Webinar Keibubapaan Remaja: Ibu Ayah Tak Faham Saya – Memahami Cabaran Anak Remaja & Apa Ibu Bapa Boleh Lakukan Sekarang
RM160.00
In stock
Description
Webinar Keibubapaan Remaja: Ibu Ayah Tak Faham Saya – Memahami Cabaran Anak Remaja & Apa Ibu Bapa Boleh Lakukan Sekarang
Oleh Maznah Ibrahim
Nak mendidik anak-anak di zaman ini bukanlah senang.
Terutama pula dengan anak remaja, memang ramai ibubapa yang masih struggle untuk menghadapi mereka:
- Bergaduh adik beradik
- Lebih pentingkan kawan-kawan
- Mula terlibat dengan perkara yang merisaukan & berisiko
- Sudah cuba nasihat, tetapi ibarat masuk telinga kanan, keluar telinga kiri
- Sudah cuba cara keras, tetapi semakin teruk pula hasilnya
- Mula meninggikan suara & melawan cakap
- Lebih banyak menyimpan rahsia, diam & menyendiri
Sedihkan? Kita seperti sudah tidak kenal mereka sekarang, susah sangat nak connect dengan mereka. Kita seperti tak penting lagi bagi mereka.
Tambahan pula bila kita ibubapa:
- Ibubapa PJJ atau Single Parent – Cabaran besar terutama apabila mahu seimbangkan antara tuntutan mencari rezeki & menguruskan anak-anak sendirian
- Berbeza cara didikan antara ibubapa – Apabila pendekatan keibubapaan berbeza, memang akan menyebabkan anak menjadi keliru & hormat anak kepada ibubapa terjejas.
- Tiada siapa yang boleh dirujuk untuk bantu – Ibu bapa sendiri kurang pengalaman & ilmu untuk atasi situasi ini. Apa yang ibubapa dahulu lalui, sudah tidak sama. Sudah buntu & rasa ingin menjauhkan diri dari mereka. Kadang-kadang ada rasa nak putus asa kerana setiap hari berhadpan dengan situasi itu.
- Stres selalu memikirkan mereka – Kadang-kadang ada yang sampai menagis sendirian mengenangkan situasi ini. Buntu dibuatnya.
- Rasa Helpless – Kita rasa segala cara sudah kita cuba, tetapi situasi masih sama, malah kadang lebih tegang
Apa Yang Anda Akan Belajar?
Dalam Webinar ini, saya mengajak anda bersama untuk faham cabaran yang sedang dihadapi anak remaja kita & apa ibu bapa boleh lakukan sekarang
Webinar ini ringkas dan padat. Ibu ayah akan fahami fasa anak remaja dan keibubapaan kita menurut fasa perkembangan mereka.
Webinar Khusus ini akan merangkumi perkara berikut:
- Memahami sudut pandang remaja (tekanan dihadapi) – Supaya kita akan lebih mendalami dunia mereka tentang apa yang sedang berlaku dengan beberapa Case Study.Apa fasa perkembangan remaja dari sudut fizikal, kognitif dan psikososial. Supaya kita akan lebih empati dan mengingati fasa ini pernah kita lalui dahulu, dan apa beza dengan fasa anak kita kini.
- Apa pendekatan yang terapis profesional biasa gunakan (sedikit pendedahan) – Ada kaedah psikologi tertentu yang digunakan sebagai intevensi. Supaya kita faham prosesnya dan boleh dijadikan contoh untuk dicuba pada skala keluarga anda.
- Gaya keibubapaan – Kadang kita tak sedar anak mengalami perubahan fasa dan pukul rata layanan untuk semua anak. Perlu untuk kita “‘recheck’, ‘reset’ dan ‘rebalance’ pendekatan keibubapaan supaya ianya sesuai & mengelak konflik.
- Kunci / strategi / solusi – Kunci sudah ada, aktiviti pelaksanaan akan kita rancang dan laksanakan nanti.
- Soal jawab – Saya menjawab beberapa soalan dari peserta yang releven kepada tajuk ini.
Mudah-mudahan apabila memahaminya semua diatas, idea & solusi akan datang sendiri kepada anda untuk bantu tambah baik situasi yang anda hadapi sekarang.
Yakinlah setiap masalah pasti ada penyelesaian & juga hikmahnya.
Zira Razal –
Alhamdulillah webinar kali ini sangat memberi ilmu & idea bagaimana untuk handle/bantu anak remaja zaman sekarang & cabarannya.Rasa lebih lega dengan penerangan Puan Maznah tentang cara solusi bila berdepan dengan anak remaja sekarang.
Azam saya untuk lebih memahami keperluan & kehendak anak. Umpama tarik tali layang-layang. Berbaloi untuk menghadiri kelas webinar sebegini. Tambah ilmu parenting.
ESTHER ALIM@ALBERT –
Lega..ada idea bagaimana tackle jika hadapi situasi berkaitan
listening to Pn Maznah is a must!.. it is a support system for healthy parenting. listening to her gives me confident that i am able to be the positive parents my kid could have.
Pidatotot –
Saya lebih yakin dan lebih faham bagaimana menguruskan emosi & mood anak remaja saya
Saya akan praktikkan ilmu-ilmu yang diperolehi daripada seminar ini kepada anak remaja saya. Ibu bapa yang mempunyai anak remaja amat patut menyertai seminar ini
Mizi –
Saya lebih faham beberapa aspek tentang anak remaja, terutama keperluan untuk berkongsi emosi dan pengalaman yg kita lalui. Saya rasa lebih yakin untuk menjadi bapa yang lebih baik dalam mendidik anak remaja saya.
Saya menyeru semua ibu bapa agar sama-sama kita menambah ilmu pengetahuan secara berterusan seiring dengan pembesaran anak-anak kita.
jackson –
ia membantu percambahan ilmu untuk saya menyampaikan maklumat pendidikan pencegahan dadah dalam kluster keluarga
Ianya amat berfaedah untuk disertai
Lin –
Baru faham inner world seorang anak remaja. Terima kasih puan maznah. Puan buat saya rasa yakin sebab setiap permasalahan remaja ada penyelesaian. Cuma sebagai parent kita tak ada kesedaran apa yang bermain di fikiran anak2
Cuba! Insya-Allah rasa empati dan yakin dalam parenting semakin meningkat selepas belajar ilmu dari puan maznah.