Ramai Orang, Malah Semua Orang Ada Hasrat untuk Jadi a Better Person, The Best Parent
. .
Dan, agak ramai juga ter ‘stuck’ terperangkap dalam satu keadaan dinamakan: Abusive Childhood iaitu pengalaman awal kehidupan sebagai kanak-kanak, adalah tidak seindah seperti sesetengah orang yang bertuah.
.
Terperangkap dalam satu ruang yang hanya sendiri tahu, dan rasa. Dalam minda dan hati. Kekliruan dan ‘struggle’ ini diterjemah melalui tingkahlaku yang hampir sama dengan apa ibubapa mereka lakukan kepada mereka, tapi kini mereka lakukan kepada anak mereka pula.
.
Yang menyayukan hati ialah, pabila diri ibubapa ini yang sudah besar dewasa dan menjadi ibubapa pula, ibubapa mereka masih melayan mereka seperti mereka ini anak-anak kecil dahulu. Masih dimarahi, diherdik, dipaksa, dikutuk, disindir, diketuk kepala/badan dan sebagainya.
.
Abusive words, treats – perlakuan dan perkataan masih sama seperti dahulu.
.
Pastinya ibubapa ini mahu keluar dari kepompong ini, mahu bebas menjadi diri seperti diinginkan. Seorang yang positif dan bebas lakukan sesuatu yang lain dari apa diterima.
.
Ini yang anda mungkin boleh cuba, bagi break the cycle, dan jadi diri anda yang anda mahu:
.
- Solat sunat taubat, dan hajat. Mohon ampun atas kesalahan pernah lakukan samada sengaja atau di luar kawalan diri kepada pasangan dan anak-anak. Susuli dengan solat sunat hajat, minta Allah permudahkan untuk jadi diri anda yang baru dan positif. Allah akan bantu, lorongkan, ilhamkan beberapa saluran positif untuk anda masuk dan terlibat.
. - Banyakkan membaca, melihat dan terlibat secara fizikal dengan perkara positif: channel video dari individu positif. Contoh, Saya suka reflection dari video blog Aida Azlin di FB tentang kehidupan umum, melihat video dan perkongsian Puan Diyana Tahir di Youtube mengenai ehati dan membaca bahan bacaan berkaitan anak, kemanusiaan dll perkara positif untuk self development.
. - Banyakkan bergaul dengan kumpulan yang positif sahaja. Samada NGO, atau kumpulan ibu positif seperti Alumni EHSABAR (bias saya ni 😂) dll.
. - Banyakkan memberi – contoh dalam NGO tu banyak aktiviti kemanusiaan. Mungkin anda rasa, untuk memberi tidak mampu kerana diri sendiri juga tidak cukup kasih sayang positif. Namun percayalah, dengan memberi, contoh kewangan, masa, tenaga, idea buah fikiran, anda akan dapat satu ‘kekuatan lain’. The more you give, the more you get. Tiada kemiskinan dalam bersedekah.
. - Teruskan berdoa dan melaksanakan aktiviti mendekati Ilahi, kerana hakikatnya semua ujian dan kesenangan kita adalah dengan izinNya jua. Pasti ada sesuatu yang anda boleh sumbang, namun dapatkan jawapan atau hikmah positif dari pengalaman kurang indah zaman kanak-kanak anda. Pabila anda sudah rasa bagaimana diperlaku tidak enak, maka anda tidak mahu berikan sesuatu yang tidak enak juga kepada orang lain dan anak sendiri.
. - Personal Therapy dengan seorang terapis yang sesuai dengan diri anda. Terapis ini akan bantu anda untuk self growing, development and healing too, bagi anda lepaskan segala kekusutan lama, dan bina sel baru, kekuatan untuk menjadi diri anda yang anda mahu.
. - Kurangkan kontak fizikal dengan ibubapa asal ini, jika serumah, usahakan rumah berbeza, jika kerap melawat, jarakkan kekerapan. Namun masih tetap mendoakan mereka dan layan baik semampunya.
.
Cubalah.
.
InsyaAllah anda adalah ibubapa yang terbaik untuk anak-anak anda.
Tiada satu peristiwa kehidupan yang sesia, pasti ada rahmat, pandang dari sudut pandang positif, baik sangka dan kasih sayang.
.
Banyak kebaikan dan kekuatan luar biasa dari ibu ibu bapa sebegini, yang tidak ada pada ibu ibu bapa lain yang kelihatan lebih indah pengalaman kanak-kanaknya.
.
.
❤️
Refleksi,
Maznah Ibrahim.