sudah 5 hari tak marah anak maznah ibrahim

Sudah 5 Hari Tak Marah Anak

Alhamdulillah Sudah 5 Hari Saya Tak Marah Anak, Anak Pun Kurang Degil, Hubungan Saya Dengan Suami Makin Ok, Nak Solat Pun Tenang…. Salam puan,sy brsyukur pd Allah sbb dgn izin Allah sy jumpa ebook puan ni, utk pengetahuan puan sy hari2 marah anak, cubit dan pukul anak. Emosi sy teruk selalu stress xtahu punca. Allah, menangis sy puan baca ebook ni. Bbetapa sy lalai dgn amanah yg Allah dh bg ni. Alhamdulillah,dah 2 hari sy x marah langsung anak,in sha Allah sy akan teruskan dgn pertolongan Allah. Sebelum baca ebook ni pun sy doa dulu mintak pd Allah supaya sy diberi kekuatan utk berubah, dan apa yg sy baca smpai pd lubuk hati sy yg pling dlm. Ape yg sy perasan sy dh blh control emosi sy, bila anak meragam sy akan tukar bnde tu pd perkara positif. Alhamdulillah dgn cara tu sy x stress, kepala pun xsakit. Terima kasih puan, sy xtahu mcm mane cara utk berterima ksh dgn puan.…… Hari ni hari ke lima sy lansung xmarah anak sy 🙂 Sy perasan anak sy dah kurang degil nya bila sy berlembut dgn die..hubungan sy dgn suami pun makin ok,nak solat pun bleh solat dgn tenang,xdela solat dlm keadaan stress PUAN RINA (samaran)*Diizinkan untuk dikongsi REFLEKSI SAYA: Syukur pada Allah kerana bila kita berniat sesuatu yang baik untuk diri, dan orang tersayang (anak dan suami), kita dilorongkan Nya untuk solusi tersebut. Ditambah dengan membaca Ebook ini dari ‘HATI’, lubuk sanubari yang paling dalam, benar, jujur pada diri, Allah bantu kita, Allah mudahkan kita. Sebab pertamanya ialah kita ikhlas pada diri sendiri, kita mahu berubah. Bila selalu marah-marah, memang getaran/gelombang yang dihasilkan dari diri adalah negatif, maka kita menarik yang negatif pada diri – anak tak dengar cakap, hubungan dengan suami tak ok, dan diri stress, sakit kepala, solat memang […]

anak perlu dimarah sebagai cara mendidik maznah ibrahim

Anak Perlu Di marah Sebagai Cara Mendidik?

Pencarian Saya Berakhir… “Pertamanya, sebab mengapa saya membeli e-book ini adalah kerana saya seorang yang concern mengenai perbezaan cara antara saya and keluarga mertua. Cara mendidik and pandangan mereka bagaimana hendak melatih anak, amount of attention given, and most importantly isu cara anak saya dimarahi oleh keluarga mertua ni memang isu besar yang selalu bermain dalam fikiran saya setiap kali berlaku. Jadi, saya beli buku puan untuk mendapatkan second and external opinion dari early childhood specialist. Saya sedang mengambil PhD semasa anak saya dilahirkan. Untuk menjaganya sepenuhnya, sebab saya rasakan belaian kasih sayang ibu and bapa penting untuk 6 tahun pertama, saya put on hold PhD saya. Justeru, kami telah membuat pilihan. Dan dengan anak sentiasa berada di sisi, saya tumpukan perhatian dan masa tanpa berbelah bagi. Pelahan-lahan saya terapkan cara didikan saya dan suami yang sejajar dengan e-book puan kepada mereka. Sedikit sebanyak, dengan menggunakan terms-terms dalam buku ebook ni, kami jadikan reference bila memberi penjelasan mengapa kami mendidik anak kami begitu. Bagaimana cara terbaik menegur anak kami, kerana anak kami begini, begini. Gunakan teknik sandwich seperti dalam buku misalnya. Umur budak baru setahun lebih, jangan anggap dia faham apa kita kata. Tanya, explain, puji, tepuk tangan, bagi semangat untuk bentuk dia. Alhamdulillah, ada juga perubahan cara mereka menegur anak. Kami juga jenis yang sentiasa buat reserach bila terdapat persoalan tertentu mengenai anak. Oleh itu, we would like to thank you for coming up with this e-book. It helps in many ways. Bukan sahaja cara kita mendidik anak tetapi cara kita mendidik diri dan juga cara menangani orang lain dengan anak kita. Bagus untuk emosi dan rohani. Good job Puan. Harap agar Puan boleh menulis topik topik lain juga di masa akan datang. But for a start, this is a must have book.” Regards, Puan Sabrina (nama samaran)*dibenarkan dikongsi […]

