan share ilmu yg bermanfaat, selain saya dapt tahu atasi masalah kes bully di kalangan anak dgn kwn,saya juga dpt manfaat utk atasi diantara anak2 saya juga. InshaAllah saya akn cuba buat

  38. Aida Abdul Rashid

    Tips2 sgt membantu

  39. Armiza

    Sangat membantu saya dalam kisah luka anak yang kita tak nampak.. Banyak kesilapan saya juga.. Selalu marah anak tanpa saya sedar yg sya juga telah membuli anak saya sendiri. Terima kasih puan atas perkongsian ilmu ni

  40. Mai

    Assalamu’alaikum pn.tahniah webinar yg sgt membantu.sebenarnya sedikit sebanyak mengajar sy jugak mengenali buli.. InsyaAllah ilmu yg sgt berguna utk sy kongsikn kpd ank² nnt.

  41. Pn. Ila

    Sangat bermanfaat buat parents dan bakal parents. Penyampaian yg ringkas dan senang utk difahami. Sessi soal jawab juga sgt membantu. Terima kasih Pn. Maznah.

  42. Bonda

    Perkongsian penuh pengisian..

  43. syuhada

    perkongsian yang bermakna, contoh yang mudah difahami dan content yang padat sesuai dengan topik yang dibincangkan

  44. Salina Mohd Salleh

    Perkongsian yang sangat bermakna dan ilmu yang manfaat. Selama ini kita sebagai ibu bapa hanya tahu menghukum tanpa mengetahui hakikat di sebaliknya. Semoga selepas ini akan menjadi lebih baik daripada sebelum ini.

  45. Saripah binti Kasim

    Memahami tingkahkaku pembuli serta org yg dibuli. Dapat mengetahui cadangan buku untuk rujukan. Dapat mengetahui sedikit kaedah menangani buli dari rumah.

  46. Nadia

    Sangat best n banyak ilmu baru yang boleh terus dipraktikkan. Baru tau pasal feeling,sensing, thinking etc… kenapa saya jadi ibu yang macam ni…kenapa anak2 saya behave macam tu…sangat best. Harap puan Maznah dapat teruskan dengan program2 macam ni.

  47. Masilawati Binti Md Asim

    Terima kasih Pn Maznah Ibrahim di atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat dan byk memberikan tips yg amat berguna untuk diaplikasikan untuk kehidupan seharian. Insha Allah akan menghubungi puan utk kolaborasi mengadakan webinar pada masa akan datang untuk dikongsikan ilmu kepakaran puan untuk komuniti sejagat.

  48. AMINAH BINTI AWANG

    BOLEH AMALKAN DEKAT ANAK-ANAK
    SAUDARA. SANGAT BERMANFAAT DAN AKAN AMALKAN UNTUK ANAK SENDIRI MASA AKAN DATANG, WALAUPUN SAYA MASIH BELUM MEMPUNYAI ANAK. DOAKAN SAYA SUPAYA ADA REZEKI ANAK NANTI. AMIN.

  49. Muhammad Zulfadzli bin Jaafar

    Perkongsian ilmu yang bermanfaat. Semoga kita dapat mendidik dan membesarkan generasi akan datang yang lebih baik.

  50. Nor Azura Ismail

    Saya mempunyai 3 anak lelaki dan seorang anak perempuan. Sangat mencabar, tambahan pula yang sulung ada ADHD. Saya memang perlukan support system macam ni untuk memahami tingkah laku anak-anak dan menangani konflik mereka. Ibu bapa perlukan sertai webinar ni.

  51. SITI AISYAH

    Alhamdullilah sangat menarik tajuk ini dan banyak tips yang dapat dipraktik dalam parenting

  52. NORLILI BINTI HASHIM

    Perkongsian ilmu yang hebat

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *