Mengajak Anak Kecil Solat Secara Berhikmah
Mengajak Anak Solat Pada saya, biarlah anak didorong bukan dipaksa, Anak kecil bawah usia 6 masih fitrah bermain, otak kanan sangat, jadi caranya: 1) masih memodelkan caranya (‘modelling’) dan teruskan usaha membentuk (‘shaping’) karektor mereka dalam menghormati orang lain yang sedang khusyuk dalam pekerjaannya, apatah lagi sedang menghadap Tuhan – iaitu kita solat dan dia sentiasa ada bersama kita, contoh di sebelah dengan mainan/aktiviti dia. Namun sangat digalakkan untuk diadakan sejadah kecil untuknya, yang dibentang di tempat sepatutnya, untuk nanti dia mahu join bersolat, ada ruang tersendiri untuknya (terutama anak usia 1 tahun ke atas yang mula mudah imitate = meniru copy cat, dan usia 2 yang mula mahu buat cara sendiri = tak suka diatur/dibuatkan). Saya ingat lagi, kami ada sejadah warna coklat kira kecil sedikit dari sejadah kami (warna hijau dan merah), bentang di sebelah ayah sebagai makmum lelaki (saya makmum perempuan di belakang kiri ayahnya), kebanyakan masa si anak ini akan bermain dan berpusing, namun ada masa bila dia mahu, dia akan berdiri di ruang sejadah nya, dan bila kami tak bentang, dia akan marah dan rasa itu sejadah dia terutama bila sesekali ayahnya solat individu dan terguna sejadah dia, dia akan marah dan kata itu dia punya – kat sini anak anak ada rasa kepunyaan untuk alat dia sendiri). Dan saya ingat lagi, Fateh saya selalu bawa solat Terawikh di surau kampung angkat dan surau rumah, dan saya boleh nampak perubahan dari tahun ke tahun, dari 1 rakaat sahaja dia boleh bersabar semasa usia 1 (Mahgrib jemaah), kepada 3 rakaat dia boleh bersabar (Maghrib), kepada 2 rakaat Isya’ jemaah kepada 4 rakaat Isya’, dan terawikh dari 4 rakaat kepada 8 rakaat sahaja tak sempat Witir. Kat sini kesabaran dan ‘coping skill’ mereka menunggu kita juga ada ‘time frame’ dan limitnya, namun jelas ia […]


