Sifat Bertangguh
Saya ada satu sikap yang dahsyat rasanya juga, iaitu gemar bertangguh.
Suka tunggu last minute dan terus all out, siap terus, heheheh.
Rupanya ia dalam karektor orang Intuiting, namun tidaklah ia sepenuhnya ‘sihat’ dan baik kesannya. Ia sesuai untuk diri saya, namun kesan bertangguh tetap ada dialami saban masa.
Termasuk kerja kecil seperti siapkan baju anak atau iron baju sendiri. Maka punch card tu selalu ‘on the dot’ (7.59 am) aja la kan (too risky).
Dalam hati memang sentiasa mahu baiki dan buat lebih baik.
Nak Berubah
Hari ini saya bersesi dengan klien saya, dan saya bantu untuk isu bertangguh dia (dalam masa yang sama nak gerakkan diri sendiri juga).
Saya gunakan Al Quran. Apa Allah kata mengenai sifat tangguh ni.
Klien ini sesuai dengan pendekatan spiritual kerana telah lama dengan saya dan ada mengamalkan pendekatan tersebut untuk perubahan dalam dirinya untuk isu asal.
3 Perkara Penting Ini Mungkin Membantu Anda Untuk Menggerakkan Lagi Diri Yang Suka Bertangguh
Kita perlu tahu mengenai sifat bertangguh ini, kesan dan asal dari mana, agar kita boleh membuat keputusan untuk benar-benar berubah.
1: Dari Surah Nuh 71 : 4
Tangguh ni buat kita akan rasa kesal sebab tak tahu bila ajal kita. Of course kita taknak menyesal kerana dah terlambat kan? Hatta bila kita akan mati pun kita tak tahu.
Dr Nadiah kata buat solat Hajat setiap hari untuk perjalanan PhD ini sebab jika kita tetiba mati, kita tak dapat pun segulung ijazah PhD tapi sekurangnya kita dapat pahala lebih sikit sebab tiap hari buat solat sunat secara istiqomah.
Terjemahan ayat 7 surah Nuh ini:
“Supaya Allah mengampunkan bagi kamu sebahagian dari dosa-dosa kamu, dan memberi kamu hidup (dengan tidak terkena azab) hingga ke suatu masa yang tertentu; (maka segeralah beribadat dan bertaqwa) kerana sesungguhnya ajal (yang telah ditetapkan) Allah, apabila sampai masanya, tidak dapat ditangguhkan; kalaulah kamu mengetahui (hakikat ini tentulah kamu segera beriman)”.
Benda baik – segera lakukan
Benda tak baik – segera tinggalkan
Itu aja.
2: Dari Surah Al Jin 72 : 13
‘Dan bahawa sesungguhnya kami, ketika mendengar petunjuk (Al-Quran), kami beriman kepadanya (dengan tidak bertangguh lagi); kerana sesiapa yang beriman kepada Tuhannya, maka tidaklah ia akan merasa bimbang menanggung kerugian (mengenai amalnya yang baik), dan juga tidak akan ditimpakan sebarang kesusahan‘.
Tangguh ni buat kita bimbang, sebab kerugian (ya tangguh ni rugi masa, rugi tenaga, rugi duit tau), dan kita akan susah.
Ingat 3 keyword di sini iaitu ‘Tangguh Buat Kita Bimbang, Rugi, Susah’.
- Tak nak kebimbangan (boleh jadi anxiety, panic dan insomnia)
- Tak nak kerugian (rugi masa, duit, kawan, kebaikan lain-lain)
- Tak nak kesusahan (susahkan diri, susahkan orang, semata sebab diri kita punya sikap ini, huhu)
Maka segera laksanakan apa nak kena buat tu ok.
Lagi lambat mula dan buat, tak tahu apa nak dibaiki, dan sebenarnya lambat lagi nak capai KEJAYAAN yang kita idamkan.
Tanya diri nak tak BERJAYA? Nak tak capai impan kita tu?
Kita bermain dengan MASA sebenarnya. Sedang Allah bersumpah dengan MASA dalam Surah Al Asr yang manusia sesungguhnya dalam kerugian kecuali orang yang
- beriman
- beramal soleh
- berpesan dengan kebenaran
- berpesan dengan sabar
Last sekali, idol kita siapa?
Kalau taknak jadikan idola kita ialah point ketiga, segera berhenti sifat tangguh.
3: Dari Surah Al Araf 7 : 14
‘Iblis berkata: “Berilah tempoh kepadaku hingga hari mereka dibangkitkan (hari kiamat)”.
Tangguh ni sifat iblis, sebab dialah yang memula minta kepada Allah untuk tempoh panjang hingga hari kiamat nak sesatkan anak cucu adam.
Jadi kita yang bertangguh ni salah satu target group diaorang (tim Iblis yang fokus nak bagi manusia suka bertangguh) untuk sesatkan kita, rugikan kita dan ini membuatkan kita semakin jauh dan lalai, jauh dari Allah.
Kalau kepada Allah pun kita semakin jauh, siapa lagi kita nak bergantung harap, dan mohon pemeliharaan dan perlindungan… sedih sangat tau bila semakin jauh dariNya, tiada bimbingan direct dari Dia.
Sedang hati kita selalu terdetik sesuatu (yang baik, nak berubah), tapi kita abaikan suara hati benar tu sebab kita terlalu taksub dengan perkara lain selain Allah.
Jum, elak bertangguh.
Kita segerakan laksana kerja dan tanggungjawab kita.
Iman dalam dada, terdetik nak berubah, cakap nak berubah, dan kini cuma perlu laksana dengan tindakan (taqwa) saja.
Cara Mula Bertindak atau ‘Combat’ Sikap Bertangguh Ini
- Apa saja terdetik nak buat tu, mulakan laksanakan HARI INI JUGA bukan tunggu esok. Sebab esok tu dah buku / chapter baru. Kecuali perkara tu memerlukan anda buat di hujung minggu atau lain waktu yang bukan masa terdekat.
- Raikan kejayaan kecil anda kerana bertindak ini dengan bukan saja ucap kesyukuran malah secara lebih lagi buat amalan kebaikan (tindakan). Puji diri dan katakan “Well Done, next kita buat lagi ok”.
- Pantau progres anda atas sebab tindakan kecil kepada impian itu, ubah suai sekiranya perlu contoh dah iron baju malam tu 1 helai aja, next tu rasa nak try iron 3 pasang untuk 3 hari bekerja. Sentiasa review dan make a change according to situation. Don’t be static.
Maznah Ibrahim
8 Januari 2020
****
Artikel dalam ni menyedapkan hati untuk orang pelupa macam saya dan geng Intuiting, dan ia sebenarnya dekat dengan ciri-ciri orang Intuiting.
Hanya mengingati yang penting dan selective, memikirkan perkara besar dan jauh, di awangan. Heheheh. Maka sebab tulah benda remeh dan kurang penting mudah lupa. 🙂 We are a super creative people.