Semua ibubapa akan mula resah, susah hati, bising bila anak memasuki fasa remaja dan tidak mahu membantu buat kerja rumah – walau mereka adalah sebahagian dari ahli rumah kita.

Sebenarnya saya nampak jelas akan punca isu ini di dalam sesi kaunseling yang merupakan antara luahan kekecewaan ibu bapa, dan saya mengkaji tren ini dari sudut fitrah serta kecenderungan seorang anak mengikut perkembangan kanak-kanak; dari bayi 0-2 tahun, fasa pra 3-6 tahun, fasa sekolah rendah 7-12 dan fasa remaja 13-18; anak klien dan anak-anak saya sendiri, serta diri saya dan suami saya serta adik beradik kami lah πŸ˜„πŸ˜„πŸ˜„.

[Kajian Mendapati Anak Yang Telah Dilatih Buat Kerja Rumah Sejak Kecil, Adalah Individu Dewasa Yang Sukses di Kemudian Harinya].

Kajian secara mendalam oleh Dr Marty Rossmann, seorang profesor madya di dalam pendidikan keluarga di Minnesota University, selama 20 tahun, menunjukkan bahawa individu dewasa (usia pertengahan 20-an) yang sukses dan profesional, mereka adalah seorang anak yang yang telah dilatih untuk melakukan kerja-kerja rumah dari awal, bermula usia 3 tahun. Beliau mengukur 3 masa iaitu usia 3-4 tahun, 9-10 tahun, dan 15-16 tahun.

Berbeza dengan anak yang mula terlibat dalam kerja rumah sewaktu usia 15-16 tahun, mereka kurang sukses seperti individu yang bermula terlibat dalam kerja rumah sewaktu usia 3-4 tahun.

Sebenarnya jika kita lihat dari aspek perkembangan kanak-kanak itu sendiri, aspek ‘minat’ dan mahu terlibatnya seorang anak dalam kerja-kerja rumah telah bermula secara fitrah dari usia sangat awal.

Ia sebenarnya adalah satu latihan sukses kendiri secara semulajadi yang tidak susah, dan asalkan ibubapa terbuka untuk libatkan mereka, seawal usia 1 tahun.

Bila Bermulanya?

Jika ditanya saya seawal usia berapa boleh mula ajak anak buat kerja dalam rumah, saya akan katakan seawal usia 1.

Sebab usia 1, kebanyakan anak kita sudah boleh ‘copy cat’ (meniru perbuatan) dan sudah masuk ‘bunga-bunga’ fasa autonomi,

Nak lakukan sendiri, Cara sendiri.

Jika dulu kita suapkan dia ‘solid food’ dia,
Kini dia nak suap sendiri malah menyuapkan ibubapa nya pula.

Usia 1 ini juga mereka sudah boleh laksanakan ‘single instruction’,

Contoh :

=> Tolong masukkan baju kotor ini ke dalam bakul baju sana tu
=> Tolong buang tisu ni ke bakul sampah tu.

———

Namun perjalanan mereka jauh lagi, kan.

Seiring dengan siri pengalaman mereka diberi peluang melakukan ‘kerja rumah’ ini,
mereka akan membentuk persepsi terhadap ‘kerja rumah’ ini,
sama ada best atau tak best,
walau pada mereka sewaktu mencuba tu, ianya untuk ‘fun’ aja.

Bersekali pengalaman ini ialah

emosi yang terbentuk dari pujian / dorongan, vs. kritikan / kecaman / marah,

Bersekali ini juga ada elemen kognitif/pemikiran terbentuk (makna kepada kerja rumah ini dinilai secara pemikiran seperti betul atau salah, cukup bagus atau tak cukup bagus),

Ia berlaku dari ekspektasi ibubapa terhadap ‘hasil’ ‘kerja rumah’ ini, iaitu hasilnya sempurna/ tip top atau sebaliknya, berbanding proses mereka melakukan itu yang kita nak hargainya.

Sebaiknya,

βœ… Ikutlah perkembangan usia mereka, fitrah bermain dan mencuba mereka itu.
βœ… Berilah peluang dan ruang sewaktu mereka minat, mahu dan aktiviti tugasan bersesuaian dengan usia mereka,
βœ… Maka insyaAllah sebenarnya ia seiring saja, Tiada paksaan pun.

Di sini saya kongsikan 4 FASA bagi anak kita boleh master atau berdikari dalam melakukan satu-satu tugasan, menurut Julie Lythcott-Haims, New York Times ‘bestselling author of How to Raise an Adult’, untuk kita ibubapa sama-sama renung semula fasa anak kita ni :-

1. Kita BUATKAN untuk dia.

Ni pasti berlaku, iaitu sewaktu anak kita bayi lagi.

Masa ni juga digalakkan kita beri dia lihat apa kita buat, sebab dia pun nak dibentukkan ‘secure attachment’ dengan kita, tak boleh ditinggalkan berjauhan dari kita, tak boleh tak nampak kita, kan?

Jadi masa kita buat kerja rumah ni kita pun bercerita lah kepada dia apa kita lakukan, tunjukkan nama benda dan apa perbuatan kita.

Secara tak langsung dia dapat tingkatkan vokabulari dan memahami konteks dengan lebih berkesan πŸ‘πŸ˜Š.

2. Kita BUAT BERSAMA-SAMA dia.

Masa ni berlaku seawal usia 1 yang saya nyatakan di atas.

Masa dia syiok nak join dan cuba buat tu, berilah dia RUANG dan PELUANG merasai pengalaman melakukannya.

Dia nampak ayah dia macam best aja vacuum, dia pun nak mencuba,

Dia nampak mak dia ting ketang ketung menumis dia pun nak cuba.

Ia berlaku tak sampai 10 saat pun, anak mencuba melakukannya (dia sendiri akan surrender sebab ‘eh susah rupanya’, ‘eh berat rupanya’, namun impaknya masyaAllah besar sangat.

PENGALAMAN. Pengalaman tak boleh dijual beli. Body remember, walau secara dasarnya dia kata tak ingat pula pernah memasak. Tapi macam tak kekok aja, macam seronok aja….

Key nya beri, tapi pantau ajalah 100% agar dia selamat. Bila dia sendiri rasa berat, susah, panas, dia sendiri akan tau mengukur bahaya itu secara konkrit πŸ˜‰

Buat bersama-sama ni bentuk momen berharga, cipta bonding ibubapa-anak, dan of course ia membantu meningkatkan perkembangan sensori dan kognitif dia.

3. Dia BUAT dan kita TENGOK.

Ni fasa dia usia seawal 2 tahun masa dia nak sangat buat sendiri (autonomi: cara sendiri) dan diandaikan dia telah ada pengalaman buat sama-sama dengan ibubapa lah (fasa 2 dia atas),

Dan fasa usia 3-6 tahun (INISIATIF) yang mana mak tak beri pun, dia buat aja sendiri.

Sebab mak busy, dia pun konfiden aja nak buat sendiri.

Bila dimarahi sewaktu fasa mereka berani mencuba sendiri inilah yang akan beri kesan reverse iaitu dari berinisiatif kepada mudah rasa bersalah, ragu-ragu.

Untuk tugasan khas/khusus nak latih atau nak beri dia cuba tu kita pantau lah semasa dia buat tu. Just to make sure dia selamat.

Saya perhatikan anak ketiga saya fasa ini, dan telah alhamdulillah agak master dalam skil ‘memasak’ sup sayur dia dari awal hingga akhir hingga menghidang.

(Yumna belum 3 tahun sangat konfiden nak memasak):

https://www.instagram.com/p/CODiPHDjYmF/?utm_source=ig_web_copy_link

Slowly grow.
Bukan nak beri sangat, tapi memikirkan ini fasa dia, hari dia, beri ajalah. SABAR banyak dan SUPPORT aja.

Memang boleh nampak progres dia dari masa ke semasa.

3. Dia BUAT SENDIRI SEPENUHNYA sendiri.

Ini boleh berlaku seawal usia anak 7 tahun.

Ni saya perhatikan sewaktu anak sulong saya usia 7 tahun, waktu kecemasan la kiranya sebab adik baby dia nak perhatian dan susu, dia yang sedang saya masakkan mee goreng dia, sanggup ambil alih dan buat.

Hmm nampak tak kekok dan master cheff jugaklah.

Means fasa ni dia konfiden buat sebab telah ada pengalaman sewaktu usia 1-6 tahun di atas tadi tulah.

Fasa 7-14 tahun ni mereka banyak dibimbing, dan diberi disiplin sedikit bagi tugasan penting khusus lain seperti kemas katil, basuh pinggan dsb, dan boleh ikut fasa 1-4 di atas semula sewaktu usia sekolah rendah ini, tiada masalah ok πŸ‘ŒπŸ˜ƒ.

Kami pun sedang mendidik si anakanda sulong ini untuk kemas katil dia, lipat selimut cadar bantal dia selepas bangun tidur.

Lama fasa 7-12 tahun sebelum masuk asrama ni, tak mengapa pelan pelan santai aja ok.

Dengarkan perkongsian ringkas oleh Lythcott-Haims ini:

https://www.facebook.com/130284373771157/videos/426495148768461

Akhir kata,

Buat lah sebab ia tak luak pun.
Santai dan gembira, demi kebaikan kita kelak dan kebaikan diri dia akan datang: masa dia dah masuk asrama, dia masuk universiti, dia berdikari di luar negara ke, dia masuk ke alam rumahtangga, dia menjaga isteri berpantang ke dsb.
Jangan esok masa dia remaja kita kata/kondem/banding dia dengan anak orang lain yang pandai boleh diharap basuh sebiji pinggan, sedangkan masa fasa dia 2-6 tu dia nak basuh pinggan berjejeh air di sinki kita marah, kan?

InsyaAllah yang nak dibentuk itu adalah seorang khalifah yang bertanggungjawab kepada dirinya sendiri jua.

Refleksi,

Maznah Ibrahim

Kesimpulan Fasa di Poster Ini.

4 fasa latih anak buat kerja rumah

Jemput masuk ke Channel telegram psikologi anak dan keibubapaan positif:

T.mazn.me/chan

Di sini ada satu penulisan oleh Jurnalis yang bertanya pendapat saya pada tahun 2019 lalu:

https://www.thestar.com.my/lifestyle/family/2019/08/23/children-chores


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *