Webinar Keibubapaan (Versi Rakaman): Dengarlah Anak Ku – Skil Komunikasi Berkesan Ibu Bapa – Anak
Oleh Puan Maznah Ibrahim
Halangan
Saya dapati seringkali terdapat halangan dalam komunikasi antara ibubapa-anak akibat daripada usia dan perspektif berbeza.
Panas
Halangan komunikasi ini menyebabkan bukan sahaja ibubapa akan โannoyโ malahan kanak-kanak juga akan turut โannoyedโ (marah) dan memberontak. Ini membuatkan perhubungan semakin jarak dan panas.
Masalah Kepada Keluarga
Ini kalau dibiarkan berlanjutan akan menyebabkan banyak masalah pada masa hadapan, baik untuk anak malah kepada seluruh keluarga.
Fahami & Strategi
Memahami perspektif anak kita yang unik, serta mengetahui bentuk komunikasi yang biasa kita lakukan selama ini, ditambah dengan formula atau strategi komunikasi berkesan dari sudut sains tingkahlaku dan psikologi kanak-kanak.
Harmoni
Saya berhasrat agar semua peserta akan dapat meningkatkan keberkesanan perhubungan ibubapa-anak, dengan mesej berjaya disampaikan kepada anak-anak dengan mudah, serta keharmonian di dalam keluarga sehari-hari akan meningkat.
Pengisian
Video Rakaman Webinar Khusus 3 jam ini akan memberikan kefahaman atau kesedaran dan skil komunikasi spesifik ibubapa-anak kepada para peserta, yang merangkumi EMPAT (4) perkara berikut:
- 3 Prinsip Mengenai Kanak-kanak – โMindsetโ Mengenai Kanak-kanak Yang Ibubapa Perlu Tahu โ apa menyebabkan mereka tak boleh dengar atau faham apa kita cakap
- 3 Style Komunikasi Yang Telah Kita Lakukan Selama Ini – Berulang-ulang Cara Sama Menyebabkan Komunikasi dengan Anak Tidak Berkesan Selama Ini (malah gaya yang sama ini akan ditunjukkan oleh anak-anak kita: cerminan)
- 5 Prinsip Untuk Ibu Bapa Kini – โMindsetโ Yang Ibubapa Perlu Ada Agar Lebih Relaks Bila Berbicara dengan Anak
- 10 Strategi / Formula – Setelah selesai 3 perkara di atas, barulah kita boleh applikasikan 10 strategi ini.ย 10 Strategi/ Formula untuk BerKomunikasi dengan Anak Sehingga Berkesan
Jika anda:
- Masih buntu
- Tidak tahu di mana mahu bermula
- Mudah naik angin bila nak bercakap dengan anak
- Anak memberontak
- Anak di bawah 12 tahun
Sebenarnya anda tidak keseorangan
Ayuh bersama saya seperti alumni webinar live sebelum ini
Saya tak sabar mahu kongsikan pengalaman serta strategi komunikasi yang saya sudah applikasikan berkali-kali kepada klien & ibu bapa yang bertanya
Mari kita berusaha menjadi ibu bapa yang lebih baik setiap hari
Dengar,ย Fahami,ย Laksanakan…
…break the cycle…
window masa mendidik anak-anak terhad, semasa masih rebung inilah kita mahu membentuknya dengan sebaiknya,
jadi jangan lepaskan peluang.
Siti Khairizati binti Jantan –
Webinar ini banyak memberi saya ilmu baharu. Sejak saya ikuti “talks” Puan Maznah, saya rasa lebih positif.
Noor Raini –
Saya bersyukur dapat berkongsi idea pn. Maznah tentang kemahiran menangani kerenah anak2. Tips 2 yang baik ini akan cuba dipraktikkan.. Break the circle memang penting. Tksh tak terhingga pn
Mahfuzoh –
SubhanAllah.Lepas terus praktik skill komunikasi dengan anak, alhamdulillah anak tak menangis langsung. Kita pun rasa relax je dan tak stress macam sebelum ni.Kupasan Pn Maznah pun sangat jelas dan mudah faham. IAllah lepas ni nak join lagi webinar yg seterusnya. Masih tak terlambat untuk kita perbetulkan supaya cara didikan kita hari ini boleh diwarisi hingga ke anak cucu dan seterusnya.Amin3.
Syuhada –
Saya membeli ebook Puan Maznah sekitar tahun 2017 dan mula mengkuti posting beliau di FB. Namun belajar secara maya dengan Puan, lebih banyak ilmu parenting yang dikongsi. Antaranya bagaimana untuk menjadi assertive dan tidak pasif. Tersentuh hati bila Puan kata kita perlu terus berkata dan bersikap positif sehingga akhir hayat kita. Teruskan berkongsi dengan masyarkat ye Puan. Terima kasih
Samihah Ibrahim –
Ulasan dari penceramah sangat menarik dan memberikan idea yang baik apabila berhadapan dengan anak. JIka terdapat sesi-sesi yan berikutnya saya amat berminat untuk menyertainya lagi. Terima Kasih.
MOHD ZAIDI ABDUL MALIK –
Prinsip dan strategi yang menarik. InsyaAllah memberi inspirasi dan motivasi untuk terus di amalkan dan di praktikkan. Tambahan ilmu yang bermanfaat selepas menuntut ilmu STNMAL, hypnoscript, anak pendam, story telling. Terima kasih Puan Maznah atas perkongsian yang sangat bermanfaat.
niza –
padat dengan informasi. pendekatan dan gaya penyampaian dekat di hati. saya juga boleh relate contoh dan solusi yang diberi. saya suka sebab sepanjang sesi saya senang untuk memahami.
SULHA BINTI ABDUL HALIM –
Assalamualaikum, ianya satu tajuk yg baik kerana kita berkomunikasi mengikut apa yang keluarga kita praktikkan. Ilmu ini bagus bagi saya ‘break of cycle’. Namun cadangan saya agar Puan Maznah mengadakan webinar tentang pengurusan stress. Ya, ramai golongan ibu berkerja stress dgn beban kerja yg banyak baik di pejabat dan di rumah. Apabila stress kurang baru cara komunikasi dgn anak lebih berkesan.
nurul asmeeda –
Webinar dengarlah anakku tadi semestinya amat berguna dan memberi semangat untuk saya belajar cara memahami, mengatasi masalah saya dalam membesarkan anak saya. Bukan sahaja bermanfaat untuk diri saya malah anak saya juga. Doakan saya supaya kuat untuk terus membimbing dan menjaga anak saya dengan baik dan sempurna. Semoga ilmu yang dicurahkan tadi dapat saya guna sampai bila-bila. Terima kasih.
Jed –
Program yg sgt diperlukan utk semua ibubapa bagi mendalami ilmu berkomunikasi dgn anak2.
Dicadangkan prog seperti ini perlu dipanjangkan sikit duration eg. 1 full day session, pengkususan kanak2 & remaja.
Rosliana Saif –
Alhamdulillah, Saya dapat memperbaiki cara berkomunikasi dgn anak-anak.
Ain Hikmah Suana binti Awang –
Sedikit sebanyak dpt membantu… Dpt solusi kpd masalah sy… Terima kasih
Syida –
Sesi yang padat penuh manfaat, timeframe yang sesuai dan interaktif. Worth the time and money spent. Penghargaan buat Pn. Maznah untuk ilmu yang telah diberikan
Shadiya Laderlah –
Alhamdulillah. Byk input baru tntg perkembangan anak. Cara dan solusi seharusnya sebagai ibubapa praktikkan utk lahirkan anak hebat. Terima kasih Pn Maznah.๐ – Ibu Nuha & Ahmad
Fad –
Pengisian yg sgt baik dan teratur.. Parenting skill sgt perlu dlm zaman yg makin mencabar ni dan webinar ni sgt berbaloi utk ibubapa belajar utk improve communication skills dgn anak2..
Nurul –
Sangat menarik
Neriza binti ismail –
Perisian yg sangat lengkap,mudah difahami.
Ilmu parenting yg sangat-sangat berguna dalam mendidik anak anak,in sha Allah saya akan manfaatkan ilmu yg diberi.terima kasih puan๐
Shima –
Alhamdulillah, kelas parenting yang sangat bagus. Banyak kesilapan yang saya tak nampak sblm ni yang saya boleh perbaiki sebagai seorang ibu. Kelas yang sangat santai, banyak bagi contoh-contoh & mudah difahami.
Adibah H –
Alhamdulillah..webinar tadi banyak memberikan ilmu yang bermanfaat untuk diaplikasikan kepada anak-anak khasnya dan mereka yang di luar sana amnya..menerusi webinar ini membolehkan saya mengubah cara komunikasi saya yang negatif kepada yang lebih positif..Alhamdulillah..Terima Kasih Puan Maznah Ibrahim ๐๐ป๐๐ป๐๐ป
Nurhazimah Mohd Yusop –
webinar ini sangat membantu saya dari segi komunikasi dengan anak. ciri-ciri anak yang perlu ibu-bapa tahu supaya kita tidak frust atau asyik nak marah semasa bercakap atau memberi arahan kepada anak. saya juga belajar apa yang penting dalam komunikasi iaitu mendengar dan memberi perhatian which is yang banyak saya ambil mudah sebelum ini.
NGATIJAM BINTI MISAU –
terbaik
Rose Aniza –
Perkongsian & informasi yg disampaikan adalah bermanfaat dan boleh dipraktikkan bersama-sama pasangan utk komunikasi yg lebih berkesan dengan anak-anak
Faiszah Ismail –
Sangat santai dan mudah faham
AidaRashid –
Byk info yang bermanfaat. Recommended..
Hanin Asuhaimi –
Webinar yang sangat berinformasi. Banyak kupasan yang praktikal diberikan, cuma agak kesuntukan masa ,jadi part 10 tips di belakang tidak dapat dihurai dengan lebih terperinci sedangkan part tersebut adalah part yang paling penting .
Misriyanti –
Terbaik, seminar yang sangat mudah difahami dimana terdapat banyak contoh dikongsikan
MUHD EIZAN SHAFIQ BIN ABD AZIZ –
Alhamdulillah. banyak inputs yg dikongsikan. Saya, isteri dan juga anak berusia 5 thn turut sama duduk di depan tv menonton webinar puan sambil2 bantu anak melukis. looking forward for next webinar.
Najlaa –
Kadang2 kita rasa sudah tahu rupanya blm ckup tahu…kadang2 kita rasa sudah betul rupanya masih tersilap…kadang2 kita rasa ia remeh rupanya memberi impak yg besar…perkongsian ilmu dr webinar ini betul2 memberi manfaat utk menyokong saya menjadi ibu yg lebih baik buat amanah yg Allah anugerahkan pd saya..terima kasih atas ilmu yg disampaikan ๐๐ป๐๐ป๐๐ป๐๐ป๐๐ป
aisyah binti ali –
Saya telah practice tip-tip yang dikongsikan oleh Puan Maznah. Hasil nya sangat memberangsangkan, komunikasi bersama anak sy lebih berkesan dan terdapat perubahan tingkah laku yang positif pada anak saya.
Nurazwan Abdullah –
Alhamdulillah,program webinar Dengarlah Anakku membuka mata saya tentang pentingnya komunikasi yang sesuai utk anak2. Situasi yang dikongsikan bermanfaat untuk dipraktikkan.Harap dapat join lagi webinar seperti ini
mar ain bt murad –
alhamdulillah saya telah mengikuti webinar pn maznah… saya telah mendapat ilmu baru dalam menjadi ibu yang lebih baik untuk anak2 saya…
pemikiran saya terhadap anak2 lebih jelas… kerana selama ini saya ingat anak2 faham apa yang saya kata rupanya tidak…. saya cuba untuk memperbetulkan komunikasi saya dengan anak2 agar ia menjadi komunikasi yang berkesan.
Nor Alwani –
Saya dapat belajar tentang nature anak-anak dan juga cara untuk saya respond kepada anak-anak dengan lebih baik dan positif. Dengan harapan, dapat menjadikan hubungan dan komunikasi saya dengan orang sekeliling lebih efisyen dan efektif. Selain itu, memberikan saya idea, ayat-ayat yang lebih sesuai digunakan seharian.
Juhaida Ahmad Martakhi –
Sebenarnya banyak kaedah komunikasi yang saya tersilap amalkan pada anak-anak. Sebelum ni cara saya memberi arahan dan marahkan anak-anak rupanya tidak betul dan menyebabkan anak-anak merajuk dan memberontak. Alhamdulillah setelah mendengar webinar baru saya sedar saya dah banyak buat emosi anak-anak terganggu. InsyaAllah saya akan perbaiki segala tindakan melalui komunikasi yang berkesan.
Nurul –
Best ๐๐๐
Ida –
Terima kasih byk2 atas ilmu komunikasi yang dikongsikan.. Banyak yang saya pelajari. Harapannya saya dpt aplikasikannya dan menjadi ibu yang baik utk anak2 saya.
Kelly –
Alhamdulillah, peluang utk sy recap pembacaan2 sy, reminder, reinforcement & sy suka dgn contoh2 yg relateble dlm suasana parenting di Malaysia. (Gaya mak2 yg kita semua fhm ๐).
Beberapa kali menitis air mata mendengar cerita patient Pn Maznah – dan semoga lebih ramai lg parents diluar sana terdorong utk participate. It’s time to get our priorities right..
Nor –
Dapat membantu saya bersikap asertif.
Pn Yana –
Webinar ini sangat membantu saya utk memahami kekurangan dalam mendidik anak2. Sangat disyorkan kepada semua ibu bapa muda utk menyertai webinar ini sebagai persediaan melangkah ke alam ‘parent hood’ dan break the cycle
Mohd Zahid Bin Zaini –
Ilmu yg mendalam dan mudah difahami serta pendekatan yang terbaik bagi anak2. In shaa Allah lets break the cycle
Shamzakiah –
Alhamdulillah dan terima kasih ats prkongsian dlm webinar td. Byk input dan prkongsian pengalaman yg sy perolehi. Semoga Allah SWT memberkati usaha murni puan. ๐
Nordiana bt Sukar –
Sangat bagus dan memberi ilmu yang lebih mendalam lagi tentang cara menangani masalah bersama anak-anak
Ibu anak 2 –
Alhamdulillah, terima kasih ats perkongsian yg sangat bermakna
Aida –
Alhamdulillah sy brsyukur dpt join webinar kali ini. Sy rasa lebih empati terhadap ank bila memahami 3 prinsip mereka. Sy juga rasa lega sgt bila dpt belajar cara komunikasi assertive dr puan. Ilmu yg mmg sy cari utk kurangkn rasa stress jd mommy 24 jam ni. In sha Allah akan sy apply skill yg puan share nnti. TERIMA KASIH PUAN ๐นsy harap puan akan terus buat webinar secara online seperti ini.โค๏ธ
Nurul Lazim –
Perkongsian terbaik, praktikal. Patut ditonton semua ibubapa
Annie Yong –
Saya dapat mempelajari 3 perkara yang patut anak dengar kita iaitu kecemasan,keselamatan dan kesihatan.Selain itu daripada 3 perkara itu,kita boleh memaafkan anak melakukan kesilapan
Sheeda Shukri –
Saya sangat bersyukur kerana dapat menyertai sesi Puan Maznah hari ini. Saya masih sedang cuba mempraktis apa yang diajar. Terima kasih Puan Maznah untuk ilmu dan pengalaman yang diberikan. Saya suka sesi webinar yang diberikan dan harap dapat diteruskan di masa akan datang.
Jaida –
Alhamdulillah.. terima kasih banyak Pn. Maznah.. siri webinar yg sy ikuti utk hari ini (dengarlah anakku) serta beberapa siri webinar sblm ini banyak membantu sy memperbaiki diri menjadi ibu bapa yg baik kpd anak2. Terutamanya dlm memperbaiki komunikasi di antara sy dan anak2..
HAMIZAN BINTI ABD AZIZ –
Banyak ilmu, info, pengalaman yang dikongsi/diperolehi melalui webinar ini. Memang banyak kesilapan kita dulu (sebab tak tahu masa tu) tapi kita sebaiknya ambil langkah positif untuk berubah demi diri, keluarga dan generasi akan datang. Terima kasih Pn Maznah.
Siti Halimah Latiff –
Alhamdulillah terima kasih puan.Saya rasa nak buat sesegera mungkin dgn apa yg telah dipelajari.
NURDIYANA BINTI ABDUL RASHID –
Webinar ini sangat membuka mata saya untuk berkomunikasi dengan baik dan berkesan dengan anak saya. Banyak ilmu baru yang saya pelajari. Terima Kasih Pn. Maznah
Nurul Asma binti Effendi –
Alhamdulillah syukur akhirnya dapat juga saya dengar sampai habis walaupun berkali-kali ulang dengar. Perkongsian 10 strategi Komunikasi Berkesan memang sangat bermakna bagi saya dan bila saya praktikkan pada anak nampak perubahan disitu…suka sangat. Terima kasih Puan Maznah atas perkongsian input dan tak sabar nak share dengan orang disekeliling..
Nur Nafisah –
Alhamdulillah, saya dapat join webinar Dr Maznah lagi. Dan saya tonton semula rakaman yg Dr bagi. Saya merupakan ibu muda, skrg ada anak 2 bulan lebih. Walaupun anak bayi lagi tapi mmg praktikkan apa yg Dr kongsikan bersama suami. Contoh 10 cara berkomunikasi. Alhamdulillah bila kita dah tahu kita mampu ubah lagi2 saya ibu muda. Terima kasih Dr. Semoga kita mampu menjaddi ibu bapa yang berjaya.
Nurmazlina Mohd Noor –
Perkongsian yg sgt membantu terutamanya 10 teknik berkomunikasi dgn anak. Terima kasih kerana share ilmu ini.
Dareen –
Sangat bermanfaat, berinformasi, refleksi untuk diri saya sbg ibu, banyak y saya perlu perbaiki, harap puan teruskan usaha baik puan ini..
Izfahmi Farhan Mohamad Basuki –
Alhamdulillah, Sesi Webinar sangat jelas dari segi penyampaian dan contoh-contoh yang diberikan juga sangat jelas. Akan cuba dipraktikan kerana cara didikan sesebuah institusi keluarga itu berlainan. Just need to be more-more extra positive with anak-anak
Syed Shukri –
Saya hanya dengar dalam 30-40 minit pertama sahaja, line tak cantik dan masa tu hujan. awal tu pun teroutus putus… saya tengok rakaman, Alhamdullah perkongsian ilmu yang bermanfaat dan praktikal untuk saya dan isteri praktiskan, terima kasih
Suliawati bt Sulaiman –
Banyak ilmu yg bermanfaat diperolehi dlm webinar ini utk diaplikasikan dlm family saya. Terima kasih..
Nurmazlina Mohd Noor –
Sangat beri manfaat kepada saya terutama 10 cara berkomunikasi dgn anak. Sgt berminat utk menghadiri webinar seperti ini lagi.
Siti Maszinun –
Saya rasa lebih elok jika kursus ini disertakan sijil penyertaan kerana ianya berbayar dan kepada pekerja seperti saya memerlukan kursus 5hari setahun dan ianya boleh menambah jam kursus saya. Terima kasih.
NUR EZZAH ABD RAHIM –
Sharing yang sangat bermanfaat! Sebahagian telah saya amalkan, sebahagian akan saya amalkan & cuba untuk konsisten. Terima kasih Puan Maznah & team, teruskan usaha mendidik ibu bapa..
Nur izyan binti ibrahim –
Alhamdulilah, selepas sy mengikuti tips2 puan maznah, especially tips hypnoscript pd anak, sy nampak kesan positif pd anak, and buatkan saya lebih bersemangat untuk perbaiki parenting style saya…
Razni –
BERI CONSEQUENCES, BUKAN HUKUMAN
Tidak perlu hukum sekiranya anak buat salah, sebaliknya berikan consequences. Hukuman akan buat anak mempunyai bad judgement dan ini akan dibawa hinggalah anak dewasa.
Sudah dewasa tapi masih tidak cukup matang untuk membuat keputusan yang betul? Sedihkan. Sama2 kita hentikan rantaian itu. Tips yang diberikan sangat praktikal, boleh terus diaplikasikan. Terbaik!
Masdiana Binti Mohamad Shakroni –
Sangat membantu ibu bapa dalam mendidik anak-anak
Madihah ismail –
Alhamdulillah terima kasih puan maznah sy bersyukur dpt menyertai webinar ini sangatยฒ membantu sy dalam mndidik anakยฒ.
Norainy –
Terima kasih atas perkongsian yg sangat bermanfaat.. Baru yang cara saya salah sebelum ni.. Alhamdulillah masih belum terlambat untuk lakukan perubahan.. Sekali lagi terima kasih pn maznah dan team.. ๐๐ปโค๏ธ
Siti Mashitah –
Ilmu yang dikongsikan sangat bermanfaat dan praktikal.. beserta contoh dan soal jawab yang membantu memberikan idea dalam membentuk komunikasi serta perhubungan positif antara ibuayah-anak. Seronok sangat dapat sertai. Terima kasih Pn Maznah dan tim.
Nadiah Syafawati Mohd Shah –
MasyaAllah sgt2 dapat ilmu yang bermanfaat yang dicari2!
Hoping for more bite size sessions as the info/knowledge from this workshop is a lot to digest at one time.
Naseeha Sakinah –
Tips dan ilmu yang sangat bagus dan harus dipraktikkan. Semoga dengan perkongsian Puan Maz dapat membantu lebih ramai ibubapa mendidik anak-anak. In shaa Allah.
Hamazul –
Perkongsian yg baik dr Puan.. insya’allah semoga dapat saya praktik kan pada anak2.. teruskan berkongsi ilmu..
RAYYAN BINTI RADZI –
webinar yang sangat menarik & mind-opening dan Pn Maz guna simple keypoints yg senang utk fhm & ingat.
Zureen –
๐๐๐
Flores binti holy –
Info yang membantu dan bagus
SITI AISYAH –
Alhamdullilah Webinar ini sangat bermanfaat..seronok didengar berulang kali..tips yg mudah utk diamalkan.. semoga Puan Maznah terus berjaya
Suria binti mat isa –
Dapat mngatasi masalah menanggani emosi dgn perangai beragam anak..
Nurmariana –
Saya ingin meliat tips perkongsian Puan Maznah mengenai mengatasi emosi
wanie –
Seolah olah mendapat nafas baru . Semoga semuanya akan lebih baik, emosi lebih teratur . terima kasih puan maznah&team.
shahida –
Alhamdulilah… selepas menonton secara rakaman..byk sgt teknik keibubapaan yg byk sy kene belajar untuk faham anak… sekarang sy lebih sabar dan tenang dalam menguruskan anak- anak. Terima kasih sgt2 Pn. maznah… semoga Allah merahmati kehidupan pn sekeluarga.. amin,,
Jusiah Binti Umin –
Alhamdulillah, sy temui sinar baru dalam journey saya sebagai seorang ibu. Terima kasih Puan Maznah di atas perkongsian dan ilmu keibubapaan yang SUPER DUPER AWESOME.
NOORHAYATI –
Syukur Alhamdulillah. Terbaik puan. Terima kasih puan. Ilmu yang sangat bermanfaat untuk memperbaiki komunikasi berkesan dengan anak-anak sehingga ke masa depan mereka dan generasi berikutnya sekaligus mewujudkan keluarga yang bahagia. Semua ibu bapa mesti mendalami ilmu komunikasi ini terutamanya kepada yang baru atau bakal mendirikan rumahtangga.
Dalila –
Alhamdulillah, sangat happy dapat turut serta dalam webinar Pn. Maznah. Saya berharap dapat gunakan ilmu yang dipelajari selepas ini pada anak-anak dan pasangan juga. Ke arah yang lebih baik insyaAllah.
Wan Nur Atikah –
Sangat bermanfaat strategi komunikasi “Dengarlah Anakku” ini. Memang berbaloi bayar, tak rugi pelaburan yang di lakukan untuk ilmu aplikasi jangka masa panjang, agar generasi keluarga kita akan lebih baik. “Stop damage pada anak, break the cycle”. Persoalan dijawab secara terus, sangat membantu ibu seperti saya daripada terus tertanya-tanya tindakan saya pada anak. Terima kasih Pn. Maznah.
Afiah –
Alhamdulillah, jutaan terima kasih Puan Maznah yg berkongsi ilmunya dan sahabat2 dgn soalan2 yg sangat baik. Semoga Allah membalas dengan sebaik baiknya. Sesi yg sangat2 diperlukan, beneficial, very3 highly recommended, compact, eye opener, and fast track (sbb dh lama beli few ebook Puan Maznah tapi masih x habis2 baca lagi nih!). Superb!!!. InshaAllah upgrade level parenting semua.
TASNIM SHAFII –
Kita takkan mampu ubah orang lain tapi kita mampu ubah diri sendiri….ubah cara kita pandang menjadikan kita lebih bahagia…Jazakallahu khairan kasira Pn. Maznah atas ilmu yg bermanfaat & x jemu menyebarkan aura positif ๐น๐น
Siti Maimunah Abdullah –
Saya suka program ini sebab mengajar ibubapa cara yang betul dalam mendidik anak antaranya 10 strategi komunikasi yang sangat bagus untuk ibubapa amalkan setaip hari dalam berkomunikasi dengan anak-anak.
Nur –
Sangat membantu saya terutamanya dalam mengawal emosi sendiri ketika mengurus anak-anak
ROSZY HAMZAH –
Alhamdulillah, InshaAllah ilmu yang berguna dan bermanfaat. Namun perlukan kesabaran yang tinggi & berterusan utk. dipraktiskan. Semoga Allah permudahkan usaha semua ibubapa utk. buat yg. terbaik utk anak2 InshaAllah ๐
Puan Hani –
Alhamdulillah syukur..kupasan webinar yg sgt bermanfaat, even dah usaha plan utk dgr dgn fokus, namun diperjalanan web, masih perlu entertain anak2, jadinya..terus applyla kan apa yg sdg di dengar time2 tu gak..alhmdllh, rasa lebih terkawal..mudah grab keywords yg Puan Maznah kongsikan beserta contoh dialog harian & situasi practical anak2.Mudah2an ilmu yg manfaat ni dpt diamal & disebarkan. Ameen
Tasnim Khalid –
Alhamdulillah, beza sungguh rasanya dengar secara live berbanding baca message dalam phone/email. kebanyakan teknik yg pn maznah beri pernah dibaca/didengari sebelum ini, tetapi bila dah lama tak revise tentang parenting knowledge, kita jadi lupa dan terbawa2 dengan negative emosi dalam mendidik anak. Jadi, pengisian hari ini adalah refresher dan reminder course yang sangat bagus Inshallah..
nurul –
Alhamdulillah, terima kasih banyak Puan Maznah untuk sharing &coaching hari ni yang sangat bernilai. Seronok sebab boleh refresh dan rendahkan ego sbg ibu. Dan banyak ilmu baru yang disertakan dengan contoh2 live. Terjawab banyak persoalan cara treat/ tegur anak2 yang masih sangsi sebelum ni. So, lebih confident bila apply dengan sandaran ilmu yang lebih jelas . Moga yang terbaik untuk puan.Ameen.
haslizah binti hasbollah –
Banyak pengetahuan baru teknik keibubapaan , walaupun saya dah lama menjadi ibu rupanya banyak yang saya tidak tahu tentang cara komunikasi tentang anak , saya akan apply apa yang saya dapat harini , terima kasih Puan Maznah
Adilah –
Kandungan webinar ‘Dengarlah Anakku’ amat padat dan mudah difahami dengan contoh-contoh yang diberi amat bersesuai dengan keadaan sekarang. Saya amat berpuas hati dan insyaAllah akan cuba yang terbaik untuk mempratikkan apa yang dipelajari demi memberikan yang terbaik untuk anak-anak. Terima kasih
nurul izza –
alhamdulillah, sesi kali ini sangat memberi ilmu yang sangat bermanfaat…sangat berbaloi menyertai webinar ini