Ahad lalu (25 Ogos 2019) saya telah mengendalikan 4 jam latihan kursus keibubapaan untuk warga Kolej, iaitu di kalangan pensyarah dan staf.
Tajuk diberi penganjur, rakan Pegawai Psikologi Kaunselor ialah Kursus Keibubapaan: Didik Tanpa Marah, Tunjuk Tanpa Arah. Ia memang dekat di hati saya.
Rata-ratanya adalah usia muda pertengahan, sedikit yang belum berkahwin dan sedikit yang veteran.
Saya tekankan perspektif ‘brain development’ anak usia emas (0-6), kesan kepada otak emosi mereka, dan kaitan dengan ‘mental health issues’ (berkait ‘mental disorders’ yang saya jumpai yang memang ada kaitan dengan parenting semuanya), serta sebenarnya bagaimana uswah hasanah Rasulullah dalam mengendali anak kecil secara sabar, berhemah dan tidak terjangkau dek akal (hatta kepada orang dewasa yang ketidaktahuan) dewasa kita yang normal ini (akan mudah react marah, menjerit dsb).
Semuanya kerana memelihara ‘brain’ kita yang dianugerahkan Allah untuk kita pelihara dan bajai dengan input yang baik baik…. (hakikatnya memang akan ada saja tercedera emosi, dan ‘bounce back’ dengan sama ada positif atau sebaliknya).
Saya menge’test’ jadual perkembangan kanak-kanak dan remaja (translasi oleh seorang sahabat saya untuk training staf KKM kami), dan saya tahu, yang untuk memahami terma psikologi tertentu bukanlah mudah.
Ya, ada antaranya hanya dapat memahami bila saya tekankan apakah major issue atau konteks yang perlu diberi perhatian untuk peringkat usia tersebut.
Dan Alhamdulillah, para peserta ni sangat bijak dan telah ada hikmah mendidik dalam diri masing-masing (as lecturer, dan as ibubapa yang mendidik anak-anak), maka dapatlah mereka terangkan semula dalam versi mereka. Itu yang saya suka sebab itu yang orang ramai akan fahami lebih mudah.
Lega dan suka saya. Saya memang suka memuji orang hehe.
Antara yang terkesan dalam diri saya ialah:
- Group yang cover tajuk remaja ada 3 kumpulan, group yang semua lelaki ini saja telah mengesahkan bahawa kejayaan menasihati anak remaja ialah bila hubungan baik telah tertanam waktu usia prime time 0-7 (seperti saya tekankan, peringkat Bermain mengikut parenting Rasulullah. Wah ia melegakan saya kerana beliau sudah alami hasil positif dari perjalanan itu (seperti saya nampak pada klien remaja saya banyak masalah kerana waktu awal usia kanak-kanak kurang bonding dan kurang didengari dan ditemani ibubapa yang amat sibuk dan terlepas pandang…)
- Group yang cover remaja kedua, perempuan semuanya, menekankan keperluan anak remaja juga perlukan perhatian, perkataan “I love U”, juga pelukan, di saat mereka sudah besar dan kita semakin sibuk dan mungkin ada anak kecil lagi yang perlu perhatian. Dan saya selitkan penerangan mengenai tangka emosi 5 iaitu perkataan, layanan, sentuhan, masa istimewa dan material. Benar bila kita amat sibuk anak tidak dapat sampaikan apa dia mahu dan perlu dari kita dengan baik. Ada klien saya terus ‘shut off’ tak mahu cerita dengan ibu dah selepas jawapan ibu acuh tak acuh (sedangkan saya tahu ibu sibuk masa merespon itu),) dan terus ‘channel behaviour’ dan emosi nya kepada sosial, banyak teman lelaki dan masalah sosial lain.
Dan saya katakan, kepada klien remaja saya yang bertuah yang berjumpa saya, saya ajar skil komunikasi untuk meminta masa appointment istimewa dengan ibu / ayah yang macam prime minister / Menteri ini, kejayaan meminta masa yang sesuai dan tepat, fokus, membolehkan anak remaja memperoleh prime time /special time dengan ibu bapa sekiranya mereka ada perkara penting nak luah atau sampaikan pada ibu bapa. Asertif. - Pada group anak usia 7-12, ya ini lah waktunya anak mula sunyi tidak kecoh seperti anak anak kecil usia 3-6 yang sibuk bercakap dan nak perhatian ibubapa, berebut nak luah dengan ibubapa. Benar, kerana waktu ini mengikut psikoseksual, peringkat latency (pendaman), tak nampak geloranya, namun tiba tiba melonjak tingkahlaku dan emosi luar biasa mencabarnya bila masuk cecah usia remaja.. dengan pengaruh rakan sebayanya lagi.
Kedua, anak usia ini mudah terkesan dengan ketidakcapaian diri untuk suit dengan persekitaran sistem di sekolah / kelasnya. Apa kawan ada dan dapat, dia tak ada dan tak dapat. Kawan naik pentas, dia belum dapat naik pentas (sama anak saya Fateh usia 7). Jadi peranan kita lah sebutkan “…nanti abang akan naik pentas, usaha buat aja terbaik”.
Saya tekankan juga untuk berikan perkara kegemaran / minat anak sebagai reward daripada perkara yang ibubapa anak capai (biasanya akademik dan komitmen berkaitan kan?), jadinya apa dia minat itu boleh dicari kelas bersesuaian dan jadikan ia sesi tambahan yang gembira untuk waktu hujung minggu, manakala hari minggu biasa untuk komitmen tanggungjawab sekolah hakiki. Saya juga tekankan sebenarnya zaman dulu memang kita tekankan IQ, kini kita sudah tahu dari research yang manusia yang berjaya sukses dengan bahagia dan amannya ialah yang EQ tinggi dan SQ tinggi (spiritual quotient). - Yang group usia 3-6 seperti biasa anak suka libat secara main dengan aktiviti kerja rumah kita buat sebab nak ‘rasa saja’, beri ruang peluang sewaktu dia mahu, sebab nanti besarnya kita mahu dia buat, dia tak ‘betah’ / biasa nak buat dan tak minat dah sebab masa kecilnya dia minat kita tak beri ruang peluang.
Semudah anak lelaki atau perempuan nak masak nasi, basuh beras, mengemop, mem vaccum, sidai pakaian dll. Biasanya tempoh nak ‘rasa’ ini cuma 5%, lepas dia dah puas, dia pun taknakla buat banyak banyak, sebab usia ini 0-7 kan peringkat bermain – dan inilah masa nak develop kukuh brain chemical profile yang positif emosinya iaitu dari system ‘care’ dan ‘attachment’ nya, ‘seeking’ dan ‘play’ nya yang dia akan gunakan bila dewasa kelak bila hadapi stres. Ini coping skill sebenarnya tau. - Group anak usia 1,5-3.0 berjaya terangkan dengan baik seperti saya transfer knowledge kepada mereka, iaitu penekanan anak beremosi, anak nak autonomi buat cara sendiri dan nak bina rasa yakin diri dan tak bersalah tu bila tak dimarah tapi diingatkan saja selalu. Saya tambah yang anak usia ini apa dia rasa dia luah terus (tu ada bergolek lantai kecewa, menangis teriak dan pukul orang dan baling barang) sebab mereka tak simpan perasaan macam budak sekolah rendah dan menengah. Mereka genuine – bila rasa – terus buat, rasa tak ok – terus buat tak ok, rasa ok – terus buat ok. Haha fahami ini, anda akan banyak bersabar dan hasilnya nanti usia 3, anak lebih dengar kata dan sedikit matang.
- Dan group usia 0-1.5 memilih untuk topik apa saja benda anak nak masuk dalam mulut. Ya sebab mereka nak explore dan belajar, dari mulutlah mereka puas meneroka (peringkat oral development – psikoseksual) dan belajar ini apa, ini apa dan semuanya berkait dengan perkembangan eksplorasi dan kognitif mereka. Saya tambah yang kepercayaan dibentuk bila ibubapa yang sama mendidik tanpa marah dan tunjuk tanpa arah kerana dari sini mereka akan yakin diri nak teroka alam sekeliling dan bila dah percaya pada ibubapa, percaya pada diri, mereka boleh percaya pada persekitaran bila masuk konteks sosial lebih besar nanti usia 3 ke atas dan percaya untuk terima nasihat ibubapa mungkin lebih dari guru kelak bila dah besar….
Semua peringkat usia betul, mencabar, tiada nak kata spesifik usia tertentu saja yang lebih mencabar. Sungguh Allah beri ujian sesuai dengan kemampuan kita di saat itu ya. Jika ibubapa muda anak baru satu rasa anak bayi mencabar tak dengar kata, masuk juga benda dalam mulut, ibubapa anak remaja juga rasa amat mencabar anak tak dengar kata.. lebihkan kawan, sama aja semua peringkat usia penting dan mencabar, kan.
Cumanya, binalah foundation yang baik seawal dari dalam kandungan, bayi baru lahir, awal kanak-kanak hingga usia 7 (asas dasar kepercayaan diri seorang anak), dan terus bimbing dengan sedikit ketegasan di usia 7-14 dan beri tanggungjawab, percaya mereka di usia 14-21 yang mereka boleh handle tanggungjawab dengan baik.
Maka saya akan modify dan mudahkan lagi pemahaman orang ramai dengan keyword bagi carta perkembangan merangkumi emosi-sosial, kognitif, seksual dan moral, insyaAllah. Doakan saya ya.
Bagaimana nak sertai kelas parenting?
salam puan, nanti puan follow FB page saya ye, saya akan umumkan disana jika ada seminar terdekat ye 🙂