Kenapa Kena Lebihkan Puji Usaha Anak Bukan Hasil

Biasa kita sebagai ibu ayah suka lihat hasil atau output anak. Namun ia sama sekali tidak sesuai kerana cara sudut pandang automatik orang dewasa adalah output untuk usia orang dewasa itu. Hasil 5/6 vs Usaha 6/6 Ini video Fateh pertama kali main Guli Maze. Boleh bayangkan tak bagaimana tangan kecil ini mahu mengawal tenaganya melalui kedua tangannya dalam mengendalikan alat mainan ini. Guli perlu masuk ke lubang itu. Dia berjaya 5/6. Wah ? sebenarnya sudah cukup bagus untuk anak kecil ini. Dengan ‘full strength’ nya capai 5/6 guli, walau tidak capai ‘full strike’ 6/6 seperti diharapkan si ‘Strong Willed Child’ ini. (selepas dia kecewa dan merajuk, saya dan suami cuba kot kot memang lubang yang saya buat tu kecil, saya berjaya dengan mudah juga walau sedikit mencabar guli yang Last tu, suami juga berjaya buat 6/6. Kesimpulannya daya tenaga dan kawalan tangan si anak kecil lah isunya). Usaha Vs Hasil Teringat pesanan utama Dr Siti Rohana Earlyedukids, sentiasa puji usaha bukan hasil. Otak ibubapa ni kerap tengok hasil. Ya, usaha anak kecil 4.2 tahun ini ialah 6/6 sebenarnya!!!! Setaraf dengan usia pengalaman, usia tenaga, dan kemampuannya. Mana nak beza dengan pengalaman kami ibubapa 36 tahun? Peringatan Bersama Jadi ibubapa, peringatan untuk diri saya sendiri juga, sentiasa beringat yang setiap perkara yang anak kecil kita buat ialah full strength dia, jika usia 4, ingat 4/4. Bila dia mop lantai air tumpah, sekali round dan katanya penat, dia dah usaha buat 4/4. Markah penuh tu tau. Memurnikan kerja itu kemudian, kitalah,  yang 36/36 hehe…. (sebentar tadi Fateh mop lantai air eksperimen nya tumpah di ruang tamu, dan beritahu siap-siap Mummy jangan marah ya, hmmh terus saya senyum dan hulurkan mop. Satu round, dia kata dah penat. Saya kata tak apalah nanti Mummy atau Ayah tolong sempurnakan ok). Maznah Ibrahim Nota* 1. Kemahuan […]

Kaedah Terapi Diri Tangani Emosi Marah Anak Kecil yang Berpunca dari Kisah Silam

(seperti dalam artikel sebelum ini) Sekiranya puan/tuan pembaca sudah kenalpasti punca sebenar kemarahan kepada anak kecil yang sebenarnya berpunca daripada diri / kisah diri dahulu / kisah tertentu semasa zaman anak kecil sendiri, ini step selanjutnya. 1) Amat penting dan memang penting untuk tahu ‘where does it come from’. SEDAR dan TAHU hal ini. 2) Setelah sedar, TERIMA ianya. Ia pernah berlaku kepada diri dan ia telah beri kesan kepada diri saya sekarang. Sebab ramai juga yang sedar tapi tak boleh terima event (peristiwa) itu punca kepada kesan emosi dirinya sekarang. 3) NIAT kan, ‘AIM’, SAYA NAK UBAH EMOSI SAYA LEBIH BAIK DAN POSITIF. Alhmdulillah, part ni lebih mudah nak berubah sebab sedar no 1 tu (ia sangat-sangat mahal tau) dan part no 2 – TERIMA Event itu dan TERIMA kita ada feeling itu dan mulakan langkah seterusnya KEMAAFAN (forgiveness). Maka mulakan solat sunat taubat dan solat sunat hajat mohon sungguh-sungguh mahu keluar dari kepompong kesakitan emosi ini. Ingat, Allah sahaja yang mampu buat ‘Magic’ dan ubah emosi kita. Memang kena kembali kepadaNya pabila ‘sakit’ sebab nak ‘repair’. Sebab kita kan ciptaanNya? Jika kamera Canon rosak dikembalikan kepada kilang Canon (pemilik dan penciptanya) bukan kilang mesin air tebu. 4) MAAFKAN individu yang menjadi punca emosi marah itu (contoh ibu/ayah/pakcik/kakak/abang/guru dll). Jika dapat, cuba cari iceberg kepada masalah individu itu. Contoh individu itu jadi begitu kerana memang ‘sakit mental’, atau individu itu sebenarnya kurang kasih sayang dan perhatian, stress, atau mungkin juga kita sepenuhnya tidak faham KENAPA individu itu begitu. Jika begitu, JUST LET IT GO, tak yah fikirkan lagi. Buang karan orang kata (karan tu tenaga tau, sememangnya emosi ni ada tenaga nya tersendiri). 4) DOA spesifik kepada Allah, untuk hasrat menguruskan hal itu. Allah akan mudahkan, in syaAllah. Selepas ini akan ada jalan-jalan solusi ke arah ini. Percayalah. Doa […]

