ibubapa hebat maznah ibrahim

Usaha Terbaik Yang Tidak Pernah Sempurna

Kadangkala rasa lelah,Dah belajar macam-macam dan masih tersasar tindakan dan kata. Wahai ibu ayah,Kamu tetap #IbuBapaKini yang terbaik untuk anak-anakmu. Usaha kamu adalah yang terbaik,Buat masa itu,Dalam keadaan ketika itu. Kemudian nanti, cerita lain.. Bangkit dan capailah dirimu yang terbaik…

Perkataan Power Bila Anak Buat Silap

Kerapkali kita mudah marah apabila sesuatu berlaku di luar jangkaan kita. Sebab apa? Sebab fitrah manusia mahu semuanya baik-baik, ‘in order and in place’…. teratur. Sama seperti apa yang Tuhan mahu, iaitu manusia mengikuti aturanNya. Apabila semua kita menuruti perintah Tuhan, maka semuanya baik-baik belaka. Teratur dan aman. Manakala yang ingkar perintahNya akan menimbulkan suasana kurang aman dan teratur itu. PILIHAN Hidup adalah satu pilihan. Ke kanan atau ke kiri. Pilihlah ‘kanan’ iaitu yang baik. Jadilah, dan masuklah ke dalam golongan ‘kanan’ di akhirat kelak (nama anak ketiga saya, Yumna ialah asal dari ‘Ya, Mim, Nuun’ Yameen iaitu golongan kanan di akhirat kelak). Okay, hari ini saya nak kongsi mengenai satu perkataan ‘magic’ yang sangat menenangkan (soothing) bila kita buat silap. Apabila kita menerima perkataan ini, kita akan rasa lega sangat. Saya trigger sebab saya sedang membalas email dan si anak kedua Khairunnisa’ datang memberitahu tepung tumpah. Saya pandang dia dan terus kata : “Tak apa, ambil tisu dan lap, ya” (macam biasa untuk apa-apa benda tumpah, begitulah solusinya, mudah sangat kan?). Menariknya si anak berfikir sebentar dan kemudian berkata: “Tak pa, biar kakak ambil penyapu ya”. Saya pun terus kata, :”Okay sangat tu” (mata terbuntang saya, okay, bagusnya dia). Saya pun meneruskan kerja saya membalas email. Dari tepi mata saya nampak dia terkedek-kedek ambil penyapu dan penyodok, pergi ke depan (tempat tepung tumpah la tu). Kemudian dari sisi mata lagi saya nampak dia kembali membawa penyapu dan penyodok untuk diletakkan kembali ke tempatnya (bermaksud dia sudah selesai menyapu la tu). Hmm… bagus nya dia boleh buat sendiri semua dari awal sampai akhir. Problem solver – tepat sekali untuk anak T (Thinking). Bertuah Khairunnisa’, saya rasa saya lebih lineant dengan dia berbanding abangnya Fateh. Walau kedua anak ini Thinking, tegas, keras, tapi tambah jantina lelaki tu, si Fateh lebih keras lagi […]

Marah Pada Anak Kecil – Cara Rasullullah & Kaitan Dengan Ilmu Sains Manusia & Psikologi

LANJUTAN DARI ARTIKEL POST ‘KESAN MARAH PADA ANAK’, BAGAIMANA CARA SEBAIKNYA MENURUT ISLAM ? Saya bukan pakar dalam agama, maka saya biasanya suka lihat bagaimana Rasulullah s.a.w melayan kanak-kanak. Sebab ia uswah hasanah (suri teladan terbaik) untuk saya kaji dan ikuti. Semua riwayat berkaitan Nabi Muhammad amat jelas menunjukkan Baginda amat menyantuni kanak-kanak. Tidak pernah dengar Baginda memarahi kaw kaw kanak-kanak hatta orang dewasa. Seingat saya, beberapa situasi menunjukkan Rasulullah amat faham fitrah kanak-kanak, dan bila saya kaitkan dengan kajian sains otak anak dan kesan marah, ia memang tele, sama. Contoh 1: Rasulullah menunggu lama semasa cucunda Baginda Hassan dan Hussin yang naik ke belakangnya semasa beliau sujud (tidak bangkit-bangkit hingga cucu selesai ‘bermain’). Pabila ditanya sahabat, adakah kerana baginda menerima wahyu baru, baginda memberitahu baginda tidak mahu mengganggu ‘proses bermain’ si cucu yang dikatakan Baginda, mereka sedang ‘menunggangi kuda’. Allah, sabarnya Baginda. Memang sangat jelas (anak-anak saya juga sama), kanak-kanak suka menaiki belakang kita semasa kita sujud. Kerana peringkat usia kecil sebegitu (awal kanak-kanak), penuh dengan imaginasi tinggi (teori perkembangan kognitif/pemikiran – usia 2-7 adalah praoperasi dan imaginasi tinggi). Respon dan tindakan Rasulullah itu adalah terbaik dan tidak menyalahi hukum dalam Al Quran (sujud lama-lama). Contoh 2: Rasulullah lalu di rumah anakandanya Fatimah dan terdengar anak Fatimah menangis (bayi). Rasulullah bertanya kenapa biarkan anak bayi ini menangis? Kemudian beliau terus angkat bayi ini dan letakkannya di bahu Baginda. Memang kajian sains menunjukkan bayi belum ada ‘sense of manipulation’ lagi. Maka tangisan bayi perlu dilayan secepat mungkin (bawah 15 saat), kerana bayi tidak lah resilien atau mandiri. Adalah tidak benar sama sekali biarkan bayi menangis baik untuk latihan paru-parunya. Malah kita tahu bayi ada 7 petanda sebelum dia akhirnya menangis untuk susu. Jadi dinasihatkan untuk semasa petanda awal sebelum menangis tu, angkat lah bayi anda dan susukan ia. Kita mahu […]

fasa autonomi dan inisiatif anak 2-6 tahun maznah ibrahim

Game Klasik Pertama Anda Dengan Anak Yang Sangat Bermanafaat Untuk Perkembangan Emosi Mereka

Game ‘Ba Ba Chak’ bantu Perkembangan Otak Emosi?   Nampak macam game mudah, namun ia ada elemen mencari (‘seeking’) yang besar pengaruhnya dalam kehidupan seorang anak kelak.   Ia menggalakkan ciri semulajadi anak manusia berfikir dan mencari jawapan kepada persoalan dalam diri.   Dalam otak, ia ‘trigger’ emosi positif dalam sistem ‘SEEKING’ dan ‘PLAY’ di otak. Menariknya, bab ‘Play’ dan ‘Seeking’ ni biasanya bapa-bapa lah yang lebih ‘fun’ dari mak mak (kan? huhu, mak serius bangat). Dalam fitrah manusia, ia menggalakkan pencarian kepada persoalan, kajian dan analitikal dalam diri seorang manusia. Termasuk mencari aspek Ketuhanan / Spiritual, dan segala ilmu lain seperti sains, matematik, fizik dan lain-lain. Jika saya bab psikologi lah, kajian mengenai manusia! Teringat kursus ESQ Parenting yang saya hadiri, trainer menunjukkan Game ini memang seantero satu dunia bermain. Nama Game aja lain, ikut bahasa, hehe. Saya tersedar hal ini kerana si Ayah kepada anak-anak saya sangat rajin main Ba Ba Chak ini sejak anak awal bayi 1 bulan lebih. Teringat juga Game lain berkesinambungan dari game Ba Chak ialah Hide and Seek. Juga si Ayah ini sangat rajin main sejak anak merangkak terkedek-kedek sorokkan diri hingga 6 tahun pun (saya main juga tapi anak anak lebih seronok main dengan ayahnya). Teringat juga yang masa cuti berpantang anak kedua, saya buat aktiviti dengan Fateh 3 tahun menggunakan buku. Saya terkesima kerana dalam soalan buku tu minta si anak pilih aktiviti manakah yang dia paling suka, disuruh lekatkan simbol ‘LOVE’ besar. Dan tahu gambar mana yang Fateh pilih? Antara 4 ini:- 1. Aktiviti bermain block2. Aktiviti dibacakan buku3. Aktiviti xx (tak ingat dah)4. Aktiviti ‘ba chak’ (Fateh ‘associate’ sebagai Aktiviti ‘Hide and Seek’ yang dia sedang dalam peringkat tu) Yang Fateh pilih adalah Aktiviti no 4 tu… Hingga kini anak anak saya (Fateh 6 Tahun dan Khairunnisa’ (KN) 3 […]

Kesan marah anak.

Apa Kesan Marah Anak?

Rakan saya bertanya, apa kesan bila kita selalu marah anak? Saya nyatakan, begini. Kesan Marah Anak 1 Pabila anak dimarah, ia akan ‘trigger’ atau aktifkan bahagian otak paling bawah, ‘Reptilian Brain’ atau otak Primitifnya (alarm system di otak) yang mana otak ini aktif semasa dia awal bayi. Otak ini asasnya untuk proses ‘survival needs’ (keperluan kehidupan asas) seperti makan, minum, tidur, rehat, bersih, selesa yang beri rasa emosi selamat dan tenang kepadanya. Ringkasnya bila dimarah, otak ini akan ter ‘activate’ dan buat anak rasa tak tenang dan tak selamat, dan reaksi anak ialah impulse control yang serta merta; jika bayi, reaksi spontan pabila keperluan asas tak dapat ialah dia menangis kan (menangis untuk bayi ialah tanda meminta pertolongan dan berkata ‘TIDAK’), jika budak dah besar? Mahunya dia jerit (mulut), pukul (tangan), tendang (kaki) dan marah balik (mulut). Kesan Marah Anak 2 Bila berterusan ter ‘activate’, boleh bayangkan tak? Ia macam jadi satu kaedah serta merta tindakannya, dan ‘style’ gaya dia dan personaliti dia. Dia akan jadi dewasa yang jerit marah memanjang, tak tenang memanjang, resah (sebab otak primitif tadi juga adalah ‘instinctive’ yang secara natural proses pernafasan di jantung dan penghadaman di usus). Gaya ini juga terhasil kerana respons yang diterima si anak dari cayagaya kita marah-marah beremosi ni membentuk sistem tidak seimbang di Autonomic Nervous System (ANS) yang juga dikenali sebagai Body Arousal System yang mengawal kadar denyutan jantung, pernafasan, penghadaman, immun system dll, ia mengawal proses tindakbalas asas dan utama dalam sistem tubuh manusia. Bayangkan lari laju – pernafasan tercungap, dan perut memulas nak ‘membuang’ – resah, tak selesa. Jadi proses dalam tubuh dia yang sebegitu (mudah stres, imun jatuh, mudah panik dll) menjadi tret / gaya personaliti dia sampai besar. Sukar untuk dia nak pimpin diri, keluarga dan organisasi nanti. Kesan Marah Anak 3 Kesan lain bila […]