mendidik tanpa marah maznah ibrahim

Mendidik Tanpa Marah

SAYA TELAH MENJUMPAI TEKNIK TERBARU MENDIDIK ANAK TANPA DIMARAHI.. “Saya mempunyai 3 org anak dalam mase 6 tahun perkahwinan..tanpa ilmu parenting cukup…sy hanye menggunakan tips dan teknik yg sy belajar daripada cara sy dibesarkan oleh Umi dan Ayah…iaitu, sekiranya anak melakukan kesilapan, mereka perlu dimarahi. Namun setelah sy marah mereka…sy akan rase menyesal dan rasa xsepatutnya sy bersikap begitu dengan anak2…sy pula selalu terbaca pengalaman ibu2 yg dapatkan ebook puan, mereka telah menjumpai teknik yang terbaru utk mendidik anak tanpa dimarahi…sy rase tertarik dgn rase semangat untuk buat improvement on my parenting skills…and now I realized, tips given is really helpful for me..not only me..we (me n my hubby) r together working out to practice the tips together… alhamdulillah…it’s really helpful..thanks Allah…and thanks so much to you for sharing this knowledge with us..” – PUAN FATIMAH *Dibenarkan dikongsi oleh puan ini Refleksi Saya: Alhamdulillah, ya bukan mudah nak buat cara baru yang lain dari kebiasaan. Sebab kita dah terbiasa dengan cara lama turun temurun. Namun ‘didiklah anakmu menurut zamannya’ amat tepat, iaitu zaman ibubapa atuk nenek kita dahulu lain, faktor surviving selepas zaman perang, memenuhi keperluan ekonomi, dan tiada perkongsian ilmu / dari research terbaru. Kini berbeza dan tidak salah kita sama-sama berusaha membina gaya keibubapaan yang lebih positif demi anak cucu cicit kita, iaitu generasi kita kelak. Kita ada hati dan boleh rasa, samada cara kebiasaan kita selama ini adalah cukup baik atau boleh lagi diperbaiki. Dari situ kita boleh cuba cara alternative yang menyenangkan hati dan selesa pada diri, dan berkesan pada anak-anak. Kejayaan pembaca Ebook juga banyak dipengaruhi persekitaran yang positif – paling utama ialah pasangan (suami). Ia faktor besar, main peranan utama dalam parenting. Maznah Ibrahim Jika Tuan / Puan berminat untuk dapatkan ebook ini pada harga diskaun Istimewa, boleh terus dapatkan pada link dibawah. >> […]

anak 7 tahun pertama adalah raja kecil

Anak 7 Tahun Ke Bawah Adalah Raja Kecil ?

