Webinar Keibubapaan: Remaja – Storm & Stress

(30 customer reviews)

Original price was: RM249.00.Current price is: RM197.00.

Available

  • Akses Webinar Remaja Storm & Stress Level 1 (Versi Rakaman) selama 180 hari
  • Akses Webinar Remaja Storm & Stress Level 2 (Versi Rakaman) selama 180 hari
  • Akses Nota PDF Webinar Level 1
  • Akses Nota PDF Webinar Level 2

 

 

Webinar Keibubapaan: Remaja – Storm & Stress

Memahami Cabaran & Persiapan Memasuki Fasa Remaja dan Apa Ibu Bapa Boleh Lakukan Sekarang (Untuk Anak 7-14 Tahun)

  • Fasa Remaja

Apa yang berlaku kepada anak fasa remaja adalah sesuatu yang tidak pernah kita jangka, ia seperti perubahan 360 darjah; ‘mood swing’, tingkahlaku berubah, gaya berubah, kerap mencabar pemikiran dan idea (ibu bapa dan sekeliling), banyak ketidaksetujuan, serta pemberontakan.

Apa yang merisaukan adalah bila kita rasa tak mampu ‘handle’ dengan lebih baik dan berhemah kerana ia agak mengejutkan, apatah lagi kita tidak bersedia untuk fasa ini.

  • Zaman Berbeza

Kita tidak membesar dalam zaman anak kita sedang membesar (kini), dan anak kita tidak membesar dalam zaman kita membesar (dulu). Faktor tren dan persekitaran luar serba mencabar amat mempengaruhi percubaan pendekatan ‘parenting’ positif kita kepada anak kita.

  • Memeningkan Kepala

Fasa ‘strom and stress’ ini sebenarnya adalah fasa normal bagi remaja. Namun biasanya juga ia fasa yang agak memeningkan kepala ibu bapa, apabila tiada persiapan yang cukup, sehingga kita mungkin boleh jadi putus asa, malah lebih dari itu mungkin ‘give up’ dan buntu…lepaskan kepada ‘pusat’ luar. Dah tentu kita tidak mahu berlaku hingga ke tahap itu.

  • Adversed Childhood Experience

Di tambah pula dengan kajian terkini menunjukkan ada perkaitan signifikan di antara pengalaman awal kanak-kanak (ACE; ‘Adversed Childhood Experience’) dengan kesihatan fizikal, emosi/mental serta sosial individu dewasa kelak.

  • Elakkan Konflik & Penyesalan

Bersediakah kita menjalani transisi ini dengan ‘smooth’, yakin dan cukup persiapan (perisai ilmu/ pendekatan/ mindset)? Sebaiknya kita mahu kurang konflik besar, dan jika berlaku apa-apa pun, anak boleh kembali kepada kita sebagai tempat selamat untuk mereka rujuk dan minta bantuan, kerana saat getir mereka untuk melalui fasa yang tidak mudah ini (pada sudut pandang mereka juga), akan menjadi pengalaman berguna kepada mereka untuk merempuh alam dewasa dan keibubapaan mereka pula kelak.

Kita tidak mahu mereka merujuk kepada tempat,kenalan atau kawan-kawan yang salah yang boleh mengundang risiko yang tak diingini.

Semoga kita dapat mengelak kesan dari ACE itu tadi, dan tiada penyesalan di kemudian hari.

 

Pengisian:

Level 1: 

Webinar Khusus 2 jam ini akan memberikan kefahaman atau kesedaran kepada anda sebagai peserta, yang merangkumi perkara berikut:

  • ACE (Adverse Childhood Effects)

Saya kongsikan kajian mengaitkan pengalaman awal zaman kanak-kanak dengan keadaan sukar/cabaran mereka sewaktu dewasa kelak.

  • Status Kesihatan Mental Dunia & Malaysia

Supaya kita faham bagaimana keadaan sekeling anak kita membesar waktu ini.

  • Apa cabaran yang anak remaja / pre-teen kita sedang hadapi?

Kita sudah jaga persekitaran dalam rumah kita sebaiknya, namun ada sesuatu di luar sana merupakan cabaran semasa yang nak tak nak anak kita tetap akan hadapi juga.

  • Bagaimana Mereka Respon / Cope

Mengetahui cara biasa mereka respon / ‘cope’ membantu kita memahami sudut pandang mereka.

  • 2 Perkara penting

Apakah dua perkara PENTING yang anak kita perlukan sebagai anak remaja (atau anak ‘pre-teen’, usia 9-12 tahun)?

  • Kunci

Bagaimana dua perkara TERSEBUT yang telah kita ‘tanam’ awal dan kini itulah juga KUNCI yang kita akan gunakan untuk ‘repair’ semula situasi.

  • Bertindak

Maka, bagaimana kita perlu bertindak sekarang?

LEVEL 2:

Setelah memahami webinar Level 1, webinar kedua anda akan Mendalami Skil Lanjutan ‘Keibubapaan Remaja’.

Webinar Khusus 2 jam ini akan memberikan kefahaman atau kesedaran kepada anda sebagai peserta, yang merangkumi perkara berikut

  • 3 Skil Penting ‘ISN’

Kita perlu ajar anak kita bagaimana mengurus stres mereka

  • 3 Skil Penting ‘ABC’

Kita perlu ajar anak kita cara bagaimana mereka nak mendepani cabaran cyberbully & situasi berisiko yang lain

  • 1 Kaedah Penting ‘SST’

Bagaimana ibu bapa sama jantina boleh bercakap mengenai seksualiti, perhubungan & perasaan dengan anak

Hasilnya yang Diharapkan:

Mudah-mudahan dengan kefahaman yang dikongsikan nanti anda boleh:

  1. Berfikiran terbuka tentang cabaran & situasi yang melanda anak-anak remaja.
  2. Bersedia secara mental & fizikal untuk membantu anak-anak sebagai persediaan menghadapi fasa yang sukar untuk mereka.
  3. Anda menjadi tempat selamat untuk mereka kembali & menjadi rujukan utama sekiranya mereka menghadapi situasi sukar.
  4. Semoga tiada penyesalan & kejutan apabila tiba masanya nanti, kerana anda sudah bersedia.
  5. Membantu memberi anda idea  untuk memperbaiki hubungan & berkomunikasi dengan anak remaja & pra- remaja dengan lebih baik & bersedia

 

Ayuh bersama saya teruskan usaha mendidik ini

Saya tak sabar mahu kongsikan pengalaman, strategi serta kunci utama untuk menyokong perkembangan sihat anak-anak kita yang berusia 7-14 tahun ini.

Mari kita berusaha menjadi ibu bapa yang lebih baik setiap hari

lebih bersedia, memahami (‘understanding’)

dan disenangi anak-anak

Mulakanlah

Dengar

Fahami

Laksanakan

usahlah ditangguh lagi

 

…break the cycle…

 

kerana PEMAHAMAN anda penting

untuk anak-anak anda kini dan akan datang.

 

 

30 reviews for Webinar Keibubapaan: Remaja – Storm & Stress

  1. Nurul Huda

    Perkongsian tentang ACE dapat membantu ibu bapa memahami tingkah laku anak2 terutamanya remaja.

    Saya mengimpikan anak2 remaja difahami fitrahnya oleh ibu bapa melalui ilmu yang telah dipelajari dalam membina hubungan yang harmoni. Teruskan menjadi ibu bapa yang hebat kepada anak2 tuan puan yang hebat.

  2. noor azira maswan

    alhamdulillah ilmunya membuka minda saya yang bakal hadapi anak ke alam remaja

    sesuai untuk ibu bapa yang nak yang terbaik buat anak2nya lagi2 dalam menghadapi dunia yang semakin mencabar

  3. ESTHER ALIM ALBERT

    rasa lega dan lebih SEDAR berkenaan storm and stress anak, saya ada seorang anak sahaja, berumur 7 tahun, dan bercita-cita mau jadi parents yang lebih baik daripada parents saya sendiri. semua yang diceritakan pn maznah tadi tu ada saya nampak dalam anak saya dan saya sendiri ter-reflek zaman kanak–kanak saya sendiri. apa yang saya rasakan sekarang? saya syukur sangat jumpa webinar ini dan habiskan tonton rakaman! banyak ilmu didapat . saya lega bila Pn Maznah katakan saya tidak terlambat memperbaiki kesilapan cara membesarkan anak . dan saya mau perbaiki mana silapku dan meneruskan apa yang betul,juga ingin membiasakan mana yang betul.

    sila la sertai webinar ini. tidak rugi dan sangat membantu menjadi parents yang lebih baik untuk anak-anak.

