Overprotective Parent – Terlalu Bimbangkah Kita
Terlalu Bimbangkah Kita ? – Overprotective Parent . Dalam keadaan semasa kini yang serba mencabar dan kelihatan agak ‘kurang selamat’, ramai ibubapa yang ‘overprotective’. . Overprotective – bermaksud terlalu menjaga, terlalu berhati-hati, terlalu mengawal dan hampir memberi rasa kurang selesa kepada anak yang dijaga/dikawal sehingga rasa amat ‘tight’, tak boleh bernafas, tiada ruang untuk diberi peluang dan kebebasan dalam ruang lingkung yang mungkin perlu untuk perkembangan si anak. . . Simple concept: . Ibu ayam marah kita kacau anak dia yang cute miut tu, Dia akan kejar dan patuk patuk kita, kan. . So kat sini ‘overprotective’ secara positifnya ialah kerana ‘terlalu sayang’ kepada sesuatu milik kita, hatta laptop mahal kita ke, handphone mahal kita ke, apatah lagi anak kita sendiri. Di sini bermaksud, ‘protective’ adalah okay, ‘overprotective’ yang tidak okay. Apa-apa pun perlu besederhana. . . Di bawah kepada ‘lapisan tingkahlaku ‘overprotective’ – si ibubapa akan kelihatan agak rigid, tegas, mungkin juga marah drastik, dan terlalu mengawal. . Beberapa faktor yang saya perhatikan punca kepada mengapa ia berlaku: . 1. Pengalaman peribadi lampau ibu bapa itu sendiri. Contoh pernah kehilangan anak kerana mati lemas kolam, maka ibubapa akan sangat berjaga-jaga pabila anak lain bermain di kolam atau mungkin akan tidak pergi ke kolam langsung. Jadi anaknya tidak akan belajar untuk berenang kerana trauma ibibapa bukan trauma anak lain. – Jadi kurang sesuai diteruskan, ibubapa ini perlu jalani terapi untuk mengurangkan kesan traumanya. . Lain, pengalaman kecil si ibubapa itu sendiri, sangat dikongkong dan dikawal oleh ibubapanya, maka ibubapa ini mungkin akan sedikit ‘loose’ – iaitu kurang mengongkong / overprotective kepada anaknya pula. Jadi agak longgar sedikit namun masih bertindak menjaga, dan memantau si anak kerana sudah rasa kesan menjadi seorang anak yang terlalu dikongkong ibubapanya. – Ini ibubapa yang positif dan proaktif, bersederhana. . Contoh lain, ibu ini pernah […]