Webinar Keibubapaan: Tenang Semasa Tegang – Bagaimana Kita Nak Kekal Tenang dalam Situasi Tegang dengan Anak

(31 customer reviews)

Original price was: RM297.00.Current price is: RM160.00.

  • Akses Webinar Anak Pendam selama 180 hari
  • Akses Nota PDF

Available

Webinar Keibubapaan: Tenang Semasa Tegang – Bagaimana Kita Nak Kekal Tenang dalam Situasi Tegang dengan Anak
Oleh Maznah Ibrahim

Seringkali kita mudah tersasar.

Kita tidak sedar diri dan terlepas kawalan diri apabila situasi bersama anak adalah di luar kawalan kita; seperti anak tiba-tiba buat hal, anak serang kita dengan perkataan mahupun perbuatan (agresif), atau anak merajuk dan amat sedih/kecewa.

Peliknya dengan kedua-dua jenis situasi ini (expressive dan supressive), kita boleh jadi marah.

Kenapa?

Memahami ini boleh meningkatkan kesedaran diri & kawalan diri kita, agar dapat memberi respon dengan sebaiknya.

Dengan 3 langkah mudah Tune In yang telah saya kaji dan pendekkan prosesnya, mudahan para ibu ayah boleh laksanakan dengan jayanya,

Sewaktu anak menunjukkan tingkah laku sukar atau tindakan mereka buat kita rasa nak marah saja.

Selain itu, mengenali ‘trigger button’ sangat-sangat membantu aspek kawalan diri dengan lebih baik dan berkesan, sebab ia unik dan berada dalam badan setiap insan.

Ia sebahagian dari kenali diri kita, sensitiviti diri kita sendiri.

Semakin Keruh

Apabila kita tidak sedar diri, kita mudah jadi tantrum lebih dari tantrum anak 🙂

Menariknya tantrum orang dewasa ni agak buruk kelihatannya, ibu ayah merajuk tak tentu hala, kecil hati sangat-sangat, atau marah sangat-sangat dan ini mengelirukan si anak.

Mereka tidak memahami bahasa non verbal sebegini, malahan mereka akan memberi nama sendiri kepada tingkahlaku ‘pelik’ kita itu.

Contohnya:
“Sebab saya bad, mak merajuk atau marah. Saya memang teruk” (silap label diri).
“Apa kesalahan saya yang besar sangat tu ya sehingga mak atau ayah sangat marah???” (tertanya-tanya dan keliru tak faham sampai besar).
“Ayah lebih sayang adik/abang dari saya. Ayah memang tak suka saya” (silap penilaian).

Jawapannya hanya pada diri kita, tapi adakah anak ada masa untuk bertanya secara rasional seperti orang dewasa mengenai perkara lepas?

Jadinya anak akan membesar dengan mudah saja meniru cara gaya kita kendali konflik kecil itu tadi, dalam perhubungan personalnya.

Ia amat tidak sihat, untuk rakan sekerjanya, untuk pasangannya dan anak-anaknya kelak.

Pengisian:

Webinar Khusus dengan durasi 2 + 2 jam, Sesi 1 dan Sesi 2 ini akan memberikan kefahaman atau kesedaran dan skil berserta contoh-contoh praktikal kepada anda sebagai peserta, yang merangkumi perkara berikut:

  1. Kesedaran Diri – Apa berlaku dalam otak kita apabila situasi yang tidak kita duga terjadi sehingga mencetuskan konflik kita dengan si anak.
    Sangat penting perkara ini. Dengan memahaminya membuat kita lebih sedar dan boleh bertindak dengan lebih rasional dan terkawal.
  2. 3 Langkah Tune In Dengan Anak – Bagaimana lakukannya? 3 langkah tune in secara verbal dan non verbal (untuk anak belum boleh bercakap dan yang sudah boleh bercakap).
    Maka kita tahu nak bertindak/respon bagaimana, sewaktu anak buat kita rasa sukar.
  3. Kenalpasti ‘Trigger’ – Kenalpasti trigger button dalam diri kita dan ia unik untuk setiap orang.
    Sebab ia menjadikan kita mudah tersentuh di mana-mana jua keadaan pun.
    Ini juga akan meningkatkan kesedaran diri kita dengan lebih baik dan boleh mengelakkannya pada masa depan

31 reviews for Webinar Keibubapaan: Tenang Semasa Tegang – Bagaimana Kita Nak Kekal Tenang dalam Situasi Tegang dengan Anak

  1. Maisarah Razali

    Jujurnya ini adalah webinar pertama saya join sepanjang bergelar ibu. Terim kasin Pn Maznah kerana berkongsi tajuk ini pada saat saya rasa sy sendiri tak mampu nak redakan ketegangan sy dgn anak anak. Bukan salah anak yg sedang membesar sebenarnya tp kita sebagai ibu bapa yang kurang cakna dan tidak tahu cara untuk sama sama capai ketenangan tu. Terima kasih atas ilmu dan perkongsian. Semoga kami sekeluarga sama sama dapat create suasana yang tenang di rumah kami dan bahagia sentiasa. Insyaallah.

    1. Semuanya bermula dari diri kita sendiri dan akan sampai pada orang sekeliling dan anak anak khususnya. 2. Ilmu parenting perlu sentiasa di refresh, dgr benda yang sama bnym kali pun xpe sbb setiap kali dgr/baca kita akan dpt perspektif yg berbeza mengikut masa ketika itu. 3. jangan berputus asa untuk menjadi ibu bapa yang terbaik buat anak anak kita sebab mereka itu adalah amanah paling besar buat kita

  2. Puan Marliza

    Ini adalah webinar pertama saya. Alhamdulillah, saya rasa bersyukur kerana telah diperkenalkan kepada webinar ini oleh seorang kawan yang saya telah kongsikan masalah saya dalam menangani anak saya yang berumur 11 Tahun. Banyak contoh-contoh yang diberikan oleh Puan Maznah, sangat ‘kena’ dengan situasi saya. Saya akan cuba untuk mengaplikasikan ilmu yang saya dapat dari webinar hari ini. Semoga keadaan akan lebih harmoni selepas ini. Semoga Allah restui ikhtiar ini. Terima kasih Puan Maznah atas ilmu yang dikongsikan.

    In Shaa Allah akan cuba untuk terus istiqomah di dalam memperbaiki diri menjadi seorang ibu yang lebih baik. Better late than never. Semoga lebih ramai akan terpanggil untuk mengikuti webinar Puan Maznah dan mendapat manfaat dari sesi webinar yang sangat baik ini.

  3. Mida

    Assalamualaikum puan, saya adalah antara peserta yang telah beberapa kali join parenting webinar dari puan. Utk sesi kalini, sebagai seorang yang sedang dalam fasa bergelut dengan mental illness sendiri saya sedar anak2 saya tidak seharusnya menerima kesan samada secara terus atau tidak atas masalah saya sebab itu saya perlu ada guidance tentang bagaimana saya perlu berhadapan, bereaksi, bertindakbalas, berfikir & seterusnya bagaimana utk saya menterjemahkan kepada anak situasi yang kami sama-sama perlu fahami & hadapi. Aplikas kepada kaedah2 pendekatan yg digunakan juga inshaAllah bukan sahaja akan memberi impak pada hubungan parents-kids yg lebih positif tapi sekaligus akan memberi satu contoh kepada anak2 ketika mereka mempunyai keluarga mereka sendiri kelak. Sekurang-kurangnya we pass the the example to our kids for them to rule their own family for better one day. Thank you puan Maznah.

    For those yang belum hadir, kita mungkin tidak sedar bahawa pelaburan ilmu yang kita laburkan harini akan memberi kesan berbeza kepada out next generation. Kalau bukan kita sebagai ibu-bapa yang mulakan bagaimana utk kita ajarkan kepada anak2 kita for them to create positive life ahead? Bantu diri kita utk membantu anak2 kita memperbaiki diri mereka for their best future life.

  4. YANG ZURAIDAH

    Alhamdullilah Thumma Alhamdullilah. Ilmu kesedaran diri untuk mengenalpasti dan merespon anak-anak dengan baik tanpa melukai jiwa mereka. Dengan kadar yang sangat berpatutan berbanding ilmunya yang bernilai tinggi untuk mereka yang bergelar ibu & ayah di dalam ilmu parenting.

    Ambil peluang ilmu parenting ini seawal usia anak masih kecil.

