Anak Tadika Tak Ingat Apa Diajar Guru Di Sekolah?
8 Januari 2016, Week 2, Fateh 3.10 tahun sekolah AMS Fateh 3.10 tahun masuk Aqrab Model School bermula minggu lalu induksi (orientasi). Alhamdulillah sukses 5 hahari tanpa saya teman sedikit pun. (Namun saya ambil cuti hari pertama standby, sudahnya pergi dating aja dengan suami. Alhamdulillah). Ada jadualnya dan ada few pictures di kongsi di group maka saya tahu apa dia lalui. Termasuk reward berkelakuan baik dapat TV Time. Nampak gambar dia duduk beratur sedang menonton TV. Saya puji dan tunjuk gambar dia menonton tv, dia senyum.. Saya kata, Bagus sebab Fateh ikut cakap cikgu maka dapat tengok TV ya? Dia senyum malu dan berkata ya. Kalau tak, kena duduk bilik principal. Panas dan Tak ada lampu, katanya. (Hehe maknya dengar). Minggu ini bermula sesi akademik lebih khusus. Saya pun tak berapa ingat jadual dia secara khusus. Yang saya tahu setiap hari ada Al Quran guna buku Al Barqy dan sejam setengah akademik untuk 3 subjek, dan petang macam-macam untuk otak kanan macam art dan sebagainya. Mujur kami ada Parent-Teacher Communication Log Book. Sistem komunikasi ini memudahkan mesej dua hala kami: ibubapa dan guru. 1) tahu anak belajar APA 2) boleh sampaikan pesanan spesifik dari guru untuk ibubapa topup dan beri perhatian lebih kepada anak, dan 3) mesej spesifik ibubapa nak sampaikan kepada guru untuk perhatian khusus Item 2&3 – maka kami dapat saling memahami dan menyokong keperluan anak. In Sya Allah anak dalam landasan dan arus pendidikan yang betul. Item 1, sangat menarik! 🙂 Bila ditanya hari pertama dan kedua selepas pulang, apa belajar, dia akan menjawab “tak tahu”. Simple aja, maknanya ia tidak terlalu signifikan untuk diingat dan diceritakan oleh si anak kepada ibubapa. Belajar biasa-biasa. Yang pembelajaran kelmarin Selasa (contoh gambar dalam post ini), saya terus buka buku dan baca dalam kereta. Saya bacakan kuat-kuat ayah dengar. – […]