Category Kanak-Kanak

berapa kali kena ingatkan anak maznah ibrahim

Berapa Kali Cukup untuk Peringatkan Anak Benda Yang Baik?

Benar, kanak-kanak hanya perlu diperingatkan sangat banyak kali sebelum wajar dihukum. .Persoalannya, sudah cukup kah kita peringatkan mereka sekurangnya 5000 kali untuk satu satu perkara penting? .Jika kena gayanya, insyaAllah usia 10 sudah solat dan ‘pukul’ tidak perlu. 3 tahun itu lama. 5kali sehari x 365 hari setahun x 3 tahun = 5475. .Key nya sabar dan keep repeating, beri nasihat dan perkataan baik berunsur kasih sayang dan mendidik berterusan.. .Kanak-kanak i) tidak atau belum pandai buat keputusan, dan ii) tidak atau belum pandai merancang. .Katakan tabiat kecil-kecil, bukan solat lagi (jika solat dilatih serius usia 7 tahun) .a. Kemas mainan selepas bermain b. Mandi awal pagi tanpa disuruh c. Main elok-elok dengan kawan d. Share mainan dengan adik beradik e. Sentiasa berbaik-baik dengan adik beradik .Peringatan seperti di atas ini perlu diulang-ulang hingga tempoh matang pemikiran dan perlakuan mereka – .tahap emosi kita pula kekal positif semasa mengucapkan peringatan ini, berbanding emosi negatif semasa memperingatkan perkara ini. .Ingat, yang KEKAL dalam HATI dan INGATAN mereka disusuli mereka akan lakukan aksi tidak mencabar (mencabar = sengaja lakukan aksi yang sebaliknya dari peringatan yang disebut di atas) ialah pabila peringatan / skrip itu diucapkan dengan: .i) Nada Baik, ii) Penuh Hormat dan iii) PERCAYA mereka akan jadi seperti apa yang diucapkan di atas? (Law of Universal Attraction) .Key nya juga ialah .POSITIF. .i) Ayat positif (Jika terangkan kesalahan, mulakan dengan tegahan, disusuli apa kita mahu mereka lakukan : Tidak boleh berebut mainan, sebaliknya mainlah elok-elok. Tak perlu lari sakan, jalan aja elok-elok) .ii) Emosi positif (Berunsur ‘care’ iaitu sangat ambil berat kepada tingkahlaku salah ini asbab mereka amanah untuk kita asuh didik, dan perlu lah dengan kasih sayang tegas, .iii) Pemikiran positif  (Percaya mereka dengar, faham, cuma perlu diperingatkan berulang kali sahaja, percaya mereka akan berubah, tak lama, konsisten nasihat cara […]

Kenapa Kena Lebihkan Puji Usaha Anak Bukan Hasil

Biasa kita sebagai ibu ayah suka lihat hasil atau output anak. Namun ia sama sekali tidak sesuai kerana cara sudut pandang automatik orang dewasa adalah output untuk usia orang dewasa itu. Hasil 5/6 vs Usaha 6/6 Ini video Fateh pertama kali main Guli Maze. Boleh bayangkan tak bagaimana tangan kecil ini mahu mengawal tenaganya melalui kedua tangannya dalam mengendalikan alat mainan ini. Guli perlu masuk ke lubang itu. Dia berjaya 5/6. Wah ? sebenarnya sudah cukup bagus untuk anak kecil ini. Dengan ‘full strength’ nya capai 5/6 guli, walau tidak capai ‘full strike’ 6/6 seperti diharapkan si ‘Strong Willed Child’ ini. (selepas dia kecewa dan merajuk, saya dan suami cuba kot kot memang lubang yang saya buat tu kecil, saya berjaya dengan mudah juga walau sedikit mencabar guli yang Last tu, suami juga berjaya buat 6/6. Kesimpulannya daya tenaga dan kawalan tangan si anak kecil lah isunya). Usaha Vs Hasil Teringat pesanan utama Dr Siti Rohana Earlyedukids, sentiasa puji usaha bukan hasil. Otak ibubapa ni kerap tengok hasil. Ya, usaha anak kecil 4.2 tahun ini ialah 6/6 sebenarnya!!!! Setaraf dengan usia pengalaman, usia tenaga, dan kemampuannya. Mana nak beza dengan pengalaman kami ibubapa 36 tahun? Peringatan Bersama Jadi ibubapa, peringatan untuk diri saya sendiri juga, sentiasa beringat yang setiap perkara yang anak kecil kita buat ialah full strength dia, jika usia 4, ingat 4/4. Bila dia mop lantai air tumpah, sekali round dan katanya penat, dia dah usaha buat 4/4. Markah penuh tu tau. Memurnikan kerja itu kemudian, kitalah,  yang 36/36 hehe…. (sebentar tadi Fateh mop lantai air eksperimen nya tumpah di ruang tamu, dan beritahu siap-siap Mummy jangan marah ya, hmmh terus saya senyum dan hulurkan mop. Satu round, dia kata dah penat. Saya kata tak apalah nanti Mummy atau Ayah tolong sempurnakan ok). Maznah Ibrahim Nota* 1. Kemahuan […]

cara efektif kendali anak bergaduh maznah ibrahim

Cara Efektif Kendali Anak-Anak Yang Kerap Bergaduh

Cara Efektif Kendali Anak-Anak Yang Kerap Bergaduh Ini adalah review pengalaman dua hari peserta coaching Utara saya setelah sesi coaching. Dua hari amalkan dan dapati ia berkesan. Jadi saya mohon izin beliau untuk share agar beri manfaat pada ramai orang di luar sana. Semuanya dengan izin Nya. —————– Baru sempat baca semua. Baru abis meting. Sambil tunggu suami ambil.Ibu2 semua yg sgt hebat..sntiasa dikasihi Allah. ALLAH uji sbb Dia Syg kita kan.. Tq kak maz. Atas perkongsian ilmu. Rasa mcm org baru..hidup baru. ☺alhmdulillah jgk kak maz sudi tubuh support group, bantu insan2 yg sgt2 perlukan.penyucian jiwa, pengurusan emosi.. supaya hati lbh tenang. Jiwa lbh lapang. Dekatkan diri pd Allah. Balik prgrm kelmarin balik umah dah mlm. Byk bncg ngn suami berdua dlm kereta tanpa anak2. Alhmdulillah..sedikit perubahan dah dibuat. Suami kejutkan sy pg td pukul 4, bangun solat. Lama dah xbuat solat taubat. Hati lama2 jd kelam. Pg td baru buat solat taubat khusus..Mohon moga Allah buang sifat mazmumah dlm diri sy, suburkan dgn sifat mahmudah.maafkan semua org. Lbh bersbr. Berlapang dada. Permulaan hari yg baik.Kejutkan anak2 awal sbb sy ada meting marking paper di alor star. Stat hari ni. Sampai lusa. Anak2 xmau mandi. Alasan nak tgok tv. Ajak baca quran xnak. Ok, ummi xmau mrh2. Sy buat mcm kak maz ajar smlm, skrip sy, nant abg dah nak mandi bgtau ummi. Kemudian kita ngaji. Tgok dahi dia sy ulang 3 kali. Sy kemudian keep away. Solat subuh. Buat keje lain. Lepas abis je solat anak terus bgtau, ummi..nak mandi. Ok, mandi cepat2 ummi dah lewat. Kita baca quran dlm kereta je. Dlm kereta dia dah tertido. Ok, xpe..biarkan.Dlm hati..sy risau, spnjg hari sy nak tggalkan anak2 kt umah mak mertua. takut anak2 gaduh2 la..anaknyg kecil nangis la..nant mak mertua bising, sy plak tg sedih. Sy ingt kak […]