Webinar Keibubapaan: Pendidikan & Perkembangan Seksualiti Anak

(12 customer reviews)

Original price was: RM249.00.Current price is: RM197.00.

Webinar mengandungi:

  • Akses Webinar Pendidikan & Perkembangan Seksualiti Anak Sesi 1 selama 180 hari
  • Akses Webinar Pendidikan & Perkembangan Seksualiti Anak Sesi 2 selama 180 hari
  • Akses Nota PDF Sesi 1
  • Akses Nota PDF Sesi 2

 

Available

Webinar Keibubapaan (Versi Rakaman): Pendidikan & Perkembangan Seksualiti Anak

Oleh Maznah Ibrahim

Pengenalan
Perkembangan seksualiti adalah sebahagian dari perkembangan kanak-kanak, melibatkan aspek kognitif, emosi, sosial dan moral mereka. Ia menyeluruh.

Zaman ini kita dilambakkan dengan banyak input yang hampir tidak terbatas dan tidak tertapis memungkinkan anak-anak kita terdedah kepada perkara tertentu yang kita tidak mahu tahu atau mahu terlibat sekalipun.

Ini belum termasuk lagi dengan isu perkembangan seksualiti anak mengaitkan tingkahlaku seksual yang kita rasa pelik dan kita rasa tak perlu dialami atau ditunjukkan si anak, maka kita akan marah dan menampilkan kaedah ‘parenting’ yang kurang sesuai, iaitu marah dan hukum melampau.

Ekspektasi

Mari kita fahami perkembangan seksualiti anak kita maka kita akan boleh respon dengan lebih sesuai agar anak tidak salah tafsir respon kita, atau ‘trigger’ berkaitan topik ini. Ia tidak perlu taboo tetapi perlu diedukasikan dengan sebaiknya bila tiba masanya ya.

Kandungan Webinar:

Sesi 1:

  1. Memahami Seksualiti vs Seksualiti Kanak-Kanak
  2. Perkembangan Psikoseksual Kanak-Kanak
  3. Perkembangan Tingkahlaku Seksual Normal dan tak Normal Kanak-Kanak ikut Usia
  4. Grooming Process

Sesi 2:

  1. Self Esteem / Harga Diri
  2. Bahagian Sulit Badan
  3. Peraturan Sentuhan
  4. Perasaan
  5. Sentuhan Ok vs Tak Ok
  6. Rahsia Selamat vs Rahsia Tak Selamat
  7. Kemahiran Buat Keputusan
  8. Kemahiran Asertif
  9. Sistem Sokongan (Support System)
  10. Batasan

Saya pecahkan kepada dua slot kerana ia agak berat dan mudah nak hadam.

 

12 reviews for Webinar Keibubapaan: Pendidikan & Perkembangan Seksualiti Anak

  1. Tasnim

    Rasa bersyukur dpt join webinar ni. Personal safety adalah ilmu yg sgt penting utk diajar kpd anak2 Dan setiap ibubapa sepatutnya ada ilmu ini utk diterapkan kpd anak2. Semoga anak2 kita dpt belajar Dan manfaatkan ilmu ni utk keselamatan bersama.. inshallah

  2. nurul izza

    saya rasa sangat syukur dapat belajar satu ilmu yang sangat bermanfaat…rasa gembira kerana masih diberi peluang untuk belajar benda yang baru. mg dapat diaplikasi. terima kasih puan Maznah.

  3. Yasmin Sari

    Alhamdulillah, banyak yang dipelajari dan ilmu seksualiti kanak-kanak yang dikongsikan ini sangat praktikal. Bila faham, barulah mudah kita respon dengan cara yang tepat.

    Pandangan saya, ibubapa wajib sertai seminar ini agar kita tidak tersalah langkah dan ia juga merupakan persediaan terbaik diri untuk mendidik anak-anak di era mencabar ini.

  4. Syafini

    Alhamduah. Perkongsian yg sangat baik & bermanfaat dikongsikan oleh Puan Maznah. Bersyukur krn dapat mempelajari tentang pendidikan seksual kpd anak-anak, bukan hanya secara teori tetapi juga teknik utk menerangkan kpd kepada anak-anak. Saya sangat menyarankan utk semua ibu bapa mempunyai & mempelajari ilmu ini agar dunia anak-anak kita lebih selamat & sejahtera. InsyaAllah. Terima kasih, Puan Maznah.

  5. WAN ROSHAINI BT WAN ALI

    ilmu baru bagi saya. sangat bermanfaat. semoga sy dpt mempraktikkannya utk anak2 saya. insyaAllah. rasa rugi siapa yg tk tahu pasal ni

  6. Nurul Izza

    Saya sangat teruja utk dengar webinar ini ..ilmu yg dikongsi oleh Pn Maznah sangat bermanfaat buat saya…suatu ilmu yang baru…saya harap dapat gunakan ilmu ini sebaiknya dan mg Allah swt memberkati usaha menimba ilmu ini supaya dapat digunakan utk diri saya dan sy dapat sampaikan juga utk orang lain.

  7. Anie Noraini A.Rahim

    Sgt penting utk beri pendedahan ilmu seksualiti pada anak seawal usia. Didik anak utk hormat tubuh badan sendiri dgn ajar istilah yg betul (faraj, punggung, zakar), elakkan anak tidak berpakaian walaupun di rumah. Ajar mengenai sentuhan tak selamat dan apa perlu dilakukan jika ada orang lain cuba menyentuh bahagian tersebut. Ia bukan sekadar ilmu tetapi utk melindungi anak dari penderaan seksual.

  8. Tasnim

    Sgt bermanfaat. Worth every penny spent. Ibubapa perlu belajar topic sexuality ini supaya kita boleh memberi reaksi yg positif dan membina kerana kanak² mmg sgt suka explore. Reaksi Dan ilmu Ini juga penting sbb akan beri kesan jangka panjang terhadap kepercayaan Dan behavior anak di Masa hadapan

  9. Dr Wan

    SubhanaAllah, penting untuk ibubapa memahami belajar mengenai sex education ini supaya anak mendapat perkembangan Dan pengetahuan Yang betul. Salahlaku Yang berlaku dlm masyarakat ni berpunca drp Cara didikan Dan ilmu yg mereka terima. Jadi jom ubah Cara didikan kita agar is tidak membarah dlm masyarakat.

  10. Raudhah

    cyber grooming, sangat bermanfaat, insyaAllah sy akan amalkan apa yg
    puan Maznah sampaikan ttg memberitahu anggota badan dgn penggunaan yg betul.

  11. Syafini

    Alhamdulillah, ilmu yang sangat bermanfaat untuk semua ibu bapa. Bersyukur dapat belajar perkara baru & moga-moga dapat diaplikasikan dalam keluarga & menyedarkan masyarakat tentang pentingnya ilmu seksualiti ini. Moga-moga dapat melahirkan masyarakat yang bertanggungjawab & lebih selamat, terutamanya anak-anak kita.

  12. Nina

    informasi yg sgt bagus. sbelum ni tkde ilmu. alhmdulillah, skarg dh tahu. byk perkara yang nak diperbetulkan. semoga melekat dlm kepala perkarayg perlu dibuat

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *