Webinar Keibubapaan: Tangki Emosi Anak

(57 customer reviews)

Original price was: RM197.00.Current price is: RM97.00.

  • Akses Webinar Tangki Emosi Anak selama 180 hari

 

Available

Webinar Keibubapaan (Versi Rakaman): Tangki Emosi Anak – Bagaimana Mendorong Anak dengan 5 Bahasa Cinta

Oleh Puan Maznah Ibrahim

Pengenalan

Kadang-kadang tiba-tiba sahaja tingkahlaku anak jadi berubah (mencabar, buat hal, memeningkan, ‘high demand’).

Berkemungkinan ada bahagian tangki emosi mereka yang sudah menyurut, semakin habis.

Dengan menguasai 5 bahasa cinta anak ini mungkin kita akan mampu membaikpulih emosi anak dan seterusnya tingkahlaku mereka akan menjadi lebih senang diurus dan mudah bekerjasama dengan para ibu bapa kelak.

Pengisian

1. Saya akan berkongsi tentang 5 bahasa Cinta  anak beserta contoh-contoh yang boleh dilakukan oleh ibu bapa bagi memenuhinya.

2. Saya akan berkongsi mengenai contoh penggunaan soalan ‘Mystery Game’ yang boleh ditanya kepada anak, maka kita akan jelas dan pasti apakah kecenderungan (preference) bahasa cinta anak.

Hasil yang diharapkan:

Mudah-mudahan dengan pendedahan mengenai topik bahasa cinta anak ini, kita ibu bapa akan:

1. Mempunyai kefahaman asas mengenai 5 jenis bahasa cinta anak

2. Berusaha memenuhi tangki emosi anak yang mungkin ‘terlupa’ dan tidak difokuskan selama ini

3. Bertindak untuk dapatkan pengesahan mengenai kecenderungan bahasa cinta anak melalui soalan tersebut

4. Ibu ayah jadi lebih tenang mengurus tingkahlaku anak-anak & anak-anak lebih mudah diurus & gembira. Insyaallah.

 

 

57 reviews for Webinar Keibubapaan: Tangki Emosi Anak

  1. Dayang sarmila

    Alhamdulillah..di atas perkongsian ilmu berharga dari pn Maznah.. Ilmu yang puan berikan sedikit sebanyak mengubah cara percakapan sy kpd anak sy semenjak sy mengikuti puan. Syukur ke hadrat Ilahi kerana memberi rezeki ilmu yang bermanfaat..Alhamdulillah.. Terima kasih puan Maznah kerana menjadi perantara ilmu dari Allah ini..semoga Allah kurniakan kebaikan kpd puan dan ahli keluarga…Aminn..

  2. Aida

    Alhamdulillah..sy brsyukur dan suka sgt dgn perkongsian pn. Maznah mlm ni. Banyak teknik skrip komunikasi dpt dipelajari. Sy pun baru tau betapa pentingnya utk validate sesuatu prbuatan anak atau pasangan yg kita suka dan bimbang👍 Terima kasih bnyak2 puan. Webinar puan
    pastinya adalah webinar yg ditunggu2 para ibu bapa. 😊

  3. Syafini

    Alhamdulillah. Sebuah webinar yang sangat bermanfaat dan penuh input berguna & praktikal. Terima kasih, Puan Maznah untuk sebuah perkongsian yang santai namun sangat memberi kesan kepada saya dalam proses menjadi ibu bapa yang lebih baik kepada anak-anak. InsyaAllah.

  4. Rohani bt Abu Lazim

    Perkongsian ilmu dan kemahiran komunikasi yg perlu kita gunakan dalam kehidupan seharian agar lebih memberi makna kepada kedua dua belah pihak. Contoh antara ibu dan anak.

  5. Kusai

    Semlam sempat tengok sebahagian sahaja. So tak banyak yang boleh kongsi di sini. Cuma nak tanya, macamana kalau nak didik serta nak apply kepada anak yang remaja? serta anak2 yang berada di sekolah menengah. terimakasih atas jemputan sbg peserta. ilmu yang sangat baik untuk dikongsi.

  6. nor.shalsilah

    Saya tersedar sekali lagi, anak ini amanah, dan bukan milik kita. Boleh jadi mereka kembali dulu sebelum kita. Jadi mereka selayaknya mendapat bahasa cinta ibubapa. So, belajar, faham , amal inshaAllah. Terima kasih Puan Maznah.