Dalam pada anda pernah dan selalu rasa geram dan terlepas pandang fitrah anak usia bawah 7 yang BERMAIN ini,   Eloklah kita merefleksi akan keberadaan / kesediaan anak usia ini yang sebenarnya memang ‘adalah RAJA KECIL’.   FASA ANAK 0-7 TAHUN   Fasa STATUS perkembangan anak usia 7 tahun pertama ialah RAJA‘, manakala RUANG LINGKUP nya adalah BERMAIN.   Ia berdasarkan riwayat Rasulullah s.a.w dalam membahagi tahap kehidupan seseorang, “Dalam tujuh tahun pertama, anak adalah RAJA; tujuh tahun kedua, menjadi PEMBANTU (yang harus taat dalam menjalankan perintah); sedangkan tujuh tahun ketiga, menjadi WAZIR (menteri) yang bertanggungjawab terhadap tugas-tugasnya”.   Fasa ruang lingkup yang dijelaskan Rasulullah s.a.w adalah sebagai, “Biarkanlah anak-anak kalian bermain dalam tujuh tahun pertama, kemudian didik dan bimbinglah mereka dalam tujuh tahun kedua, sedangkan tujuh tahun berikutnya jadikan mereka bersama kalian dalam musyawarah dan menjalankan tugas“.   Untuk anda yang punyai anak berusia bawah 7 tahun, bagaimana kita menjaganya? Jika seorang RAJA, pastinya kita harus hormati dan melayani segala keperluannya, kan? Tidak mungkin kita akan boleh membentak, memerintah atau memukul RAJA ini, malahan RAJA ini ada hak, atau ruang lingkup sebebasnya sehingga boleh memecat atau menghukum kita!!!   Cumanya, anak fasa 1 ini adalah RAJA KECIL yang ruang lingkupnya bukanlah di singgahsana dan memerintah hal besar. Tetapi ruang lingkup RAJA KECIL di rumah kita ini adalah BERMAIN 😀   Sedutan diolah dari buku Orang Tuanya Manusia oleh Pak Munif Chatib.           Cumanya, saya melihat, anak kecil fasa pertama ini, memang perlu dihormati dan dipenuhi keperluannya, dan dikasihani, sama seperti doa anak untuk ibubapanya (kasihanilah ibubapaku sebagaimana mereka mengasihaniku sewaktu kecilku). Dari rasa kasihan inilah terbentuk atau terbinanya empati pada diri si anak kecil yang bersiap sedia untuk menjadi PEMBANTU kelak bagi fasa keduanya (7-14 tahun).   Contoh,   Kasihan, anak bayi tidak boleh bergerak […]

fitrah anak baik maznah ibrahim

Fitrah Anak Adalah Baik

Sesekali bila rasa anak amat mencabar perasaan dan pemikiran kita,   Eloklah kita duduk dan renung semula.   Asal anak ini, dan asal fungsi diri kita sebagai ibubapa, tanggungjawab kita.   *ia adalah normal sangat sesekali kita rasa hampir burnout, muhasabah diri adalah kaedah paling baik untuk kita atasi gangguan emosi ini dan kembali ke ontrack #keibubapaanpositif kita ok. ……….. FITRAH ANAK ADALAH BAIK Olahan Buku Orang Tuanya Manusia Untuk Ramadhan ini, saya menyambung semula pembacaan saya kepada buku best ini, “Orang Tuanya Manusia” sebab saya nak membentuk diri menjadi ibubapa (orang tua kepada anak-anak) yang mana diri saya adalah ibubapa manusia, bukan hulk/ dinasour/ dll heheh. * Baca olahan pertama saya dari buku ini, berkenaan fitrah anak suka belajar di sini. Sesuai dengan dekat Syawal ini, kembali kepada fitrah, saya tulis / share dengan anda sedikit apa saya pegang setelah baca bab 1 buku ini, hingga kini menjelang 29 Ramadhan, akhir hari sebelum Syawal, (Aidilfitri = kembali ke fitrah). Sejak saya memegang prinsip ini, mood saya jauh lebih baik dan positif, dalam kendali kerenah anak. Anak pertama, Fateh penuh dengan demand nya sebagai orang Thinking ekstrovert (mudah terpengaruh persekitaran luar dan menakluki kami pula), manakala anak kedua kami Khairunnisa’ dengan detox eczema nya (agak teruk hingga kini dah sebulan), harapnya ini last (mula detox Oktober 2017 tahun lalu lepas stop ubat makan antihistamine, agak dahsyat saya belum menulis lagi mengenai ini- wrap, dia tak bergerak sendiri, emosi, saya pregnant early stage, kewangan dll), dan sembuhlah insyaAllah (detox kerana kami sudah stop hantar pengasuh dan makanan dia fully kita boleh pantau dan tahu apa dia makan, no cheating cheating lagi). Anak ketiga, si manis Yumna lahir 5 hari sebelum Ramadhan, dan saya berniat mahu berpuasa bila dia lahir awal dari jangkaan ni, Alhamdulillah semalam 28 Ramadhan saya dapat berpuasa (Yumna […]