Category Komunikasi Anak

SQ Anak - Anak Milik Allah Maznah Ibrahim

Tanam SQ Anak: Anak Kita Milik Siapa?

Audio perbualan saya dan Fateh di sini (mengenai komunikasi menanam kebergantungan kepada Allah berbanding manusia): https://m.facebook.com/story.php?story_fbid=745667468941173&id=477691842405405 Pagi tadi saya membaca buku PM Dr Wan Maseri on Tips Amak Cemerlang dengan Penghayatan Asmaul Husna, sambil menyusu si KN… Lately ni saya…

mata anak macam kamera maznah ibrahim

Dalami Isi Hati Anak

Sebelum berkata No kepada hasrat anak, dalami dulu isi hati sebab kepada permintaannya, ia selalu logis di matanya, sesuai dengan tahap kematangannya…😢 Kisah strategisnya anakanda Fateh Lagi.. Sukanya bila berdua dengan anak di dalam kereta, dapat banyak tahu apa dalam…

api marah biru maznah ibrahim

Marah Anak Untuk Mendidik ?

Ada Marah Bermanfaat Tak? Comel sekali. Semalam Fateh sibuk nak tolong memasak. Fikirkan dia tengah semangat, baik beri aja kerja yang boleh diberi. Since saya dah siap semua, ada 1 benda belum siap dan sesuai diberi kerja itu kepadanya. Saya beri dia kerja mencabut daun dari batang daun kesum. Haha. Kami suka makan ikan masak tempoyak. Sah sah cari daun kesum sebab nak masak ni. Dengan durian suami sudah tempoyak kan dia. Dan daun kesum sudah ditanam, belum matang untuk dituai, kena beli. Banyak kali Fateh tanya, dah ke, cukup ke. Saya jawab tak lagi, habiskan semua daun tu. Semua. Lepas tu dia kata nak buat apa. Saya tengok dah selesai bersih batangnya. Saya katakan, boleh tolong basuhkan kat sinki. Dia basuhkan, dan tak bising pun walau saya nampak dia tak selesa. Rupanya sebab daun banyak melekat di tangannya. Haha. Otomatik dia jumpa solusi, rendam sekali tangan kat air dalam bekas basuhan daun kesum, maka menurut lah ia. (terfikir banyaknya hikmah beri peluang ke dapur ni, sentiasa ada prob solving) Selepas tu dia sibuk beritahu siap-siap, dia yang akan masukkan ke dalam periuk panas masakan. Saya kata boleh, tapi Last sekali ya. Dalam pada dia melihat periuk yang berapi itu, dia bertanya (ketinggian dia sama paras periuk itu jadi dia nampak api dapur itu). Kenapa api ada merah, ada biru? Saya jawab, api merah tu bila buka besar sangat, tapi tak elok apinya?. Untuk memasak, api biru pun dah mencukupi. Iaitu buka sikit atau sederhana sahaja. Tetiba saya dapat idea dan trigger dari metafora api memasak ini. ? Saya katakan, sama juga bila marah. Marah berlebihan dan melampaui tidak berkesan pun, lagi membakar. Marah sikit sikit dan berpada tu baik, elok. Ada kesan baik. Dalam refleksi saya, Benar, marah mendidik dan marah diselaputi amarah memang tak sama. Biarlah kita marah […]

keibubapaan parenting maznah ibrahim anak susah diajak mandi

Bila Anak Susah Nak Diajak Mandi

Bagaimana Nak Ajak Anak Mandi dengan Baik, Berkesan dan Berjaya? Zaman bayi, mudah. Mandikan aja. Mandi kan sebelum subuh dengan air suam pun jalan 🙂 (niat nak latih mandi pagi agar mudah ke sekolah esok-esok, kebetulan tempat kerja jauh jem kena siapkan awal, nak ada ‘bonding touch’ dengan si anak berbanding nursery /pengasuh dia masa tu). Zaman Fateh anak soleh kami menginjak ke usia 2, mula liat. Banyak helahnya. Ramai bertanya saya, dan saya dapati sama. Usia 2 ke atas. Saya katakan usia 2 ni autonomi tinggi. Taknak dah disuruh-suruh, mahu gaya sendiri namanya. Jadi ajak, bukan suruh. Main, tarik perhatian dsb. Kena kreatif. Fasa tu berjaya dengan helah awal si ayah, sebelum anak berhelah, iaitu larikan perhatian. “Eh eh ada apa kat bilik air? Katak? Wah best nya” “Fateh jum buat eksperimen belon air pancut kat bilik air” “Fateh naik kuda terbang ayah, kita terbang ke bilik air. Zooomm” 🙂 Zaman akhir 3 tahun dan kini 4 tahun genap. Masuk sekolah. Pengsan Mak ayah eh. 😀 Trick semua tak jalan. Dia pandai lagi dari trick kita. Negotiate macam-macam. Katanya: Lepas minum susu, Fateh mandi. Lepas tengok cerita Fateh, Fateh mandi. Itu taktik dan resolusi dia. Kami turuti. Means kami main dengan masa, untuk stail dia. Nasib baikla duk perlis dan siap-siap ambil shift 8.30 am sebab nak ajar AlQuran dia pagi-pagi. Jenis dia ni tangki emosi special time, words dan touch. Memang bermain dengan masa. Kalau duk KL ni tak kan sempat. Fuhh. Pernah dua tiga kali kekerasan dan paksaan dilakukan. Aduh. Boleh rasa ia tak enak. Tidak enak di hati Ibu. Dalam hati tertanya tanya, Pasti ada cara lebih baik, kan ? Allah As Sami’, Maha Mendengar niat dan hasrat baik saya. Kaedah SASU – Komunikasi dengan anak seawal usia menggunakan potongan ayat Al Quran sebagai kata-kata yang […]