Kesan marah anak.

Apa Kesan Marah Anak?

Apa Kesan Marah Anak? Fahami Kesan pada Emosi & Perkembangan Kesan marah anak bukan sekadar anak menangis atau merajuk sekejap. Ia menyentuh asas rasa selamat, emosi, tubuh, dan cara anak membina hubungan dengan orang sekeliling dalam jangka masa panjang. Rakan saya pernah bertanya: “Apa kesan bila kita selalu marah anak?” Saya nyatakan, begini. Ini antara kesan marah anak yang sering tidak disedari. Kesan Marah Anak Terhadap Otak & Rasa Selamat Apabila anak dimarah, ia akan ‘trigger’ atau aktifkan bahagian otak paling bawah, ‘Reptilian Brain’ atau otak Primitif (alarm system di otak) yang mana otak ini aktif semasa di awal bayi. Otak ini asasnya untuk proses ‘survival needs’ (keperluan kehidupan asas) seperti makan, minum, tidur, rehat, bersih, selesa yang beri rasa emosi selamat dan tenang kepadanya. Ringkasnya bila dimarah, otak ini akan ter ‘activate’ dan buat anak rasa tak tenang (=anxious) dan tak selamat (=takut), dan reaksi anak ialah tindakan impulse control yang serta merta; jika bayi, reaksi spontan apabila keperluan asas tak dapat ialah dia akan menangis (menangis untuk bayi ialah tanda meminta pertolongan dan berkata ‘TIDAK’). Jika budak dah besar? Mahunya dia jerit (mulut), pukul (tangan), tendang (kaki) dan marah balik (mulut juga). Bagaimana Marah Membentuk ‘Style’ & Personaliti Anak Bila berterusan ter ‘activate’, boleh bayangkan tak? Ia macam jadi satu kaedah serta merta tindakannya, dan ‘style’ atau gaya personaliti dia. Dia akan jadi dewasa yang suka atau cepat ‘jerit-marah’ memanjang, tak tenang memanjang, resah (sebab otak primitif tadi juga adalah ‘instinctive’ yang secara natural menjaga proses pernafasan di jantung dan penghadaman di usus). Gaya ini juga terhasil kerana respons yang diterima si anak dari cara/gaya kita marah-marah beremosi ni membentuk sistem tidak seimbang di Autonomic Nervous System (ANS) yang juga dikenali sebagai Body Arousal System yang mengawal kadar denyutan jantung, pernafasan, penghadaman, immune system dll, Ia juga mengawal […]

5 tangki emosi anak maznah ibrahim

Macam Mana Nak Penuhi Tangki Emosi Anak (Part 2)

TANGKI EMOSI – PERLAKUAN KHIDMAT (ACT OF SERVICE), SAYA SELALU TERJEMAHKAN SEBAGAI ‘LAYANAN YANG BAIK‘ KEPADA SI ANAK Bayangkan anda adalah pesakit stroke. Anda dijemput menjadi VVIP satu majlis, dilayan baik betul! Best nya rasanya. Ditarikkan kerusi, dihidangkan makanan, dituangkan air, ditanya nak apa apa lagi keperluan tak.Pokoknya macam raja juga lah. Pastu pergi ke satu rumah ni.Dilayan ala kadar. Panggil-panggil tanya mana bilik air, nak buang air sangat, “tunggu, tunggu sat”, kata tuan rumah. Lama anda tunggu tuan rumah kembali, tak kembali.Anda ni tak boleh bergerak sendiri.Sebab anda ni ada stroke. Kaki tangan tak kuat. Nasib baik aja la mulut boleh bunyi bunyi sikit walau mulut herot dah. Terkencing, basah kat situ.Aduh dimarah dibebel macam anda ni takda perasaan. Anda ni manusia, bukan tunggul (huhu). Nak makan, anda pun cuba suap sendiri, tumpah-tumpah sepah semuanya. Dimarah kow kow pula. Aduhhh. ‘Salah ke aku?’ anda bertanya dalam hati. Sedangkan tangan aku kan tak kuat.Dilayan macam pengemis (huhu).Teruk betul layanan tuan rumah ni.Kan best kalau dapat jadi ahli rumah pertama tadi selama-lamanyaaaaaaaa…. (huwaa) ….. MACAM NILAH PERASAAN ANAK ANDA. Anak yang masih bayi paling ‘fragile’, sebab langsung tak boleh bergerak melainkan ‘menangis’ dan ‘merengek’. Anak ‘toddler’ pula mula boleh bergerak tetapi limitasi kemampuannya,kerap tersilap langkah, tiada mampu dan tiada pengalaman.Bercakap pun kita tak berapa faham kan. Semua manusia mahu dilayan baik.Hatta bayi baru lahir, Pesakit stroke, Orang tua, Kanak-kanak, remaja, Suami, Isteri dan anak kita. Dilayan dengan baik, Anak akan mudah bekerjasama dengan permintaan anda. Dilayan dengan buruk, Anak akan menjadi anak yang sukar dan memberontak dengan cara ‘keanak-anakan’ dia. Besar sedikit, anak ini boleh berkata-kata, Dia akan mengungkapkan perkataan seakan-akan gaya anda (walau ‘mumbling’ – ‘words’ tak jelas si ‘toddler’, tetap gayanya ialah gaya anda). Kadang dengan anak orang (jika anda guru/atau tolong jagakan anak rakan),Boleh aja layan kanak-kanak dengan […]

iceberg tingkahlaku anak

Macam Mana Nak Penuhi Tangki Emosi Anak (Part 1)

5 TANGKI EMOSI ANAK YANG ANDA PERLU PENUHI SETIAP HARI: Tangki perkataan baik Tangki sentuhan selamat Tangki masa istimewa Tangki layanan yang baik Tangki material bersesuaian PENUH TANGKI ini, maka kuranglah sedikit kerenah misteri atau kerenah mencabar anak anda. * Lima ni adalah dari 5LoveLanguage, ia saya rujuk sebagai Tangki Emosi manusia, ikut ‘preference’ (cenderung). Saya dapati penuh ia, maka gembiralah anak, kurang ia, maka ‘something battle’ dalam jiwa anak-anak. Mudahnya penuhi sahaja kesemua kategori. Kurang mana-mana tangki, ‘top up’ kan ia. InsyaAllah anak anak akan ok banyak. Saya mulakan dengan Tangki Perkataan Yang Baik. TANGKI EMOSI: PERKATAAN YANG BAIK Manusia hidup dengan menangkap makna kepada perkataan.Sesuatu yang tak hidup, tak ‘relate’ atau ‘connect’ dengan manusia, Sebab manusia ni bukan sahaja ada jasad (fizikal), malahan emosi, dan aqal fikiran. Baca dan sebut perkataan ini dengan rasai maknanya sekali + senyum : SAYANG BETUL! Sudah tercetus emosi tak? Baca dan sebut perkataan ini dengan rasa perasaan maknanya sekali: MENYUSAHKAN BETUL! Sudah tercetus emosi sesuatu? * kalau perasan, fisiologi bibir (herot berot bibir) anda pun berubah dan beza (believe me!) 😀 Ia tercetus lebih lagi bersama emosi dirasai ketika itu, disusuli nada, dan makna semasa mengucapkannya.Walau tidak ditujukan kepada si anak, jika si adik mendengar anda ‘kritik’ si abang, si adik pun boleh ‘terasa’.Sebab kuasa makna perkataan anda ucapkan tu, aura nya sampai (dirasai) sekurangnya beberapa kaki dari anda. Maka, anak dan suami, keluarga kita perlukan perkataan baik yang menggalakkan (encouraging), untuk terus ‘hidup’ sebagai manusia yang sihat, terus tumbuh sihat cemerlang, dan capai potensi terbaik mereka. Sebaliknya berlaku pabila perkataan negatif sering diungkapkan, ada manusia hingga jiwanya mati, walau jasad ada. Ada dewasa yang ‘numb’ perasaan dia, sukar nak rasa ‘happy’. Mahukah kita anak kita begitu? Kesan pada otak tetap ada, untuk emosi, sama seperti kesan kesakitan di fizikal (jika anda […]

Rahsia Jadikan Anak Yakin Diri dan Tak Mudah Putus Asa

Ramai bertanya kepada saya mengenai anak mereka yang sudah mula masuk ke alam prasekolah (4-6 tahun) serta darjah 1 tidak berapa berani, tak berapa yakin untuk bercakap, bergaul dan sukar nak meminta pertolongan. Asasnya kita rujuk kembali kepada waktu seorang anak manusia yang mahu mencuba melakukan pelbagai perkara, sejak bayi. Jatuh bangunnya pun dia bangun sendiri, menampal flash card tak melekat di dinding pun dia cuba berpuluh kali, menumbuk alu lesung pun berani redah buat tak takut apa pun. Cuma, waktu ‘peak’ mereka untuk bentuk jati diri sikap yakin, berusaha sendiri (mandiri) dan berani itu ialah sewaktu usia mereka 3-6 tahun. PERINGKAT ANAK USIA 3-6, MEREKA SANGAT BERUSAHA DAN BERINISIATIF Mereka nak sesuatu, mereka usaha sendiri dapatkan (tarik kerusi dan panjat, berusaha dapatkan sendiri) Mereka ada idea sesuatu, mereka usaha nak laksanakan sendiri (macam-macam la pula eksperimen dia, habis dipunggahnya, habis basah semua, habis tumpah semua…) (anak ke-3 saya Yumna sedang usia 1.8 tahun dan sangat macam usia 3 tahun berusaha buat sendiri semuanya).  KESAN BILA KITA TAK FAHAM KEPERLUAN PERKEMBANGAN MEREKA: Kita kerap marah, Halang, Kita buatkan. BILA KITA LAKUKAN DI ATAS NI: Mereka mudah rasa RENDAH DIRI, KURANG YAKIN DIRI dan RASA SALAH Besarnya nanti kategori KURANG BERINISIATIF dan KURANG PROAKTIF. (Geram rasa jika dapat pasangan macam ni, kan?) JADI, CARANYA: Tahan marah/halang, TAHAN DIRI, JADILAH SABAR Beritahu atau Tunjukkan caranya sahaja. “Begini cara tarik kerusi”.“Begini cara kacau cekodok” “Begini cara pecahkan telor”.“Begini cara cedokkan beras dan tuang agar tak tumpah” “Begini caranya basuh cawan”“Begini caranya masukkan baju di hanger”. “Begini caranya terbalikkan ikan goreng di kuali”“Begini caranya picit ubat gigi”“Begini caranya picit sabun cecair mandi” Fahamilah mereka sebenarnya TIADA PENGALAMAN YANG CUKUP dan TIDAK ‘EXPERT’ macam anda yang dah 30 tahun hidup tu 😛 InsyaAllah, KESAN BESAR NANTI: Anda mudah hidup dengan anak remaja dan anak dewasa […]

Anak Personaliti Introvert… Macam Mana Nak Bantu

Anak Mungkin Berpersonaliti Introvert… Macam Mana Nak Bantu? Tak semua anak selesa di khalayak ramai, ini dinamakan introvert. Jenis introvert ni lebih selesa bekerja dengan benda dan data berbanding dengan manusia, bila besar nanti. Personaliti Introvert ini diwarisi secara genetik, dan tidak salah sama sekali. Namun dengan mengambil kira 80% persekitaran menyumbang kepada pembentukan personaliti, dia boleh dibantu ditingkatkan sedikit kemahiran sosialnya, agar lebih mudah nanti bila dah masuk sekolah, untuk kebaikan dirinya dengan persekitaran baru (rakan sebaya dan guru). Caranya: 1.Boleh mula bawa dia ke sesi playgroup secara seminggu sekali, sejak usia 2+. Ia mengandungi kanak-kanak yang tak ramai sangat, sekitar 4 orang memadai. Ia juga melibatkan guru yang mesra kanak-kanak dan ibu/bapa perlu ada sekali dalam sesi itu kerana faktor usia dan kebergantungan emosi masih tinggi kepada ibubapa. 2. Boleh mula buat acara makan-makan di rumah, sejak anak bayi. Jemput kawan yang rapat dalam beberapa keluarga, dan pastinya kawan rapat ni ada anak kecil. Beri peluang anak kita lihat bagaimana kita bersosial dengan kawan baik kita (sesama dewasa), dan beri peluang anak kita bersosial dengan anak kawan kita, dalam persekitaran yang terkawal iaitu di rumah kita sendiri. Sesama lingkungan kawan kita ni, kurang risiko ‘judgement’ kerana sama-sama fahami anak kecil dan kenal rapat ibubapanya. 3. Juga boleh bawa anak ke acara makan-makan di rumah kawan baik kita pula. Bertukar-tukar rumah. Acara ni sebulan sekali pun dah memadai. Anda akan dapati dalam beberapa kali acara makan-makan pun anak akan mula meningkat minat terhadap pergaulan sosial luar dari ruang lingkup keluarga kecilnya sendiri. 4. Boleh bawa ke tempat bermain awam, samada tertutup (indoor: jenis banyak jam lama-lama pun takpa) atau terbuka (playground biasa). Anak bebas bermain dengan alat permainan, dan akan belajar bergaul dan ambil giliran dengan kanak-kanak lain, dengan pantauan orang dewasa. 5. Boleh bacakan buku untuknya sejak usia […]