  5. Mardziah

    Alhamdulillah Pn Maznah saya dah tahu punca saya kenapa saya suka marah. Best sangat dapat formula D.U.A dan I.L.U ini kali pertama saya mendapat cara atau teknik satu persatu untuk tangani situasa tegang sebelum ini saya hanya mendapat teori pada malam Pn Maznah bagi saya cara dan contoh untuk tangani masalah yang selama ini saya cari jalan penyelesaian. Alhamdulillah Terima kasih Pn Maznah

    Azam saya semoga saya diberi ketenangan dengan mengamalkan formula ini. Saya ingin mengajak sahabat-sahabat untuk bersama join Webinar Tenang Semasa Tegang in sha Allah sangat bermanfaat

  6. izza

    rasa ada peluang untuk berubah jadi lebih baik

    untuk jadi ummie yang lebih tenang kpd anak2 syurga

  7. Puan SR

    AlhamdulilLah. Webinar malam ini sangat terkesan pada hati. Selama ini baru sedar saya selalu terus menghukum sebelum memahami anak-anak. Saya jarang ambil masa untuk bernafas & kenalpasti perubahan pada fizikal ketika emosi.

    Saya mahu apply Wheel of Awareness dalam setiap situasi. Lebih empati kepada anak-anak & pasangan. Tidak lagi pentingkan diri.

  8. Maimunah

    Webinar membantu saya untuk melatih diri menjadi seorang yang tenang. Saya rasa lebih yakin untuk mencuba teknik yang telah diajar.

    Azam saya untuk menjadi tenang walau dalam keadaan tegang

  9. AA

    Kene berfikir sebelum bertindak. Berfikir cara yang effective untuk panggil anak untuk pergi solat dengan cara yang respectful. Sebab kita nak anak jawab dengan cara yang baik, so cara ajak untuk solat pon kene baik.

    Cuba tenang and berfikir apakah cara yang terbaik untuk dilakukan dalam situasi tersebut.

  10. Pn H

    Sebenarnya sentiasa kalah semasa TEGANG dengan anak2. Mungkin sebelum ni tiara teknik khusus kadang terus terjah anak2 dengan sangkaan. Rupanya kita ibu bapa yang kena kawal sebaik2 nya. Memang nak praktis walaupun anak2 dah ramai..yang sulung 12 than hingga 1 tahun…

    Sungguh mesti cari penyelesaian. Anak2 adalah amanah dari Allah.

  11. pn hafizah

    alhamdulillah selesai dengar walaupun lewat. insyaAllah lepas ni saya akan dapat kenal dan cuba mendalami trigger anak supaya dapat kawal emosi.. mungkin saya sendiri pun ada trigger yang perlu saya proses supaya hadir ketenangan dalam mendidik anak2.

    mesti hadir terkadang kita memang ada cara hadapi situasi tegang…tp jika sampai satu masa ia berulang perlu kepada teknik yang lain..jadi webinar ini sangat penting.

  12. N

    Sgt membantu saya dari segi cara nak react bila anak sedang marah atau bergaduh and saya rasa sgt lega sebab saya jumpa webinar ni selepas saya rasa menyesal sgt sbb pukul anak saya.

    Saya berazam untuk menjadi ibu yg lebih tenang dan saya harap ramai lagi ibu bapa yg hadir webinar ni

  13. Fa

    It’s all about me. Saya memang membesar dengan childhood trauma, jadi saya boleh faham kenapa saya react begitu dengan anak. Rasa guilt sangat menghantui bila marah dan pukul anak.. Sedih dan kecewa dengan diri

    I must break this cycle. Saya tak salahkan ibu bapa yang telah besarkan kami dengan susah payah. Sebab adik beradik ramai, 9 semuanya. Pastinya ada tekanan yang ketika itu kami sebagai anak tak faham. Tapi dengan peluang yang Allah berikan untuk menuntut ilmu ni, saya mesti break the cycle. Sangat penting ilmu ini kerana kita inginkan masyarakat dan dunia yang harmoni dan semestinya perlu bermula dari setiap unit keluarga.

  14. Pn Shaha

    Dapat tips bagaimana untuk rawat emosi anak melalui proses yang betol..antara yang saya dah praktis, tulis surat untuk anak bagi kata2 penghargaan..nampak mata anak yg terharu dan berterima kasih dengan umi..

    Semoga dapat kawal emosi semasa tegang dgn bt senaman pernafasan..seronok hadir dapat ilmu parenting

  15. maryam fatihah

    saya belajar untuk lebih memahami dan bersabar when im facing those related situation instead of just blaming on the observable behaviour of my children

    i would like to be to be a good and understanding mother for my children and i want them to rely on me as i will always be there for them especially when they needs me…for yang belum hadir, u can check on the recording and trust on the process as it really helps.it may not be that good at first trial but it will improve as we progressing on applying those techniques when facing challenges with our children

  16. Izfahmi Farhan Mohamad Basuki

    Alhamdulillah, melalui webinar ini saya dapat ilmu berkenaan bagaimana kaedah bercakap dengan anak-anak serta boleh urus emosi

    Jika ada parents di luar sana yang masih struggle, saya mencadangkan untuk sertai webinar berkenaan parenting ini.

  17. NUR UZMANA ABDULLAH

    Banyak ilmu yang saya dapat dari program ini dari segi cara mengatasi emosi diri bila berhadapan dengan situasi yang tegang bersama anak, dapat memahami cara untuk berkomunikasi dengan anak secara lebih berkesan dan banyak memberi manfaat untuk ibubapa mendalami ilmu keibubapaan secara jelas .

    Azam saya untuk menjadi seorang yang peka dan rasional dalam menghadapi apa jua situasi bersama anak-anak, sentiasa berfikiran positif dalam setiap keputusan yang sukar . Bagi mereka yang belum menghadiri sila luangkan masa bersama program ini kerana ia banyak memberi manfaat yang berguna dalam mendidik anak dan juga memperbaiki kelemahan diri sendiri.

  18. Ummi Ziyad

    Alhamdulillah, Saya belajar apa masalah saya, bukan masalah anak2 ni sewaktu keadaan tenang. Teknik deep Breathing perlu sentiasa dilaksana agar lebih rasional dengan anak2.

    Saya akan belajar dan terus belajar untuk jadi lebih tenang supaya saya boleh menjadi ibu yang terbaik untuk anak2.

  19. Zaharah Razali

    Saya rasa insaf dan dapat merasakan saya yang banyak buat silap dalam mendidik anak2 saya. Saya yang ada banyak trigger.. Insya Allah dengan ilmu malam, saya akan berusaha untuk mengubah diri saya..Doakan saya puan maznah untuk apply ilmu2 yang dipelajari dalam mendidik serta counter back kesilapan saya yang lepas…

    Saya sangat sangat mengesyorkan hadir atau pun dengar semua webminar puan maznah untuk apply dalam kehidupan mendidik anak2..Sesungguhnya ilmu dari puan maznah berbeza dengan ceramah ceramah parenting yang pernah saya join..

  20. Mommy Rin

    Subhanallah, perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat. Banyak ilmu baru yang saya dapat dan banyak juga info validation atas apa yang saya dah lakukan sebelum ini untuk recover hubungan dengan anak-anak.

    In shaa Allah akan sentiasa meningkatkan ilmu parenting untuk baiki diri dan cara untuk baiki hubungan keluarga.

  21. Syafini

    AlhamdulilLah…perkongsian ilmu yang sangat bermanfaat daripada Puan Maznah…Peringatan buat diri yang selalu tersasar dari tenang dalam mendidik anak-anak, terutamanya anak-anak yang masih kecil usia mereka. Sesi yang sangat menginsafkan diri. Sesi ini mengajar saya untuk tidak terus menyalahkan anak, namun melihat kembali diri sendiri…apa memori & luka emosi yang pernah dialami.

    InshaalLah, mahu terus baiki diri & merawat emosi dan menjadi ibu yang lebih empati untuk anak-anak, amanah daripada Ilahi.

  22. Mai

    Saya rasa saya perlu banyak bersabar, amalkan DUA, ILU untuk saya kekal tenang.

    Webinar ni bagus untuk kita belajar cara untuk tenang

  23. Mami Fieda

    Memahami trigger factor dan cara bertenang

    Untuk lebih memahami trigger factor dan cara atasi. Puan Maznah, macam mana saya nak contact Puan ye? Saya rasa saya perlukan sesi 1 to 1 la sebab banyak perkara yang saya masih rasa tak selesai. Kalau boleh saya nak dapat bantuan 1 to 1

  24. Marliza

    In Shaa Allah akan cuba aplikasikan. Cuma tertanya2 bagaimana jika kesalahan telah dibuat di piramid yang sebelum itu? Bagaimana untuk memperbaiki keadaan sekarang? Dan bagaimana jika momen tidak dapat dikenalpasti?

    Semoga dapat terus istiqomah dalam memperbaiki diri. Kepada yang belum hadir, semoga Allah dorongkan untuk terus berikhtiar kerana kita tidak tahu, ikhtiar mana yang Allah restui untuk kita

  25. umi zara

    baru dapat menjiwai zara…cuba untuk hadapi dengan tenang saat tegang

    untuk memberi kan moment2 yang indah untuk zara walau apa jua keadaan

  26. Fahmie

    Alhamdulillah dapat pelajari theory iceberg. inshaAllah akan cuba diperbaiki segala tindak tanduk ketika bersama anak-anak

    Join sesi-sesi yang ada di mana sesi ini dapat membantu kita untuk menjadikan keluarga dan generasi keluarga kecil kita berubah dengan cara didikan yang betul dan tidak terusik emosi anak-anak yang fragile. mereka perlukan bimbingan ibu ayah.

  27. Nur Ashikin

    Saya rasa saya kurang expresi emosi saya sendiri kpd anak-anak. Insha Allah, saya akan luah kan apa yang saya rasa pada anak-anak supaya mereka pon boleh mudah ekspress diri. Serta tenangkan diri dlm hadapi situasi tegang. Breath and cari best moment supaya boleh hadapi dgn tenang.

    Saya berazam untuk menjadi ibu yang lebih baik dan tenang untuk anak-anak. Pesanan untuk yang belum hadir, insha Allah, bila kita dpt tune-in diri, kita boleh menjadi ibu bapa yang terbaik untuk anak-anak and of course manusia yang lebih tenang dalam situasi tegang.

  28. AA

    Tahu bagaimana cara yang terbaik untuk menangani tantrum anak anak.

    Cari medium dan ilmu yang boleh membantu anda sebagai ibu bapa.

  29. Zaharah Razali

    Saya sedar diri.. Saya yang banyak buat salah. Insya Allah demgan ilmu baru puan maznah berikan.. saya belajar ubah diri..

    Jom sama sama belajar ilmu parenting beesama puan maznah. Ilmu puan maznah berbeza dengan ilmu webminar yg pernah saya join.

  30. Mama Feeza

    Saya adalah seorang ibu yg ada diagnosis saya tersendiri,saya rasa sgt susah utk bantu diri saya, forgive my past dan dlm masa yg sama ‘be present’ dgn anak2 saya, apa yg Pn Maznah kongsikan terlalu ‘resonate’ dengan keadaan semasa saya, saya sangat berterima kasih atas webinar dan sharing Puan, i am one of your biggest fan, moga Allah terus merahmati Puan utk terus berkongsi ilmu dengan ibubapa, terima kasih atas perkongsian yg sgt realistik,practical dan ‘healing’ inshaAllah

    Sila tengok webinar dan perkongsian Pn Maznah, terlalu praktikal dan penuh dengan manfaat bagi anak2 kita dan juga sebenarnya diri kita sebagai ibubapa

  31. Nur Aishah

    Perkongsian Puan Mazni membantu saya untuk keluar dari rasa ‘helpless’ dan ‘useless’ apabila berhadapan dengan situasi tegang dengan anak. Walaupun saya tidak dapat mahir secara overnight, tetapi ia membantu untuk saya reflect tindakan emosi saya dan berfikir bagaimana saya boleh react dengan lebih baik.

    Saya berazam untuk menurunkan level emosi saya dari selalunya 5 kepada 2 dan lebih rendah serta berusaha menunjukkan contoh tauladan yang baik di hadapan anak dan suami dari segi pengurusan emosi. Saya mengesyorkan para ibu bapa untuk hadir dan ikuti perkongsian Puan Mazni untuk sama-sama kita berusaha menjaga amanah anak ini sebaiknya.

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *