Mahu Rebonding dengan Anak Setelah Ter Marah Anak?



Kanak-kanak ni memang mudah let go. ‘They live for that moment’.

Tapi janganlah ‘take for granted‘ orang kata.

Luka, tempat sama, lama-lama memang boleh ‘keras kulitnya’, ‘gelap’ atau ‘bernanah’.


Ini saya kongsikan 1 strategi untuk ibubapa ganti balik berganda-ganda hati anak dengan activatekan 3 sistem otak emosi positif mereka (i) seeking, (ii) play, dan (iii) care/attachment).


Caranya mudah sangat. Syarat kena sporting, dan buat dengan enjoy ok.


[BERMAINLAH dengan mereka banyak-banyak]


Sebab bila saya test ‘Mystery Game’ untuk tahu anak-anak kecil ini suka apa (dari 5 Love Language Gary Chapman), sebagai bahasa cinta yang mereka dambakan sangat dari ibubapa,
Mostly suka ‘gift’, hadiah kejutan, mainan, material dsb.


Bunyi macam kanak-kanak ni materialistik ke apa?


Tak, ia hanya kerana mereka ni ‘live for that moment’ yang mana emosi ringan mereka ni memang gemarkan benda atau perkara yang ‘fun’ aja. Tak macam orang dewasa tanpa sedar suka memilih yang ‘susah’, ‘sakit’, ‘sedih’, ‘stres’ berbanding yang ringan dan ‘happy happy‘ ni 😅😅😅🤦‍♀️.


Buktinya pilih antara nak main masak-masak buat biskut raya dengan anak, dengan beli aja biskut raya; buat biskut dengan anak ni ‘susah’, ‘leceh’, ‘renyah’, ‘kecoh’, maka baik beli lagi senang. Atau saya ajak peserta kursus saya tiup belon, main belon kejar-kejar pecahkan belon orang lain atau lipat kertas jadi kapal terbang lancarkan di udara sejauh mungkin 5 minit…. Haaa… haru…. ‘buang masa ‘ mereka kata. 😄😅. Betapa inner child kita dah terpendam karat sangat dah.


Sedangkan emosi ni kita boleh pilih sebenarnya, nak buat biskut dengan rasa enjoy atau buat biskut dengan rasa ‘susah’.


TERIMA sebab apa mereka suka mainan/material ni, ia adalah kerana :

🏑 anak kecil fitrahnya bermain

🏑 mainan dan material ini adalah sumber ‘happiness’ mereka sebab mereka boleh bermain dengan alatan ini..

🏑 jadi, cara untuk guna info ini ialah ibubapa jadilah TOOL UTAMA/ alatan atau sumber atau tempat untuk mereka bermain..

*Masa anak lelaki sulong saya kecil, saya curious sangat kenapa dia suka nak beli mainan, saya tanya dia dan dapat jawapan yang : “Fateh suka mainan sebab mainan boleh buat Fateh happy”. Saya terfikir happiness tu boleh tak dia dapat dari sumber manusia/mak ayah dia dan percuma?


Jawapannya boleh tak mustahil, sebab dah besar macam sekarang pun dia akan sangat happy nak main satu game tradisi kami ni dan akan berkata: “Hari ni adalah hari paling best dalam hidup Fateh”. Allahu….


PALING MUDAH, FREE DAN JAMIN anak-anak anda akan suka ialah :-.
[MAIN SOROK-SOROK] (HIDE AND SEEK)


👉 anak-anak dan mak sorok, ayah cari semua orang,
👉 anak-anak dan ayah sorok, mak cari semua orang,
👉 mak, ayah dan anak-anak sorok, 1 dari anak akan mencari semua orang
👉 buat sebelum tidur semua terlibat, atau sebelum ayah balik (jika ayah ibu asing balik rumah)
.


Buatlah peraturan, Kira (counting) berapa kali. Contoh dalam 30 kali (anak pun akan pandai mengira :))..


Apa manfaatnya? BESAR SANGAT-SANGAT:.


🕐 Untuk perkukuhkan ‘seeking system’ dalam otak mereka, ia satu dari 3 sistem emosi positif di otak yang sangat power, bila mencari dan dicari, waah rasa penting tu, rasa ‘wanted’ (dicari), rasa ‘important’ dan ‘orang besar’ (mencari), ‘induce excitement’ tu…


🕑 ‘Bonding’ akan semakin kuat. Ia ‘special time’. Benda ni masa anak-anak dari usia 0-9 tahun lah mereka nak main ke-anak-anak-an macam ni, dah besar mana nak main benda macam ni kan? Jadi jika mereka besar nanti, mereka akan kenang momen main ini sebab ia sumber asas kegembiraan yang besar tau.


🕒 Ia ganti gajet / material lain sebagai sumber kegembiraan (happiness) anak-anak, maka ibu ayah lah sumber kegembiraan (happiness) anak anak 😉 Kanbest tu, anugerah kegembiraan anak – ialah IBUBAPA dia sendiri.


Cubalah.


Saya yakin sahabat semua pasti ada bermain sorok-sorok dengan anak-anak.


Cuba kongsikan dengan saya, pengalaman anda..

p/s: Kami, dari anak no 1 hingga kini 3 orang, memang main game ini, terkedek-kedek la si bayi ni merangkak menyorok, hingga besar 7 tahun pun terus stop tengok tv kegemaran sebab nak involve bermain sorok-sorok ni. 😄 Sangat simple, kelakar dan comel bila mereka sorok dan akan bagitahu mereka di kedudukan mana tersorok tu.


Kadang saya beri misteri dan tough sikit, tutup lampu jadi gelap, buka 1 lampu aja, hahaha, memang mencabar sih…😁😆


——Tulis komen pengalaman anda dalam bermain sorok-sorok ini dengan anak-anak.



p/s: kongsikan dengan pasangan dan kawan baik kita agar sama sama tahu ya.

*Semalam saya ada ter marah Yumna 😭 lepas tu saya main sorok-sorok dengan dia, berdua aja, banyak minit (15-20 min camtu) sebab nak ganti balik silap saya tu.

masa emas
Masa Ramadhan semakin ke penghujung… mari kita dalami ilmu pengurusan masa yang luar biasa ini, agar kita sama-sama tidak kerugian (klik pada gambar).

CARE ❤,

Maznah Ibrahim


Maznah Ibrahim
Maznah Ibrahim
Articles: 151

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *