Webinar Keibubapaan: Emosi Besar Mereka – Memahami dan Mengendalikan Gelombang Emosi Anak – Rahsia Kesejahteraan Keluarga.

(6 customer reviews)

Original price was: RM350.00.Current price is: RM160.00.

  • Akses Webinar Anak Pendam selama 180 hari
  • Akses Nota PDF

Available

Webinar Keibubapaan: Emosi Besar Mereka – Memahami dan Mengendalikan Gelombang Emosi Anak – Rahsia Kesejahteraan Keluarga.
Oleh Maznah Ibrahim

Dalam dunia yang serba pantas hari ini, ibu bapa sering mendapati diri mereka bergelut dengan cabaran untuk memahami dan menguruskan emosi anak-anak mereka dengan berkesan.

Apabila kanak-kanak membesar dan berkembang, mereka mengalami pelbagai perasaan dan emosi, dari rasa gembira, seronok, teruja dan bangga kepada emosi besar yang sukar difahami dan diurus seperti kecewa, marah, sakit hati dan lain-lain lagi yang semakin lama semakin kompleks, apabila berulang, dan ‘triggered’.

Ramai ibu bapa rasa sukar untuk beri sokongan dan bimbingan emosi yang sebaiknya sewaktu anak memerlukan ketika fasa emosi turun naik mereka ini. Bukan kita sahaja ‘struggle’, anak apatah lagi amat ‘struggle’ mengharungi fasa dan momen ini. ”

Kesan Negatif

Kekurangan kecerdasan emosi dan strategi keibubapaan yang berkesan ini boleh boleh memberi kesan negatif, seperti ketegangan hubungan ibu bapa-anak, isu tingkah laku dalam kalangan kanak-kanak, dan menghalang perkembangan emosi sihat mereka sendiri serta ibubapa setelah semakin berusia nanti.

Ramai ibu bapa warga emas yang saya jumpai berada dalam fasa kekesalan dan hampir kemurungan kerana kesilapan waktu lampau, yang mana bukanlah silap mereka, hanya kerana terlepas pandang dan tidak tahu bagaimana nak sokong emosi besar anak ini.

Menyedari kepentingan menangani isu ini, saya berhasrat untuk membantu para ibu bapa melengkapkan kemahiran dan pengetahuan penting yang diperlukan untuk mengendalikan emosi anak-anak mereka dengan cara yang sihat dan membina.

Solusi

Mudahan dengan pengisian webinar ini, para ibu bapa dapat lebih memahami, menjiwai dan membimbing anak-anak dalam melalui fasa perjalanan emosi mereka ini, dan boleh memupuk ikatan kekeluargaan yang lebih kukuh, meningkatkan kesejahteraan emosi anak-anak dan menyumbang kepada pembangunan individu yang berdaya tahan emosi dan kompeten dari segi sosial.
InsyaAllah webinar ini akan memperkasakan para ibu bapa dengan kemahiran praktikal, strategi dan pandangan yang diperlukan untuk para ibu bapa mengemudi cabaran emosi anak-anak mereka dengan berkesan dan rahmah (‘compassion’).
Saya juga berhasrat agar pengisian webinar ini akan dapat merapatkan jurang dalam pengetahuan dan keyakinan ibu bapa, yang akhirnya akan membentuk persekitaran emosi yang lebih sihat untuk anak-anak dan seluruh keluarga dan generasi kita.
Saya percaya untuk tinggal di dunia akan datang yang harmoni, sewaktu kita usia emas, kita diuruskan oleh anak-anak muda yang merupakan hasil garapan dan bimbingan kita semua para ibu bapa pada hari ini.
Apa Yang Bakal Dikongsikan
  1. Apa itu emosi, bilakah dan di manakah ia bermula dan tercetus – Memahami sistem emosi di otak manusia, membuatkan kita lebih faham bagaimana situasi harian boleh ‘trigger’ emosi besar di dalam sistem emosi manusia, sama ada sistem emosi negatif mahupun yang positif.
  2. Apa itu ‘Iceberg’ Emosi Anak Bagaimana kita boleh melihat tingkah laku anak dari sudut pandang berbeza, dan seterusnya dapat memahami dengan lebih baik (mendalam) keperluan mereka. Ia adalah punca kepada tingkahlaku mencabar mereka sehari- hari..
  3. 15 contoh situasi mencabar dan bagaimana ‘handle’ – Contoh praktikal supaya ibu bapa boleh cuba guna cara berbeza. Ini akan membantu anak urus emosi dengan hanya tiru contoh yang diberikan dan ubah suai bila perlu.
  4. 5 contoh situasi biasa berlaku untuk anak remaja – Sama juga seperti di atas, cuma untuk remaja pendekatannya sedikit berbeza.
  5. Soal jawab – Saya menjawab beberapa soalan dari peserta yang releven kepada tajuk ini.
BONUS:
  1. Video Panduan 7 Langkah Urus Situasi Sukar Anak – termasuk tantrum anak. Ianya step lengkap lagi padu, dan mudahan anak belajar sesuatu, kurang berulang ‘cycle’ tingkahlaku sukar yang sama, semakin matang dan cekap emosi dan ibu ayah semakin cekap kendalikan situasi sukar harian.
  2. PDF Sheet Vokabulari Emosi.
  3. PDF Sheet – Keyword Utama Komunikasi Berkaitan Emosi Anak.
  4. Ebook 9 Sebab Kenapa Momen Emosi Besar Mereka Perlu Dikendali Dengan Baik.

