Tag anak resilien

Apa Kaitan Anak Kita Dibantu Diuruskan Emosi Tantrumnya dengan Kesihatan Mental Dia Dewasa Kelak?

ANAK USIA 2 YANG ‘DISTRESS TANTRUM’ SEBENARNYA BELAJAR UNTUK URUS STRES DIA BILA DIA BESAR NANTI Ini adalah satu fakta, dan hasil dari kajian mengenai neurosains otak kanak-kanak dan kesannya pabila dewasa kelak (kesihatan mental). Pabila anak tantrum (mengamuk) kerana sebab yang layak (rasa amat sedih, kecewa dan marah), anak perlu ditenangkan dan di ‘channel’kan kepada tingkahlaku yang selamat sahaja. Contoh anak mengamuk barangnya diambil oleh kawan cilik, pada dunianya, barang itu amat penting (miliknya), bukan dia sengaja tidak faham mengenai konsep berkongsi atau sebagainya (kedekut, keras kepala dsb). Tetapi dia sedang belajar melontarkan emosi marah dan kecewanya, dan layak untuk tantrum. Pabila dia dibawa ke tempat lain, dialihkan perhatian, ditenangkan, dia belajar untuk menurunkan skala emosi marah dan kecewanya (akibat tidak faham, kerana usia masih 2 tahun), dan ini membantu untuk dia menangani situasi stres pabila dewasa kelak, iaitu lebih kool dan tidak meletus kemarahan secara agresif. Boleh ‘cool down’ dan stabil emosi walau dalam keadaan tekanan tinggi. Sebaliknya anak usia 2 yang sama, jika tidak dibantu diuruskan emosinya dengan baik, rembesan hormon stresnya meledak tinggi dan berlebihan di otaknya (‘overloaded’), pabila katakan dia dihukum kerana tidak boleh toleransi dengan suasana persekitaran: contohnya dipukul, ditolak kuat, ditarik ke kereta dengan kasar dan sebagainya (menjadikan sebab kepada tantrum berlamaan dan lebih kuat ialah sebab kedua (‘secondary reason’), iaitu ditangani dengan kasar oleh ibubapa). Apa yang akan berlaku ialah rembesan hormon stres di otaknya bertambah banyak, dan lebih lama masanya. Pabila berulang, ia mudah ‘trigger’ dan boleh menjadi personaliti mereka di kemudian hari. Jika anda perhatikan di restoren orang yang marah kerana menu makanan tidak sampai lagi, mengamuk dan merosakkan harta benda awam, ia petanda semasa kecilnya, sewaktu beliau sedang alami emosi marah dan kecewa, beliau tidak berjaya dibantu dengan positif dan sebaiknya oleh orang dewasa yang bertanggungjawab kepadanya. Keperluan emosi […]

Ilmu Asas Untuk Bentuk Anak Resilien

3 TIPS ANAK SIHAT EMOSI DAN KURANG TANTRUM yang pernah saya post ini adalah ‘tapak’ kepada seorang anak yang sihat dan mahu dibentuk menjadi resilien (klik sini artikel pertama) (tapak ni bayangkan macam piramid, bawah sekali tu ialah paling asas, dan perlu kukuh). 1. Berikan mereka aktiviti luar banyak-banyak, kerana ia bantu melonggarkan otot fizikal mereka yang perlu dilepaskan energinya dengan cepat dan bebas. . Bila fizikal sihat, emosi juga akan stabil (kurangkan tantrum). Aktiviti fizikal di luar berbeza dengan dalam rumah/bangunan (‘outdoor’ vs ‘indoor’) kerana ada oksigen dan matahari, berbanding di dalam bangunan yang tiada dua unsur ini. Lebih lagi di rumah, sangat terhad ruangannya. ? Ini kerana hormon yang lepas bebas adalah hormon anti stres, iaitu endorphin, dopamine, serotonin, dan nophinephrine, dan semua hormon ini merupakan ‘neurotransmitter’ kepada mood (emosi baik atau tak baik). Jika selama ini tiada atau kurang peluang, adakan sekurang-kurangnya sekali seminggu, tapi dos masa yang lebih lama. Jika selama ini sudah buat 1 kali seminggu (1.5 jam), tingkatkan kepada 2 kali seminggu. Jika selama ini 2 kali seminggu, tingkatkan kepada 3 kali seminggu tapi dos masa lebih pendek i.e 20 minit. Saranan saya adalah 3-5 kali seminggu, 30 minit setiap kali.. 2. Pastikan makanan mereka terjaga. . TIGA (3) waktu makan utama (main meal) diberi ikut waktu, dan ia adalah makanan real food, elak atau minimakan processed food. Kalau boleh tiadakan terus. Ini kerana makanan jajan seumpama ini termasuk gula (putih) boleh mengganggu sistem di otak anak kita; otak jadi berlubang, dan nak ‘recover’ semula makan masa dalam 72 jam (fakta masa saya hadiri kursus OCOC Dr Rizal). Bila kenyang, anak takla bising nak makan benda merepek (jajan yang kurang khasiat). Makanan ringan ‘in between’ makanan utama ialah buah-buahan dan kekacang. Maka sediakan stok buah dah potong sentiasa di dalam petiais, dan tiadakan stok […]

ibubapa hebat maznah ibrahim

Mahu Anak Yang Kuat dan Kental Ketahanan Diri?

Salah Satu Ciri Anak Resilien Atau Berdaya Tahan Dalaman Yang Tinggi ialah, Mampu untuk ‘bounce back’ atau kembali kepada keadaan sediakala (keadaan yang baik). Ingat kisah getah yang ditarik yang saya cerita semalam? (Klik untuk post pertama). Getah itu perlu kembali ke keadaan asal dan tidak sampai tahap putus. *Kalau manusia diibarat getah, manusia tu ‘putus’ bermaksud dia ‘collapse’ dah tak boleh berfungsi dah. Katakan anak marah, sebab ibu ambil lambat sangat dari sekolah/taska transit dia (rasa marah spontan), Kemudian anak ini luahkan (dan didengari dengan baik si ibu), Kemudian anak ini lega (sebab dapat luah pada orang yang dia geram, dan didengari pula dengan baik si ibu), Dan anak ini mendengar, menerima penjelasan si ibu dengan hati terbuka. Kemudian anak ini jadi baik sediakala. Dari senario contoh di atas, dapat dilihat beberapa ciri penting (walau ia situasi ideal, kita dapatkan dulu gambaran respons yang ideal ya): Rasa marah spontan, menunjukkan anak ini normal, sebab dia ada perasaan. Rasa marah ini juga kerana ekspektasi dan harapan beliau mahu ibu ambil awal (samada ibu ada berjanji atau tidak, namun anak ini ada persepsi sendiri iaitu ibu akan ambil awal). Bayangkan saja anak ini tak marah, tidak menunjukkan apa-apa tanda perasaan (hatta ibu ambil lewat benar sampai maghrib tiada berita), hmm kan pelik tu.. So, beritahu diri, anak saya bila dia menunjukkan reaksi emosi, maknanya anak saya ni normal. Anak ini dapat luah, ‘best’ sangat dapat beritahu apa dia rasa. Positif. Bayangkan saja jika anak ini tidak dapat luah, ke mana perginya emosi dia rasai? (Dengan andaian dia ada perasaan, iaitu no 1 di atas berlaku dan dia dapat luah kepada orang yang dia marah, iaitu si ibu). Anak lega, bila dapat luah kepada tempat yang betul. Bayangkan saja anak ini luah ke tempat yang tak betul, tetiba aja dia marah kawan […]