Video Hypnotised Berkesan Percuma untuk Anak Bawah Usia 6
Dalam fasa anak bawah usia 3,
dan bab bermain sama-sama, atau share mainan,
saya dapati zaman ini kita amat bertuah kerana sudah ada lagu pendek yang boleh jadi Hypnotised Behaviour si anak-anak.
Siri Video Omar dan Hana, amat baik dan tema nya lengkap untuk keluarga asas kepada ibubapa muda kini, dengan anak-anak usia emas 0-6 tahun.
Cuma, sebaiknya video mula semasa anak usia 2 ke atas.
Contoh lagu “Main Sama-sama”,
kami mulakan pasang sejak ramadhan 2 tahun lalu selain tema lain +puasa dll,
Khairunnisa masa tu 2.4 tahun, terus ikut behaviour (tingkahlaku) –>
“Abang Fateh, adik nak maaf, nak maaf”
– sambil hulur tangan nak minta maaf.
Mungkin pada dia, seronok dan ia satu terma adab sosial yang normal.
.
Kini dia sudah 4 tahun 1 bulan,
saya perhatikan semula,
sahsiah dia amat baik, dan menyejukkan hati,
Asbab antaranya pengaruh Video Omar Hana, dan banyak lagi skrip kami guna (seperti dalam Ebook Hypnoscript saya tu).
Semalam, tertengok semula dan ada beberapa video baru yang sangat baik.
.
Kebaikan video siri Omar dan Hana:-
1. Ia video pendek-pendek 2 minit lebih, bila berulang, (contoh ambil channel, dapat xx video siri Omar dan Hana), sama seperti iklan tv kan? Anak tengok susu apa pun terus request. So sama konsep dengan pasang video ini.
.
2. Ia ada common tajuk untuk anak kecil, aksi setiap hari, contoh
Bismillahirrahmanirrahim – apa apa pun mulakan dengan nama Allah
Alhamdulillah – selesai aja apa-apa ucapkan Alhamdulillah segala puji kepada Allah
Sayang Mama Papa – mama papa sayang anak, anak sayang mama papa, special time di playground, Allah sayang kita juga
Sayang Allah dan Nabi – berjalan travel untuk lebih kenal ciptaan Allah dan Cinta Nabi Muhammad
Mari ke Masjid – kebaikan solat di masjid bersama satu keluarga
Terima Kasih Cikgu – hargai cikgu, nyanyikan utk guru
Alif Ba Ta – asas belajar qalamullah, dan bila rasa susah, mak dia ajar kan, melalui nyanyi
Seronoknya Puasa – sahur siang dan berbuka. bagus sungguh.
Cubalah pasang, anak kecil perlu ditunjukkan model dalam cerita manusia, yang IDEAL DAN TERBAIK, at least mendekati ideal bukannya melihat sesuatu yang bukan setara usianya seperti drama dewasa, kerana dunia dewasa terlalu banyak di luar kemampuan aqal mereka untuk menapis baik buruk, maka tunjukkan yang baik sahaja terus. (Ingat pasal ENTROPY PARENTING penulisan saya).
.
3. Aksi tajuk setiap hari ini, jadi common situation mereka setiap hari, maka mereka mudah serap. Anak usia 4-6 sudah bersekolah dan boleh menjadi pengaruh baik kepadarakannya pula.
Hypnotised Percuma untuk hidangan anak anda 🙂
.
Cubalah.
*cuma yang sponsored iklan produk tu jika kurang gemar usah ditunjukkan, pilih mana yang nak tunjuk dari tingkahlaku yang kita pilih nak bentuk sahaja, ok.
Refleksi,
Maznah Ibrahim
.
Contoh video Main Sama-sama
https://youtu.be/GLAEbUFHLU4
#EHSABAR
#HypnotiseAnak
#EbookHypnoscriptAnak
Update:
———
Kini ada lagu baru tau. Tema:
Marah, Ganti Sabar, Syurga Ganjarannya
Jawab ‘Ya’ Bila Ibu Ayah Panggil
Jaga Barang Kawan Kita dengan Baik
Lagu Lama Lain:
Sayangi Anak Yatim
Jaga Kebersihan
Tolong Menolong
Berbaik dengan Jiran
Sentiasa Berusaha
InsyaAllah