Webinar ini sesuai didapatkan bersama webinar di bawah untuk lengkapkan skil keibubapaan anda:

  • Webinar Tegas dalam Hikmah
  • Webinar EQ Anak Penting
  • Webinar Penat Emosi-Urus Emosi Ibu Bapa

6 reviews for Webinar Keibubapaan: Emosi Besar Mereka – Memahami dan Mengendalikan Gelombang Emosi Anak – Rahsia Kesejahteraan Keluarga.

  1. Fatimah

    Alhamdulillah, alangkah lebih baik sekiranya saya dapat belajar ilmu baru ini sebelum saya bernikah. Persediaan dari segi mental untuk menjadi ibu bapa amat penting dan mempengaruhi kehidupan kita dan anak2. Walau bagaimanapun, selagi kita masih bernyawa, masih belum terlambat..Allah maha kaya. Terima kasih kepada pn Maznah dan pasukan, semoga Allah merahmatimu

  2. Nur Intan Syafinaz

    Kalau kita tak belajar ilmu baru, kita akan ulang balik apa yang kita terima masa kita kecil dulu pada anak-anak kita.

    So kita nak break the cycle.

    Kita nak ubah dengan ilmu.

    Kita ni nampak normal. Tapi kita masa kecil mungkin perasaan dan emosi kita sebenarnya tak ada orang validate. Kesannya adalah waktu dewasa.

    Jadi saya sebagai Ibu saya tak nak ulang. Saya nak break the cycle. Saya nak belajar. Saya nak berubah.

    Terima kasih Puan Maznah selalu dan sangat membantu.

  3. SITI AISHAH AHMAD FUZI

    Alhamdulillah, jelas penjelasan pada webinar ini..banyak ilmu baru yang saya perolehi.

  4. AISHAH BINTI MOHAMMAD SAAD

    Terima kasih puan Maznah atas perkongsian ilmu yg begitu berharga ini.
    Ya Allah, alangkah baiknya jika bakal2 ibu & ayah didedahkan ilmu & pengalaman sebegini. Sgt membantu dlm mengenali watak anak2, membantu tindakan yg perlu dilakukan & yg paling penting utk mengawal emosi anak2 & juga ibu ayah agar terarah kpd perkara yg positif & membawa kebaikan pd semua pihak. Doakan sy diberi kekuatan oleh Allah utk amalkan ilmu yg diperolehi serta dpt disebarkan kpd lbh ramai lg. Mg Allah memberkati usaha puan Maznah ini. May Allah bless you always.

  5. Ainee

    Alhamdulillah. ApaBila sesuatu pengalaman diiktiraf dengan perkataan Dan pengalaman tanpa di perkataan kan.. Rupanya ada beza.. Kita belajar perkataan yang bole memberi makna dalam kehidupan. Elak guna atau kita gunakan perkataan itu.. Dalam urusan sosial keluarga kita. Pelajaran baru setiap kali..

  6. Raihan

    Alhamdulillah. Sy dpt aplikasikan teknik cmne nk handle emosi besar anak2.. terutama anak pertama sy moody.. anak kedua sy dan ketiga yang suka bergaduh..

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *