
Fitrah Anak Adalah Baik
Sesekali bila rasa anak amat mencabar perasaan dan pemikiran kita, Eloklah kita duduk dan renung semula. Asal anak ini, dan asal fungsi diri kita sebagai ibubapa, tanggungjawab kita. *ia adalah normal sangat sesekali kita rasa hampir burnout, muhasabah diri adalah kaedah paling baik untuk kita atasi gangguan emosi ini dan kembali ke ontrack #keibubapaanpositif kita ok. ……….. FITRAH ANAK ADALAH BAIK Olahan Buku Orang Tuanya Manusia Untuk Ramadhan ini, saya menyambung semula pembacaan saya kepada buku best ini, “Orang Tuanya Manusia” sebab saya nak membentuk diri menjadi ibubapa (orang tua kepada anak-anak) yang mana diri saya adalah ibubapa manusia, bukan hulk/ dinasour/ dll heheh. * Baca olahan pertama saya dari buku ini, berkenaan fitrah anak suka belajar di sini. Sesuai dengan dekat Syawal ini, kembali kepada fitrah, saya tulis / share dengan anda sedikit apa saya pegang setelah baca bab 1 buku ini, hingga kini menjelang 29 Ramadhan, akhir hari sebelum Syawal, (Aidilfitri = kembali ke fitrah). Sejak saya memegang prinsip ini, mood saya jauh lebih baik dan positif, dalam kendali kerenah anak. Anak pertama, Fateh penuh dengan demand nya sebagai orang Thinking ekstrovert (mudah terpengaruh persekitaran luar dan menakluki kami pula), manakala anak kedua kami Khairunnisa’ dengan detox eczema nya (agak teruk hingga kini dah sebulan), harapnya ini last (mula detox Oktober 2017 tahun lalu lepas stop ubat makan antihistamine, agak dahsyat saya belum menulis lagi mengenai ini- wrap, dia tak bergerak sendiri, emosi, saya pregnant early stage, kewangan dll), dan sembuhlah insyaAllah (detox kerana kami sudah stop hantar pengasuh dan makanan dia fully kita boleh pantau dan tahu apa dia makan, no cheating cheating lagi). Anak ketiga, si manis Yumna lahir 5 hari sebelum Ramadhan, dan saya berniat mahu berpuasa bila dia lahir awal dari jangkaan ni, Alhamdulillah semalam 28 Ramadhan saya dapat berpuasa (Yumna […]