Webinar Keibubapaan: EQ Anak Penting – Tapi Macam Mana Nak Buat

(11 customer reviews)

Original price was: RM297.00.Current price is: RM197.00.

  • Akses Webinar EQ Anak Penting Sesi 1 selama 180 hari
  • Akses Webinar EQ Anak Penting Sesi 2 – Aktiviti Latih EQ Anak selama 180 hari
  • Nota PDF Sesi 1
  • Nota PDF Sesi 2
  • Printable Emotion Dice PDF
  • Printable Emotion Strategy Wheel PDF

 

Available

Webinar Keibubapaan EQ Anak Penting (Versi Rakaman) – Tapi Macam Mana Nak Buat

Oleh Puan Maznah Ibrahim

Emosi anak penting? Dalam banyak keadaan, emosi anak hanya dibiarkan, dengan harapan,

  • ‘ahh, takpe, nanti ok la tu’,
  • ‘takpe, biar je’
  • ‘alah benda sikit je, itu pun nak heboh’

Lebih buruk lagi, bila dimarah dan dilabel macam-macam hanya kerana anak menunjukkan emosi sebenarnya.

Akibat

Bila terlalu lama atau kerap kali emosi anak di suppress, diabaikan, tidak di acknowledge,

  • ‘sudahlah tu’
  • ‘berhenti menangis’

Tidak hairanlah kita melihat sekarang, banyak orang dewasa yang kurang sabar, pemarah, bila menjadi ketua atau bos, kurang empati kepada pekerja dan sebagainya. Malah lebih teruk lagi, mungkin akan menghidap penyakit mental jika mereka sudah tidak mampu lagi membendung emosi mereka ke tahap yang sihat.

Mengapa ini terjadi? Kerana secara umum, isu emosi anak kurang diambil perhatian, tambahan pula anak-anak ini masih kecil, jadi pada kebanyakan ibu bapa banyak menumpukan kepada pencapaian akedemik semata-mata.

Yang biasa terjadi adalah, kita meminta anak mengabaikan perasaan mereka, atau ibu bapa sendiri mengabaikannya, tidak diproses, tidak diakui perasaan yang meraka sedang hadapi, kerana bagi ibu bapa, ianya tidaklah sepenting mana.

Tambahan pula jika ibu bapa sendiri tiada pengalaman, tidak pernah diajar atau tidak pernah dimodelkan oleh ibu bapa mereka sendiri dan diri mereka sendiri ada isu tentang pengurusan emosi.

Sudah banyak kajian yang mengaitkan kejayaan anak dewasanya nanti bukan hanya semata-mata dengan pencapaian akedemik sahaja. Tetapi  kemampuannya mengurus emosinya sendiri juga menyumbang kepada keseluruhan kualiti hidup mereka.

Kualiti yang dimaksudkan di sini bukanlah hanya mempunyai kerja yang bagus, pencapaian akedemik hebat, popular dan sebagainya, tetapi dari sudut kebahagiaan, puas hati, kegembiraan & cekal walaupun berhadapan dengan cabaran & rintangan dalam hidup.

Refleksi

Kita sendiri boleh refleksi tentang pengalaman kita sebagai kanak-kanak dahulu, mungkin jika ibu bapa kita faham dan tahu tentang ini, mereka bertindak berbeza dan tidak mustahil kehidupan & situasi kita akan berlainan sekarang.

Kecerdasan Emosi

Ini semua berkaitan dengan Kecerdasan Emosi, skil inilah yang juga sangat penting sebagai bekalan untuk anak-anak kita terutama bila mereka berjauhan atau sudah dewasa nanti.

Kecerdasan Emosi ini merupakan aspek penting/utama dalam kesejahteraan anak seluruhnya, pada masa kini dan akan datang.

Anak yang cerdas emosi (juga fizikal), akan mudah mencerap ilmu dan mencapai tahap intelek terbaik mereka, kerana mereka gembira, yakin diri, dan bebas menyerlahkan minat dan potensi mereka dalam persekitaran yang serba mencabar kini. Mereka juga dapat dapat mengendalikan stres dengan baik, tahu memotivasikan diri sendiri bila ‘down’, dan mengurus konflik/ perhubungan dengan individu lain dengan secara sihat.

Justeru dari webinar ini, saya mahu berkongsi dengan ibubapa semua mengenai aspek ini secara lebih mendalam.

Pada akhir video, para peserta akan memperoleh perkara berikut:

  1. Memahami 5 komponen EQ manusia
  2. Mengetahui bagaimana menjana serta mengukuhkan EQ anak menerusi 5 komponen ini (cara, kaedah, tips) dalam aktiviti harian kita
  3. Satu Proses: 5 Langkah Tuning In atau bimbing emosi anak ketika berlaku situasi kurang enak.
  4. BONUS: Mempelajari 5 contoh aktiviti bonding yang menguatkan EQ anak melalui game/aktiviti: Bila sebut game, bermaksud ibu bapa terlibat /take turn main sama lah.

Semoga dengan info dan skil yang dikongsikan akan membantu para ibubapa dalam melaksanakan pembangunan, serta pembentukan EQ anak selaras dengan keperluan perkembangan mereka pada masa kini dan akan datang.

 

11 reviews for Webinar Keibubapaan: EQ Anak Penting – Tapi Macam Mana Nak Buat

  1. Razni

    Alhamdulillah, terima kasih Puan Maznah kongsikan teknik² dan tools yang praktikal, jelas dan boleh diaplikasikan terus. Anak² bersemangat tengok video bersama² saya tadi dan nak terus buat dadu dan emotion wheels

  2. Noor Asyikin

    Webinar tadi menyedarkan saya untuk berubah demi kesejahteraan keluarga. Cara pembawaan Pn Maznah sangat cemerlang dan memberi inspirasi.

  3. Siti Hawa binti pekeri

    Assalamualaikum puan, pertama sekali saya ucapkan ribuan terima kasih atas perkongsian ilmu yang sangat saya dahagai. Semoga puan sentiasa diberi kesihatan yang baik untuk terus berkongsi dengan kami. Saya sebelum ini pernah tersilap mengabaikan emosi anak. Kesannya saya dapat lihat pada anak saya yang berumur 8 tahun sekarang. Kurang keyakinan diri dan pemendam. Semoga Allah ampunkan kesalahan saya asbab kejahilan saya. Semoga saya masih belum terlambat untuk menyelamatkan anak-anak saya dan berjaya mewujudkan keluarga yang sakinah bersama anak anak tersayang 1, 3, 6 dan 8 tahun. Akhir sekali, saya mohon doakan untuk saya positive seperti puan. Terima kasih puan.

  4. Noorhayati

    Alhamdulillah, terima kasih Puan Maznah. Ilmu yang sangat bermanfaat saya perolehi daripada webinar puan. Semoga Allah membantu saya mengamalkannya untuk anak-anak. Ibu bapa di luar sana mesti menyertai webinar seperti ini agar dapat membantu anak-anak menguruskan kehidupan dengan lebih baik. Bahkan ia membantu ibu bapa sendiri mengurus emosi dengan baik.

  5. Ummu ‘Aisyah

    Perkongsian yang sangat menarik. memang sangat memerlukan, anak dalam fasa nak belajar kenal emosi, meluahkan emosi (2 tahun 11 bulan), Alhamdulillah, anak boleh luah emosi dan boleh sebut emosi umminya. Cuba kadang saya sendiri ada silap respon ketika anak tengah beremosi (marah, sedih – tantrum). Terkesan dengan 5 langkah A-OTEH tadi, memang akui cara yang biasa respon pada anak kadang lebih kepada negatif respon terutama bila marah dan penat. Semoga dapat perbaiki, nak print dan tampal pdf dialog 5 langkah tadi, sekurang2nya dapat ingatkan balik sebelum tersilap respon. Terima kasih, puan Maznah untuk segala ilmu dan masa yang diberikan kepada kami. Semoga Allah swt mempermudahkan urusan puan sekeluarga dan dapat terus berkongsi ilmu dengan kami. #BreaktheCycle

  6. Razni

    Usaha untuk coach/rawat emosi anak, Insyaallah luka emosi kita juga akan terawat. Terima kasih Puan Maznah atas ilmunya, moga Allah berkati usahanya, moga lebih ramai mendapat manfaat

  7. Tasnim

    webinar EQ ni memberikan saya lebih keazaman untuk lebih berusaha menguasai emosi sendiri dan mendalami emosi anak-anak..semoga semuanya membesar dengan seimbang, selamat dan sukses dunia dan akhirat..

  8. Fara Dilla

    Banyak sgt ilmu yg dikongsikan.. Insyaa Allah akan dipraktikkan pd diri dan ank²..
    Terima kasih Pn Maznah atas ilmu yg diberi..

  9. suriani

    Alhamdulillah. Banyak input yang saya dapat pada hari ini. Saya akan cuba aplikasikan kepada semua anak-anak saya. InsyaAllah

  10. HAMIZAN ABD AZIZ

    Selami diri anak dan bantu emosinya…. anak akan menjadi insan terbaik dalam keluarga dan masyarakat kita

  11. Syafini

    Alhamdulillah, kelas tentang pembinaan EQ anak-anak yg sangat baik & sangat bermanfaat. Terima kasih, puan Maznah dengan perkongsian ilmu yg sangat bermakna. Usaha untuk #breakthecycle .Rawat emosi diri dengan bantu bina emosi anak-anak…InsyaAllah

Add a review

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may also like…