Webinar Keibubapaan : Parenting Style – Ok Ke Cara Saya Ini? (Versi Rakaman)
Oleh Puan Maznah Ibrahim
Pengenalan:
Ramai orang nak tahu stail parenting yang digunakan sekarang ini betul atau tidak, sesuai atau tidak?
Ada juga bimbang serta tertanya-tanya jika stail itu tadi beri kesan kepada anak.
Sebenarnya setiap ‘parenting style’ ni memberi pengaruh tertentu kepada anak-anak di kemudian hari jika dibiarkan berlarutan (termasuk pengaruh faktor lain).
Bila kita tak sedar atau tahu perkara ini, kita berkemungkinan besar akan meneruskannya tanpa sedar.
Contohnya kita memaksa anak dalam setiap perkara yang kita mahukan, yang kita fikirkan terbaik dan anak kelihatan seperti menurut saja. Namun, tiba-tiba pada satu masa, anak tak mahu dan kita seolah olah hilang kawalan terhadap mereka. Dia pun buat sesuatu yang jauh bertentangan dari apa kita mahu.
Apa kita perlu lakukan sekarang ?
Pertama, sebelum kita mengubati sesuatu atau mencegahnya, kita perlu tahu apa ‘parenting style’ yang kita sedang gunakan sekarang (tanpa sedar, hari-hari buat).
Kedua, apa yang kita perlu lakukan seterusnya? Apa adjustment dan penambahbaikan yang kita perlu lakukan.
Ketiga, apa hasil yang hendak kita capai.
Jemput hadiri webinar khusus istimewa untuk anda yang ambil berat tentang anak-anak. Dalam webinar ini saya akan bantu anda untuk faham & bertindak untuk menjadi ibu bapa yang lebih baik.
Pengisian:
- Apakah skor keputusan pre-assessment ‘Parenting Style’ kita buat masa ini
- Apakah 4 jenis ‘Parenting Style’ (fahami secara mudah)
- Apakah item di dalam soalan ‘pre-assessment’ yang anda akan buat alignment nanti, perlahan-lahan?
- Bagaimana pengaruh ‘parenting style’ kita terbentuk secara sedar dan tak sedar dan apa kesan jangka masa pendek dan panjang?
- Bagaimana meminimakan konflik apabila ibu dan ayah tidak sama ‘parenting style – resolusi terbaik buat masa ini
Nota Penting:
Anda perlu lengkapkan Pre-Assessment Parenting Style untuk mengetahui kecenderungan parenting style anda supaya anda lebih mudah untuk memahami keseluruhan isi webinar nanti.
Gunakan link ini:
✅ https://t.mazn.me/parenting-style-assessment
Aina –
Baru saya faham penting emosi ni. Penting unt kita bg tahu apa perasaan kita dkt anak dan galakkan anak unt meluah kan apa dia rasa
Saya galakkan parents diluar sana unt tambah ilmu prenting unt mendidik anak/ membesarkan anak. Ini sangat penting. Kita perlu dapatkan ilmu yang betul dan platform yang betul unt dapatkan Ilmu yang betul. Yang menjadi kebiasaan belum tentu betul.
Webinar yg ditonton:
Parenting Style
Joesphine Joh Penile –
Webinar ini mengajar saya untuk tidak terlalu mengikut perasaan dalam mendidik anak. Saya juga sedar bahawa anak-anak mempunyai banyak karakter yang berbeza dan menggunakan satu pendekatan untuk mendidik tidak akan memberikan hasil yang lebih positif. Webinar ini juga membuka mata saya bahawa cara saya mendidik anak sebelum ini tidak semuanya betul dan saya perlu mengambil kira emosi dan perasaan anak-anak dalam mendidik mereka.
Azam saya adalah ingin mengubah cara saya mendidik anak supaya kedua pihak boleh mencapai “win-win situation”. Pesanan saya kepada yang belum berpeluang untuk hadir webinar ini supaya luangkan masa untuk menghadirkan diri kerana banyak perkara yang boleh dipelajari dalam webinar ini.
Webinar yg di tonton:
Parenting Style
Nawal Saadah –
Terima kasih kerana membuka mata saya pada jenis2 parenting..
Saya berazam untuk lebih bersungguh2 dalam autoritarian parenting..
Webinar yg di tonton:
Parenting Style
Syarwani –
Sangat teruja dan ingin segera menggunakan teknik yang telah diberikan
Sangat2 Memberi inspirasi, Mari sama2 kita ubah cara parenting yang lebih tempat supaya generasi seterusnya lagi cemerlang
Webinar yg di tonton:
Theraupeutic Storytelling
Parenting Style
Fahrol Liza Binti Jaafar –
Saya suka bahagian ‘Children See, Children Do’ dan ‘Pengaruh yang membentuk PS kita Sedar?’ kerana banyak sangat trigger yang berlaku dalam hidup saya yang telah memberikan respon tertentu kepada saya dalam saya mendepani trigger tersebut dan ini membuatkan saya mahu menyelami puncanya supaya saya aware apa yang perlu saya buat dan tak buat dalam menghadapi trigger selepas ini terutamanya dengan anak-anak saya.
Saya mahu lebih mengenali diri sendiri supaya saya dapat menbesarkan anak-anak saya menjadi insan yang lebih baik daripada saya dan webinar ini telah menyuntik semangat saya untuk bermujahadah dalam mencari ilmu keibubapaan, inshaa Allah.
Webinar yg di tonton:
Parenting Style
Suriyani Jamirin –
Masih lagi memahamkan stail PS saya, banyak juga yang dah terlepas cakap dan terlepas tindakan tak sepatutnya selama ini. Semoga Allah ampunkan saya. Banyak kritik anak, cakap kasar dengan anak, naik tangan pun ada. Teringat anak saya (5 tahun waktu itu, sekarang dah 13 tahun) tak nak ke sekolah, bila saya tanya betul2 baru tahu yang dia tak setuju cara saya berinteraksi dengan dia yang sangat autotarian saya rasa, dan dia minta saya satu sahaja..iaitu..boleh tak cakap baik2. Subhananallah. Jadi saya masih belajar improve diri, demi membesarkan permata hati saya yang 6 orang pelbagai peringkat(15,13,11,8,6 dan 3 tahun). Terima kasih Pn Maznah. Kesibukan tuntutan harian mmg kadangkala melenyapkan skill PS yang saya cuba jadi (autotrative)
Mari sama-sama kita pertingkatkan usaha menjadi ibuayah terbaik untuk anak-anak
Webinar yg di tonton:
Parenting Style
Eizan Aziz –
Ianya amat membantu saya dalam membesarkan seorang puteri yang berumur 5 tahun. Setiap tahun anak akan menunjukkan perangai yang berbeza yang kadang kala menguji kesabaran saya. Untuk webinar kali ini, saya aware saya perlu ubah style selari dgn umur anak. Pemikiran anak makin berkembang, maka saya juga perlu ubah style saya agar sesuai dgn umur anak.
Lebih byk bersabar dan buat ulang kaji berdasarkan info-info yang Puan Maznah kongsi
Webinar yg di tonton:
Dangarlah Anak Ku
Parenting Style
amahirah –
rasa lebih semangat sbb ada ilmu, untuk jadi ibu yg lebih baik. x sabar nk bg respond kepada anak.
sometimes kita rasa on track dlm didik anak, tapi once you lost, dont forget to find the track back dengan hadir majlis ilmu dengan org betul, yg berilmu dan berpengalaman.
Webinar yg di tonton:
Parenting Style
lina hamzah –
rasa menyesal sebab dua tahun pertama pembesaran anak saya tidak dibentuk dengan betul
azam untuk berubah menjadi lebih baik dan menyedari kesilapan parenting sebelum terlambat
Webinar yg di tonton:
Parenting Style
AZLIN BINTI MOHD SABRI –
SAYA LEBIH NAMPAK CARA TERBAIK UNTUK DIDIK ANAK
SAYA MAHU MENJADI SEORANG IBU YANG BERJAYA MENGAWAL EMOSI DAN MENDIDIK ANAK DENGAN TENANG DAN MENANG. SANGAT BAGUS UNTUK IBU BAPA YANG MASIH MENCARI CARA DIDIK ANAK DENGAN TENANG
Webinar yg di tonton:
Parenting Style
Norhayuzi binti Mohamed Eunos –
Saya baru tahu parenting style. InsyaAllah saya cuba atasi agar tidak bersifat Autoritarian dan Permisif. Jika ada sy akan caounter balik segera. . Anak saya lelaki 8 tahun.
Saya nak jaga bounding dengan dia. Saya nak baiki hubungan dengannya. Saya nak anak saya berjaya dalam mengawal emosi dan cerdas mindanya.
Webinar yg di tonton:
Dangarlah Anak Ku
Remaja: Storm & Stress
EQ Anak Penting
Pendidikan & Perkembangan Seksualiti Anak
Theraupeutic Storytelling
Parenting Style
fauziah –
sy tahu berkenaan parenting style dan perlu perbaiiki ps utk ank2. mgkin sblm ni sy tk pasti ps sy baik utk anak atau sebaliknya. ad perkara yg perlu sy perbetulkn ps utk ank2
perlu attent webinar ini utk kita membentuk ank2 yg berjaya akn dtg dan menjadikan kita insan yg lebih bahagia dan tenang
Webinar yg di tonton:
Parenting Style
Nor Alwani –
saya memahami dengan lebih baik kesan jangka masa panjang setiap parenting style, dan cara-cara untuk perbaiki diri.
untuk bertindak dan respon dengan lebih positif dengan anak-anak supaya memberi kesan yang baik pada anak-anak. Pada yang belum hadir, boleh join, sebagai checklist performance kita sebagai parents. dan juga belajar cara nak improve untuk jadi lebih baik.
Webinar yg di tonton:
Parenting Style