Webinar Keibubapaan (Versi Rakaman): Unstuck – Bagaimana Mahu Move On Apabila Terperangkap Cycle Rasa Bersalah Pada Diri & Anak
Oleh Maznah Ibrahim.
Apa Anda Akan Pelajari
Webinar kali ini berlainan dari webinar saya yang sebelum ini.
80% adalah secara hands on dan direka amat khusus.
Saya akan kongsikan secara proses demi proses, untuk kembalikan keyakinan ibu ayah sebagai ibu bapa – Lepaskan rasa bersalah, maafkan diri dan terus ‘move on’.
Sehingga kemudian boleh memimpin anak-anak dengan penuh kebaikan dan berhikmah.
Webinar Khusus dengan durasi 2 + 2 jam, Sesi 1 dan Sesi 2 ini akan merangkumi perkara berikut:
Sesi 1:
- Refleksi – Fakta sebenar mengenai bimbang dan rasa bersalah untuk ibu bapa
- Aktiviti Memproses & Melepaskan Perasaan Berkaitan Momen Silap kepada Anak – Rasa kepada momen itu akan dikeluarkan dan dirasai dengan sebaiknya (tidak dinafikan, dimatikan). Ia kemudian diposes dengan cukup baik dan selamat melalui aktiviti pemprosesan emosi yang berkesan.
Penutup ‘Empowering’ – Mengeluarkan sumber dalaman diri yang unik dan terbaik melalui aktiviti yang berkesan. Ia ditutup dengan skrip diri yang unik, lebih dekat dengan diri sebenar yang positif dan yakin.
Sesi 2:
- Aktiviti Merancang & Membentuk Tindakan Baru ** – Peserta akan nampak jelas diri yang lama dan kesannya, serta impian diri yang baru dan ingin dicapai melalui aktiviti ekspresif seni dan solusi tindakan yang akan dilakukan setiap hari nanti.
- Aktiviti Memaafkan & Melepaskan (Forgiving & Letting Go) – Peserta akan memahami akibat dari peristiwa khusus masa lalu yang membuatkan kita ‘stuck’ dan tidak dapat ‘move on’.
Model iceberg dan time line kehidupan akan difahami bagi membantu kepentingan pemprosesan emosi dan move on ini.
Yana –
Saya pesakit hiperthyroid, selalu letakkan kesalahan marah-marah anak kepada penyakit saya. Sedangkan kelemahan tu datang daripada diri saya sendiri. Masa join webinar, rasa sedih sebab kesian anak-anak selalu kena marah. Saya tahu puncanya kerana kurang rasa tenang dalam diri. Semasa sesi webinar saya dapat melukis dan mewarna, rasa lega sedikit dapat meluahkan apa yang terpendam melalui gerak tangan dalam cara yang positif. Insya Allah saya lebih tenang, dan akan kekal tenang.
Kepada yang berhajat untuk memperbaiki diri demi hubungan ibu/bapa-anak yang sihat, jangan tangguh lagi. Saya patut sertai sesi macam ni dari dulu lagi.
Kasehani –
Rasa tenang sikit, tapi kena ulang lagi, masuk lewat tadi ada yg terlepas, kena ulang rakaman n ulang latihan malam ni..
Kena tonton dan praktis ilmu yg diterima.
pidatotot –
Saya rasa lega sebab bukan saya sahaja yang berperasaan begini (rasa bersalah selepas marah anak). Saya lega kerana sudah tahu cara menguruskan perasaan diri sendiri apabila berada dalam keadaan begitu
Menguruskan emosi dengan lebih baik dan berkesan apabila menguruskan anak-anak
Mardziah –
Alhamdulillah saya lega dan lapang dada, sebelum rasa bersalah,sedih dan gagal, setelah beberapa aktiviti dijalankan bersama-sama> Ma shaa Alah iin Allah saya lapang
Azam saya supaya saya istiqmah mengamalkan ilmu Pn Maznah, saya move forward. Bagi yang belum hadir. Di sarankan untuk hadir dan menimba ilmu berharga ini.
Nor –
Alhamdulillah, banyak perkara baru yang dipelajari dan boleh dipraktikkan. Ilmu yang dikongsi sangat praktikal. Terima kasih Puan Maznah atas ilmu yang dikongsikan.
Saya berazam untuk terus amalkan ilmu yang dipelajari dan saya harap ramai yang dapat manfaat yang sama malah menjadi ibu bapa yang lebih baik. InshaAllah.
Rozita –
Alhamdulillah , saya rasa dpt input utk tau apa perlu buat jika ada rasa negatif terhadap diri sendiri
Tak rugi join utk dpt ilmu parenting berguna
Yati –
Tenang & rasa lapang kepala.
Jangan simpan & pendam sendiri. Bantu diri & bantu keluarga dgn perbaiki emosi kita.
Miza –
Pada awalnya saya baru mengalami rasa marah, geram dan akhirnya membawa kepada rasa serba salah pada anak. Subhanallah, Alhamdulillah webinar ini sangat2 membantu saya untuk menenangkan emosi saya dan reset minda saya. Dengan izin Allah, alhamdulillah saya dapat tenangkan hati dan pikiran saya serta positifkan semula diri saya. Terima kasih atas bantuan Pn. Maznah? Syukur Alhamdulillah?
Alhamdulillah webinar ni sangat2 membantu untuk mengawal emosi yang kerap rasa serba salah lepas marah anak lagi2 sejak bersalin anak nombor 2. Risaunya kalau anak sulung rasa kita da tak sayang dia? Teknik yang diajarkan sangat2 mudah dan boleh diaplikasikan dimana2 sahaja. Digalakan sangat2 untuk join webinar ni walaupun tanpa pasangan. Banyak ilmu yang bermanfaat dan sangat2 bernilai yang membantu kita dan emosi kita. Hanya kita yang boleh ubah diri kita dan perbaiki emosi kita sebelum kita perbaiki anak. Terima kasih Pn Maznah and team. Moga semua ibu bapa dapat join webinar ini dan seterusnya, serta dipermudahkan dalam perbaiki diri dari semasa ke semasa aamiinn?? Recomended! ???
Lala –
Setelah menghadiri seminar unstuck ni sy byk belajar teknik dan cara utk memahami dan solution. Bagi saya masih belum terlambat utk sy mendekati dan mengubah konsep dan cara mendidik anak. Saya mahu lebih mengenali dan mendekati ank dgn cara yg lebih sihat. Secara tidak langsung tidak mahu ank saya menerima didikan yg sama seperti saya dulu.
Azam mahu mengenali dan mendekati anak2 dgn cara yg lebih sihat utk diri saya dan keluarga. Seminar yg santai dan byk aktiviti praktikal yg menarik.
mas –
Saya faham apa yang saya perlu buat melalui refleksi dan proses yang diajar. Dah lama tertanya2 macamana nak buat.
Kena proses apa2 perasaan negatif yang masih ada. Love yourself. Macamana nak buat? Hadir webinar ini.
ayu –
rasa lega, yakin diri boleh jadi ibu yg terbaik pd anak
akan istiqamah jd ibu yg terbaik, yg disayangi anak, mjd idola pd anak. bg yg belum join, wajib join spya dpt sm2 break the circle utk kehidupan yg lbh baik pd kita & generasi anak kita kelak
Mardziah –
Alhamdulillah saya rasa lega,sangat bermanfaat sharing malam ni,saya kenal pasti,saya dapat healing,saya dapat lepaskan apa yang telah berlaku,saya dapat intervensi untuk saya amalkan,sangat suka cara Pn Maznah interaktif mudah difahami dan saya jelas apa yang telah berlaku pada diri saya dan cara untuk atasi emosi-emosi yang stuck pada diri saya.
Hadirlah untuk kenalpasti apa yang kita rasa dan healingkan apa yang kita stuck dan lepaskan semuanya dan move on
Ummu Jannah –
Alhamdulillah, dapat revisit dan berjaya proses trigger masa lalu untuk accept, forgive dan move on
Insyaallah akan konsisten hidupkan akar. Semoga Allah redha
LIN –
MEMBERI SAYA LEBIH SEMANGAT SERTA KEKUATAN UNTUK MEMPERBAIKI DIRI SEBAGAI IBU TUNGGAL KEPADA 2 ANAK SAYA. SAYA RASA LEBIH LEGA KERANA MASIH BELUM TERLAMBAT UNTUK BERUBAH UTK KEBAIKAN ANAK-ANAK SAYA
SEMOGA TERUS ISTIKAMAH. SANGAT BERBALOI UNTUK HADIR BAGI MENAMBAH SKIL PARENTING
Yati –
Rasa lebih tenang & terbuka. Mula nampak bagaimana untuk perbaiki diri & juga utk bantu perbaiki hubungan dgn anak.
Bagi ibubapa yg rasa stuck di luar sana, wajib join kelas ni. Banyak input & ilmu yg sgt berguna, untuk bantu kita keluar dari masalah yg sedang kita hadapi.
pidatotot –
rasa lebih yakin menguruskan emosi apabila bersama anak2, lega kerana saya bukan keseorangan dalam perjuangan ini
akan praktikkan teknik2 yang dipelajari. Disarankan parents lain untuk sertai untuk tamnah ilmu parenting
norhafizah –
Alhamdulillah..sangat bersyukur Allah berikan kefahaman melalui Puan Maznah.. rasa sebak selepas sesi malam ni tamat.
Berazam nak istiqamah amalkan tindakan yang perlu dibuat. Semoga ibu bapa lain mendapat manfaat yang sama malah lebih lagi.. Amiin
Farhaney –
Saya rasa lebih tenang dan webinar ini seolah2 menunjukkan jalan keluar dari pergolakan emosi sendiri, dengan ilmu dan praktikal yg didapati dari webinar ini Insha Allah bole membantu saya menguruskan emosi dengan lebih baik serta dapat “break the cycle” dari trauma emosi saya sendiri..
Seperti semua ibu2 saya juga berazam menjadi ibu yang terbaik untuk anak2.. Pesanan tuk yg belum hadir, jika anda rasa dunia anda gelap, selalu marah2 selalu beremosi, penyelesaian nya bukan sekadar beribadah dengan tuhan, tanpa ilmu kita akan “lost” juga, so tuntutla ilmu kerana kita adalah madrasah pertama anak2.
Haney –
Alhamdulillah rasa tenang dan lebih bersemangat utk utk meneruskan parenting journey saya utk masa akan datang..
Semestinya nk jadi ibubapa yg lebih baik, dan lebih matang.Webinar yg sgt bagus utk ibu bapa yg mula ada isu dengan anak2. Sangat cool, sangat menginspirasikan saya..Semoga keluarga sy lebih tenang dan bahagia selepas ini, inshaaAllah, amiiin