3 Langkah Tangani Anak Melompat atas Katil Waktu Tidur
Situasi yang ditanya soalan kepada saya semalam : Anak melompat di katil sewaktu dah masa untuk tidur. Ada option lain selain remind 3x dan pukul punggung kerana masih tidak dengar kata malah terlanggar adik sedang tidur. 1. Ulang rule. Tak boleh lompat-lompat atas katil waktu semua orang nak tidur. Hanya lompat di tranpolin. Boleh Abang berhenti sekarang? 2. Teknik Menawarkan Ganjaran Ibu kira sampai 5, Abang berhenti ummi akan beri Special Time satu buku cerita. Abang berhenti. 3. Teknik ganjaran sosial pujian dan sentuhan Masya Allah anak soleh Ibu, Abang yang dengar kata, Ibu bangga sebab Abang dapat kawal diri dan ikut apa kata Ibu. Mai sini Ibu peluk (full peluk dada to dada sambil urut belakang dia dan ulang) – “Anak soleh yang dengar kata Ibu, Allah dan Rasul sayang. (Nama penuh anak) ialah Abang yang baik, adik-adik sayang dan dengar kata Abang nanti. –> (Then baru bawa ke discussion – mengapa anda tidak benarkan – kerana faktor keselamatan adik Baby yang nak tidur dan demi keselamatan si Abang juga). Nota Tambahan Khalifah Method Rewarding – perlakuan yng dituruti diberi reward untuk anak rasa ia menyeronokkan setelah buat perlakuan dipinta itu maka pengukuhan kepada perlakuan akan berlaku (maksud dia akan ulang perlakuan baik yang diberi ganjaran) – perhatian, sentuhan, masa perhatian diberi ialah satu rewarding untuk kanak-kanak termasuk doa dan pujian (perkataan) – 5 love language – kelimanya dah termasuk di sini termasuk layanan baik perlakuan. Khalifah Method baru ni saya refreshed dengan Ustaz Qayyum (Principal KMSS), dan ia sangat beautiful dan berhemah. Setelah perlakuan ini di reward, ia dipanggil small step – dalam ‘shaping the excellence character’ yang kita mahukan. Tidaklah anak akan terus dengar kata sentiasa, tetapi kita sentiasa mahu cuba dan beri ayat arahan yang ‘leading to’ perlakuan yang kita mahu –> pabila di reward dan emosi seronok, […]