  7. Emma Norisma Binti Ismail

    Alhamdulillah.. Tahniah puan. Perkongsian ilmu yg sangat memberi inspirasi kpd saya. Semangat utk saya mendidik 5org anak supaya lebih positif

  8. SHARMILLISURIA BINTI AHMAD BASHARUDDIN

    Perkongsian memberi manfaat yang sangat baik untuk dipraktikkan dalam situasi keluarga saya

  9. Nurul izzah

    Jelas penerangan puan maznah, x sabar nak apply

  10. Yusoff Rahman

    Sangat berinformasi. Saya dapat praktikkannya di hari-hari mendatang.

  11. AIDA BINTI MUSTAFFA

    SATU PERKONGSIAN ILMU YANG AMAT BERMANFAAT DALAM MEWUJUDKAN SEBUAH KELUARGA YANG BAHAGIA

  12. FATIN AMIRA BINTI ABD RAHMAN

    TERIMA KASIH PUAN, WEBINAR YANG SANGAT BERMANFAAT.MEMBERI IDEA-IDEA UNTUK DIGUNAPAKAI PADA ANAK-ANAK. MEMENUHI TANGKI EMOSI ANAK.

  13. Norisam Mohamed

    Banyak ilmu yang saya belajar. Banyak juga perkara yang saya sedar sebenarnya pendekatan saya dengan anak-anak adalah salah. Mudahan masih belum terlambat untuk saya baiki yang mana perlu diperbaiki. Terima kasih Puan Maz.

  14. sis fuza

    Ma shaa Allah, sangat membantu saya dan suami dalam memperkemaskan lagi hubungan kami dengan anak2 melalui 5 tangki emosi dengan cara yg betul dan pendekatan yg praktikal. Jazakillah Pn Maznah. Recommended !

  15. Ila Jamal

    Alhamdulillah. Perkongsian santai tapi mantap! Penuh dengan ‘ilmu InsyaAllah.

  16. NOR FARIZA MOHD ZAKI

    Saya akan penuhi 5 tangki emosi anak setiap hari dengan perkataan, layanan, luangkan masa bersama, pemberian hadiah serta sentuhan/ pelukan

  17. WAN ROSHAINI WAN ALI

    info yg sgt bermanfaat

  18. EA

    Ini kali ke 2 saya menyertai webinar Puan Maznah. Content yang cukup2 penting utk saya dah isteri dlm memahami serta mendidik anak. This week is a very tough and difficult week between me and my daughter (5 years old) bila saya sudah mula masuk ke office. Sebelum ni saya WFH. InsyaAllah input dari Puan Maznah akan saya apply dlm memperbaiki hubungan dgn anak secepat mungkin.

  19. Atikah Nasir

    Alhamdulillah perkongsian yg cukup bagus,buku2 puan sya dh beli..dgn cara webinar lagi lebih jelas penyampaian nya.. berkesan di hati 😊

  20. Dina

    Saya sgt sukakan perkongsian dari Puan Maznah. Banyak input dan info yang saya perolehi dalam mengendalikan 4 anak berbeza karektor. Webinar ini membantu saya memulakan langkah pertama untuk menjadi lebih baik terutamanya dalam pengendalian emosi. Terima kasih Puan.

  21. nor

    terima kasih puan maznah di atas perkongsian dan tips yang sangat membantu saya menjadi ibu yang lebih baik buat anak saya.

  22. Fiza Hasnan

    Webinar yang sangat membuka minda. Mendidik anak2 memang memerlukan ilmu pada zaman yang serba mencabar ini. Tahniah puan di atas anjuran program yang sangat bermanfaat.

  23. Remizah

    Banyak idea ayat ayat cinta utk berckp dgn anak dan jg pasangan.
    Guna ayat pujian specific kpd anak agar impact yg luar biasa sehingga anak tu dewasa.
    Mmbantu sy, cara yg betul utk isi 5 tangki kpd anak sy yg bwah 8 tahun.
    Tangki perasaan, sentuhan, material, & lg 2 kne check semula nota.
    Harus tonton bersama pasangan sbb ia merangkumi semua perkara dlm khidupn keluarga. Especially perasaan.

  24. Maryam Jameelah Binti Izham

    Assalamualaikum wbt, alhmdlh. Terima kasih sgt2 pn maznah atas perkongsian dlm webinar td. Sy pertama kali join webinar nie, MasyaAllah, Sgt informative bg sy. InsyaAllah, dgn ilmu yg diperolehi sy lebih yakin utk mencuba yg terbaik dlm mendidik anak2. Sgt2 bermanfaat. Alhmdlh. Looking forward for the next webinar! 😍

  25. Madihah ismail

    Pengkongsian dan pencerahan yg sangat baik ilmu yg diberikan sangat bermanfaat buat saya dan keluarga untuk diterapkan kepada anak-anak.Terima kasih puan maznah.

  26. Siti

    Webinar Puan ini sungguh berguna kpd ibubapa supaya anak2 dan ibubapa saling memahami dan syg menyayangi.

  27. Shazwani Ramin

    Alhamdulillah. Syukur ke hadrat Allah. Selepas saya mendengar webinar Tangki Emosi Anak, esoknya saya apply dekat anak 3 tahun 3 bulan. Apa yg saya dapati anak saya dengar apa yg saya nak cakap.

  28. Fatin Mahirah Fadzil

    Allah.. Lepas belajar ttg 5 tangki kasih nie. Tiap hari rasa nak peluk anak❤️

  29. Nasliza

    Assalamualaikum Pn Maznah… terima kasih atas perkongsian yg sangat bermanfaat ini. Ini kali pertama Saya meibatkan diri dalam mana-mana perbincangan atau ilmu untuk kenali Anak.. banyak yg Saya tidak dipraktikkan dlm membesarkan Anak… semoga Allah memudahkan urusan Puan sekelurga kerana berkongsi ilmu yg bermanfaat secara percuma…

  30. Aida Ahmad

    Alhamdulillah, Terjawab akhirnya persoalan ttg apakah penekanan yg saya perlu beri kpd anak2. Rupa2nya ada 5 tangki emosi yg perlu diberi penekanan. InsyaAllah saya akan cuba praktikkan. Terima kasih atas perkongsian yg sgt bermanfaat ini.

  31. Hidayah

    Alhamdulilah, ilmu yang sangat bermanfaat, ilmu dan perkongsian disampaikan dengan bahasa yang sangat mudah difahami, dan yang paling penting rakaman membolehkan para ibu yang hilang fokus ketika siaran langsung mendengar dan hadam satu persatu maklumat dengan lebih baik. Terima kasih puan!

  32. Hanin

    Webinar ini sangat bermanfaat buat saya dan suami kerana ia dapat membantu kami meningkatkan lagi kemahiran keibubapaan kami. Banyak tips yang kami dapat dari Pn Maznah yang telah kami amalkan dan nampak kesan positif. In Sha Allah webinar ini akan lebih membantu kami menjadi ibu bapa yang lebih baik kepada permata hati kami 🙂

  33. Che Haslina bt Ch Rani

    Ilmu yg bermanfaat utk dipraktikkan dengan anak2…semoga tangki emosi anak2 akan dipenuhi dengan kata kata yang positif.

  34. Hafiza Azura

    Sangat bermanfaat especially utk saya selaku ibu tunggal. Anak hanya ada sorang dan satu2nya. Terima kasih atas ilmu dan perkongsian. Mudah2an ianya boleh mendorong saya utk jadi Mama yg penyanyang dan terus prihatin terhadap anak. Tqvm

  35. rashidah

    Penerangan yang jelas, sangat membantu dalam ilmu keibubapaan. Webinar ini juga sangat memudahkan, apabila saya hanya perlu buka dan sertai sambil menjaga anak…masih boleh mendengar walaupun tanpa melihat slaid sepanjang masa.

  36. EPA

    SATU PERKONGSIAN YANG SANGAT BERMANFAAT DLM ASPEK KEIBUBAPAAN. WALAUPUN PD SAYA, MUGKIN ADA SEDIKIT KESUKARAN UNTUK BUAT PERUBAHAN SECARA DRASTIK, TAPI SY AKAN CUBA

  37. NUR HANISAH

    Saya sangat menghargainya, supaya lebih ramai lagi dapat manafaat darinya 😊

  38. FADHILAH BT A.HINAYADULLAH

    Sangat banyak ilmu yang saya dapat.walaupun tak dapat tengok sampai habis,namun permulaan ilmu yang saya dapat sangat bermanfaat.saya suka penerangan puan maznah.jelas dan terang

  39. Zahratul Nur Kalmi

    Ini adalah kali pertama saya join webinar dari Pn Maznah. Saya jatuh hati. Mudah faham dan InsyaAllah mudah diaplikasikan juga. Semoga Allah merahmati kita semua. Terima kasih Pn Maznah & team.

  40. SITI SUSILIAWATI BINTI MAHMUD

    Sangat bermanfaat dari segi perkembangan emosi anak,Cara yang terbaik untuk trigger anak2 ke arah yang lebih baik.

  41. Fatimah Murni

    Alhamdulilah. Syukur sgt dpt peluang mendengar

  42. NORLIZA BINTI MOHD RADZI

    Contents yang sangat baik,bermanfaat dan boleh apply utk mendidik emosi anak.anak.

  43. Nurul

    Perkongsian Terbaik, praktikal dan mudah difahami. Bermanfaat sangat-sangat. Saya doakan puan diberi kekuatan untuk terus membantu masyarakat untuk lahirkan generasi hebat .Ameen..

  44. Norrahimah

    Amat memberi manfaat dalam isu keibubapaan

  45. Hafidzah

    Alhamdulillahh , perkongsian yg sangat menarik dari Puan semalam. Saya rasa , lebih bersemangat nk apply . Betul lah , kena cari ilmu , kena berguru dengan mereka yg pakar dan dapat circle yg positif sepanjang webinar semalam…sy rasa lebih semangat dan emosi lebih stabil nk handle anak² #merangsanganakdenganbahasacinta

  46. Nurul

    Alhamdulillah terima kasih atas perkongsiaan yang sangat bermanfaat. Saya dapat memahami jiwa anak2 dengan lebih mendalam melalui 5 bahasa cinta ni 🥰 Semoga puan sekeluarga sentiasa dirahmati Allah.

  47. Noorshuhaida bt harun

    Sgt bermanfaat… Sy slalu menggubakan pendekatan dan tips drpd puan dlm memperbaiki diri mendidik anak2 n anak murid di sk… Sy berharp dpt menonton semula rakaman webinar agar tiada point pnting yg tlepas

  48. hartini binti azmi

    bila saya menjawab soalan-soalan pn maznah baru saya sedar suami saya betul-betul menghargai saya. Saya sangat bersyukur dan saya sudahkan kongsikan webinar pn.maznah kepada sahabat-sahabat saya yang saya sayang.

  49. Nurul Hannim binti Zaidun

    Webminar ini sangat membantu para isteri dan ibu ibu utk mengurus emosi dgn lebih baik. Ilmu dapat diaplikasi serta merta.

  50. Nurul Fatehah binti Ismail

    Berpeluang menonton live sekejap sahaja hari tu sebab kekangan sendiri, tapi amat Best dan bermakna

  51. Amir Marhalim

    Sangat membantu dari sudut memahami keperluan emosi pasangan

  52. Eda nuraini

    Selama berkahwin 14 tahun dan membesarkan anak 7 orang ni baru pertama kali tahu ada 5 tangki emosi diri kena isi. Webinar ni telah membantu saya mengenali dan dapat mengenali juga tangki emosi suami. Terima Puan Maznah. Anda memang terbaik

  53. Inriani Putri Zamzuri

    Alhamdulillah, sangat bermanfaat. Selalu dengar tentang 5 love language dalam bahasa inggeris, saya rasa dalam bahasa melayu lebih senang nak kaitkan dengan keadaan dan doa-doa yang mudah dipraktikkan.

  54. Nurul

    Topik dan perkongsian terbaik berkenaan cara kenal pasangan. Best dapat live dengan puan Maznah, dapat release str3ss, tenang dapat lihat wajah beliau😍 Tqvm puan. Moga Allah balas kebaikan

  55. Syaida

    Membuka mata saya tentang keperluan individu berbeza dan berlainan tahap. Setiap point dihurai dengan jelas beserta contoh yang mudah. Terima kasih atas ilmu yang dikongsikan.

  56. Dr Wan

    Subhanallah, terima kasih Pn Maz atas ilmunya. Ilmu Mahal. Walaupun pernah banyak kali dengar, bila refresh memang tak rugi. Best bila dpt jawab soalan baru tahu tangki emosi utama dan YG paling Kita perlukan. Boleh inform en. Suami pasni.

  57. Nurul

    Banyak saya dapat belajar tentang tangki emosi diri sendiri yang sangat2 saya perlukan. Terima kasih Puan Maznah di atas penjelasan dan penerangan serta solusi yang diberikan. Saya rasa sangat2 bertuah dan bersyukur.

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *