Webinar Keibubapaan (Versi Rakaman): Therapeutic Story Telling
Oleh Puan Maznah Ibrahim
Pengenalan
Apa Itu Therapeutic Storytelling Untuk Anak?
Ia adalah penyampaian cerita untuk memberi kesan kepada cara kanak-kanak berfikir, berasa serta tindakan selepas mendengarnya.
Ia adalah satu ‘lesson time’, secara tidak terus (anak tidak perasan sepenuhnya), dan yang penting ia seronok, menarik dan mampu membawa perubahan kepada tingkahlaku si anak.
Untuk Siapa?
Untuk ibubapa yang saya hargai, agar anda dan kita, sama-sama ada skil tambahan dalam mendorong perubahan tingkahlaku anak selain kaedah hypnoscript. Ini kerana saya percaya ibubapa adalah sebaik-baik terapis emosi kepada anak-anak mereka sendiri.
Tujuan/Manafaat Skil Ini?
1. Anak akan seronok dengar cerita terutama terutama dari ibu ayah dia sendiri
2. Anak akan belajar sesuatu dari kisah orang lain (binatang) yang seakan sama struggle nya dengan dirinya: iaitu cara watak itu atasi kesukarannya, yang kesukarannya itu ada dialami oleh orang lain juga, dia tidaklah keseorangan rupanya, dan oh begitu cara watak itu kendalikan situasi sukar itu (anak boleh tiru).
3. Ibuayah boleh pertingkatkan momen bonding, mudahan kesan emosi baik ini berpanjangan sehingga mereka besar.
Usia Berapa Sesuai?
1. Sememangnya ia sesuai untuk anak kecil usia 0-7 tahun. (haa bayi pun boleh? boleh aja :))
2. Namun dengan kaedah sama, boleh digunakan ke atas anak primary dan secondary (rendah dan menengah) secara santai di dalam kereta, sewaktu berdating berdua, dll waktu. Mana tahu dia terkesan dan berfikir semula, serta mahu mencuba cara bertindak, cara cerita akan tidak sama seperti anak kecil usia 0-7 itu 🙂
Karteneh Mohd Hamzah –
Ilmu pengetahuan tentang masalah tingkahlaku anak-anak perlu diperluaskan untuk membantu ibubapa mengatasi masalah globalisasi. Terima kasih atas perkongsian ilmu Yang diberikan.
Hamizah Amirah binti Hamzah –
Terima kasih, Puan Maznah atas ilmu keibubapaan yang sangat bermanfaat melalui Webinar – Therapeutic Skill. Zaman dan era anak-anak telah banyak berubah, dan saranan ini saya lihat lebih dekat, berkesan dan disukai oleh mereka. Syabas dan semoga dapat berjumpa lagi dlm sesi akan datang! Recommended webinar for parents 👍🏻Jom tuntut ilmu keibubapaan 😊
fazlina ahmad padzil –
Alhamdulillah..apa yg saya nmpk kaedah ini sngt bagus.sblm ni ada buat pd anak..sngt mmbntu. bru skrg tahu kaedah ini namanya therapeutic storytelling. masha Allah..bnyk info2 tambahan yg saya dpt melalui webinar ini. terima kasih Puan Maznah.
SHAFARILNIZA –
ILMU YANG SANGAT BAIK DAN BERGUNA. SAYA SANGAT TERUJA DENGAN KAEDAH THERAPEUTIC STORYTELLING APABILA MEMBESARKAN ANAK2. DAN SAYA DAPATI LEBOH MUDAH UNTUK SAMPAIKAN NILAI-NILAI PADA ANAK2.
Fatum –
Terima kasih puan Maznah kongsi ilmu baru untuk bantu saya seorang ibu tunggal dalam melalui journey parenting saya sendirian dengan lebih tenang ❤️❣️
Azlina –
Terima kasih pd Pn Maznah atas perkongsian yg sgt bermanfaat. Selama ini, sy berckp secara direct shj dgn anak jika meminta dia belajar dll & kebiasaannya mmg dia akan mengatakan tidak @ x mahu buat. Doakan sy bole mempraktikkan apa yg telah disampaikan. Mgkn sebab dia anak tunggal, jd manja tu agak terlebih.. Terima kasih sekali lagi..
Khuzaimah –
Sungguh walaupun dah 2 dekad kawin, baru dapat ilmu parenting yang sangat2 berharga. Terima kasih Puan MAZNAH ilmu ini. Terus praktik kt anak.. sungguh anak teruja dengar cerita metafora ini walaupun penerimaannya berbeza. 8thn & 5 thn. Apapun mmg selalu follow Puan sbb byk nya kekurangannya &kejahilan saya dlm mendidik anak.
Norazah Abd Aziz –
webminar yang dikongsi Puan Maznah sedikit sebanyak membantu saya melihat dari perspektif yang berbeza. Memberi idea buat saya bagaimana membantu permasalahan anak-anak dalam masa yang sama teguran buat saya juga dalam mendidik anak-anak.
diyana –
Alhamdulillah, ilmu yang sangat bermanfaat dan bermakna utk saya. Cerita-cerita dari pengalaman puan maznah juga amat menyentuh hati saya seperti kisah dgn kanak2 berusia * tahun tersebut. Saya menyedari akan pentingnya membenarkan seseorang meluahkan emosi dan pentingnya kita menjadi seorang pendengar. Jazakallahu khair puan. Barakallahu fik. Doakan sy dikurniakan zuriat 🙂
Nurhafizah Hussein –
saya rasa seperti hidup kembali.. terasa adrenalin memuncak dalam aliran darah saya.. saya tak sabar nak terus aplikasikan therapeutic story telling ini.. Masha Allah💗💗✨✨
Razni –
Powerful rupanya kaedah indirect. Masuk ke subconscious mind, melekat terus ke dalam hati anak. Kesannya kekal untuk jangka masa panjang. Bonding time berharga untuk parents dan anak. Terima kasih atas sesi yang sangat bernilai ini Puan Maznah. Baarakallahufeek.
Mohd Zaidi Abdul Malik –
Assalammualaikum Puan Maznah, terima kasih atas perkongsian yang sangat bermanfaat. saya mula praktikkan story telling semenjak saya mula membaca ebook hypnoscript dan selepas baca komen2 dalam support group. Alhamdulillah, pada pandangan saya berkesan. webinar hari ini memperkukuhkan lagi technique story telling saya, insyaAllah. terima kasih byk puan Maznah.
Esther Yeow –
Webinar yg saya hadiri ialah Therapeutic Storytelling. Saya bekerja sebagai Early Childhood Educator. Penjelasan yang diberikan sangat jelas & detail. Boleh saya cuba utk aplikasikan dgn anak2 didik, sama ada utk bonding atau jika ada personal issue. Very interesting method and new knowledge for me 😊 Thank you very much Pn. Maznah❤️
tazmahal –
banyak memberi pendedahan dan cara menyelesaikan masalah setiap anak dengan teguran inderict secara storytelling.
nur ‘azmina binti –
Suka sangat dan untuk saya ini adalah ilmu baru yang saya rasa excited nak apply teknik ni memandangkan saya tercari-cari solution utk handle anak. Terima kasih puan atas perkongsian ilmu yang best sangat. Nak share ilmu ni facebook agar lebih ramai dapat manfaat
Nur Anis –
Alhamdulillah, satu perkongsian, ilmu dan teknik yg sangat baik, saya terinspirasi untuk bercerita kpd anak anak…baru sedar selama ini saya banyak menghukum anak anak dgn kata kata marah tp sebenarnya ada solusi lain…doakan saya dapat amalkan ilmu ini…terima kasih Puan Maznah
Qistina Binti Mohd Sdolehuddin –
Sangat membantu😍😍
Sakinah –
Sebuah webinar yang mesti ditonton oleh ibu ayah! Sangat banyak benda baru dapat belajar, kekadang ada perkara kita rasa telahpun diamal tanpa sedar tetapi dengan webinar ni sy jelas nampak jika nak bercerita yang memberi kesan teraputik itu perlu adanya konsep penting indirect ni. Terima kasih Pn Maznah atas ilmu yg sgt bermanfaat.
hidayah naqiah ab.rani –
Saya sangat teruja sebab saya rasa ilmu ni praktikal, boleh dibuat oleh semua orang. Ada step yang mudah untuk diikuti. Nasihat & cerita yang diselitkan juga memberi sudut pandangan lain terhadap isu anak-anak
Maswati –
Alhamdulillah, ilmu yang sangat bermanfaat. InsyaaAllah Saya praktikkan bersama 2 org anak perempuan saya, 10 & 7 thn. Looking forword for your next webinar 🥰
Gee –
Alhamdulillah, sy dapat bnyk input dan knowledge bkaitan storytelling, Insyaallah sy akan improvise dan apply ilmu dgn lebih baik utk anak anak sy, Terima Kasih Puan.
hasbullah –
Alhamdulillah, kaedah terapeutic storytelling ni sgt baik utk dipraktikkan dlm membentuk habit & peribadi anak dan juga dapat memberikan kesan yg mendalam dlm diri anak2 kerana melibatkan sub concious mind anak.
NURUL MUNA BT MOHD YUSOF –
Slm pn maznah…alhamdulillah..sya dpt Tonton yg rakaman…trm ksh byk ats ilmu yg puan share..sya pun IeO..sambil dengar…dpt idea story untuk anak2.. Kna cpt2 tulis takut lupa..tqvm puan
hafizah –
Webinar ini berjaya menunjukkan saya aplikasi kaedah therapeutic story telling menggunakan 5 langkah mudah. Penerangan yang baik, teratur dan penuh informasi. Terbaik!
Nisa –
Rasa bertuah dapat belajar tentang therapeutic storytelling ni. Ibarat nuture anak dengan berseni. Siap ada kiuz di hujung sesi jadi bantu kukuhkan pemahaman, menarik sangat. Moga saya dapat amalkan.
Suhaila –
Sangat sangat membantu untuk membuat story telling kepada anak anak tau kanak kanak di taska or Tadika..
Diyana Rahmat –
Alhamdulillah, amat membantu saya. saya antara ibu yang tidak pandai dan kreatif bercerita dengan anak. namun, selepas menghadiri webinar ini, sudah tahu caranya. Terima kasih Puan Maznah.
Nor –
Semoga Allah permudahkan Puan. Saya belajar tidak salah untuk anak menyatakan perasaannya tetapi bagaimana cara anak mengatasinya itu yang utama. Saya tidak dapat menonton live. Hanya menonton ulangan beberapa kali kerana kekangan masa. Terima kasih memberikan ilmu yang sangat bermanfaat kepada saya.
Alia –
Membuka minda dan memberi idea baru kepada saya dalam mendidik anak-anak dengan cara yang lebih berkesan. Terima kasih kerana berkongsi ilmu.
Aminah –
Alhamdulillah…sgt bermanafaat
NURLYANA BINTI AMDAN –
In shaa Allah saya akan cuba aplikasikan kepada anak saya dan juga anak murid saya. Teknik yang sangat bermanfaat
Siti –
Sebelum ni saya cuma bercerita tentang cerita – cerita biasa yang kerap di dengar, sekarang saya sudah faham bagaimana untuk bercerita untuk sampaikan objektif atau nilai yang kita mahu terapkan kepada anak. Terima kasih Puan Maznah.
Sha –
Alhamdulillah. Perkongsian info dan ilmu yg bermanfaat.
shahida –
Alhamdulilah.. .. banyak sy belajar dari pn maznah.. utk memperbaiki diri sy mjadi ibu yg terbaik utk anak2.. syukur..
SITI NORSYAHADAH AZIZAn –
terbaik. banyak belajar. seronok pula bercerita dengan anak2
NurSharlida binti Jamaludin –
Sangat bermanfaat maklumat yg diberikan oleh puan maznah. Sangat teruja untuk mencuba teknik ini utk di aplikasikan pada anak2 nanti.
Yasmie mamat yasin –
👍 good
Najiha –
Talk yang dikongsikan memberi penerangan yang jelas dan memberi gambaran kepada saya utk membantu anak-anak
Rozi –
Info yang dikongsikan sangat bermanfaat. Terutama sekali bagi ibu-ibu baru.
Ezzati –
Alhamdulillah webinar tadi berjalan dengan sangat lancar dan ilmu yang diberikan sangat bermanfaat.
Nurhayati binti Ismail –
Alhamdulillah saya sangat2 bersyukur dapat join dan mendengar mengenai teraputik story telling malam tadi. Banyak ilmu2 baru yang sy perolehi dan akan saya cuba terapkan dalam didikan anak2 sy..terima kasih puan..🤗😘
Norzihan binti Desa –
Saya amat tertarik dengan tajuk yang diberikan.amat bermanfaat untuk mengajar anak-anak.rugi adik saya tidak join webinar ini
ROSLAWATI BINTI MAKHTAR –
Perkongsian ilmu tentang storytelling yang amat terperinci dan jelas.Maksud dan perkongsian cerita dan perumpamaan cerita yang disampaikan dapat dipraktikkan dalam perhubungan anak anak.sangat terinspirasi untuk saya dalam mengunakan teknik storytelling dalam tingkah laku positif anak didik.
Armiza –
Alhamdulillah satu pengalaman baru, serta perkongsian yang amat bermakna buat saya.. Ia mengajar saya lebih lagi tentang mendidik anak2 dengan cara dan konsep yang tepat
TAN FOO LANG –
Terima kasih, saya dapat belajar guna bercerita untuk mendidik anak dengan mengguna 3 konsep.
NURUL KHAIRUNNISA BINTI MOHD RODZI –
sekarang saya lebih jelas bagaimana cara untuk membantu anak-anak di taska dan sebagai ilmu parenting untuk saya dalam keluarga saya. terima kasih puan.
Sharifah aminah Mohammad –
Banyak manfaat untuk mendidik tingkah laku anak .Penyampaian baik,mudah difahami.semoga berjaya ,insyallah
NUR AIN SYAFIQAH BINTI MOHD BAKRI –
Terbaik
Amani –
*Dapat bercerita kepada kanak-kanak dgn lebih baik lagi.
*Mendapat bnyak ilmu dan sesuatu yg baru utk hari ini.
AINUL MARDHIYYAH TAJUDIN –
Terbaik dan mmbntu sy dlm mmbentuk ank2 saya
humairah –
perkongsian yang sangat bermanfaat dan dengan konsep-konsep tersebut membantu memberikan saya idea macamana nak mulakan bercerita dengan anak untuk membina hubungan yang lebih baik
Fatimah –
Alhamdulillah. Terima kasih di atas perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat.
Inriani Putri –
Alhamdulillah saya suka sangat sharing Puan Maznah. Setiap kali pasti pelajari ilmu baru. InsyaAllah akan cuba menggunakan teknik story telling kepada anak saya.
Sal –
Alhamdulillah… perkongsian yang sangat bermanfaat.
Jamilah Hanipah –
Alhamdulillah, very informative and interesting session.Dapat faham the actual concept of story telling dan cara yang betul. Thank you Puan Maznah Ibrahim.
Suriati Shamsuddin –
Perkongsian yang sangat-sangat bermanfaat untuk ibubapa dalam manghadapi cabaran mendidik anak.
Saya berazam akan sertai setiap sesi perkongsian Puan Maznah samada berbayar atau percuma.
Boleh saya tau, bagaimana untuk tonton webinar yang telah Puan anjurkan dari Julai 2020 yang lalu?
Terima kasih banyak-banyak Puan atas ilmunya. Semoga mendapat sebaik-baik ganjaran dari Allah s.w.t.
roslinda –
perkongsian dan tips yang sangat bermanfaat.. dan sangat mudah untuk dipraktikan pada anak anak
Zira razak –
Alhamdulillah, terima kasih Puan Maznah atas perkongsian yang sangat bagus ini.Saya baru sedar anak-anak saya memang sukakan kaedah penceritaan & metafora .InshaAllah saya boleh lakukan dengan lebih baik & berkesan dengan kaedah yang telah puan kongsikan. Terima kasih banyak puan..😍👍
rosnah –
saya akan cuba amalkan apa yang dipelajari. terima kasih…
Nurul Afiah Rosli –
Terima kasih atas perkongsian yang sangat padat. Saya harap saya dapat menghasilkan cerita-cerita terapeutik untuk anak-anak akan datang. Webminar ni membantu saya melihat dengan jelas bagaimana nak buat cerita yang berkesan dan terancang.
Saturia binti amiruddin –
perkongsian yang sangat bermanfaat
LAILATUNNAIM AZIZAN –
Sangat membantu saya untuk aplikasi kepada anak2.
Jiah –
Terima Kasih. Sangat bermanfaat kaedah2 yang diberi. InshaAllah saya cuba. Semoga diberi ganjaran yang setimpal kepada Puan Maznah untuk sessi ini.
Syamsiah Mohamad –
Alhamdulillah, banyak ilmu yang diperolehi untuk ‘berkomunikasi’ dengan anak-anak. In sha Allah akan terus mengikuti webinar
Fatin –
perkongsian yang bagus dan menarik
Nurul rafhanah binti abdul ghany –
Alhamdullilah, amat bermanfaat webinar ini. Saya sebagai pelajar psikologi mendapat banyak input on how to deal with children as i am very interested in children. Terima kasih pn berkongsi ilmu.
HARYATI –
Bagus..saya dapat belajar bnyak perkara..perkongsian yang sangat menarik..
Amani Ramon –
Satu perkongsian yang bagus untuk pengetahuan dan praktik dalam Kehidupan anak-anak. Perlu ilmu dan praktis dalam pembangunan insan. Tahniah! Buat yang turut serta..