  4. RATNAH BINTI ABDUL KADIR

    saya dapat rasakan ada yg sy perlu berubah drpd cara saya meluahkan perasan kpd ank2, dan cara penyampaian luahan rasa itu juga saya perlu perbaiki. sememangnya banyak input sy baca, namun x sama jika ada penjelasan details. Dengan klas mcm ni iya byk membantu saya. kerana ank menujukkan simptom seperti dlm klas tadi. Sy perlu bantu ank kluar drpd perasan memendam. Kerana mungkin saya juga jenis introvert menyebabkan ank jg jdi yg sama.

    Saya ingin tambah ilmu lagi, wpun ank sdh masuk remaja namun itu x menghalang saya terus bljr ilmu ibubapa. Buat para ibu tau bapa, sebaiknya ikutilah klas seperti ini. Kadang ilmu dulu2 x sama dgn cabaran masa kini. banyak yg perlu di tambah n d perbaiki.

  5. Hazlinsaid

    Bantu menjadi ibu yang memahami anak yang semakin meningkat remaja

    Harap ramai lagi ibubapa yang lebih meraikan anak-anak berbandingkan menidakkan has anak

  6. NOORHAYATI

    Perkongsian ilmu dalam webinar tadi sangat baik, sangat bagus dan sangat bermanfaat. Ia banyak membantu dalam menguruskan anak-anak. Bahkan sangat membantu dan bermanfaat untuk diri saya sendiri. Alhamdulillah, dalam tempoh sekarang saya dapat memperbaiki diri saya untuk menjadi lebih baik dan banyak membantu saya dalam memahami situasi anak yang sedang meningkat remaja dan membantu mereka. Insya Allah.

    Saya berazam akan berusaha mengamalkan apa yang dipelajari. Insya Allah. Dan saya mencadangkan mereka yang belum hadir, hadirlah webinar seperti ini kerana manfaatnya sangat banyak bukan sahaja untuk anak bahkan diri sendiri.

  7. Nora

    Selalu rasa putus asa kenapa anak sulung kami saja ada masalah, bila dlm webinar baru tahu ramai rupanya alami situasi sama. Rupanya mmg masalah common remaja. Rasa sedikit lega, kembali bersemangat..

    Berazam mahu bantu anak dengan perbaiki diri sebagai parent. Nk bernafas dulu, fikir dunia anak sebelum marahkan dia. InsyaAllah.

  8. Nor Juliana binti Hussin

    Alhamdulillah banyak input parenting yang sangat bermanfaat. Rasa selamat, lebih yakin dengan adanya suluhan ilmu.

    Pelaburan demi kesejahteraan anak-anak dan keluarga pasti tidak akan sia-sia, insya Allah. Saya berazam jadi madrasah yang indah buat anak-anak dan keluarga tercinta. Amiin

  9. AMINNISA MOHD HAPIT

    Sy suka dgn perkongsian puan, cuma sy mencadangkan ia diberikan dlm bentuk point

    Bagus utk ilmu kehidupan kita

  10. noor azira maswan

    sangat membantu lebih faham tentang anak

    tak rugi tambah ilmu demi anak

  11. Nurasyiqin

    Menjadi ibu yg lebih tenang emosi

    Lebih sabar melayan anak2,dengar anak2 cakap

  12. Nur Azhani

    Bagus

    Sentiasa perbaiki diri utk keluarga

  13. Juriah

    Sangat membantu

    Perkongsian yg bermanafaat

  14. safiyah

    peringatan kepada diri yang kadang2 lupa dan sibuk

    spend more time separately with each kid

  15. Eda nuraini

    Lebih memahami style parenting dan rentak anak-anak terkini. Walaupun sudah 8 anak, saya masih memerlukan skill parenting unlimited-Terima kasih sangat Puan Maznah atas perkongsian ilmu yang sarat dengan ilmu, perkongsian pengalaman dari pelbagai pengalaman.

    Azam saya untuk menjadi ibu yang soleh dan musleh. Juga dapat memberi inspirasi kepada anak-anak sendiri dalam membina legasi keluarga sendiri.

  16. Tasnim

    We have to accept & face our past experiences to understand ourselves as parents and how the past experiences shape our parenting style

    Parents need to have knowledge to parent.so you need this webinar maznah n

  17. Nurul Izza

    sangat membantu sy dalam memberi ilmu ttg cabaran anak remaja remaja sbb saya pun ada anak-anak pre teen 7-11 tahun. Banyak membantu dalam menangani keadaan sekarang

    azam saya supaya saya dapat buat correction sebaik mungkin dan dapat istiqamah. Bagi yang belum hadir, webinar ini sangat bagus dan membantu bg menghadapi cabaran anak remaja.

  18. Rohazani binti Bahari

    ilmu ,perkongsian, tips ,pengalaman yang sangat bermakna utk anak2 yang kita kasihi. Banyak tips dan cara solusi yang saya sendiri tidak tahu apa yang sepatutnya saya lakukan jika berada disituasi yang sama. Cabaran masa depan dgn dunia tanpa sempadan menjadikan diri sendiri dan anak2 serta semua masyarakat akan terdedah dan pasti akan diuji .Perkongsian Pn Maz membuatkan saya excited mencuba semua tips yang diberikan. Semoga diri ini dan anak2 terus bersedia menhadapi cabaran kini. Terima kasih bnyk2 Pn Maz atas perkongsian

    Azam saya-akan mencuba semua tips dan berkongsi ngan anak saya cabaran baru yang pasti merekan akan tempuh dan cara utnuk menghadapinya dan untuk sesiapa yang belum memohon, jom sertai program ini, pasti berbaloi untuk diri dan generasi keluarga dan masyarakat kita. Saya diri,sayang kawan2 dan Sayang alam ciptaan Allah ini.Tolongla ikut serta pasti anda rasa rugi x masuk awal2..Jom sertai segera

  19. Misya Janah

    Ilmu dalam webinar ini yang disampaikan oleh Puan Maznah menjadi sinar untuk saya urus emosi anak-anak saya yang sangat berbeza jenis. Saya mula bertenang dan menerima keadaan yang sebenarnya menjadikan saya stres jika ia berlaku. Betapa ilmu sebegini sangat penting untuk didalami oleh ibu bapa dalam proses membesarkan anak-anak. Terima kasih Puan Maznah. Saya dapat ilmu mahal malam ini untuk handle anak-anak dengan lebih tenang dan penuh sabar. Alhamdulillah.

    Saya akan belajar untuk bertenang supaya dapat amalkan ilmu dari webinar ini dan sangat berharap ibu bapa yang lain dapat join webinar untuk kita celik akal dalam mendidik anak-anak dengan penuh kasih sayang dan tanggungjawab.

  20. Rinah Bt. Langap

    Saya mendapat pengetahuan baru berkaitan dengan cara bertindakbalas dengan emosi anak. Sangat berbaloi kerana ilmu yg diperolehi lebih bernilai drp bayaran yg dikenakan utk mengikuti webinar ini. Selepas mengikuti webinar ini, sy sedar byk cara sy merespon kpd emosi anak yg perlu diperbaiki. Terima kasih Pn. Maznah atas ilmu yg dikongsikan

    Sy anak berusaha mengawal emosi dlm menghadapi pelbagai karenah anak2. Sy harap lebih ramai ibu bapa menyertai webinar ini utk agar dapat melahirkn generasi muda yg mempunyai jati diri yg tinggi.

  21. Diana

    Sangat membuka minda dan beri semangat pada saya untuk menjadi ibu yang lebih baik kepada anak remaja.

    Webinar Puan Maznah sangat informatif dan sarat dengan ilmu, dan lebih praktikal dengan contoh-contoh skrip percakapan dan tindakan yang sesuai untuk anak remaja. Sangat wajar untuk semua mengikuti dan belajar ilmu ini.

  22. MARINA BINTI AMIR

    Banyak ilmu yg boleh di aplikasi utk pengurusan sekolah menangani masalah murid2 remaja d sek menengah

    Ilmu yg sangat berharga yg perlu dipelajari bagi parent alaf baru terutama masa endamik covid ini yg sgt2 mencabar

  23. Puan Mustari

    ​Alhamdulillah. Webinar ni ada yg meyakinkan saya bahawa beberapa perkara yg saya buat selama ini betul. Ada juga pelajaran baru yang saya dapat untuk situasi yg lebih sukar. Terima kasih Puan Maznah.

    Kita sentiasa belajar. Tak kisahlah umur berapa pun. Zaman berubah. Mungkin ada benda baru kita boleh belajar dari pakar-pakar kanak-kanak zaman ini.

  24. Zira Razak

    Alhamdulillah terima kasih puan Maznah atas ilmu kali ini. Sangat bermanfaat kebetulan anak nak masuk asrama tak lama lagi. InshaAllah cuba apply ilmu ini dengan anak.Saya rasa bersyukur dapat grab ilmu ni.Alhamdulillah.Terima kasih Puan Maznah.

    InshaAllah saya cuba applykan ilmu ini untuk jadi circle terbaik bg anak-anak.Webinar ini sangat bermanfaat untuk bantu komunikasi yang lebih baik dengan anak-anak.

  25. MARDHIAH BINTI OTHMAN

    SAYA PERLU FAHAMI ANAK-ANAK REMAJA SAYA MENGAPA ADA MASA MEREKA CONCEAL, MENGAPA ADA MASA MEREKA REVEAL DAN APA REAKSI YG SAYA PERLU BERI SUPAYA ANAK TAK DOWN.

    SAYA BERAZAM UNTUK KEKAL POSITIF DAN TAK MUDAH BERKELUH-KESAH DALAM MENANGANI KERENAH ANAK-ANAK. SAYA HARAP IBU BAPA LAIN HADIR DAN KONGSI PENGALAMAN UNTUK SAMA-SAMA AMBIL ILMU.

  26. Puan Salwa

    Membantu saya untuk membuat persediaan dgn anak-anak yg sedang melangkah ke sekolah menengah. Membaiki peranan diri saya sbg ibu dan kawan kepada anak-anak.

    Patut ditekankan ilmu ini di dalam kursus kahwin. Terima kasih atas ilmu yg sangat bermanfaat. Insya Allah akan diamalkan dan disebarkan.

  27. Nurul Izza

    sangat bermanfaat. banyak bagi input yang berguna. sangat membantu untuk menghadapi anak bakal remaja. rasa ada idea untuk berdepan dengan situasi anak remaja akan datang.

    saya berazam untuk aplikasi ilmu yg dipelajari. semoga yang belum hadir dapat join ilmu yg bermanfaat ini

  28. Nurul Hidayah Yaacob

    Banyak imput berguna yg sy dapat malam ni. Sy dapat ilmu practical cara yg boleh diaplikasi pada anak. Perkataan yg harus saya ucapkan Dan teknik yg sesuai utk sy gunakan.. Alhamdulillah Terima kasih puan maznah

    Sy berazam untuk menukar mindset saya Dan mengubah cara saya mendidik anak2 yg masih kecil. Pesanan saya kepada yg belum hadir, jgn give up dengan anak kita. Walau apa pun berlaku, pasti ada cara untuk selsaikan nya. Yg penting, perlu ada ilmu

  29. Nur Ezdiani Mohamed

    Apa yg Puan kongsikan Alhamdulillah ada yg saya dah praktikkan dan saya gembira seolah-olah I am on the right track

    Meneruskan yg baik dan memperbaiki lagi. Ibu bapa patut join kursus ini

  30. Puan Khadijah

    terima kasih puan maznah ats sharing ilmu yang sangat bermanfaat dan sangat praktikal serta tepat pada isu yang sangat dekat dengan saya

    akan diamalkan dalam berdepan dengan anak2 yang semakin membesar remaja

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *