Fahami Tantrum Jenis ‘Little Nero’

137   137SharesLITTLE NERO TANTRUM ‘Little Nero Tantrum’ ni jenis tantrum berunsur manipulasi dan mengawal orang dewasa sekitarnya, seperti ibubapa terutamanya. Ia beza dengan ‘distress tantrum’ yang merupakan satu keadaan yang mana anak benar-benar rasa terancam iaitu otak di bahagian bawah (reptilian brain) ter ‘activate’. (terkejut, takut, terancam). Anak ini ada objektif dan kehendak tersendiri. Biasanya nampak pada anak usia 10 bulan ke atas dan tandanya ialah: stres bayi / ‘toddler’ ini tanpa air mata (hehe sabooor), selepas kita mendekati dia dan beri apa dia nak, dia akan senyum (oh Yumna ku sudah nampak ketara perkara ini). untuk situasi ‘test market’, dia tengok kita dulu baru dia sentuh alat yang dia tahu tak dibenarkan (contoh Yumna sentuh laptop atau beyblade abang Fateh dia). memberi apa dia mahu akan mengukuhkan tingkahlaku dia iaitu lain kali dia akan menjerit kuat macam tu. Maka mari kita cuba kaedah lain untuk bentuk karektor dia dari bayi. Beza anak besar sedikit sekitar usia 3 ke atas, tiba-tiba sahaja nampak emosi meledak dan menjerit menangis. Silap silap berguling bagai, ini memang ‘test boundary’ ibubapa, macam ‘test market’, kot kot mak ayah beri mainan dia nak tu, so caranya tak beri, 1 kali berjaya ‘handle’, insyaAllah dia tak buat dah aksi begitu (Fateh 3 tahun dulu kami berjaya handle dalam 2 kali di 2 tempat berbeza pastu dia tak buat dah). Anda boleh gunakan kaedah ‘time in’ iaitu pujuk si anak dan tenangkan dia, alihkan perhatian dia. Ia sangat ‘powerful’ dan berkesan untuk anak usia bawah 3 yang masih peringkat perkembangan otak emosi (1.5 – 3.5 tahun). Sebaliknya jika anda turuti kehendaknya (contoh aiskrim, mainan dsb), anak akan gunakan kaedah Little Nero Tantrum untuk menundukkan ibubapa agar objektifnya tercapai. Bagi Little Nero Tantrum, anda boleh cuba untuk tidak mengendahkan si anak namun pastikan anak selamat dan tidak cederakan dirinya, […]

LITTLE NERO TANTRUM

‘Little Nero Tantrum’ ni jenis tantrum berunsur manipulasi dan mengawal orang dewasa sekitarnya, seperti ibubapa terutamanya.

Ia beza dengan ‘distress tantrum’ yang merupakan satu keadaan yang mana anak benar-benar rasa terancam iaitu otak di bahagian bawah (reptilian brain) ter ‘activate’. (terkejut, takut, terancam).

Anak ini ada objektif dan kehendak tersendiri. Biasanya nampak pada anak usia 10 bulan ke atas dan tandanya ialah:

stres bayi / ‘toddler’ ini tanpa air mata (hehe sabooor),

selepas kita mendekati dia dan beri apa dia nak, dia akan senyum (oh Yumna ku sudah nampak ketara perkara ini).

untuk situasi ‘test market’, dia tengok kita dulu baru dia sentuh alat yang dia tahu tak dibenarkan (contoh Yumna sentuh laptop atau beyblade abang Fateh dia).

memberi apa dia mahu akan mengukuhkan tingkahlaku dia iaitu lain kali dia akan menjerit kuat macam tu. Maka mari kita cuba kaedah lain untuk bentuk karektor dia dari bayi.


Beza anak besar sedikit sekitar usia 3 ke atas, tiba-tiba sahaja nampak emosi meledak dan menjerit menangis. Silap silap berguling bagai, ini memang ‘test boundary’ ibubapa, macam ‘test market’, kot kot mak ayah beri mainan dia nak tu,

so caranya tak beri, 1 kali berjaya ‘handle’, insyaAllah dia tak buat dah aksi begitu (Fateh 3 tahun dulu kami berjaya handle dalam 2 kali di 2 tempat berbeza pastu dia tak buat dah).

Anda boleh gunakan kaedah ‘time in’ iaitu pujuk si anak dan tenangkan dia, alihkan perhatian dia. Ia sangat ‘powerful’ dan berkesan untuk anak usia bawah 3 yang masih peringkat perkembangan otak emosi (1.5 – 3.5 tahun).

Sebaliknya jika anda turuti kehendaknya (contoh aiskrim, mainan dsb), anak akan gunakan kaedah Little Nero Tantrum untuk menundukkan ibubapa agar objektifnya tercapai.

Bagi Little Nero Tantrum, anda boleh cuba untuk tidak mengendahkan si anak namun pastikan anak selamat dan tidak cederakan dirinya, diri kita, orang lain dan objek /barang di sekitarnya (3 Rule Marah).

Jika ada tanda berlaku kemudaratan seperti di atas, perlulah segera bantu kendali suasana itu agar anak dan sekitarnya selamat.

Biarkan dia (sebagai tanda tegas ‘No means No’, namun kekal berada di situ untuk pastikan dia selamat. Boleh beri arahan pendek seperti :

bangun,

mari ke mama sayang,

jum ke kereta,

jum pergi sana,

nangislah sampai adik rasa lega dan puas, dah habis baru cakap ngan mama

beritahu apa sayang nak agar mama faham, menjerit macam ni mama tak faham.

dan sebagainya.

Untuk Yumna yang baru 10 bulan, dia akan Little Nero tantrum bila tak mahu didukung oleh orang lain, dan tersenyum bila dapat diambil saya, dan kini dia belajar berbunyi begitu membolehkan kehendak dia dituruti.

Namun dia memang ‘distress tantrum’, pabila saya mahu beredar pergi kerana dia sedang fasa 10 bulan-18 bulan separation anxiety yang ‘peak’. Dia sedang belajar untuk berdikari, rasa selamat walau ibu tiada.

Dia sedang dalam fasa dari seorang bayi yang ‘dependant’ tak perasan persekitaran kepada seorang toddler yang nak ke fasa autonomi berdikari sendiri nanti bila 18 bulan(1.6 tahun). Maka fasa ini adalah wajar untuk dia perlu di’comfort’kan iaitu mami ada di sini, mami cuma nak ke dapur sebentar saja, dan lihat, mami dah muncul kembali (senyum lebar mata besar ceria dan penuhi janji sekejap itu) – ‘security need’ dia diperoleh semula (keperluan perkembangan usia 0-2 tahun ‘trust vs mistrust’).

Khairunnisa’ 4 tahun 1 bulan pula semata mata menangis kuat untuk ‘test boundary’ pabila ditinggalkan di sekolah, kerana ‘test market’ kot kot dia boleh ‘makan kuih sedap dia’ kat ‘rumah’, bukan sekolah *(anak Thinking beri alasan logik taknak ke sekolah. Sebaik sahaja mak ayah pergi, dia ok saja dan ‘coped well’, ‘resilience bounce back’ sampai petang dengan ‘happy’ nya. (bukan bertambah monyok atau depress.

Kesimpulannya ibubapa perlu bijak analisis situasi / suasana dengan ambil kira:

– usia dia dan keperluan tugas perkembangan dia (developmental task)

– cuba cara tangani terbaik pada masa itu, kemudian analisa, kemudian mungkin cuba cara baru ikut petua perkembangan kanak-kanak dan review semula, kukuhkan jika tindakan itu adalah terbaik sebenarnya, untuk 2 kali dan ia akan selesai insyaAllah.

3 anak dengan 3 keperluan perkembangan yang berbeza - maznah ibrahim
3 Anak dengan 3 Tahap Keperluan dan Tugas Perkembangan Yang Berbeza 🙂 Si Thinking ekstrovert (Te) yang sudah 7 tahun semakin serius dan fokus, Si Thinking introvert (Ti) 4 tahun yang baik dalam kecerdasan teknikalnya; halus berseni detail, dan si Bayi 10 bulan yang fasa ‘eager to know and test everything, putting everything into my mouth nya :D.

Perkongsian lebih mendalam dari saya, dalam video ‘7 strategi kendali situasi sukar dengan anak’ di FB Page.

CARE,
Maznah Ibrahim.


–> Berminat Ebook Hypnoscript Premium dapatkan di sini.

–> Berminat Hadir Seminar Menangani Tantrum Anak 2019?


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *