Tag eq anak

Siapa Superhero Anak Kita

SIAPA SUPERHERO FATEH Teringat masa Fateh 3 tahun lebih dan terjatuh dalam parit air, tenggelam dalam air itu, dalam tempoh satu saat ayahnya terjun dan angkat dia, dia basah kuyup satu badan, dia menangis kuat (trauma juga yer), namun dia belajar sesuatu yang ‘real’ dari penekanan saya beritahu dia masa itu juga (mak memang cepat aja nampak dan buat pelajaran kehidupan), Saya katakan pada dia: “Ha, ayahlah Hero Fateh, selamatkan Fateh, kan? Allah selamatkan Fateh, bukan xx dan lain lain”. Ayat itu tersemat di minda dia, buktinya bila apa-apa berkaitan hero dia, dan bila saya tanya, dia akan jawab, Hero dia ialah nombor 1 Allah, no 2 Muhammad (Rasul) no 3 Ayah. Saya pula akan kata, tolak Allah dan Rasul, kalau manusia sebenar, Hero Fateh siapa. Kata dia, nombor 1 Ayah, nombor 2 Mami, nombor 3 teacher (teacher lelaki dia, lupa dah samada Tc Aswad atau Tc Haziq). Saya masa tu tekankan itu sebab dia sedang taksub dengan superhero kartun, saya tak ingat dah yang mana satu sekarang (sebab tak menulis refleksi masa tu). Kini jelas, dia memang tak heran dengan karektor superhero kartun semua tu sebab dia amat jelas superhero sebenar ‘in real life’ memang bukan kartun tu semua tapi mak ayah dia. EEMAN  ADALAH SUPERPOWER DIRI SEORANG ANAK Saya juga tekankan superhero juga ialah diri dia dan eeman, seperti dalam buku Dr Anayasmin, Eeman Superpower. Boleh beli di sini ya ‘Shield’ atau perisai dia, ialah Iman. Bila apa-apa berlaku, yang mendindingi diri dia, bImbing dia buat keputusan ialah iman, sebab iman ni tak nampak, tapi rasa, kan? So sebenarnya iman ni percaya dan yakin, kepada 6 perkara dalam rukun iman itu, ‘mostly’ pertama ialah percaya dan yakin kuat kepada Allah (tanam SQ anak). Allah lah yang selamatkan dia, Allah lah yang beri dia apa dia nak sebab bukakan […]

Apabila Fateh Marah & Dia Sabar

Setiap momen peristiwa yang berlaku dalam hidup anak-anak, ia adalah satu peluang untuk memberi perspektif baru, dan beritahu apa ‘pelajaran kehidupan’ kepada anak-anak ….dan ibu bapalah yang bertanggungjawab untuk beritahu pelajaran in kepada anak-anak kerana ibubapa adalah guru kehidupan anak, yang mengenali lebih mendalam akan anak-anak ini. Maznah Ibrahim Saya menulis di malam hari ini saat ini agar saya tidak terlepas momen coretan. Banyak sebenarnya momen anak-anak yang berlaku pada setiap hari, namun coretan refleksi tidak dapat dilakukan kerana kekangan masa dan peluang menulisnya (untuk saya). Malam tadi, tadi, berlaku satu pergaduhan kecil antara Abang (Fateh 7.2) tahun dan Kakak (Khairunnisa’: KN, 4.2 tahun). Dari dalam bilik saya mendengar KN menjerit kuat mempertahankan sesuatu, merengek dan menangis kuat seperti satu kesakitan emosi yang amat dalam (tantrum marah). Juga terdengar suara ayahnya berkata sesuatu kepada Abang dan Kakak dengan nasihat yang baik dan tenang dan ia senyap, tidak berlarutan. Pasti ada sesuatu yang berlaku, dan menjadi punca pergaduhan, getus hati saya. Namun saya tidak mahu ‘intervene’ mencelah / masuk campur, kerana saya percaya kepada ‘coping skill’ masing-masing, dan selagi ia tidak membawa kepada sesuatu yang lebih serius, biarkanlah. Sebab dulu-dulu, biasanya mereka berakhir dengan bermaafan dan berbaik, atau berakhir dengan suatu solusi mereka sendiri. Dan ia menarik untuk di’observe’, cara mereka kendalikan stress perhubungan (satu dari komponen EQ). Senyap. Kemudian si Fateh masuk bilik, dan saya bertanya, Abang ok ka? Apa berlaku sebenarnya..? Fateh menyebut mengenai ‘Kakak dan dia nak kuih hijau 2’. Saya menjawab dengan serius, yang kuih hijau (lopis, pulut dan berkelapa) itu kan memang Kakak punya, sebab masa Mummy beli, Fateh tak setuju kuih itu untuk Fateh, dan Fateh punya ialah karipap itu. (maksud sini saya merasakan Fateh seperti sengaja mahu kuih Kakak, dan itulah kebiasaan, walau Fateh sebenarnya tak perlu heran dengan kuih itu kerana Fateh ada […]

Nak Anak Kental dan Daya Tahan Diri Kuat? Perlunya Anak Ini Resilien

Pernah Dengar Resilien? Resilien ni masa saya umur 18 tahun dulu belajar di dalam course Pembangunan Manusia saya (Human Development, UPM), tajuknya Pembangunan Individu Resilien hehe. Ia berkaitan dengan ketahanan, daya tahan, dan kemampuan seorang manusia menghadapi isu dalam kehidupannya, emosinya dan pelbagai lagi dari perspektif dalaman dirinya. Saya ingat lagi lecturer beri analogi – getah. Getah ni, kenyal. Manusia yang Resilien ni berkait dengan kekenyalan manusia la. Cuma kan, bila dah lama-lama ni, 21 tahun kemudian, sekarang dan sebelum saat ini, saya nampak dah analogi ni. Ada banyak faktor diambil kira dan perlu difahami. Kenyalnya getah ni ada ‘limit’nya. Getah yang terlalu ditarik kuat dan lama, akhirnya akan putus. Tapi getah yang tak kenyal elok, sikit aja tarik terus putus, memang tak best, kefungsian getahnya tak berjalan, kan? So, kenyalnya getah, perlu sedap sedap, sederhana, tak tebal sangat getah tu, tak nipis halus sangat, dan kefungsiannya setara dengan objektif kita. Contoh jika saya nak ikat kotak terbuka saya, nak ikat guna getah yang dua kali dililit jadi empat segi macam ikat kotak hadiah tu, saya perlukan getah yang tebal amat, panjang. Kalau sekadar ikat plastik makanan, memadai getah biasa harian tu. Tupun tak best kalau getah tu halus dan lemah sangat. Manusia? Kefungsian manusia ni kena faham satu aja, 51:56. Apa fungsi manusia sebenarnya? Tak lain tak bukan untuk beribadah kepada Penciptanya. Apa-apa kita buat, tengok apa Pencipta kita kata? Bukan orang kebanyakan kata, atau diri kita kata, atau nenek moyang kita kata. Kalau nak kemas rumah / barang tu malas, tengok apa Allah kata. Kemas kan bersih indah, Allah suka dan saran sangat. Hmm… manusia ni kalau lembik sangat, beri ujian sikit aja dah menangis, tak datang kerja, memang terserlah daya tahan dia lemah, memang boleh diberhentikan kerja la ya. Kita nakkan manusia yang kental, kuat daya tahan, […]