keibubapaan parenting maznah ibrahim anak susah diajak mandi

Bila Anak Susah Nak Diajak Mandi

Bagaimana Nak Ajak Anak Mandi dengan Baik, Berkesan dan Berjaya? Zaman bayi, mudah. Mandikan aja. Mandi kan sebelum subuh dengan air suam pun jalan 🙂 (niat nak latih mandi pagi agar mudah ke sekolah esok-esok, kebetulan tempat kerja jauh jem kena siapkan awal, nak ada ‘bonding touch’ dengan si anak berbanding nursery /pengasuh dia masa tu). Zaman Fateh anak soleh kami menginjak ke usia 2, mula liat. Banyak helahnya. Ramai bertanya saya, dan saya dapati sama. Usia 2 ke atas. Saya katakan usia 2 ni autonomi tinggi. Taknak dah disuruh-suruh, mahu gaya sendiri namanya. Jadi ajak, bukan suruh. Main, tarik perhatian dsb. Kena kreatif. Fasa tu berjaya dengan helah awal si ayah, sebelum anak berhelah, iaitu larikan perhatian. “Eh eh ada apa kat bilik air? Katak? Wah best nya” “Fateh jum buat eksperimen belon air pancut kat bilik air” “Fateh naik kuda terbang ayah, kita terbang ke bilik air. Zooomm” 🙂 Zaman akhir 3 tahun dan kini 4 tahun genap. Masuk sekolah. Pengsan Mak ayah eh. 😀 Trick semua tak jalan. Dia pandai lagi dari trick kita. Negotiate macam-macam. Katanya: Lepas minum susu, Fateh mandi. Lepas tengok cerita Fateh, Fateh mandi. Itu taktik dan resolusi dia. Kami turuti. Means kami main dengan masa, untuk stail dia. Nasib baikla duk perlis dan siap-siap ambil shift 8.30 am sebab nak ajar AlQuran dia pagi-pagi. Jenis dia ni tangki emosi special time, words dan touch. Memang bermain dengan masa. Kalau duk KL ni tak kan sempat. Fuhh. Pernah dua tiga kali kekerasan dan paksaan dilakukan. Aduh. Boleh rasa ia tak enak. Tidak enak di hati Ibu. Dalam hati tertanya tanya, Pasti ada cara lebih baik, kan ? Allah As Sami’, Maha Mendengar niat dan hasrat baik saya. Kaedah SASU – Komunikasi dengan anak seawal usia menggunakan potongan ayat Al Quran sebagai kata-kata yang […]

Macam Mana Ajar Anak Guna Hypnoscript untuk Diri Dia Sendiri

‘Self Affirmation Script’ Bantu Anak Kecil Bila Tidak Yakin Diri Sendiri Saya kongsi sedikit bagaimana saya dorong anakanda soleh Fateh akan kaedah ini dan nampaknya sekali sahaja saya ajar dahulu dia boleh aplikasi sendiri dalam situasi lain secara kemahuan sendiri. (contoh dia nak naik gelongsor secara terbalik dan tiba-tiba rasa tak yakin diri datang, terutama sejak dah mula berfikir ni, dia reka skrip sendiri dan berkata “Fateh boleh, Fateh boleh”).   Cuma inovasi terbaru saya, saya tambah sentuh di anggota badan yang tepat dan ia berkesan lagi untuk situasi kemahuan saya untuk kombat ketidakyakinan diri yang datang mengganggu tiba-tiba. Hari itu, dia kata Mummy tiada kat sekolah. Nak Mummy.. (datanglah drama kecilnya). Saya ambil tangannya dan sentuh anggota badan berikut dan sebut, serta minta dia ulang sebut. Ke dada : Fateh selamat, Fateh berani. Fateh suka gi sekolah. Ke kepala : Nanti petang Mummy baliklah. Allah ada, kawan-kawan pun ada. Dan dia terus ok untuk tak lemah kalah pada emosi yang mengganggunya. *** Ini sebenarnya adalah Teknik Hypnoscript – tapi kita ajarkan kepada anak sewaktu saat sukar dia. Contoh Situasi Semalam: Semalam, nak masuk pagar sekolah yang sunyi lewat petang untuk ambil selipar nya tertinggal. Tiada kelibat orang kelihatan, namun pagar kecil terbuka (sudah maklum guru kami mahu datang, dan pembantu guru sebenarnya ada dalam rumah). Mummy, teman lah Fateh. Tak apa, Fateh. Masuk aja, cikgu ada kat dalam. Alaah, teman lah Fateh. Fateh tak berani… Ok jum Mummy bantu. Kita buat Hypnoscript Fateh. Tangan letak ke hati (dada) dan tepuk perlahan: sebut “Fateh berani”, (Fateh ulang) Tangan letak kat kepala:, sebut “Fateh boleh masuk dalam ambil selipar” (Fateh ulang) Tambah : Fikir Allah kan ada. (Fateh ulang). Lepas tu dia pun pergi dan berjaya pulang semula dengan seliparnya.   https://www.facebook.com/maznahibrahimofficial/videos/535745706600018/ Nota. 1. Untuk kanak-kanak, perlu ringkas dan libatkan anggota […]

Teknik Pernafasan Kawal Marah

“Maz, sy pernah bagi teknik pernafasan ni pada seorang kawan, dia tengah marah masa tu, sy pesan tarik nafas kata sabar..sabar..sabar..pastu buang nafas kata marah..marah..marah..minta dia ulang sampai dia OK.   Then kawan sy kata sgt berkesan! Dia rasa sgt lapang dan dapat berfikiran rasional semula..siap dpt confront org yg buat dia marah, dn dia yg minta maaf kat org tu! MasyaAllah..” Bukan saya sahaja, malah sahabat kepada peserta Seminar EHSABAR juga dapat manfaat ???. MasyaAllah saya sentiasa doa ilmu dikongsi boleh diamalkan.   Seminggu lalu, Sabtu 19 Mac,   semasa aunty Yulia sedang mengendalikan SCUA Method nya, Fateh dan kami ke kafeteria PPAS kerana lapar (balik dari training urus emosi ibu bapa IDEAS Autism Center).   Sempat saya masuk dewan seminar SCUA dengan Fateh dan Khairunnisa’. Kemudian barulah kami ke kafe.   Fateh seperti sudah biasa dengan majlis ilmu kendalian sahabat QMN dan saya.   Usai makan, tak sabar nak pergi joint kuliah aunty Yulia. Mummy minta sabar, tunggu sat. Bila ditahan kemahuannya, dia jadi Marah. Anak Strong Will ku. ?? (keranamu hai anak Mummy wujudkan modul ini utk parents )   Ajar nafas berniat ini, skrip simple “Sabar” (breath in) dan “Marah” (breath out),   Suprisingly gaya body dia sebiji dalam teknik Energy Breathing yang saja ajar kepada peserta (ada 7 teknik, 4 dalam level 1). Bagaimana dia tahu saya tak pasti. Mungkin pernah lihat.   Jadi semudah ini, kita org dewasa dan anak kecil pun boleh di ajarkan emosinya untuk segera diurus. Buang segara. Anak kecil memang mudah. Isunya biasanya ‘Anak Besar’ ???.   Temui saya dalam EH SABAR dalam jadual perancangan berikut untuk tahu (knowledge) dan berlatih (skill – practice cara betul dulu) dan kemudian share kan dalam group Alumni EH SABAR dan sahabat anda.   Dalam Seminar EHSABAR aim saya ialah faham akan kepentingan emosi […]